GC Plus

Apakah jenis bentuk badan anda? - Part 1

(a) Bentuk badan apple

Orang dengan bentuk badan epal sebahagian besar berat badannya adalah di sekitar perut tetapi bahagian bawahnya kelihatan slimmer. Lemak perut - biasanya lemak viseral - boleh menyebabkan banyak risiko seperti penyakit jantung, barah, dan diabetes kerana lemak mengelilingi organ badan.

Lemak viseral (lemak perut) menyebabkan insulin resistance yang dapat mengakibatkan sindrom metabolik. Tetapi, lemak viseral, walaupun sangat berbahaya, ia mudah hilang jika diet yang sesuai diikuti.

Sindrom Metabolik ialah kombinasi diabetes, tekanan darah tinggi dan kegemukan

Disebabkan tahap insulin tidak teratur akibat lemak perut yang banyak, orang dengan bentuk badan apple perlu ambil makanan rendah glisemik.

Glisemik bermaksud seberapa cepat karbohidrat ditukar menjadi glukosa. Jadi, 'makanan rendah glisemik' bermaksud makanan yang kurang memberikan impak pada blood sugar anda

Diet rendah glisemik termasuklah :
- sayur-sayuran hijau
- kebanyakan buah-buahan
- kacang buncis

Elakkan/kurangkan :
- roti putih
- pasta
- nasi putih
- pastri
- makanan/minuman manis


(b) Bentuk badan hourglass

Anda akan dikategorikan sebagai hourglass body jika pinggul dan bahu adalah sama lebar.Badan hourglass adalah bentuk badan yang paling diingini kerana berat badan sekata seluruh badan.

Apabila berat badan bertambah, perbezaannya tidak ketara. Kalau ada pun, sekitar pergelangan tangan, pergelangan kaki atau wajah. Tetapi menjaga bentuk badan hourglass tidak mudah, terutama ketika umur meningkat. Bila umur meningkat dan berat bertambah, berat cenderung berkumpul di dada dan pinggul daripada perut.

Secara amnya, bentuk badan jenis ini tidak ada masalah untuk menurunkan berat badan. Orang yang memiliki badan hourglass jauh dari risiko diabetes, penyakit jantung dan barah daripada mereka dengan jenis badan apple yang mempunyai saiz pinggang besar dan lemak di sekitar perut.

Walau bagaimanapun, oleh kerana pertambahan berat badan selalunya tidak ketara, orang jenis ini selalu menganggap mereka sihat dan boleh makan apa sahaja "susah nak nampak gemuk". Selalunya berat jenis ini mudah dapat kolesterol tinggi akibat kurang peka dengan berat badan.

Bentuk badan hourglass perlu kurangkan :
- makanan yang diproses
- makanan bergula
- kafein
- makanan tinggi lemak

Diana Ishak
Read more

Adakah Makan Lewat Malam Menyebabkan Berat Badan Bertambah?

Ramai orang bimbang berat badan bertambah sekiranya makan lewat malam. Ada cadangan untuk tidak makan selepas jam 8 malam, hakikatnya cadangan ini sangat misleading.

Sebenarnya, APA yang anda makan jauh lebih penting daripada BILA anda makan. The idea that makan lewat malam membuatkan berat badan bertambah berasal dari hipotesis biological clock manusia bahawa waktu malam adalah untuk berehat, bukan makan. Walaupun ada kebenarannya, but it’s not necessarily the TIME you eat, but how MUCH you eat that matters.

Apabila jumlah pengambilan kalori anda sesuai dengan keperluan harian, berat badan tidak akan bertambah hanya kerana anda makan pada waktu malam. Satu penjelasan untuk mengaitkan antara makan pada waktu malam dengan kenaikan berat badan adalah, mereka yang makan lewat malam selalunya makan lebih banyak kalori. Mereka juga sering memilih makanan yang salah.

Pada waktu malam, ramai yang lebih cenderung memilih makanan yang tidak sihat dan padat kalori seperti kerepek, soda dan ais krim. Secara fisiologi, kalori makanan tidak berubah samada anda makan waktu siang atau malam. Nilai kalori tetap sama. Jika anda makan mengikut keperluan kalori, samada siang atau malam, berat badan tidak akan bertambah.

Cuma, bila anda makan waktu malam, tubuh badan akan bekerja sepanjang malam, menyebabkan badan anda tidak mendapat rehat yang sebenar. Anda mudah merasa letih di siang hari. Keletihan akan menyebabkan badan merembeskan hormon kortisol yang membuatkan anda sentiasa mahu mengunyah!

Dah nampak kan, betapa penurunan berat badan bukan semata-mata diet and bersenam sahaja, tetapi ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Jadi, bersabarlah jika ingin mendapatkan berat badan ideal. Ia tidak akan berlaku dalam masa yang singkat tetapi bertahap.
Diana Ishak
Read more

Bagaiman Minuman Bergula Beri Kesan Buruk Pada Badan

Apabila gula diambil secara berlebihan, ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Ada beberapa sumber gula memberi kesan yang lebih buruk daripada yang lain - minuman bergas dan jus adalah yang paling teruk.

[1] Minuman Bergula Tidak Akan Memberi Rasa Kenyang dan Menaikkan Berat Badan
Jus mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi. Fruktosa tidak menurunkan hormon ghrelin [hormon lapar]. Dalam ertikata lain, ia tidak merangsang kenyang. Sebab itulah, apabila kita minum minuman manis, biasanya kita akan mengudap dengan banyak kerana minuman bergula tidak memberi rasa kenyang.

[2] Gula Yang Berlebihan Diubah Menjadi Lemak dan Disimpan Dalam Hati.
Glukosa dapat dimetabolisme oleh sel badan, sedangkan fruktosa hanya dapat dimetabolisme oleh satu organ, iaitu hati. Apabila fruktosa diambil berlebihan, hati akan mengubah fruktosa menjadi lemak. Sebilangan lemak menjadi trigliserida [komponen kolesterol], sementara sebahagian tetap berada di hati. Dari masa ke masa, akan menyebabkan penyakit hati berlemak.

[3] Gula Menyebabkan Pengumpulan Lemak di Perut [Belly Fat]
Fruktosa adalah punca perut buncit. Ia bukan sahaja membentuk lemak di perut tetapi juga pada organ seperti jantung. Ini dikenali sebagai lemak viseral atau lemak perut.

Berbeza dengan glukosa, ia menyebabkan lemak pada kulit yang tak ada kaitan dengan penyakit metabolik seperti fruktosa.
Walaubagaimanapun kedua-duanya tetap menjadi penyebab pertambahan lemak dalam badan.

[4] Gula Menyebabkan Ketahanan Leptin
Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel lemak. Leptin seharusnya memberitahu otak bahawa - badan mempunyai lemak yang cukup lemak - jadi tak perlu makan lagi supaya badan dapat membakar kalori pada kadar normal. Tetapi bila gula banyak dalam badan, badan menjadi tahan terhadap leptin. Maksudnya, badan tak menerima isyarat leptin. Jadi kita sentiasa nak mengunyah walaupun dah banyak makan.

GC Plus : Membantu mendapatkan berat badan ideal di samping mengurangkan rasa lapar.

Nutrijuice : Membantu menurunkan kolesterol pada paras normal, di samping membantu badan menurunkan berat [melalui pengurangan trigliserida]

Basic Value Pack : Weight Loss Booster. Percuma Cleansing Gel 25ml
Diana Ishak
Read more

Cara Menurunkan Berat Mengikut Jenis Badan Anda

Cuba berdiri depan cermin. Perhatikan di manakah pembentukan lemak pada badan anda yang paling jelas kelihatan? Sekiranya lemak paling banyak di bahagian tengah badan di antara dada dan tulang pinggul, bentuk badan anda adalah JENIS STRESS.

Sekarang cuba pusingkan badan. Sekiranya ada lemak yang banyak di sisi badan, anda adalah JENIS GULA.

Sekiranya lemak berlebihan di sekitar pinggul dan paha, anda adalah JENIS ESTROGEN.

Kemudian, cuba angkat lengan anda. Ada tak kulit menggelebeh di bawah lengan? Kulit yang berlebihan ini menunjukkan anda adalah JENIS T.

Dengan mengetahui 4 jenis badan ini, dapat membantu anda memaksimumkan penurunan berat badan. Tidak semestinya anda hanya ada satu jenis body type. Boleh jadi gabungan atau lebih daripada satu.

JENIS STRESS
Orang yang memiliki badan jenis ini mempunyai banyak lemak di bahagian perut. Lemak jenis ini tidak boleh dicubit kerana ia berada di bawah otot dan sekitar organ. Ini adalah jenis badan yang paling berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit jantung.

Punca lemak terkumpul di perut adalah kerana STRESS. Stress membuatkan anda makan makanan yang tidak sepatutnya. Stress juga menyebababkan badan mengeluarkan hormon kortisol [hormon stress]. Hormon kortisol berkata "Oh, nampaknya keadaan anda tak begitu baik. Oleh itu, saya akan simpan semua kalori dan lemak ke dalam usus, di sekitar hati, so I got myself protected".

Walaupun nampak seperti badan cuba membantu anda, tetapi apa yang dilakukan adalah salah. Badan sedang menghasilkannlemak STRESS yang cenderung berbahaya. Penyelesaian: Makan karbohidrat tetapi jenis karbohidrat yang betul [bukan makanan bertepung]. Karbohidrat merangsang serotonin. Serotonin akan memberi rasa tenang dan bila anda tenang, anda kurang lapar. GC Plus meransang serotoning. Sebab itulah yang mengambil GC Plus kurang merasa lapar.

JENIS GULA
Masalah dengan gula adalah insulin. Apabila badan berlebihan gula, ia akan meransang lebih banyak hormon insulin kerana badan kata "Badan terlalu banyak gula. Cepat simpan semua gula ini sebagai lemak!".

Selalunya, lemak yang disebabkan oleh berlebihan gula akan berkumpul di pinggang. Untuk mengurangkannya, anda boleh gunakan teknik Herba. Herba dapat membantu anda mengurangkan keinginan terhadap makanan bergula. Bila gula berkurangan dalam badan, badan akan mula menggunakan lemak-lemak ini sebagai sumber tenaga. Lama-kelamaan, anda akan dapat ada inchloss. GC Plus merupakan produk yang berasaskan herba dapur seperti bawang putih, halia, pegaga, asam gelugur dan habatussauda.

Jenis badan yang paling popular ialah JENIS ESTROGEN.
Mereka yang mempunyai badan jenis ini menyimpan lemak di sekitar pinggul dan paha. Jenis ini ada kaitan dengan hormon estrogen yang tidak seimbang. Badan yang berlebihan estrogen akan mengalami simptom PMS yang kuat jadi anda akan kerap makan, letih, stress - semuanya menjadi satu.

Sekiranya anda adalah JENIS ESTROGEN, banyakkan makan sayur-sayuran dan herba yang tidak berkanji. Ia dapat menstabilkan estrogen. Kehadiran herba dalam GC Plus membantu menstabilkan estrogen dalam badan.

JENIS T
Badan yang menghadapi masalah untuk membina otot akan membuatkan kulit di bawah lengan menggeleber. T bermaksud testosteron. Badan jenis T mempunyai jisim otot yang rendah. Tanpa banyak otot, lemak akan berkumpul di bawah lengan.

Kekurangan vitamin D mempengaruhi tahap testosteron anda. Jadi, banyakkan makan makanan yang akan membekalkan banyak vitamin D untuk badan. Makan protein seperti salmon, sardin, atau mungkin suplemen vitamin D. GC Plus mengandungi ekstrak HCA yang berfungsi menyimpan glikogen dalam otot. Jadi, jisim otot akan bertambah, mengurangkan potensi lemak berkumpul di bawah kulit.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah bentuk badan berubah bila usia meningkat?

Pernah tak terfikir walau berat badan sekarang sama seperti berat badan 15 tahun lepas, kenapa kita tetap tak kelihatan sekurus dulu?

Sebenarnya bentuk badan berubah secara semula jadi seiring usia. Ini adalah hakikat yang tidak dapat kita elakkan. Walau lelah menurunkan berat badan, kita mungkin boleh mencapai berat badan yang sama tetapi struktur badan tidak akan kembali seperti 15 tahun yang dulu. INI HAKIKAT!

Walaupun itu adalah hal yang tidak dapat dielakkan, pilihan gaya hidup boleh melambatkan atau mempercepat prosesnya.

Badan manusia terdiri daripada lemak, tisu tanpa lemak (otot dan organ), tulang, dan air. Selepas usia 30 tahun, badan cenderung kehilangan tisu tanpa lemak.

Otot, hati, ginjal, dan organ lain akan kehilangan sebahagian sel mereka. Proses kehilangan otot ini disebut atrofi.

Tulang mungkin kehilangan sebahagian mineralnya dan menjadi kurang padat (keadaan yang disebut osteopenia pada peringkat awal dan osteoporosis pada peringkat kemudian).

Kehilangan tisu mengurangkan jumlah air di dalam badan.

Jumlah lemak badan meningkat dengan konsisten selepas usia 30. Orang tua mempunyai hampir 1/3 lebih banyak lemak berbanding ketika muda. Tisu lemak berkumpul ke arah pusat badan, termasuk di sekitar organ dalaman. Walau bagaimanapun, lapisan lemak di bawah kulit semakin mengecil.

Otot kaki yang semakin berkurang boleh membuatkan pergerakan lebih sukar. Ditambah pula dengan lemak badan yang berlebihan dan kolagen yang berkurangan pada sendi dapat mempengaruhi keseimbangan badan. Perubahan badan ini boleh menyebabkan terjadinya jatuh, susah bangun selepas duduk, susah bersila/bersimpuh.

Perubahan jumlah berat badan berbeza untuk lelaki dan wanita. Lelaki sering menambah berat badan sehingga usia 55 tahun, dan kemudian berat mula menyusut. Ini ada kaitan dengan penurunan testosteron [hormon seks lelaki].

Wanita biasanya mudah naik berat badan sehingga usia 65 tahun, and then begin to lose weight. Penurunan berat badan berlaku kerana ketika ini lemak mula menggantikan tisu otot tanpa lemak.

Maka tak perlulah berlumba-lumba mendapatkan semula bentuk badan 15-20 tahun lepas. Struktur dalaman sudah tidak sama lagi. Walau kita berjaya mendapatkan berat badan yang sama seperti zaman muda-muda dulu, struktur dalaman badan sudah berbeza. Yang harus dijaga adalah berat badan yang ideal, cukup.

- GC : membantu menurunkan berat badan
- NJ : membantu menurunkan kolesterol
- Gloei : membantu merangsang kolagen secara semulajadi

Diana Ishak
Read more

Otot saya bertambah tapi berat tak turun!

Proses membina otot memerlukan bahan bakar dalam bentuk kalori. Kalori datang dari makanan. Ini bermakna, UNTUK MENAMBAHKAN OTOT, KITA PERLU MAKAN LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG BADAN BAKAR.

Sebaliknya, UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN, BADAN PERLU BAKAR LEBIH DARIPADA APA YANG KITA AMBIL. Oleh itu, kalau ada target untuk menurunkan berat badan dan menambahkan otot, perlu faham bagaimana ia boleh berlaku.

Weight Loss vs. Fat Loss

Perkara pertama yang perlu diketahui ialah penurunan berat badan dan penurunan lemak, TIDAK SAMA. Badan boleh kehilangan lemak tetapi berat badan tidak turun, terutamanya jika kita secara konsisten membina otot melalui latihan ketahanan [resistance training].

Apabila memulakan program diet dengan mengambil makanan rendah kalori atau melakukan senaman kardio [berlari/cycling/brisk walk] yang berlebihan, badan akan hilang otot, bukannya lemak. Angka pada penimbang kelihatan turun, tetapi badan jadi kurus lembik, bukannya kurus solid.

When it comes to weight loss, slow and steady wins the race. Berat badan tidak boleh turun LEBIH DARI 900g SEMINGGU. Menurunkan berat badan terlalu cepat menyebabkan badan kehilangan tisu tanpa lemak. Tisu tanpa lemak yang hilang menyebabkan penurunan berat badan menjadi lebih susah.

Perlu faham bahawa menambah otot bermaksud menambah berat badan pada skala penimbang. Badan mungkin hilang banyak lemak, tetapi skala berada di sekitar angka yang sama. JANGAN TERTIPU DENGAN PENIMBANG. Scale is a very narrow and limited predictor of success.

Sebaiknya, pay attention to how you look in the mirror. Simpan satu baju/seluar bersaiz kecil [seperti yang kita mahukan] dan jadikan itu piawai.

Sekiranya otot bertambah tapi berat badan tak turun, ini adalah keadaan di mana resistance training telah mengurangkan lemak badan SAMBIL meningkatkan otot. Lemak dan otot slash each other, membuatkan angka berat tidak berganjak. Yang sebenarnya ada pengurangan lemak di situ.

Ketika menurunkan berat badan, kita semua akan sampai ke tahap di mana berat badan seakan-akan berhenti. Penambahan otot adalah proses yang perlahan daripada penurunan berat. Jadi, jika after a while berat jadi statik [tak turun-turun], bermakna proses penambahan otot telah bermula. Pada tahap ini, berhenti jadikan penimbang sebagai ukuran kejayaan. Start jadikan size baju/seluar sebagai benchmark.

Sebab itulah, sesiapa yang beli GC PLUS, kami sertakan dengan weight loss tracker card. Ini untuk anda monitor berat dan kehilangan inci pada pinggang dalam masa 10 hari.

Sebagaimana penurunan berat tidak boleh lebih dari 900g seminggu, penurunan berat juga tidak boleh kurang dari 580g dalam masa 10 hari. Kalau berat badan turun less than 580g, there's something wrong with your body.
Diana Ishak
Read more

Kortikosteroid dan Penambahan Berat Badan : Apa yang Perlu Anda Tahu

Kortisol adalah hormon yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan di dalam badan. Kortikosteroid pula (sering disebut "steroid") adalah versi kortisol sintetik yang digunakan untuk merawat : 
- artritis
- lupus
- Penyakit Crohn
- asma
- barah
- ruam

Kortikosteroid sangat berkesan mengurangkan keradangan, tetapi ada beberapa kesan sampingan. Salah satunya adalah kenaikan berat badan.

Sebahagian orang mempunyai sistem imun yang menyerang sel normal yang sihat. Ini mengakibatkan kerosakan dan pembengkakan pada tisu badan. Steroid membantu melawan kerosakan dan pembengkakan dengan mengurangkan bahan kimia yang menyebabkan keradangan. Ia membantu sistem imun, sehingga sel yang sihat tidak lagi diserang.

Tetapi steroid ada kesan sampingan negatif, termasuk kenaikan berat badan. Steroid menyebabkan kenaikan berat badan dengan mengubah keseimbangan elektrolit dan air badan, serta metabolisme. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kenaikan berat badan dengan menyebabkan :
- peningkatan selera makan
- pengekalan cecair [fluid retention]
- perubahan tempat badan menyimpan lemak

Ramai orang yang menggunakan steroid mendapat pertambahan lemak di perut, muka, dan leher. Ini kerana berlaku pengagihan lemak. Berapa banyak dan berapa cepat berat badn bertambah adalah bergantung kepada banyak faktor, termasuk dos dan tempoh penggunaan.

Sebab itulah kami tak menggalakkan mereka yang mengambil ubat-ubatan hospital secara rutin, mengambil GC Plus. Jangan berhenti mengambil ubat anda semata-mata untuk GC Plus. Lebih-lebih lagi steroid adalah ubat kuat yang perlu dikurangkan secara BERANSUR-ANSUR. Menghentikannya secara tiba-tiba boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius seperti kekejangan otot, sakit sendi, dan demam.

Walau bagaimanapun, jika ingin mencuba GC Plus, the first step is talk to your doctor.


Whatsapp kami sekarang : 012-7728976

[point ni letakkan gambar gift]
Diana Ishak
Read more

Berapa Banyak Kalori Yang Perlu Dimakan Sehari untuk Menurunkan Berat Badan?

Rata-rata wanita perlu makan kira-kira 2000 kalori sehari untuk MENGEKALKAN berat badan, dan 1500 kalori setiap hari untuk MENURUNKAN 453g setiap minggu. Lelaki memerlukan 2500 kalori untuk MENGEKALKAN berat badan, dan 2000 kalori untuk MENURUNKAN 453g setiap minggu.

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada banyak faktor, termasuk umur, berat badan semasa, aktiviti harian, kesihatan metabolik, dan genetik.

Fakta yang perlu diketahui adalah, untuk menambah berat badan, kalori yang masuk ke dalam badan mestilah lebih dari yang keluar. Sebaliknya, untuk menurunkan berat badan, kalori yang keluar mesti lebih banyak dari yang masuk.

Walaupun begitu, mengurangkan kalori tanpa mengambil makanan yang mencukupi bukan cara untuk menurunkan berat badan secara sihat. Berat badan yang turun akibat kurang makan, tidak akan kekal untuk jangka masa panjang.

Elakkan minuman ringan bergula dan jus buah. Produk-produk ini adalah antara punca kegemukkan kerana otak tidak register kalori cecair [minuman] sama seperti kalori pepejal [makanan] cara yang sama seperti mencatatkan kalori padat.

Sebab itulah, meminum air soda atau jus tidak akan membuatkan perut kenyang walaupun gula dalam air berkalori tinggi. Ini kerana otak tidak register kalori dari sumber minuman manis, membuatkan badan cepat merasa lapar.

Satu cara yang sangat mudah untuk mempercepatkan penurunan berat badan adalah dengan minum banyak air kosong. Minum kira-kira 8 gelas (2 liter) air sehari membakar sekitar 96 kalori. Minuman berkafein seperti kopi dan teh sedikit sebanyak dapat meningkatkan metabolisme juga [tanpa gula please].

Kajian menunjukkan bahawa makan diet rendah karbohidrat sehingga kenyang dapat menghilangkan berat badan 2-3 kali lebih banyak daripada diet rendah lemak. Diet rendah karbohidrat juga mempunyai kelebihan bagi penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semestonya kita perlu makan hanya diet rendah karbohidrat. Cukup focusing on whole food. Lebih mengenyangkan.
Diana Ishak
Read more

Berat badan - Perbezaan antara Jogging, Berlari dan Lari Pecut

Bersenam setiap hari sangat penting untuk kekal cergas dan sihat. Tetapi adalah satu cabaran untuk memilih jenis senaman yang sesuai dengan tujuan kita. Begitu juga dengan joging, berlari dan lari pecut. Ketiganya adalah sebahagian dari bentuk senaman yang sama, tetapi perbezaan di antara mereka adalah kecepatan. Perlu tahu perbezaan dan faedah yang ditawarkan oleh ketiga-tiganya.

Jogging
Berjoging adalah latihan intensiti rendah. Nak berjogging, usaha kena lebih berbanding berlari atau pecut. Semasa berjoging, had kelajuan mesti kurang dari 10 minit setiap 1.6km. Sekiranya kelajuan lebih daripada itu, secara amnya ia dianggap sebagai larian.

Tetapi kelajuan berjogging tak sama untuk setiap orang. Sekiranya baru mula berjogging, bermula dengan kadar 15 minit setiap 1.6km pun will be difficult and tiring. Sekiranya kita masih boleh bernafas dengan betul semasa berjoging, degupan jantung normal dan boleh bercakap dengan betul, bermakna teknik jogging anda tepat.

Berlari
Sejenis senaman seperti jogging tetapi berlari adalah pantas. Berlari membantu membakar lebih banyak kalori berbanding berjoging. Ini kerana berlari memerlukan lebih banyak tenaga daripada berjoging, akibatnya ia membakar lebih banyak kalori. Berlari bagus untuk kesihatan kardiovaskular [jantung].

Lari Pecut [Sprinting]
Semasa berlari, pelari perlu mengekalkan kelajuan maksimum. Berlari adalah latihan yang memerlukan banyak tenaga semasa melaksanakannya. Lari pecut adalah yang terbaik untuk jarak dekat. Latihan ini membantu membakar kalori maksimum dan keupayaan paru-paru meningkat. Sprinting adalah pilihan TERBAIK Untuk orang yang berusaha menurunkan berat badan dengan CEPAT.

PENAFIAN : Sekiranya ada masalah sendi atau kardiovaskular, jangan lakukan senaman ini.

GC PLUS, jika diambil berserta senaman, lebih mempercepatkan progress weight loss. Whatsapp kami sekarang : 012-7728976
Diana Ishak
Read more

Soalan Yang Kita Semua Ada Tentang Lemak Badan

Lemak selalu dikelilingi oleh aura negatif. Ia adalah sesuatu yang mahu dihilangkan dari setiap diet. Tetapi adakah lemak benar-benar buruk untuk badan? Apa peranannya? Dan apabila lemak hilang, ke mana perginya?

Soalan 1 : Bolehkah Makan Makanan Tertentu Membantu Menurunkan Lemak?

- Walaupun kelihatan counterintuitive, makan sebenarnya boleh membantu badan membakar lemak dan menurunkan berat badan - JIKA makan makanan yang betul.

- Makanan yang tinggi protein, seperti daging tanpa lemak, telur, kekacang, memerlukan lebih banyak kerja untuk menguraikannya, jadi badan harus bekerja lebih keras (dan membakar lebih banyak kalori) untuk mencernanya.

- Makanan pedas meningkatkan metabolisme. Capsaicin, sebatian yang menjadikan lada panas, bukan sahaja dapat membantu menahan selera makan, tetapi meningkatkan pembakaran kalori dan mengurangkan keinginan untuk makan banyak.

Makan lemak boleh membantu badan menghilangkan lemak. Eh, macamana tu?

Diet yang menekankan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti salmon, terbukti menambahkan rasa kenyang, sehingga mendorong penurunan berat badan. Yang paling penting, diet tinggi lemak sebegini lebih berkesan untuk menurunkan risiko serangan jantung berbanding diet rendah lemak.

Soalan 2 : Adakah Otot Berat Lebih Daripada Lemak?

Betul, otot beratnya lebih banyak daripada lemak, tetapi perlu diingat 1kg otot tetap sama berat dengan 1kg lemak. Perbezaannya ialah otot lebih padat daripada lemak. Jika membandingkan 1 inci padu otot dengan 1 inci padu lemak, otot pasti akan lebih berat. Jadi, jika selepas 2 bulan mengambil GC Plus tetapi berat pada skala tidak jauh berbeza, ini adalah kerana lemak yang hilang telah diganti dengan otot yang mungkin sama berat atau lebih berat dari lemak yang hilang. Cuba pakai baju lama, pasti terasa perbezaannya.

Soalan 3 : Adakah Otot Membakar Lebih Banyak Kalori Daripada Lemak?

Betul. Otot direka untuk pergerakan. Ia membakar tenaga pada kadar yang lebih tinggi daripada lemak. Lemak direka untuk menyimpan atau menjimatkan tenaga. 1kg otot membakar sekitar 7 - 10 kalori sehari ketika berehat, berbanding dengan 2-3 kalori untuk lemak.

Soalan 4 : Saya ambil GC Plus dan bersenam setiap hari tapi badan lambat turun. Kenapa?

Sebenarnya tidak ada "senaman untuk membakar lemak". Bagaimanapun, jenis senaman yang akan membakar kalori paling banyak adalah senaman yang membuatkan otot bekerja keras sehingga struggle mencari kalori dalam aliran darah. Berjoging, berbasikal dan menaiki tangga adalah contoh senaman yang baik. Tetapi perlu diingat, bersenam terlalu keras membuatkan otot terlebih bekerja, menjadikannya kurang cekap dalam membakar kalori. Inilah antara punca kenapa bersenam setiap hari tetapi berat tidak turun seperti yang diharapkan. Don't overdo.

Soalan 5 : Semasa Menurunkan Berat, Ke Mana Perginya Lemak?

Apabila seseorang menurunkan berat badan, selagi dia tidak kelaparan, badan literally menyerap lemak. Kemudian badan mengubah lemak menjadi karbohidrat yang dapat digunakan sebagai tenaga dan memetabolismekannya menjadi karbon dioksida, air, dan peluh.

- Jika anda bersenam, pastikan sehingga mengeluarkan peluh yang menitik.
- Jika anda bersenam sehingga tercungap-cungap bernafas, bermakna pembakaran lemak sedang berlaku.
- Jika anda mengambil GC Plus dan kerap buang air kecil, itu bukti GC Plus sedang berkerja.

Soalan 6 : Adakah semua LEMAK tidak baik?



Tidak.

Badan mengandungi 2 jenis sel lemak :

a. sel lemak putih 
b. sel lmak gelap 

Tugas sel lemak putih adalah menyimpan kalori untuk kegunaan masa depan. Lemak putih bertambah apabila kita makan lebih banyak kalori. Dari sini kita mendapat lemak dengan dua cara :
a. sel-sel lemak kita bertambah besar.
b. kita membuat lebih banyak lemak.

Tugas sel lemak coklat adalah menghasilkan haba. Untuk melakukan itu, sel-sel menyimpan lemak untuk sementara waktu sehingga dapat digunakan sebagai sumber bahan bakar. Sel-sel lemak coklat ini adalah lemak "baik".

Diana Ishak
Read more

Usia meningkat, hormon berubah-ubah

Seiring usia, secara semula jadi perubahan dalam sistem badan berlaku. Beberapa tisu menjadi kurang sensitif terhadap hormon. Jumlah hormon yang dihasilkan juga berubah.

Tahap darah beberapa hormon meningkat, ada yang menurun, dan ada yang tidak berubah. Hormon juga dipecah (dimetabolisme) dengan lebih perlahan. Sebagai contoh, tisu endokrin menghasilkan lebih sedikit hormon bila usia meningkat ATAU boleh jadi ia tetap menghasilkan jumlah yang sama tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Sebagaimana yang kita belajar semasa di sekolah dulu, pusat kawalan hormon adalah di otak (hipotalamus). Hipotalamus menghasilkan hormon yang mengawal struktur lain dalam sistem endokrin. Jumlah hormon yang dihasilkan oleh hipotalamus tetap sama, tetapi tindak balas oleh organ endokrin boleh berubah seiring bertambahnya usia.

Kelenjar pituitari juga terletak di otak. Kelenjar ini mencapai ukuran maksimum pada usia pertengahan dan beransur-ansur menjadi lebih kecil. Ia mempunyai dua bahagian:


- Posterior menyimpan hormon yang dihasilkan di hipotalamus.
- Anterior menghasilkan hormon yang mempengaruhi pertumbuhan, kelenjar tiroid, korteks adrenal, ovari, testis, dan payudara.

Kelenjar tiroid terletak di leher. Ia menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme. Jadi, kemampuan weight loss ada kaitan dengan fungsi tiroid. Sebab itulah sesiapa yang ada masalah tiroid kami tak recommend ambil GC Plus kerana ada faktor hormon yang 'kacau' weight loss. Ditambah pula bila usia meningkat, tiroid menjadi 'degil'. Metabolisme mula melambat dari masa ke masa, bermula usia 35.

Sebab itulah, JANGAN AIM UNTUK KURUS, tetapi aim untuk tidak overweight. Kerana seiring dengan usia, perubahan hormon memang mengganggu banyak sistem badan.

Ok, apa lagi masalah hormon yang mengganggu seiring dengan usia?

Hormon paratiroid mempengaruhi tahap kalsium dan fosfat, yang mempengaruhi kekuatan tulang. Tahap hormon paratiroid meningkat seiring bertambahnya usia, yang menyumbang kepada osteoporosis.

Ovari dan testis menghasilkan sel pembiakan (ovum dan sperma). Ia juga menghasilkan hormon seks yang mengawal payudara dan janggut/misai. Seiring usia, lelaki boleh mempunyai tahap testosteron yang rendah dan tahap estrogen dalam wanita menurun bila menghampiri menopaus.

Insulin membantu mengawal kandungan gula dalam darah, di mana ia boleh digunakan untuk tenaga. Tahap glukosa puasa meningkat setiap 10 tahun selepas usia 50 tahun kerana sel menjadi kurang sensitif terhadap kesan insulin.

Hormon yang biasanya menurun termasuk :

- Aldosteron (mengawal tekanan darah)
- Calcitonin (mengatur kadar kalsium dan fosfat dalam darah)
- Hormon tumbesaran
- Renin (enzim yang mengawal gangguan pada fungsi ginjal)
- Estrogen dan prolaktin

Hormon yang selalunya tidak berubah atau hanya menurun sedikit :

- Kortisol (hormon stress)
- Adrenalin
- Insulin
- Hormon tiroid

Diana Ishak
Read more

Semakin berjogging semakin berat tak turun

Pernahkah tertanya-tanya "Kenapa berat saya tak turun? Kenapa degil sangat lemak saya?"

Padahal segalanya dah dibuat. Dah makan makanan sihat, pergi gim 5 hari seminggu secara konsisten dan buat senaman kardio yang banyak [lama]. Tetapi setiap kali menimbang berat badan dan ukur lilitan pingang, semuanya masih sama!

Sebab pertama adalah kerana makan terlalu banyak kalori. Satu-satunya cara untuk menurunkan lemak badan adalah dengan mengurangan kalori. Badan perlu keluarkan lebih banyak kalori daripada yang diambil. Ramai di antara kita menganggap bila makan sedikit, kalori juga sedikit. Belum tentu.

Sebab kedua adalah terlalu banyak melakukan senama kardio. Pelik, kan? Bagaimana terlaku banyak jogging/cycling/brisk walk boleh buatkan berat tak menurun.

Kardio adalah tekanan yang diberikan pada badan. Semasa melakukan kardio, badan bertindak balas dengan menyesuaikan diri dengan tekanan itu. Ketika menyesuaikan diri dengan tekanan, badan mencari cara terbaik untuk melakukan jumlah kerja tersebut tanpa mengeluarkan tenaga yang banyak. Satu-satunya cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga agar lemak terus membakar, adalah dengan melakukan lebih banyak kardio. Masalahnya, semakin kerap melakukan kardio, semakin sedikit tisu otot yang dibina kerana kalori tidak mencukupi.

Walaupun senaman baik untuk badan, badan kita menganggapnya sebagai STRESS, sama seperti stress beban kerja pejabat. Terlalu banyak senaman boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental (termasuk metabolisme). Terlalu banyak kardio mengakibatkan pengecutan otot. Otot yang mengecut menyebabkam sedikit lemak dibakar.

Bukan bermaksud perlu berhenti kardio. Tak. Yang penting, kenali badan sendiri. Badan biasanya memberi isyarat bahawa sudah waktunya untuk mengubah/berhenti melakukan sesuatu. Sekiranya mengalami SALAH SATU daripada gejala ini, mungkin merupakan tanda bahawa anda terlalu banyak melakukan kardio.

  • Penambahan berat badan/berat statik. Kardio biasanya tidak membantu penurunan berat badan. Badan menjadi "terbiasa" defisit kalori dan menyimpan tenaga sebagai lemak. Di samping itu, kebanyakan orang makan lebih banyak selepas bersenam.
  • lemak badan bertambah atau sukar untuk kehilangan lemak badan (boleh tahu dari ukuran pinggang]
  • Perubahan hormon
  • Sakit sendi dan sakit otot
  • Sistem imun yang tertekan (lebih kerap demam/selsema)
  • Mood berubah
  • Selera makan berubah
  • Insomnia
  • Cepat letih
  • Ketidakupayaan untuk fokus

 

Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart