GC Plus / karbohidrat

Karbohidrat penting untuk diet yang berkesan dan mood yang baik

Maaf, jika boleh saya katakan ketika dunia kegilaan diet rendah karbohidrat (low carb diet) dan pro-protein (makan protein sahaja), karbohidrat dituduh sebagai penyebab kenaikan berat badan. Karbohidrat dikatakan punca kenapa ramai tidak dapat menurunkan berat badan.

Apabila kita berhenti makan karbohidrat, otak juga berhenti mengatur serotonin, iaitu sejenis bahan kimia yang menaikkan mood dan menyekat selera makan. Pengambilan karbohidrat merangsang pengeluaran serotonin. Apabila serotonin aktif di otak, kesannya pada selera makan adalah membuatkan perut merasa kenyang yang lebih panjang. Serotonin sangat penting bukan sahaja untuk mengawal selera makan dan menghentikan kita dari makan berlebihan, tetapi juga mengawal mood.

Ubat antidepresan menggunakan mekanisme yang sama, iaitu ia menjadikan serotonin lebih aktif untuk jangka masa yang lebih lama bagi mengatur mood. Tetapi tindakbalas bahan kimia lain di dalamnya menjadikan metabolisme badan merendah lantas berat badan susah turun. Karbohidrat meningkatkan tahap serotonin dan bertindak seperti ubat penenang semula jadi. Otak menghasilkan serotonin hanya setelah kita mengambil karbohidrat. Dan yang paling penting, karbohidrat ini mesti dimakan bersama dengan protein yang SANGAT SEDIKIT atau TANPA PROTEIN.

Makanan seperti pasta dan nasi membolehkan otak membuat serotonin, tetapi ayam dan steak menghalang serotonin daripada dihasilkan. This is why people may still feel hungry walaupun setelah makan steak. Perut sudah kenyang tetapi masih craving sesuatu kerana otak tidak cukup membuat serotonin bagi mematikan selera makan. Otak wanita mempunyai sedikit serotonin berbanding lelaki. Sebab itulah wanita lebih moody. Apabila wanita memakan diet yang kurang merangsang serotonin, this make women feel irritable.

Badan memerlukan karbohidrat yang cukup agar mood tetap stabil. Perubahan mood biasanya berlaku pada waktu petang atau malam. Sebab itulah pada waktu ini, kita mudah craving sesuatu yang manis dan berlemak seperti coklat dan ice-cream. Dalam weight management, it's not just a matter of gagal mengawal cravings, tetapi otak yang mengawal dan menghantar isyarat untuk makan karbohidrat. Jika karbohidrat sangat rendah dalam badan, manusia mudah menjadi grumpy atau gelisah.

Ketika badan kurang sumber karbohidrat, memakan protein tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memakan makanan berlemak seperti daging atau keju akan menambahkan lagi rasa letih dan lesu. Walau bagaimanapun, jika lemak dan protein adalah satu-satunya alternatif yang ada, maka otak masih boleh menggunakannya untuk sumber tenaga tetapi ia umpama memberi teh manis kepada pengembara di gurun gersang. Teh manis itu mampu menghilangkan dahaga sementara, tetapi masih tidak berkesan.

Mekanisme inilah yang digunakan dalam formulasi GC PLUS, iaitu dengan merangsang penghasilan serotonin supaya perut menjadi lambat lapar, TANPA bantuan karbohidrat. Ini sangat beneficial untuk mereka yang sedang berpuasa, di mana pengambilan GC PLUS mengurangkan rasa lapar sepanjang tempoh itu.
Diana Ishak
Read more

Peranan Glikogen

Apabila kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi), tahap glukosa darah akan meningkat. Peningkatan glukosa menyebabkan pankreas menghasilkan insulin. Insulin membantu badan mengambil glukosa dari darah untuk tenaga. Apabila badan tidak memerlukan tenaga, insulin memerintahkan sel-sel hati menghasilkan enzim glikogen synthase untuk menukarkan glukosa kepada glikogen. Glikogen dihantar ke hati, otot, dan juga sel lemak, untuk disimpan.

6% dari berat keseluruhan hati adalah glikogen. Manakala hanya 1%-2% berat keseluruhan otot terdiri dari glikogen. Sebab itulah kita hilang tenaga dengan cepat semasa melakukan senaman. Jumlah glikogen yang tersimpan dalam hati, otot dan sel lemak berbeza-beza bergantung pada:
  • how active you are
  • seberapa banyak tenaga yang digunakan semasa BMR
  • jenis makanan yang dimakan.
Glikogen yang tersimpan dalam otot digunakan hanya oleh otot itu sendiri, sementara glikogen yang tersimpan di hati diedarkan ke seluruh badan - terutamanya ke otak. Sebab itu berulang kami pesan JANGAN SKIP KARBOHIDRAT semasa berdiet. Otak adalah pusat kawalan sistem badan, jika otak tidak mendapat 'makanan' yang betul, badan akan terganggu.

Apabila tahap glukosa menurun, samada kerana belum makan atau bersenam, kadar insulin juga akan turun. Apabila ini berlaku, glikogen mula dipecahkan untuk membekalkan tubuh dengan glukosa. Selama 8-12 jam berikutnya, glukosa dari hati menjadi sumber tenaga utama badan. Otak menggunakan lebih daripada separuh glukosa badan semasa tempoh tidak aktif. Sepanjang hari biasa, permintaan otak untuk glukosa jauh lebih tinggi.

Apa yang kita makan, berapa kerap kita makan, dan tahap aktiviti mempengaruhi bagaimana badan menyimpan dan menggunakan glikogen. Kesannya sangat teruk kalau kita mengambil diet rendah karbohidrat, di mana sumber utama glukosa (karbohidrat) sengaja dibatasi. Walaupun ketika simpanan glikogen habis, badan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga, which is a good news untuk mereka yang ingin kurus, perlu faham satu perkara. Sekiranya otak tidak mendapat glukosa yang cukup, hormon anda akan terganggu, kitaran haid kacau-bilau, serta weight management juga go haywire.

Apa kaitan GC PLUS dalam topik ini?
Perasan tak, di restoran yang menghidangkan makanan fine-dining, sebelum makanan utama, mereka menghidangkan roti terlebih dahulu? Kenapa?

Kerana, karbohidrat (roti), meningkatkan tahap serotonin secara semula jadi dan bertindak seperti ubat penenang semula jadi (natural tranquilizer). Bila serotinin dibebaskan, badan merasa tenang, hormon berada dalam keadaan baik dan terkawal, dan perut cepat kenyang (kurang merasa lapar). By the time makanan utama tiba, perut sudah tidak terlalu lapar kerana kita telah pun makan roti. Kita bukan kenyang kerana sudah makan roti, tetapi kenyang kerana serotonin telah dibebaskan dalam badan, oleh otak.

Itulah mekanisme GC PLUS dalam membantu menurunkan berat badan. Ia tidak membakar lemak secara lansung, tetapi merangsang serotonin supaya perut merasa kurang lapar. Secara tak lansung, anda kurang makan, serat kurang craving makanan manis dan berlemak.
Diana Ishak
Read more

Kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang.

Ramai yang nak kurus, tapi tak nak bertindak. Suka sangat bertangguh. Dan, ada juga yang dah mulakan program diet tapi belum sampai seminggu dah sabotaj diri sendiri. Tiba-tiba rasa demotivated hanya kerana tak nampak penurunan ketara pada penimbang.

Hello..?
Walaupun anda makan makanan yang sihat pada kebanyakan masa, kalau tak kena caranya, berat tetap susah nak turun. Mungkin anda makan makanan yang betul, tapi dalam kombinasi salah. Atau, makan kombinasi makanan yang betul, tetapi tak makan pada masa yang betul. 

Banyak faktor yang mempengaruhi turun naik berat badan. Jadi, jangan sabotaj diri sendiri. Siapa yang lebih layak memotivasikan diri kita melainkan diri kita sendiri, kan?

Sebelum kami ajar macamana nak makan dengan betul supaya metabolisme aktif, perlu faham yang kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang. Dua orang yang sama umur, jantina yang sama, dan melakukan jumlah senaman yang sama - seorang boleh makan apa sahaja dan masih boleh turunkan berat badan. Yang seorang lagi terpaksa bergantung kepada jisim otot (otot yang lebih, metabolisme yang lebih tinggi). Bermakna, orang ini mesti memilih makanan yang sesuai supaya berat badannya boleh turun. 

Hasil dari diet tidak sama setiap orang. Tetapi apa yang penting adalah, ada pengurangan samada berat ataupun inci. Cepat dan lambat bukan matlamat. Matlamatnya, mesti turun berat.


Cara nak naikkan metabolisme supaya lebih cepat turun berat

Tidak makan dengan cukup pada siang hari boleh melambatkan metabolisme dalam dua cara. Pertama, badan berpendapat bahawa anda sedang berada dalam kedaan kebuluran, jadi badan akan berhenti membakar kalori supaya anda kekal "hidup". Kedua, anda mengambil kalori terlalu sedikit menyebabkan badan terpaksa memperlahankan pembakaran kalori sebagai persediaan supaya tidak masuk zon kebuluran.

Meminum air adalah salah satu cara paling mudah untuk melajukan pembakaran lemak. Walaupun makan makanan yang sempurna, jika badan tidak cukup air, berat susah untuk menyusut kerana apabila badan mengalami dehidrasi, ia tidak dapat membakar lemak.

Gula dan karbohidrat mempunyai keupayaan unik untuk menghentikan penurunan berat badan. Cuba fikir sejenak, ketika badan sedang membakar lemak, tiba-tiba anda minum teh tarik. Serta-merta badan akan menggunakan gula dalam teh tarik sebagai tenaga dan berhenti menggunakan lemak sebagao sumber tenaga. Ohmigod! Ini lebih seram dari cerita hantu!


Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart