Kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang.
Ramai yang nak kurus, tapi tak nak bertindak. Suka sangat bertangguh. Dan, ada juga yang dah mulakan program diet tapi belum sampai seminggu dah sabotaj diri sendiri. Tiba-tiba rasa demotivated hanya kerana tak nampak penurunan ketara pada penimbang.
Hello..?
Walaupun anda makan makanan yang sihat pada kebanyakan masa, kalau tak kena caranya, berat tetap susah nak turun. Mungkin anda makan makanan yang betul, tapi dalam kombinasi salah. Atau, makan kombinasi makanan yang betul, tetapi tak makan pada masa yang betul.
Banyak faktor yang mempengaruhi turun naik berat badan. Jadi, jangan sabotaj diri sendiri. Siapa yang lebih layak memotivasikan diri kita melainkan diri kita sendiri, kan?
Sebelum kami ajar macamana nak makan dengan betul supaya metabolisme aktif, perlu faham yang kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang. Dua orang yang sama umur, jantina yang sama, dan melakukan jumlah senaman yang sama - seorang boleh makan apa sahaja dan masih boleh turunkan berat badan. Yang seorang lagi terpaksa bergantung kepada jisim otot (otot yang lebih, metabolisme yang lebih tinggi). Bermakna, orang ini mesti memilih makanan yang sesuai supaya berat badannya boleh turun.
Hasil dari diet tidak sama setiap orang. Tetapi apa yang penting adalah, ada pengurangan samada berat ataupun inci. Cepat dan lambat bukan matlamat. Matlamatnya, mesti turun berat.
Cara nak naikkan metabolisme supaya lebih cepat turun berat
Tidak makan dengan cukup pada siang hari boleh melambatkan metabolisme dalam dua cara. Pertama, badan berpendapat bahawa anda sedang berada dalam kedaan kebuluran, jadi badan akan berhenti membakar kalori supaya anda kekal "hidup". Kedua, anda mengambil kalori terlalu sedikit menyebabkan badan terpaksa memperlahankan pembakaran kalori sebagai persediaan supaya tidak masuk zon kebuluran.
Meminum air adalah salah satu cara paling mudah untuk melajukan pembakaran lemak. Walaupun makan makanan yang sempurna, jika badan tidak cukup air, berat susah untuk menyusut kerana apabila badan mengalami dehidrasi, ia tidak dapat membakar lemak.
Gula dan karbohidrat mempunyai keupayaan unik untuk menghentikan penurunan berat badan. Cuba fikir sejenak, ketika badan sedang membakar lemak, tiba-tiba anda minum teh tarik. Serta-merta badan akan menggunakan gula dalam teh tarik sebagai tenaga dan berhenti menggunakan lemak sebagao sumber tenaga. Ohmigod! Ini lebih seram dari cerita hantu!