Formula berat badan ideal

 

 .

No, dalam empat bulan korang dah mati.
.
Tanpa makanan, badan manusia boleh bertahan kira-kira tiga minggu.
Tanpa air, badan manusia hanya boleh bertahan kira-kira 100 jam.
Kalau takde makanan mana nak datang tenaga untuk bersenam?
Tanpa makanan, badan korang hanya tinggal kulit dan tulang. Otot pun boleh hilang.
Sebab tu pentingnya makanan.
Nak badan yang ideal, formulanya = 30% pergerakan + 70% makanan.
Sebab tu lah Kevin Zahri cakap, bersenam belum tentu boleh kuruskan badan tapi kalau jaga diet memang boleh kurus.
.
Korang masih boleh bersenam.
Sebab bersenam melepaskan endorfin yang akan membuatkan korang rasa (feeling) lebih baik.
Tapi tolong jangan berlapar – itu adalah cara yang paling teruk dan buruk untuk turunkan berat badan yang biasanya korang akan berakhir dengan kegemukan jugak.
.
YANG PASTI JANGAN STOP MINUM AIR!!
.
Benda paling dan paling betul adalah RASA DAN NILAI dulu samada korang memamg betul-betul lapar atau cuma haus je.
Sebab, badan akan hantar isyarat kelaparan bila ia lapar dan dahaga.
Setiap kali korang rasa lapar, cuba minum satu atau dua gelas lepas tu tunggu kejap kira-kira 2 minit.
Kalau masih lapar, maknanya korang memang lapar.
Kalau tak, maknanya korang sebenarnya haus je.
.

Diana Ishak
Read more

Kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang.

 

 .

Ramai yang nak kurus, tapi taknak bertindak.
Suka sangat bertangguh.
Dan, ada juga yang dah mulakan program diet tapi belum sampai seminggu dah sabotaj diri sendiri.
Tiba-tiba rasa demotivated hanya kerana tak nampak penurunan ketara pada penimbang.

Hello, adik-adik. Ni akak nak bagitau sikit.

Walaupun korang makan makanan yang sihat pada kebanyakan masa, kalau tak kena caranya pun berat susah nak turun juga.
Mungkin korang makan makanan yang betul, tapi dalam kombinasi salah.
Atau korang makan kombinasi makanan yang betul, tetapi tak makan pada masa yang betul.
Banyak faktor yang mempengaruhi turun naik berat badan.
Jadi, jangan sabotaj diri sendiri. Siapa yang lebih layak memotivasikan diri kita melainkan diri kita sendiri?

Sebelum akak ajar korang macamana nak makan dengan betul supaya metabolisme aktif, akak nak bagitau dulu yang kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang. 2 orang yang sama umur, jantina yang sama, dan melakukan jumlah senaman yang sama - sorang boleh makan apa saja dan masih boleh turunkan berat badan. Yang sorang lagi terpaksa bergantung kepada jisim otot (otot yang lebih, metabolisme yang lebih tinggi). Maknanya dia kena pilih makanan yang sesuai supaya berat badan dia turun.
Maksudnya kat sini, hasil tak sama setiap orang.
Yang penting - ada penurunan. Cepat dan lambat bukan matlamat. Matlamatnya, mesti turun berat.

Cara nak naikkan metabolisme supaya lebih cepat turun berat :

😎 Tak cukup makan pada siang hari akan melambatkan metabolisme dengan dua cara. Pertama, badan korang berpendapat bahawa korang sedang berada dalam kedaan kebuluran, jadi badan akan stop bakar kalori supaya korang kekal "hidup". Kedua, korang ambik kalori terlalu rendah menyebabkan badan perlahankan pembakaran kalori sebagai persediaan supaya tak kebuluran.

😎 Minum air adalah salah satu cara paling mudah untuk melajukan pembakaran lemak. Walaupun korang makan makanan yang sempurna, tapi badan tak cukup air, korang tetap susah nak turunkan berat sebab bila badan alami dehidrasi ia tak boleh bakar lemak. Seram, kan?

😎 Gula dan karbohidrat mempunyai keupayaan unik untuk menghentikan penurunan berat badan. Cuba fikir, badan sedang bakar lemak, tiba-tiba korang minum teh ais. Serta-merta badan akan gunakan gula sebagai tenaga dan segera stop bakar lemak. Tak ke seram tu. Ini lagi seram, kan?

Sekian, cerita "hantu".
Seram.

Diana Ishak
Read more

Kaedah termudah merawat haid yang tak teratur

 

 .

Berikut adalah kaedah yang terbukti untuk merawat HAID YANG TAK TERATUR. Juga, anda akan berasa cergas sepanjang hari selepas mengikuti rawatan ini :

💦 Minum kira-kira 160ml air sebanyak 4 kali selepas bangun dari tidur. Boleh selang-selang selepas memberus gigi, selepas mandi, selepas solat Subuh (kalau tak boleh minum sekaligus 640ml).

💦 Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air tadi.

💦 Minum air sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan, tetapi tidak dalam tempoh dua jam selepas selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

💦 Jika anda tak boleh minum empat gelas air selepas bangun dari tidur tadi, maka boleh bermula dengan hanya satu gelas saja. Secara beransur-ansur boleh tingkatkan pengambilan air sehingga 640 ml.

 

Diana Ishak
Read more

Perkara-perkara luar biasa yang akan berlaku kalau anda minum air selepas bangun dari tidur

 

 .

70% daripada badan terdiri daripada air, jadi penting untuk memastikan air sentiasa ‘ditambah’ ke dalam badan untuk membolehkan badan berfungsi dengan betul. Apabila air dalam badan kurang, ia mengundang pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Dehidrasi untuk jangka masa yang panjang boleh membawa kepada :

reumatoid artritis
migrain
angina (sakit dada)
pencernaan yang terganggu
tekanan darah tinggi
obesiti
buasir
batuk kering
batu karang
resdung.

Apabila anda minum air 🚰 dengan perut kosong selepas bangun dari tidur, 8⃣ perkara luar biasa ini akan berlaku.

✔ Membantu membersihkan badan daripada toksin.
Bila minum air, ia secara semula jadi menggesa pergerakan usus.

✔ Meningkatkan metabolisme.
Sesuai untuk orang yang sedang dalam misi untuk menguruskan badan kerana minum air pada waktu perut kosong boleh meningkatkan kadar metabolisme sekurang-kurangnya 24%.

✔ Memperbaiki penghadaman.
Bila minum air pada waktu pagi semasa perut kosong, badan akan melepaskan semua toksin dan meningkatkan sistem pencernaan anda. Anda akan merasa kurang lapar dan keinginan anda terhadap makanan akan berkurangan.

✔ Melegakan heartburn dan senak.
Senak disebabkan oleh peningkatan asid dalam perut. Apabila minum air dengan perut kosong, asid ini ditolak ke bawah dan dicairkan, menyelesaikan masalah tersebut.

✔ Mencantikkan kulit.
Dehidrasi menyebabkan kedutan pramatang terbentuk.

✔ Mencegah renal stone dan jangkitan pundi.
Minum air pada waktu perut kosong mencairkan asid yang menyebabkan batu dalam buah pinggang.
.

Diana Ishak
Read more

Minum air banyak boleh kurus - hanya mitos?

 

 .

Kita diajar untuk minum air dengan banyak setiap hari. Katanya 2-3 litres per day will detoxify all the fat and burn stubborn fat. Ada juga yang kata kalau minum banyak air nanti perut jadi lebih kenyang. Bila kenyang kita tak ada rasa nak makan sangat. Well, in a way it's true. Tapi fahaman tu ada sikit 'terpesong'. Meh kami nak bagi perjelas biar clear.

Begini, air tak mempunyai kalori. Sedangkan apa saja yang kita makan, termasuk air, akan diproses oleh badan. Pemprosesan makanan akan menggunakan tenaga. Tenaga dihasilkan dari pembakaran lemak. Jadi, apabila lebih banyak air yang diminum, lebih banyak lemak dibakar untuk menghasilkan tenaga bagi memproses air yang diminum tadi. Sedangkan sebanyak mana air yang kita minum tidak akan menambah kalori dalam badan. Sebab itulah bila kita minum lebih banyak air, badan akan menjadi lebih cepat kurus. Bukan air itu yang menjadikan kita kurus. Tapi dengan memproses lebih banyak air lah yang akan membantu badan kita menjadi lebih cepat kurus. Apetah lagi kalau ambil GC Plus yang sememangnya mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Renung-renungkan 😁.

 

Diana Ishak
Read more

Apa Itu 'Eat Clean'

 

 .

Kebanyakkan pengguna GreenAard minta nasihat apakah cara paling cepat untuk dapatkan berat badan ideal.

Kami jawab - EAT CLEAN.

So, apa tu EAT CLEAN?

Macamana EAT CLEAN ni?

Ok kami terangkan bagaimana you all boleh EAT CLEAN untuk lajukan proses penurunan berat badan tanpa perlu bersenam (kalau malas sangat).

 .

1. Ambil 6-7 hidangan kecil sehari.
Semakin lama tempoh and menunggu waktu makan, semakin tinggi kebarangkalian untuk anda makan dengan lebih banyak. Selepas kira-kira 3 jam selepas makan, kandungan gula dalam darah akan mula menurun. Selepas 4 jam pula, apa yang telah anda makan sebelumnya telahpun habis dicernakan. Selepas 5 jam, kandungan gula dalam darah akan bertambah menurun membuatkan anda terasa ingin makan macam-macam dan selalunya ketika itu anda akan makan apa saja tanpa memikirkan lagi samada makanan itu berkhasiat atau tidakk, tinggi kalori atau tidak. Itulah sebabnya sarapan sangat penting kerana perut telah kosong 7-8 jam semasa tidur.

 .

2. Minum banyak air.
Air membantu meningkatkan metabolisme, bersihkan badan dari bahan buangan dan bertindak sebagai penahan selera. Bukan tu saja. Minum banyak air sebenarnya akan mengurangkan badan dari menyimpan terlalu banyak air yang telah membuatkan kita berat 2-3kg dari sepatutnya.

 .

3. Makan makanan yang sudah diproses dengan kadar paling minimum.
Makanan yang diproses mengandungi lebih banyak gula dan natrium. Makanan proses termasuk keropok, krimer kopi, pizza, makanan sejuk beku, kadang-kadang mengandungi lemak trans iaitu sejenis lemak yang paling tak sihat. Segala makanan yang melalui separa hidrogenasi (makanan diproses) mengandungi lemak trans walaupun dinyatakan pada label 0g lemak trans.

 .

4. Makan sayuran hijau.
Sayur mempunyai pigment klorofil dan pigment ini membantu menurunkan berat badan. Lebih hijau sayuran itu, lebih banyak pigment klorofil. Maknanya lebih cepat ia bantu anda dapatkan berat badan ideal. Tambahan pula sayuran mempunyai kalori yang rendah. Tetapi tidaklah bermakna anda hanya perlu makan sayur sahaja. Boring nanti. Cuba masukkan sayuran dalam setiap diet anda. Masukkan brocolli dan saderi ke dalam sup atau gantikan cendawan dengan bayam dalam telur dadar.

 .

5. Ambil sarapan ber-protein.
Makanan yang anda pilih untuk sarapan amat mempengaruhi makanan yang bakal anda ambil sepanjang hari. Makanan berprotein bukan saja mengurangkan selera tapi juga menggalakkan badan menggunakan banyak tenaga (kalori) untuk pecahkan protein kepada karbohidrat. Contoh sarapan berprotein tinggi adalah telur, susu rendah lemak, yogurt rendah lemak dan cheese. So, esok dah boleh mulakan sarapan omellet with double cheese! Yummy!

 .

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart