GC Plus

Berapa lama makanan bertukar jadi najis?

Masa yang diambil untuk makanan yang dimakan dikeluarkan dari badan dalam bentuk najis bergantung kepada jenis makanan, sistem pencernaan individu, dan keadaan kesihatan. Secara purata, proses pencernaan makanan mengambil masa kira-kira 24 hingga 72 jam sebelum ia dikeluarkan sebagai najis. Walau bagaimanapun, makanan yang mudah dicerna seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dikeluarkan lebih cepat berbanding makanan yang berlemak atau berprotein tinggi. Juga, individu yang mempunyai sistem pencernaan yang lebih cepat mengalami proses pencernaan yang lebih pantas. Tetapi, jika seseorang mengalami masalah seperti sembelit, proses pengeluaran najis mungkin mengambil masa yang lebih lama.

"Boleh jelaskan kenapa GC Plus buatkan pencernaan lebih lancar?"

Of course! Ada beberapa sebab kenapa GC Plus buatkan pencernaan menjadi lebih cepat. Yang petama, KANDUNGAN SERAT YANG TINGGI. GC Plus mengandungi serat larut dalam air yang membantu mempercepatkan gerakan usus dan pergerakan najis yang lebih lancar.

Yang kedua, EFEK PEMECAHAN LEMAK. GC Plus mengandungi bahan-bahan seperti enzim pencernaan atau minyak (dari Kalonji Oil) yang membantu dalam pemecahan lemak, yang seterusnya mempercepatkan proses pencernaan lemak.

Yang ketiga, PENINGKATAN PENGHASILAN ASID HIDROKLORIK. Bahan-bahan aktif dalam GC Plus merangsang asid hidroklorik dalam sistem pencernaan, yang boleh mempercepatkan proses pencernaan secara keseluruhan.

Yang keempat, MENGGALAKKAN GERAKAN USUS. GC Plus mengandungi herba-herba yang merangsang gerakan usus jadi aktif, mempercepatkan proses pencernaan dan pengeluaran najis.

NOPE! GC Plus tidak ada bahan laxative (julap). Nak cuba GC Plus? Whatsapp kami sekarang di 013-7557424 atau 012-7728976. GC Plus sempena Raya With GreenAard hanya RM80/botol.

Diana Ishak
Read more

Kurus BUKAN jaminan terhindar dari masalah kolesterol tinggi

Walaupun kurus mengurangkan risiko masalah kesihatan, sia tidak semestinya melindungi anda daripada kolesterol tinggi. Semua orang perlu tahu yang tahap kolesterol dipengaruhi oleh faktor genetik dan gaya hidup. Walaupun anda kurus, jika anda ada kecenderungan genetik kepada kolesterol tinggi, anda tetap berisiko, walaupun tidak gemuk.

Ini bermakna kegemukan tidak menjamin seseorang itu ada masalah kolesterol tinggi. Tetapi menjadi gemuk meningkatkan risiko banyak masalah kesihatan yang lain. Diet sangat memainkan peranan dalam tahap kolesterol, tanpa mengira berat badan. Walaupun anda kurus, jika banyak mengambil makanan tinggi lemak tepu dan trans, kolesterol anda boleh meninggi. Ini kerana, makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan meningkatkan tahap kolesterol LDL (jahat) dalam darah. Apabila LDL meningkat, ia boleh menambahkan pembentukan plak kolesterol dalam arteri, yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Maka, walaupun seseorang itu kurus, peningkatan kolesterol LDL masih boleh berlaku jika makan banyak makanan tinggi lemak tepu dan trans. Orang kurus selalu menganggap kesihatan mereka lebih baik berbanding orang gemuk kerana menyangka kegemukan adalah punca kolesterol tinggi. Orang kurus juga kurang cenderung menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala berbanding dengan orang gemuk. Mereka hanya melihat kepada berat badan, "If my BMI is still within the normal range, it means I am healthy!"

No. Itu persepsi yang salah! BMI hanyalah satu petunjuk yang mengukur hubungan antara berat badan dan ketinggian seseorang. BMI TIDAK memperhitungkan faktor-faktor lain yang penting untuk kesihatan keseluruhan. Seseorang yang mempunyai BMI yang normal masih mempunyai komposisi badan yang tidak sihat jika perut mereka buncit. Orang yang kurus tetapi mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi (dikenali sebagai "skinny fat") masih boleh berisiko mempunyai kolesterol tinggi dan gangguan metabolik lain.

Kesihatan metabolik, termasuk sensitiviti insulin, tahap glukosa darah, dan lilitan pinggang, boleh mempengaruhi tahap kolesterol. Sebab itulah GreenAard lebih mementingkan pelanggannya mengukur lilitan pinggang berbanding penimbang berat badan. Kerana petanda bahawa badan anda ada lemak yang tinggi (dan boleh jadi kolesterol tinggi) ada pada ukuran pinggang.

Untuk wanita, ukuran lilit anda:
kurang daripada 80 cm (31.5 inci): risiko rendah
80–88 cm (31.5-34.6 inci): risiko tinggi
lebih daripada 88 cm (34.6 inci): risiko sangat tinggi

Untuk lelaki, ukuran lilit anda:
kurang daripada 94 cm (37 inci): risiko rendah
94–102 cm (37-40 inci): risiko tinggi
lebih daripada 102 cm (40 inci): risiko sangat tinggi

Kesimpulannya:
- kurus bukan jaminan terlepas dari masalah kesihatan
- gemuk meninggikan risiko masalah kesihatan
- orang kurus juga boleh ada kolesterol tinggi
- orang kurus boleh mendapat risiko kencing manis akibat skinny fat
- jaga ukuran lilitan pinggang anda!
Diana Ishak
Read more

Kenapa susah nak hilangkan lemak perut?


Ok, kami akan explain dengan cara yang mudah difahami. Baca baik-baik.

Lemak pada perut dan pinggang adalah jenis lemak visceral. Lemak visceral melepaskan asid lemak secara langsung ke hati. Keadaan itu mempengaruhi sensitiviti insulin dan menyebabkan gangguan metabolik. Ini menjadikan lemak visceral lebih rintang terhadap penurunan berat badan.

Lemak visceral mempunyai bekalan darah yang berkait rapat dengan organ utama. Sebab itulah lemak ini lebih sukar dibakar melalui senaman atau diet. Tambahan pula, hormon seperti kortisol (hormon stres) dan insulin boleh merangsang penyimpanan lemak visceral.

Tekanan kronik, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon menjadikan penurunan lemak visceral lebih mencabar. Sebab itulah perut yang buncit selalunya berkait dengan STRES, bukan kerana banyak makan. Sekiranya BMI anda normal tetapi perut buncit, itu bermakna anda sebenarnya skinny fat. Cuba check HbA1C dan kolesterol. Boleh jadi anda sudah menghidap pre-diabetis.

Kami bukan mahu menakut-nakutkan, tetapi ini adalah FAKTA. Lemak visceral dikaitkan dengan risiko lebih tinggi terhadap penyakit kardiovaskular dan komplikasi kesihatan lain. That's why GreenAard sangat pentingkan ukuran lilitan pinggang berbanding angka pada penimbang berat badan.

Oh, ya! Genetik juga memainkan peranan dalam pengumpulan lemak dalam badan. Sesetengah individu ada kecenderungan genetik untuk menyimpan lebih banyak lemak visceral. Ini menjadikan mereka lebih susah mengurangkan lemak walaupun mengubah gaya hidup. Nak tahu banyak lagi informasi tentang berat badan? Follow kami di Telegram GreenAard HQ News.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah GC PLUS kurangkan lemak pada perut sahaja?

NOPE! Jawapannya tidak. Tidak dapat mengurangkan lemak secara spesifik hanya di satu bahagian badan, sama ada perut, paha atau punggung. Konsep yang dikenali sebagai "spot reduction," dan ia biasanya tidak berkesan. Ini kerana badan kita cenderung menyimpan lemak secara keseluruhan dan pengurangan lemak bersifat global. Mengurangkan lemak di satu bahagian badan sahaja bukanlah sesuatu yang mudah.

Yang pertama, faktor GENETIK. Genetik memainkan peranan besar dalam menentukan di mana badan akan menyimpan lemak. Sesetengah individu cenderung untuk simpan lebih banyak lemak di perut. Manakala yang lain mungkin lebih banyak lemak di pinggul atau paha

Walaupun genetik menentukan bagaimana tubuh seseorang menyimpan lemak, tidak bermakna anda tidak boleh mencapai berat badan yang sihat. Untuk orang-orang yang begini, mengawal stres adalah jalan paling baik. Kerana stress menggalakkan penimbunan lemak terutama di perut. Sebab itulah GC Plus merangsang serotonin, kerana serotonin akan menyebabkan hormon kortisol (stres) disimpan.

Selain itu, keseimbangan hormon seperti estrogen dan testosteron juga mempengaruhi di mana badan menyimpan lemak. Misalnya, hormon estrogen yang lebih tinggi pada wanita menyebabkan lemak bertimbun di pinggul, paha, dan dada. Manakala hormon testosteron yang lebih tinggi pada lelaki lebih menyebabkan penimbunan lemak di perut. Perubahan hormon semasa penuaan atau semasa hamil boleh menyebabkan lemak berkumpul lebih banyak di kawasan tertentu.

Ada sebarang pertanyaan lagi tentang GC Plus? Whatsapp kami di 013-7557424 atau 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Apa yang berlaku dalam badan selepas anda ambil GC Plus?

Mesti ramai nak tahu apa sebenarnya berlaku dalam badan the moment anda memakan GC Plus, kan? Baiklah. Kita mulakan dengan GC Plus masuk ke dalam mulut.

Biasanya kami cadangkan ambil sebelum sarapan (atau heavy meal). Pil ini akan masuk ke dalam sistem pencernaan anda. Pil tersebut akan dipecah oleh enzim-enzim dalam perut semasa proses pencernaan. Komponen utama dalam Garcinia Cambogia, iaitu asid hidroksisitrik (HCA), akan dilepaskan dan diserap oleh tubuh.

Setelah diserap, HCA akan bertindak balas dalam tubuh. Antara tindak balas yang berlaku ialah peningkatan penghasilan serotonin serta hormon yang mengawal mood dan nafsu makan. Dengan penghasilan serotonin yang meningkat, anda akan merasa kenyang lebih lama. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil setiap hari

HCA juga menghalang enzim citrate lyase yang bertanggungjawab untuk mengubah karbohidrat menjadi lemak. Kombinasi pengurangan selera makan dan menghalang pembentukan lemak, maka BODY FAT akan mula menurun. Dalam tempoh yang berterusan, ukuran lilitan pinggang juga berkurangan. Tak percaya? Selepas ambil GC Plus selama 2 minggu, silakan ambil ukuran lilitan pinggang masing-masing. See the difference!
Diana Ishak
Read more

Diet yang ekstrim boleh merosakkan struktur kulit.

Diet yang melampau, terutamanya diet yang tidak seimbang atau kekurangan nutrien, boleh merosakkan struktur kulit dalam beberapa cara. Diet yang sangat terhad dalam kalori atau kumpulan makanan tertentu boleh menyebabkan kekurangan nutrien penting seperti vitamin, mineral dan asid lemak penting. Kekurangan nutrien boleh mengganggu fungsi normal kulit, termasuk pertumbuhan dan pemulihan sel kulit.

Diet yang melampau yang bertujuan untuk menurunkan berat badan dengan cepat boleh menyebabkan penurunan berat badan secara drastik dalam tempoh yang singkat. Ini menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya, terutamanya jika seseorang telah kehilangan berat badan yang berlebihan. Kulit yang telah hilang keanjalannya dengan drastik berpotensi menjadi kendur atau berkedut.

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi boleh membuat kulit kering, kasar, dan berisiko lebih tinggi untuk mendapat kerengsaan. Ini boleh membawa kepada perubahan dalam tekstur luaran kulit. Diet yang kaya dengan makanan yang diproses atau tinggi lemak, boleh meningkatkan risiko jerawat. Diet yang rendah nutrisi pula boleh mengurangkan keupayaan kulit untuk melawan kerosakkan. Kesimpulannya, diet yang melampau boleh menyebabkan kekurangan nutrien, penurunan berat badan yang cepat, dan masalah lain yang menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit.

Walaupun GreenAard ada GC PLUS untuk membantu mendapatkan berat badan yang ideal, diet ekstrim adalah tidak disyorkan sama sekali! Kerana, diet yang melampau akan menyebabkan penurunan berat badan yang cepat, yang boleh memberi tekanan pada organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang. Lagipun, diet yang melampau boleh mengganggu metabolisme badan. Apabila anda kembali kepada diet biasa, badan mungkin mengalami kesukaran menyesuaikan diri, yang boleh menyebabkan penambahan berat badan yang cepat.

GC PLUS tidak akan membuatkan berat badan turun dengan drastik. Yang akan turun adalah BODY FAT anda. Kalau tak percaya, sebelum mencuba GC PLUS, ukur saiz pinggang terlebih dahulu. Selepas 15 hari, ukur kembali saiz pinggang dengan measuring tape yang kami berikan. Pasti ukur lilit berkurangan.
Diana Ishak
Read more

Berat badan saya ideal, tetapi kenapa saya ada double chin?

Double chin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun berat badan anda ideal. Double chin bukan semata-mata disebabkan oleh lemak berlebihan di bahagian bawah dagu. Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan kehadiran double chin. Yang pertama, GENETIK. Kecenderungan genetik dari keluarga boleh memainkan peranan penting dalam penampilan double chin. Faktor genetik memainkan peranan bagaimana lemak disimpan dalam badan. Jika ahli keluarga mempunyai double chin, anda mungkin lebih cenderung untuk memilikinya.

Genetik mempengaruhi bentuk dan struktur muka seseorang, termasuk bentuk dan saiz dagu, leher, dan struktur tulang muka keseluruhan. Jika seseorang mempunyai sifat genetik yang menyebabkan mereka cenderung mempunyai leher atau dagu yang lebih pendek, ini meningkatkan peluang untuk mempunyai double chin. Selain itu, sekiranya terdapat kecenderungan genetik untuk menyimpan lemak tambahan di kawasan leher atau dagu, maka seseorang itu lebih terdedah kepada double chin.

Genetik juga boleh menjejaskan struktur dan kekuatan otot di kawasan leher dan dagu. Jika seseorang mempunyai otot yang lemah atau kurang berkembang di kawasan ini, ia boleh menyumbang kepada penampilan double chin. Proses penuaan juga mempengaruhi bagaimana kulit dan otot berubah dari semasa ke semasa. Memiliki faktor genetik yang disebutkan tadi, ditambah pula dengan kehilangan keanjalan kulit di kawasan leher, boleh mempercepatkan penampilan double chin.

Ramai yang tidak tahu bahawa postur yang buruk, seperti duduk dengan kepala condong ke depan atau membungkuk dengan lama, dapat menyebabkan leher dan dagu kelihatan lebih rendah dan memberi penampilan double chin dari semasa ke semasa. Dalam erti kata lain, seseorang yang banyak duduk sepanjang hari lebih berisiko mendapat double chin. Maka, fahamkan di sini bahawa seseorang yang memiliki double chin tidak semestinya berbadan gemuk. Penampilan double chin boleh terjadi pada seseorang dengan berat badan yang seimbang atau bahkan pada yang kurus.
Diana Ishak
Read more

Bukan semua yang kurus itu kurang lemak.

Ini betul-betul perlu difahami kerana tak semua orang yang berbadan kecil tu automatically bebas dari lemak badan yang berlebihan. Kami nak kongsikan beberapa fakta sains yang boleh membantu korang faham kenapa benda ni penting. Genetik ada pengaruh besar. Setiap orang ada genetik yang berlainan, kan? Ada yang rezeki berbadan kurus walaupun makan macam apa. Ada juga yang cepat gemuk walaupun dah jaga makan. Jadi, tak boleh nak judge orang hanya berdasarkan penampilan fizikal semata.

Kiraan lemak badan adalah penting. Berat badan cuma sebahagian dari cerita. Orang yang nampak kurus mungkin ada banyak lemak dalam badan sebab kurang melakukan aktiviti fizikal (sebab merasa diri dah kurus). Orang yang kelihatan kurus juga terdedah kepada pemakanan yang tak sihat seperti jajan, makanan manis dan berlemak kerana mereka menyangka mereka kebal dari kegemukan. Selain dari itu, setiap orang ada metabolisme yang berbeza. Ada yang metabolisme pantas, badannya membakar kalori lebih banyak, walaupun tidur je kerjanya. Ada juga yang metabolisme badannya sangat perlahan, walaupun aktif. Jadi, badan senang simpan lemak.

Apa yang kita makan dan gaya hidup sangat mempengaruhi lemak dalam badan. Orang yang nampak kurus tapi makan banyak makanan tinggi lemak, gula, atau kalori berlebihan, boleh berisiko memiliki lemak yang tinggi dalam badan. Sebaliknya, orang yang lebih berisi tapi makan dengan bijak dan aktif secara fizikal boleh memiliki peratus lemak badan yang lebih rendah dari si kurus. Jadi, kesimpulannya, jangan pandang orang berdasarkan penampilan fizikal saja. Yang paling penting, beri tumpuan kepada kesihatan badan secara menyeluruh. 

Setiap individu unik, dan faktor seperti genetik, kiraan lemak, metabolisme, dan gaya hidup memainkan peranan dalam menentukan jumlah lemak dalam badan seseorang. Sebab itulah kami sangat suka mengingatkan pengguna GC PLUS untuk ukur lilitan pinggang berbanding menimbang badan. Sekiranya korang dah boleh pakai semula jeans lama, dan baju-baju lama sudah longgar sedikit, itu petanda lemak badan sudah mula berkurangan.
Diana Ishak
Read more

Halia dan Penurunan Berat Badan: Jom teroka sains makanan!

Baru-baru ini kami terlihat satu video di TikTok, seseorang mempromosikan produk halia yang dikatakan dapat menguruskan badan. Dalam sains makanan, memang ada bahan aktif dalam halia iaitu gingerol, yang manfaatnya untuk penurunan berat badan. Cara gingerol menyumbang kepada penurunan berat badan adalah:
  • kesan termogenik halia boleh meningkatkan kadar metabolisme, membawa kepada pembakaran kalori yang lebih tinggi.
  • mengurangkan rasa lapar
  • menstabilkan paras gula darah
  • sifat anti-radang gingerol menyokong penurunan berat badan
Walau bagaimanapun, kaedah pengekstrakan bahan aktif halia sangat memainkan peranan. Kaedah pengekstrakan boleh mempengaruhi bioavailabiliti dan keberkesanan bahan aktif dalam halia. Ketika awal-awal GC Plus dipasarkan, ada yang berkata "Bahan-bahan dalam GC Plus tak jauh beza dengan produk weight loss yang lain".

Ramai yang tak tahu bahawa bahan yang sama, tetapi formula berbeza dan teknik penyediaan yang berbeza, akan memberikan hasil yang berbeza. Pengekstaran bahan aktif halia boleh dalam beberapa cara:
  • halia parut
  • air halia
  • serbuk halia
  • minyak halia (essential oil)
  • halia kering
  • halia dengan tambahan lada hitam
  • halia dalam bentuk teh
Kaedah pengekstrakan bergantung pada penggunaan dan apa yang anda cari daripada halia. Sudah tentu GreenAard tak mahu pecahkan rahsia kaedah pengekstrakan yang mana kami pilih untuk GC Plus. Yang pasti, bereksperimen dengan kaedah yang berbeza boleh membantu anda mendapatkan kesan paling optimum yang anda mahukan.

Pada GC Plus, bahan aktif halia yang kami masukkan bukan sahaja gingerol, tetapi juga shogaol. Kedua-dua bahan aktif itu mempunyai kesan termogenik yang boleh membantu meningkatkan pembakaran kalori. Kedua-dua bahan aktif itu juga membantu menyekat selera makan dan reduce cravings.
Diana Ishak
Read more

Seorang vegan mati kerana kelaparan

Seorang influencer yang mengetengahkan konsep diet vegan Zhanna D’Art, meninggal dunia kerana disyaki kelaparan. Selama empat tahun yang lalu, dia hanya mengambil buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, smoothie buah-buahan dan jus sahaja. Mengehadkan pengambilan kalori secara ekstrim dalam tempoh yang panjang boleh membawa kepada pelbagai masalah. Ini termasuklah kekurangan zat makanan, kerosakan organ, fungsi imun yang lemah dan ketidakseimbangan hormon.

Badan memerlukan sejumlah tenaga (kalori) untuk berfungsi dengan baik. Tidak mendapat kalori yang mencukupi boleh menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai kebuluran. Kebuluran menjejaskan pelbagai sistem badan dan boleh mengakibatkan kehilangan otot, keletihan, gangguan kognitif, dan dalam kes yang teruk, kematian. Diet vegan yang seimbang mestilah kaya dengan pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang.

Walaupun semuanya berasakan tumbuhan, ia mestilah boleh memberikan nutrisi yang mencukupi. Tetapi, jika tidak dirancang dengan betul, diet vegan boleh membawa kepada kekurangan nutrisi tertentu. Tidak dinafikan sumber berasaskan tumbuhan boleh membekalkan protein, tetapi ia tidak mengandungi semua asid amino penting dalam jumlah optimum. Sedangkan badan perlu gabungan sumber protein yang berbeza untuk oleh membantu memastikan profil asid amino yang lengkap.

Vitamin B12. Vitamin ini didapati produk haiwan, jadi vegan berisiko kekurangan vitamin B12. B12 penting untuk fungsi saraf dan pengeluaran sel darah merah. Untuk para vegan, anda perlu makanan tambahan yang diperkaya dengan B12. Plant-based iron kurang mudah diserap berbanding zat besi daripada sumber haiwan. Vegan perlu mengambil makanan kaya zat besi bersama-sama dengan makanan kaya vitamin C untuk meningkatkan penyerapan.

Produk tenusu pula adalah sumber kalsium yang biasa, dan vegan mungkin perlu memberi tumpuan kepada susu berasaskan tumbuhan (almond milk, soy milk), sayur-sayuran berdaun dan makanan kaya kalsium yang lain. Sebab itulah, untuk KURUS, bukan sekadar mengurangkan lilitan pinggang, atau sekadar boleh muat ke saiz XS! Penting untuk ambil perhatian bahawa untuk kurus dan sihat, termasuk yang vegan, harus merancang pemakanan untuk memastikan ia memenuhi semua keperluan pemakanan.

Pasti ada yang tertanya "Adakah mereka yang mengamalkan diet ketat ini tidak berasa lapar? Atau adakah badan mereka sudah kebal terhadap kelaparan sehingga tidak lagi berasa lapar?"

Itulah kesan dari kelaparan dalam tempoh yang lama. Pada mulanya, apabila seseorang memulakan diet yang ketat, mereka mengalami rasa lapar yang kuat. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, badan sudah menyesuaikan diri dengan kelaparan dan rasa lapar boleh berkurangan.  Apa yang mereka tidak tahu adalah, itu tidak bermakna badan tidak lagi memerlukan kalori dan nutrien. Sebab itulah mereka yang ekstrim dalam berdiet sering jatuh sakit secara tiba-tiba.
Diana Ishak
Read more

"Lemak perut tidak boleh hilang dengan cara berlapar, kerana lemak perut terhasil akibat stress!" Benarkan kenyataan ini?

Kenyataan yang mengatakan "Belly fat tidak dapat dihilangkan dengan mengurangkan pengambilan kalori kerana belly fat terhasil akibat stress" tidak sepenuhnya tepat. Walaupun stress memainkan peranan dalam pengumpulan lemak di bahagian perut, penting untuk difahami bahawa penurunan berat badan adalah proses yang kompleks. Menurunkan berat badan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk genetik, diet, aktiviti fizikal, hormon, dan juga stress.

Peningkatan dan penurunan berat badan ditentukan oleh keseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Jika seseorang secara konsisten mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar oleh badan, tenaga berlebihan disimpan sebagai lemak, termasuk di kawasan perut (belly fat). Sebaliknya, jika mengambil sedikit kalori daripada yang dibakar oleh badan, seseorang akan mengurangkan berat badan, dan ini boleh mengakibatkan pengurangan lemak di kawasan perut juga.

Stress memang boleh mempengaruhi berat badan dan taburan lemak. Apabila anda stres, badan mengeluarkan kortisol, yang meningkatan selera makan dan penyimpanan lemak di sekitar perut. Ini sering dirujuk sebagai "perut buncit akibat stres" atau "lemak akibat stres". Stres menyebabkan seseorang makan berlebihan, makan makanan yang tinggi kalori dan gula, dan gangguan tidur. Semua ini boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan, termasuk di kawasan perut.

PERLU INGAT! Mengurangkan pengambilan kalori adalah komponen utama dalam menurunkan berat badan. Jika mengambil kurang kalori daripada yang badan perlukan, badan akan mula menggunakan lemak sebagai bahan bakar, yang boleh membawa kepada pengurangan lemak keseluruhan badan, termasuk di perut. Pada dasarnya, walaupun stress menyumbang kepada pengumpulan lemak di perut melalui perubahan hormon, tidak tepat untuk mengatakan yang belly fat tidak dapat dihilangkan dengan mengurangkan pengambilan kalori.

Sebenarnya, dengan mengambil kurang kalori adalah prinsip asas penurunan berat badan, tanpa mengira faktor stres. Jika anda yang membaca post ini sedang mencari cara untuk mengurangkan lemak perut, penting untuk mengambil pendekatan:
  • pengurusan stres
  • membuat pilihan makanan sihat
  • banyakkan pergerakan
  • tidur yang mencukupi
  • perubahan gaya hidup
GreenAard tidak ada produk untuk membakar lemak perut, tetapi kami ada GC PLUS. GC PLUS bukanlah fat burner, tetapi membantu anda mengurangkan pengambilan kalori. Apa caranya? 

Dengan cara memberikan rasa kenyang yang lebih lama, dan melambatkan rasa lapar. Jadi, secara tidak lansung anda kurang mengambil makanan (kalori), dan badan akan mendapatkan kalori dari pembakaran lemak badan. Lama-kelamaan berat badan anda akan berkurangan dengan sendirinya, tanpa susah-payah. Kepada yang sudah mengambil GC PLUS, kongsikan dengan kami perubahan ukuran pinggang setiap 10 hari, ok?
Diana Ishak
Read more

Saya ada darah tinggi. Tapi saya nak makan GC Plus juga!

Alahaiiii, ramainya nak cuba GC Plus, tapi ada penyakit darah tinggi. Macamana?

Realitinya kandungan GC Plus cumalah herba kampung. Tidak ada yang merbahaya. GC Plus juga tidak mengandungi sebarang bahan perangsang yang boleh bagi kesan negatif kepada pesakit darah tinggi. Secara amnya, GC Plus TIDAK MERBAHAYA kepada penghidap darah tinggi. Tetapi, GC Plus ada kandungan kalium yang DIKHUATIRI boleh mengganggu cara ubat darah tinggi bekerja.

Sesetengah ubat darah tinggi direka untuk membantu badan mengekalkan kalium sambil menghilangkan sodium dan air (potassium-sparing diuretic pills). Jika seseorang mengambil potassium-sparing diuretic pills dan juga mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan kalium, ia boleh menyebabkan lebihan kalium dalam badan. Keadaan ini dikenali sebagai hiperkalemia. Hiperkalemia boleh berbahaya dan mengganggu keberkesanan ubat tekanan darah tinggi. Itulah sebabnya kenapa kami tidak mencadangkan penghidap darah tinggi yang mengambil ubat darah tinggi untuk makan GC Plus. Bukan kerana GC Plus merbahaya, tetapi kami tidak mahu ubat darah tinggi anda tidak dapat bekerja dengan baik akibat pengambilan GC Plus.

Dalam bahasa mudah, pengidap darah tinggi tidak perlulah mengambil GC Plus. Kami tak mahu nanti banyak kesan sampingan muncul berbanding manfaat. Kepada yang ada sedikit darah tinggi tetapi tidak perlu mengambil sebarang ubat lagi, anda boleh mengambil GC Plus. MESTI patuh pada dos yang disyorkan. Ambil 4 biji, jangan lebih. Walau bagaimanapun, sekiranya anda berasa tidak selesa setelah mengambil GC Plus, tolong berhenti.

Jika matlamat utama adalah untuk menurunkan berat badan, tetapi dalam masa yang sama ada darah tinggi, tanya diri sendiri "Adakah saya benar-benar perlu ambil GC Plus?". Kalau tak perlu, tak payah ambil. Utamakan tekanan darah anda dulu. Jika sudah stabil dan tak perlu mengambil ubat, bolehlah kembali kepada kami, ok? Walau macamanapun GC Plus adalah selamat, ada KKM, ada Halal. Tapi, untuk pengidap darah tinggi, mohon dapatkan nasihat doktor dulu.
Diana Ishak
Read more
318 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart