GC Plus / nutrijuice

Kegemukan dan Buasir

Apa itu Buasir?

Buasir adalah perkara biasa, berlaku pada lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, ia lebih biasa berlaku pada orang yang overweight, wanita hamil, orang yang duduk untuk jangka masa yang lama dan yang kerap sembelit.



Buasir adalah urat yang membengkak dalam rektum. Gejala buasir adalah pendarahan rektum, gatal dan sakit. Buasir boleh dilihat atau dirasa di sekitar bahagian luar dubur, atau mungkin tersembunyi di dalam rektum. Walaupun buasir tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, they can be annoying and uncomfortable.

Buasir lebih kerap berlaku pada orang yang BERLEBIHAN BERAT BADAN. Cara paling berkesan untuk mengurangkan simptom adalah dengan makan makanan berserat tinggi, minum banyak air dan aktif sekerap mungkin sepanjang hari. Salah satu langkah mencegah dan merawat buasir adalah ELAKKAN SEMBELIT (najis keras atau jarang buang air besar). Najis yang keras boleh menyebabkan pendarahan rektum. Serat merupakan kaedah terbaik untuk melembutkan najis dan mencegah sembelit.

Buasir kerap terjadi pada seseorang yang gemuk kerana tekanan (akibat berat badan) yang menyekat urat dan saluran darah di sekitar dubur dan usus besar. Mereka yang buncit (banyak lemak di perut) lebih berisiko terkena buasir. Tempoh duduk yang lama juga mendorong urat bahagian dubur ditekan, menyebabkan pembengkakan yang muncul sebagai buasir. Apabila seseorang itu gemuk, berat badan yang berlebihan memberikan tekanan berganda pada urat tersebut ketika duduk dalam tempoh yang lama.

Apa yang GreenAard boleh bantu?

Sejujurnya GreenAard tiada sebarang penyelesaian khusus untuk buasir. Tetapi mungkin GC PLUS dan NUTRIJUICE membantu. Ini kerana GC PLUS tinggi fiber dan menghasilkan gastrocolic reflex yang menggerakkan usus. Nutrijuice pula mengandungi antioksidan yang menarik air ke dalam usus. Peningkatan kandungan air di dalam usus membantu melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.

Diana Ishak
Read more

Perut anda berlipat-lipat walaupun tengah berdiri?

 .


..
Inilah situasi HORROR untuk setiap orang tak kira lelaki ataupun perempuan. Perut berlipat waktu duduk itu perkara biasa. Tapi kalau tengah berdiri pun berlipat-lipat, alamak - itu petanda malapetaka nak datang 😂.
.
Menentukan saiz pinggang adalah mudah. 
.
LELAKI
1. Antara 37 dan 40 inci = overweight. 
2. Lebih dari 40 inci = OBESITI.
.
WANITA
1. Antara 32-34 inci = overweight.
2. Lebih dari 34 inci = OBESITI.
.
Cuba ukur pinggang masing-masing sekarang.
Agak-agak 'berat', jom whatsapp kami dihttp://www.wasap.my/60127728976

Diana Ishak
Read more

Kaitan gula dan berat badan

  • Sakit sendi
  • Kaviti
  • Pertambahan berat badan
  • Hilang fokus (minda)
  • Sentiasa berasa lapar

Penyakit di atas bukan disebabkan masalah berat badan semata-mata tapi ada kaitan dengan pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan gula yang berlebihan boleh membawa kepada pengambilan makanan berlebihan. Kedua-dua tindakan ini, dalam masa yang panjang, boleh mengakibatkan diabetes. Amat penting untuk memahami kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan gula yang berlebihan. Berikut adalah sebahagian daripada gejala yang paling umum yang berkaitan dengan makan terlalu banyak gula :

1. Kesukaran mendapatkan fokus

Gula meningkatkan keperluan insulin untuk badan. Bila gula dalam badan tinggi, insulin akan dibebaskan untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Dan bila gula dalam rendah rendah, badan akan mengurangkan penghasilan insulin pula. Untuk sesetengah orang, badan tak dapat hasilkan insulin yang cukup (atau tak hasilkan lansung). Ini menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Bila paras gula dalam darah meningkat, badan akan menjadi cepat lapar, cepat letih, lenguh-lenguh dan otak juga mula hilang fokus perlahan-lahan, sekaligusnya membuatkan anda jadi stress. Selalunya, mereka yang mengidap diabetis akan mengalami gejala ini. Sekiranya anda perasan gejala ini berlaku pada anda, berjumlah dengan doktor. Mungkin itu tanda-tanda anda menghidap diabetis.  

 

2. Sakit sendi

Karbohidrat meningkatkan tahap gula dalam darah anda, menyebabkan sendi mengalami keradangan.Iini adalah kerana apabila badan menerima gula, ia bertindak balas dengan melepaskan mesej keradangan (tindakbalas neuron). Sebab itulah apabila kandungan gula dalam darah tinggi, kita mudah merasa sakit sendi dan lenguh badan. Pernah tak terbaca testimoni pengguna Nutrijuice yang kata selepas ambil Nutrijuice badan rasa ringan dan sakit sendi berkurangan? Ini sebenarnya bukanlah berlaku secara kebetulan. Ini adalah kerana Nutrijuice membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Biula kandungan gula dalam darah terkawal, secara otomatik, sakit sendi berkurangan dan badan menjadi lebih ringan.

3. Kaviti

Cara paling senang nak lihat samada kita mengambil terlampau banyak makanan bergula adalah dengan melihat gigi sendiri. Seperti doktor gigi pernah bagitau, gula menyebabkan kaviti. Gula yang berlebihan pada gigi akan mewujudkan asid yang akan menghakis enamel gigi. Jadi, kalau gigi banyak berlubang, itu cukup menunjukkan bahawa anda mengambil terlalu banyak makanan bergula. 

4. Pertambahan berat badan

Kita semua tahu petunjuk gula menyebabkan pembentukan lemak - dan lemak membawa kepada pertambahan berat badan. Hormon dalam badan kita boleh terjejas oleh pengambilan gula yang tinggi. Leptin adalah hormon yang membolehkan badan anda tahu bila sepatutnya anda berhenti makan. Tapi, apabila badan tinggi dengan gula (fruktosa), ini membawa kepada rintangan terhadap leptin. Bermakna, bila kandungan gula dalam darah tinggi, badan akan menjadi resistan terhadap leptin, dan leptin tidak lagi berfungsi untuk memberi 'amaran' bahawa anda-sudah-kenyang-silalah-berhenti-makan. Bila leptin tak lagi berfungsi dengan sepatutnya, secara otomatik anda selalu merasa lapar, dan pertambahan berat badan pun berlaku. Jadi, tolonglah kurangkan pengambilan gula. Sebab itulah GC Plus ada herba yang membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah kerana gula sebenarnya the real 'culprit', punca kegemukan.

5. Cepat lapar

Gula tidak hanya ada dalam gula-gula. Gula juga terdapat dalam karbohidrat seperti roti dan mee. Ingat! Gula menyebabkan pembentukan lemak. Jadi, jika anda makan hidangan yang kebanyakannya karbohidrat (roti dan mee), badan lebih cepat hilang tenaga kerana gula akan tersimpan dalam sel lemak. Ini menyebabkan badan mula mengidam lebih banyak makanan untuk menambah tenaga, sedangkan tenaga itu semuanya tersimpan dalam sel lemak. Bukan tak boleh ambil karbohidrat, tetapi kurangkan pengambilan karbohidrat yang tinggi gula seperti roti dan mee (makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi). Pilih nasi, itu lebih baik. Sebab itu kami di GreenAard tak pernah salahkan nasi. Malah, kami galakkan ambil nasi. Jangan cuba-cuba untuk menahan lapar untuk kurus. Menahan lapar bukan bermakna tak boleh ambil nasi, tapi pilihlah makanan yang sihat dan kurang gula seperti roti dan mee.

 

Diana Ishak
Read more

Haid tak datang berbulan-bulan. Normal?

Kitaran haid yang normal adalah 28 hari.
Kalau tercepat atau terlambat pun tak sepatutnya melebihi tujuh hari. Pendarahan haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih kerap daripada setiap 21 hari atau pendarahan ambil masa lebih dari 8 hari.

Dalam kebanyakkan kes, haid yang tak teratur adalah disebabkan "anovulation", suatu keadaan di mana ovulasi tak berlaku semasa kitaran haid yang biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang sangat teruk. Selalunya ini ada kaitan dengan masalah kesuburan hingga susah untuk hamil. Tapi, kadang-kadang kitaran haid yang tak teratur mungkin juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang biasa-biasa saja. Maksudnya, ovulasi berlaku tapi proses ovulasi berbeza dari bulan ke bulan. Itulah sebab kenapa ada masanya terlambat datang haid, atau terawal, ataupun datang 2 kali dalam sebulan. Selalunya kitaran sebegini hanya bersifat sementara.

Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan haid yang tak teratur :

1. Bersenam dengan kadar yang melampau.

2. Berdiet secara mendadak.

3. Tertekan atau kegelisahan boleh mendatangkan ketidakseimbangan hormon dan menggangu kitaran haid.

4. Pil perancangan boleh buatkan tempoh kitaran menjadi lebih singkat, atau menyebabkan anda terlepas tempoh atau kurang/lebih kerap tempoh kitaran haid.

5. PCOS. Keadaan di mana terbentuknya cyst pada ovari yang menggangu proses ovulasi. Di samping kesuburan terganggu, pengidap berpotensi mendapat diabetis dan sakit jantung dalam jangka masa panjang.

6. Tiroid. Masalah tiroid juga menyebabkan gangguan kitaran haid jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi.

7. Umur. Semakin meningkat usia (atau semakin mendekati menopos), kitaran haid akan ada sedikit gangguan.

 .

 .

Bahan-bahan di dalam gambar bagus untuk memperbetulkan kitaran haid. Perlu diambil dalam kuantiti yang dibenarkan saja. Kedua-kedua GC Plus dan Nutrijuice ada bahan-bahan ini, dan diformulakan untuk tujuan itu.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart