Kaitan gula dan berat badan

RSS

 .

✅ Sakit sendi.

✅ Kaviti.

✅ Pertambahan berat badan.

✅ Hilang fokus (minda).

✅ Sentiasa berasa lapar.

 .

Penyakit di atas bukan disebabkan masalah berat badan semata-mata tapi ada kaitan dengan pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan gula yang berlebihan boleh membawa kepada pengambilan makanan berlebihan. Kedua-dua tindakan ini, dalam masa yang panjang, boleh mengakibatkan diabetes. Amat penting untuk memahami kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan gula yang berlebihan. Berikut adalah sebahagian daripada gejala yang paling umum yang berkaitan dengan makan terlalu banyak gula :

 .

1. Kesukaran mendapatkan fokus

Gula meningkatkan keperluan insulin untuk badan. Bila gula dalam badan tinggi, insulin akan dibebaskan untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Dan bila gula dalam rendah rendah, badan akan mengurangkan penghasilan insulin pula. Untuk sesetengah orang, badan tak dapat hasilkan insulin yang cukup (atau tak hasilkan insulin lansung). Ini menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Bila paras gula dalam darah meningkat, badan akan menjadi cepat lapar, cepat letih, lenguh-lenguh dan otak juga mula hilang fokus perlahan-lahan, sekaligusnya membuatkan anda jadi stress. Selalunya, mereka yang mengidap diabetis akan mengalami gejala ini. Sekiranya anda perasan gejala ini berlaku pada anda, berjumlah dengan doktor. Mungkin itu tanda-tanda anda menghidap diabetis.  

 .

2. Sakit sendi

Karbohidrat meningkatkan tahap gula dalam darah anda, menyebabkan sendi mengalami keradangan.Iini adalah kerana apabila badan menerima gula, ia bertindak balas dengan melepaskan mesej keradangan (tindakbalas neuron). Sebab itulah apabila kandungan gula dalam darah tinggi, kita mudah merasa sakit sendi dan lenguh badan. Pernah tak terbaca testimoni pengguna Nutrijuice yang kata selepas ambil Nutrijuice badan rasa ringan dan sakit sendi berkurangan? Ini sebenarnya bukanlah berlaku secara kebetulan. Ini adalah kerana Nutrijuice membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Biula kandungan gula dalam darah terkawal, secara otomatik, sakit sendi berkurangan dan badan menjadi lebih ringan.

 .

3. Kaviti

Cara paling senang nak lihat samada kita mengambil terlampau banyak makanan bergula adalah dengan melihat gigi sendiri. Seperti doktor gigi pernah bagitau, gula menyebabkan kaviti. Gula yang berlebihan pada gigi akan mewujudkan asid yang akan menghakis enamel gigi. Jadi, kalau gigi banyak berlubang, itu cukup menunjukkan bahawa anda mengambil terlalu banyak makanan bergula. 

 .

4. Pertambahan berat badan

Kita semua tahu petunjuk gula menyebabkan pembentukan lemak - dan lemak membawa kepada pertambahan berat badan. Hormon dalam badan kita boleh terjejas oleh pengambilan gula yang tinggi. Leptin adalah hormon yang membolehkan badan anda tahu bila sepatutnya anda berhenti makan. Tapi, apabila badan tinggi dengan gula (fruktosa), ini membawa kepada rintangan terhadap leptin. Bermakna, bila kandungan gula dalam darah tinggi, badan akan menjadi resistan terhadap leptin, dan leptin tidak lagi berfungsi untuk memberi 'amaran' bahawa anda-sudah-kenyang-silalah-berhenti-makan. Bila leptin tak lagi berfungsi dengan sepatutnya, secara otomatik anda selalu merasa lapar, dan pertambahan berat badan pun berlaku. Jadi, tolonglah kurangkan pengambilan gula. Sebab itulah GC Plus ada herba yang membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah kerana gula sebenarnya the real 'culprit', punca kegemukan.

 .

5. Cepat lapar

Gula tidak hanya ada dalam gula-gula. Gula juga terdapat dalam karbohidrat seperti roti dan mee. Ingat! Gula menyebabkan pembentukan lemak. Jadi, jika anda makan hidangan yang kebanyakannya karbohidrat (roti dan mee), badan lebih cepat hilang tenaga kerana gula akan tersimpan dalam sel lemak. Ini menyebabkan badan mula mengidam lebih banyak makanan untuk menambah tenaga, sedangkan tenaga itu semuanya tersimpan dalam sel lemak. Bukan tak boleh ambil karbohidrat, tetapi kurangkan pengambilan karbohidrat yang tinggi gula seperti roti dan mee (makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi). Pilih nasi, itu lebih baik. Sebab itu kami di GreenAard tak pernah salahkan nasi. Malah, kami galakkan ambil nasi. Jangan cuba-cuba untuk menahan lapar untuk kurus. Menahan lapar bukan bermakna tak boleh ambil nasi, tapi pilihlah makanan yang sihat dan kurang gula seperti roti dan mee.

Lihat testimoni GC Plus di sini : http://greenaard.com/pages/koleksi-testimoni-collection-of-testimonies

 

Related Posts

Previous Post Next Post

  • Diana Ishak