GC Plus / Lapar

Bolehkah berlapar menyebabkan kenaikan berat badan

Kami percaya tidak ada one-size-fits-all untuk gaya hidup sihat. Sebelum memulakan sebarang program diet, pastikan anda tahu situasi badan - samada mempunyai penyakit, mengambil ubat-ubatan secara rutin, mengambil pil hormon, faktor genetik dan usia. Semua ini perlu diambil kira.

Sesiapa yang sedang berdiet pasti biasa dengar "kalori masuk dan kalori keluar". Jadi tak hairanlah jika ramai menafsirkan ini dengan maksud bahawa "semakin kurang makan (berlapar), semakin cepat penurunan berat badan". Beberapa hari kurang makan (menahan lapar), perut kelihatan lebih kempis dan pinggang lebih langsing. So what seems to be the problem? Jom lihat sains di sebalik penurunan berat badan dan bagaimana kelaparan mempengaruhi badan manusia.

Sebelum kita memahami tentang weight loss, penting untuk memahami konsep penurunan berat badan dan berat badan itu sendiri. Obesiti selalunya disebabkan oleh peningkatan lemak badan yang tersimpan akibat dari tabiat makanan yang buruk dan/atau genetik. Penyimpanan lemak sebenarnya adalah cara badan menyimpan tenaga tambahan yang tidak digunakan, berdasarkan keperluan kalori dan tahap aktiviti kita. Semasa makan, sebahagian kalori habis dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Bagi banyak orang, dengan tabiat makan yang buruk dan aktiviti yang terhad membuatkan jumlah simpanan lemak terus meningkat.

Ketika memulakan weight loss journey, kita harus sedar bahawa proses ini memerlukan waktu. Sebagaimana badan mengambil masa untuk menaik, ia juga memerlukan masa untuk menurun. Berat badan yang turun dengan cepat/mendadak bukan indicator diet yang sihat. Semasa menurunkan berat badan, terutama lemak, badan perlu menghabiskan lemak atau apa yang disebut "tenaga" melalui metabolisme badan. Inilah sebabnya kenapa kami sering menekankan keperluan untuk tidak berlapar serta memahami pengambilan kalori. Malangnya ramai yang masih berpendapat "menurunkan berat adan harus berlapar". NO.

Apabila kita memilih untuk berlapar, badan akan bertindak balas secara automatik dengan memperlambatkan metabolisme, sebagai cara melindungi dirinya dari kebuluran. Badan merasa tidak diberi makan dan cuba melambatkan metabolisme kerana bimbang sekiranya kita sedang sakit atau tidak ada lagi makanan yang datang. Dengan cara itu, badan boleh bertahan dalam jangka masa yang lebih lama sehingga diberi makan semula. Badan menyimpan simpanan lemak sebagai cara bertahan hidup. Kesannya, dalam beberapa hari berlapar, kita boleh nampak berat pada penimbang mula menunjukkan tanda-tanda statik.

Bila kita mula makan, reaksi semula jadi badan adalah terus menyimpan tenaga untuk beberapa ketika sekiranya badan akan mengalami kelaparan lagi. Oleh itu, pada cycle seterusnya ini, badan mungkin akan bertambah berat berbanding sebelumnya. Akhirnya, teknik berlapar membuatkan anda demotivated. Ramai juga yang mendapati ketika mula makan selepas tempoh berlapar, mereka cenderung makan dengan berlebihan. Badan menjadi kerap lapar dan sukar mengawal cravings. Berat akhirnya bertambah lebih banyak. So the bottom line is, menurunkan berat badan dengan mengurangkan kalori secara ekstrim bukanlah kaedah terbaik, malah SALAH.
Diana Ishak
Read more

Lapar selepas ambik GC Plus?

 

.

Ada sesiapa yang berasa semakin lapar selepas ambil GC Plus?

Ok kami nak tanya, what are you eating to satisfy your hunger?
Sebab, increase appetite adalah rare case untuk pengguna GC Plus kerana objective GC Plus memang to suppress appetite.
Bila anda terasa lebih lapar selepas ambil GC Plus, ada banyak kemungkinan, tapi 2 faktor utama yang biasanya contribute to mana-mana hunger feeling are :

1. Badan kurang zat besi.
2. You satisfy your hunger with makanan yang tak diperlukan oleh badan.

Pengambilan makanan yang banyak zat besi akan mengurangkan hormon leptin dalam badan. Hormon leptin adalah hormon lapar. Bila zat besi kurang dlm badan, hormon leptin akan meningkat dan ini membuatan anda sentiasa rasa lapar.

Dalam keadaan lapar, otak akan bagi signal – LAPAR.
Otak takkan bagi signal apa yang perlu dimakan. Badan mungkin perlukan protein, atau CHO atau trace elements. Malangnya dalam keadaan lapar, kita tend to makan apa saja. Dan selalunya makanan itu tak diperlukan oleh badan pun (usually makan fast food/junk food). Disebabkan apa yang kita makan tu badan tak perlukan, maka badan akan sentiasa ask for more. Sebab itulah anda sentiasa rasa nak makan.

Dalam keadaan badan obese sekalipun, kalau anda makan proper amount of all elements, anda takkan rasa lapar dengan kerap. NEVER. That is a proven scientific research. Trace elemens yang cukup dalam badan akan membuatkan badan berfungsi dengan betul dan reduce body weights.

Another point, kadang-kadang kelaparan boleh disebabkan oleh organisma dalam badan alami perubahan dengan kehadiran GC Plus. They try to adapt. In this case you can take 6 capsules sekaligus.

Diana Ishak
Read more

LAPAR atau BOSAN?

 

Kebanyakkan dari kita makan sebab bosan, bukan sebab lapar.
Dan ramai yang makan sebab "sekarang waktu makan", bukan sebab lapar.
Contohnya, lunch hour.
Sedangkan pagi tadi dah makan heavy breakfast, masih lagi kenyang. Tapi disebabkan dah terbiasa dengan rutin "sekarang waktu lunch" maka kita 'paksa' perut untuk terima makanan.
Tak perlu macam tu sebenarnya. Makan bila lapar adalah yang terbaik. Tapi jangan tunggu sampai terlalu lapar baru nak cari makanan sebab ini akan buatkan korang makan apa saja. Kena blaja kenalpasti antara lapar dan bosan, ok?

Diana Ishak
Read more

Skala tahap kelaparan

 

 .

Gunakan skala ini untuk test tahap kelaparan korang.
Caranya :
.
1. Kalau rasa lapar, minum air 1-2 gelas dulu. Tunggu 2 minit.
2. Kalau dah tak rasa lapar, itu maknanya korang cuma haus.
3. Tapi kalau masih rasa lapar, test dulu tahap kelaparan ikut skala.
.
Ambil langkah-langkah awal untuk elakkan dari berada pada no,bor 1-2 dan 6-7.
Kalau skala korang ada pada 3-5, maknanya metabolisme badan dalam keadaan stabil.
.

Diana Ishak
Read more

Formula berat badan ideal

 

 .

No, dalam empat bulan korang dah mati.
.
Tanpa makanan, badan manusia boleh bertahan kira-kira tiga minggu.
Tanpa air, badan manusia hanya boleh bertahan kira-kira 100 jam.
Kalau takde makanan mana nak datang tenaga untuk bersenam?
Tanpa makanan, badan korang hanya tinggal kulit dan tulang. Otot pun boleh hilang.
Sebab tu pentingnya makanan.
Nak badan yang ideal, formulanya = 30% pergerakan + 70% makanan.
Sebab tu lah Kevin Zahri cakap, bersenam belum tentu boleh kuruskan badan tapi kalau jaga diet memang boleh kurus.
.
Korang masih boleh bersenam.
Sebab bersenam melepaskan endorfin yang akan membuatkan korang rasa (feeling) lebih baik.
Tapi tolong jangan berlapar – itu adalah cara yang paling teruk dan buruk untuk turunkan berat badan yang biasanya korang akan berakhir dengan kegemukan jugak.
.
YANG PASTI JANGAN STOP MINUM AIR!!
.
Benda paling dan paling betul adalah RASA DAN NILAI dulu samada korang memamg betul-betul lapar atau cuma haus je.
Sebab, badan akan hantar isyarat kelaparan bila ia lapar dan dahaga.
Setiap kali korang rasa lapar, cuba minum satu atau dua gelas lepas tu tunggu kejap kira-kira 2 minit.
Kalau masih lapar, maknanya korang memang lapar.
Kalau tak, maknanya korang sebenarnya haus je.
.

Diana Ishak
Read more

"Takkan tak boleh makan makanan manis langsung?"

 

KURANGKAN.
BUKAN TAK BOLEH MAKAN TERUS.

.
Alahaiii, ramai pulak yang tanya "Takkan tak boleh makan makanan manis langsung?"
.
Bukan tak boleh.
BOLEH.
Tapi selalunya bila dah mula makan manis-manis, kita susah nak berenti. Mula-mula rasa, lepas tu makan, lepas tu tambah!
Lepas tu?
Lepas tu gems gems la jawabnya.
.
Kalau boleh elakkan terus.
Bukan apa, gula sememangnya culprit utama yang buatkan berat badan korang maintain kat BMI 30 tak turun-turun.
.
Jalan cerita dia macam ni.
Kalau badan korang tengah bakar lemak untuk hasilkan tenaga, tiba-tiba korang mentekedarah aiskrim.
Secara otomatik badan akan stop bakar lemak dan start gunakan gula (dari aiskrim) sebagai sumber tenaga.
Kalau selalu sangat makan makanan manis, badan akan berhenti terus bakar lemak dan tumpukan pada gula. Habis, bila masanya lemak dalam badan tu nak susut? Betul tak?
.
Jadi, korang pepandailah pilih. Nak continue ambik makanan manis terpulang, Jangan cakap akak tak warning. Kalau berat tak turun pastu ko marah-marah akak, siap kau!

Diana Ishak
Read more

Nak turunkan berat badan? Ini yang kamu perlu tahu.

 .

Secara ringkasnya ini adalah basic guidelines untuk bagi korang lebih cepat turun berat.
.
Ada yang kata beria-ia tahan lapar sebab nak bagi berat tu turun lagi cepat. Penyudahnya, kepala jadi pening and muntah-muntah sebab perut kosong takde tenaga. Ahkak jugakkkk yang salah.
.
Jangan terpedaya dengan berat pada skala penimbang semata-mata. Kadang-kadang berat kat skala hanya turun 1kg sebulan, padahal kalau check berat lemak dah turun 10%! Kena ingat, misi kita nak kurangkan lemak, bukan kurangkan otot. Kalau korang berlapar, otot akan mengecut. Bila otot mengecut, tenaga jadi kurang, badan jadi lemah. No point lah badan kurus tapi kecut, muka pucat. Nak buat apa?
.
Yang penting elakkan makanan manis. Ini paling utama.
Selebihnya boleh baca dalam gambar di bawah.

Diana Ishak
Read more

Tips untuk anda beransur-ansur stop ambil gula supaya lebih cepat kurus.

 

 .

Terima kasih sebab beli GC Plus 2 botol sekaligus!

Excited nampaknya semua nak kuruskan badan kan? Ni mesti dah plan nak pakai kebaya nyonya raya depan. Ok ni kami nak bagi tips sikit untuk 'lajukan' sikit badan turun berat.

MESTI STOP AMBIL MAKANAN/MINUMAN BERGULA.

Tapi kami tau bukan senang nak stop makanan bergula. Dugaannya lagi kuat dari berpuasa. Tapi ni kami nak bagi tips. Tips untuk anda beransur-ansur stop ambil gula :

 .

🔴 Makan buah - walaupun buah ada gula semula jadi, tapi ia adalah pilihan yang lebih sihat sebab di dalamnya ada vitamin, mineral dan serat.

 .

🔴 Buat peraturan pengambilan dessert - Minggu 1: Maksimum sekali sehari. Minggu 2 : dua kali seminggu. Minggu 3 : seminggu sekali.

 .

🔴 Jangan skip waktu makan - Bila anda terlepas waktu makan, anda membuatkan badan menjadi semakin lapar. Bila badan dah jadi terlalu lapar, anda cenderung untuk makan apa saja untuk membawa tahap gula dalam darah kembali normal.

 .

🔴 Jangan simpan gula-gula atau makanan bergula dalam beg tangan atau peti sejuk - too tempting!

 .

🔴 Bila teringin nak makan makanan manis, go for a walk - keinginan untuk makanan manis menurun selepas senaman.

 .

🔴 Baca label untuk lihat gula tersembunyi : dextrin, dextrose, fruktosa, syrup, galaktosa, glukosa, madu, maltosa, laktosa, mannitol, sorbitol, xylitol.

 .

 

Diana Ishak
Read more

Kami tunjukkan bagaimana GreenAard tak memerlukan anda berlapar.

Semua orang berusaha nak dapatkan berat badan ideal. Tapi tak perlu sehingga dapat kesan pening, loya dan muntah. Jika anda mengalami pening kepala atau gejala-gejala lain yang serupa apabila mengambil GreenAard, ia menunjukkan bahawa hilang beat badan dengan cara yang tak betul di samping kelhilangan nutrisi dalam badan. 

Pening Disebabkan Kehilangan Berat Badan

Apabila anda kurangkan pengambilan kalori dalam makanan SECARA DRASTIK, pasti anda akan merasa pening. Lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan diet rendah carbohidrat (low-carb diets). Walaupun low-carb diets ni popular dikalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan, tapi inilah sebenarnya salah satu punca mengapa anda berasa pening. Kekurangan karbohidrat dalam badan memang menyebabkan pening kerana otak manusia lebih 'sukakan' karbohidrat sebagai sumber tenaga. 

Penurunan Berat Badan Yang Selamat

Untuk mengurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan di samping mengurangkan risiko kesan sampingan seperti pening, loya, mengantuk dan keletihan, jangan kurangkan pengambilan kalori secara drastik. Memandangkan GreenAard menyebabkan anda kurang berasa lapar, ini akan membuatkan anda lupa untuk makan. Seterusnya, akan mengakibatkan otak kurang mendapat tenaga dari karbohidrat. Sebab itulah kami nasihatkan anda untuk tetap makan walaupun kurang merasa lapar. Tak perlu makan makanan yang berat, memadai makan sedikit tapi makan makanan yang sihat (bukan junk food). Ini kerana, dengan mengurangkan kalori sebanyak 500-1000 kalori sehari, berat badan akan berkurangan 400-900g seminggu. Nampak macam tak berkesan kan? Tapi inilah sebenarnya penurunan berat yang sihat. Tak perlu turun berat sehingga 5kg sebulan untuk membuktikan bahawa pil yang anda ambil ini berkesan. Sekiranya anda turun berat hanya 1kg sebulan pun dah memadai kerana itulah penurunan berat yang sihat.

Punca Lain

Jika pengambilan kalori adalah mencukupi untuk kadar yang selamat bagi penurunan berat badan tapi anda masih lagi mengalami pening, ini mungkin disebabkan oleh perkara lain. Kerana pening boleh juga berpunca dari masalah jantung, dehidrasi (kurang air dalam badan), anemia, atau kerana amengambil ubat-ubatan tertentu atau jangkitan telinga. Boleh jadi juga tahap gula dalam darah terlalu rendah akibat dari terlalu lama berlapar atau pengambilan kalori tak mencukupi.

Mengelakkan Pening

Untuk kurangkan risiko pening semasa berdiet, kami nasihatkan anda makan dengan lebih kerap setiap beberapa jam, dalam kuantiti yang kecil. Ini untuk mengelakkan penurunan mendadak gula dalam darah. Ambil sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari (melainkan anda di bawah seliaan doktor) dan makan sekurang-kurangnya 130g karbohidrat setiap hari. Kalau nak ambil karbohidrat lebih dari 130g pun boleh, tapi pastikan anda bersenam kerana bersenam memerlukan karbohidrat yang lebih sebagai sumber tenaga. Kalau nak makan lebih karbohidrat tanpa bersenam pun boleh, cuma proses penurunan berat badan akan menjadi lebih slow :)

 

 .

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart