Kami tunjukkan bagaimana GreenAard tak memerlukan anda berlapar.

Semua orang berusaha nak dapatkan berat badan ideal. Tapi tak perlu sehingga dapat kesan pening, loya dan muntah. Jika anda mengalami pening kepala atau gejala-gejala lain yang serupa apabila mengambil GreenAard, ia menunjukkan bahawa hilang beat badan dengan cara yang tak betul di samping kelhilangan nutrisi dalam badan. 

Pening Disebabkan Kehilangan Berat Badan

Apabila anda kurangkan pengambilan kalori dalam makanan SECARA DRASTIK, pasti anda akan merasa pening. Lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan diet rendah carbohidrat (low-carb diets). Walaupun low-carb diets ni popular dikalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan, tapi inilah sebenarnya salah satu punca mengapa anda berasa pening. Kekurangan karbohidrat dalam badan memang menyebabkan pening kerana otak manusia lebih 'sukakan' karbohidrat sebagai sumber tenaga. 

Penurunan Berat Badan Yang Selamat

Untuk mengurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan di samping mengurangkan risiko kesan sampingan seperti pening, loya, mengantuk dan keletihan, jangan kurangkan pengambilan kalori secara drastik. Memandangkan GreenAard menyebabkan anda kurang berasa lapar, ini akan membuatkan anda lupa untuk makan. Seterusnya, akan mengakibatkan otak kurang mendapat tenaga dari karbohidrat. Sebab itulah kami nasihatkan anda untuk tetap makan walaupun kurang merasa lapar. Tak perlu makan makanan yang berat, memadai makan sedikit tapi makan makanan yang sihat (bukan junk food). Ini kerana, dengan mengurangkan kalori sebanyak 500-1000 kalori sehari, berat badan akan berkurangan 400-900g seminggu. Nampak macam tak berkesan kan? Tapi inilah sebenarnya penurunan berat yang sihat. Tak perlu turun berat sehingga 5kg sebulan untuk membuktikan bahawa pil yang anda ambil ini berkesan. Sekiranya anda turun berat hanya 1kg sebulan pun dah memadai kerana itulah penurunan berat yang sihat.

Punca Lain

Jika pengambilan kalori adalah mencukupi untuk kadar yang selamat bagi penurunan berat badan tapi anda masih lagi mengalami pening, ini mungkin disebabkan oleh perkara lain. Kerana pening boleh juga berpunca dari masalah jantung, dehidrasi (kurang air dalam badan), anemia, atau kerana amengambil ubat-ubatan tertentu atau jangkitan telinga. Boleh jadi juga tahap gula dalam darah terlalu rendah akibat dari terlalu lama berlapar atau pengambilan kalori tak mencukupi.

Mengelakkan Pening

Untuk kurangkan risiko pening semasa berdiet, kami nasihatkan anda makan dengan lebih kerap setiap beberapa jam, dalam kuantiti yang kecil. Ini untuk mengelakkan penurunan mendadak gula dalam darah. Ambil sekurang-kurangnya 1000 kalori setiap hari (melainkan anda di bawah seliaan doktor) dan makan sekurang-kurangnya 130g karbohidrat setiap hari. Kalau nak ambil karbohidrat lebih dari 130g pun boleh, tapi pastikan anda bersenam kerana bersenam memerlukan karbohidrat yang lebih sebagai sumber tenaga. Kalau nak makan lebih karbohidrat tanpa bersenam pun boleh, cuma proses penurunan berat badan akan menjadi lebih slow :)

 

 .

 

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart