.
Walaupun anda sudah cuba bersenam, kurangkan pengambilan makanan dan minum banyak air, tapi berat badan anda masih juga begitu, tak berganjak walau 1kg pun.
Kekecewaan ini boleh difahami.
Apetah lagi bila sudah berhabis ratusan ringgit untuk membeli ubat kurus.
Tetapi anda perlu tahu yang apa saja makanan tambahan, kekurangan vitamin, ketidakseimbanggan hormon atau ubat-ubatan yang diambil boleh memberikan petunjuk kenapa berat badan anda kekal begitu.
Semak jika anda ada point-point di bawah :
.
1. Ubat Anti-Depressan.
Kebanyakkan ubat anti-depressan akan menyebabkan berat badan bertambah. Sekiranya anda tidak mengambil ubat tersebut tetapi selalu dalam keadaan tertekan, juga akan menyebabkan pertambahan berat sekitar 3-7kg. Sekiranya kesan tekanan ini berpanjuangan, berat badan akan semakin bertambah. Sekiranya anda ada mengambil pil kurus, kemungkinan berat badan anda menjadi statik disebabkan fitra berlawanan ini.
.
2. Jika anda mengambil pil kawalan kelahiran, hormon berlebihan untuk terapi hormon, steroid, beta -blockers untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat-ubatan anti-sawan, ubat kanser payudara seperti Tamoxifen, beberapa rawatan untuk artritis reumatoid, dan juga beberapa ubat-ubatan migrain dan pedih ulu hati, berat badan akan menjadi lebih sukar untuk turun. Sifat berlawanan antara ubat-ubatan yang anda ambil dengan pil kurus boleh menjejaskan metabolisme.
.
3. Isu pencernaan dan pergerakan usus yang perlahan juga menjadi faktor. Untuk mengetahui sejauh manakah usus anda bergerak dengan sihat adalah, sebaik-baiknya selepas 1-2 jam selepas makan, anda akan buang air besar. Jika ini tak berlaku, ada kemungkinan badan anda sebenarnya mengalami dehidrasi, kandungan serat dalam badan rendah atau kekurangan bakteria baik (probiotik) dalam usus.
.
4. Badan anda 'hilang' nutrien tertentu. Kekurangan Magnesium, zat besi dan vitamin D dalam badan mampu mengubah metabolisme badan dalam cara yang membuatkan ia lebih sukar untuk membakar lemak. Ia menyebabkan anda merasa selalu keletihan dan malas untuk melakukan banyak pergerakan. Anda boleh tambah kandungan magnesium dan zat besi dalam badan dengan cepat melalui pengambilan bayam, daging dan almond, tetapi adalah mustahil untuk menambah vitamin D dalam badan dengan meminum banyak susu atau terdedah pada cahaya matahari terlalu lama. Lagipun, terlalu banyak minum susu akan menyebabkan batu karang. Apa yang anda boleh buat, cuba check darah anda agar doktor boleh berikan dos Vitamin D yang sesuai.
.
5. Ini adalah satu keadaan yang tak dapat dielakkan. Umur 40-50an, badan tidak lagi membakar banyak kalori seperti kita berumur 20an. Disebabkan itulah kita perlu bantu metabolisme badan kita dengan membuat sedikit senaman ringan secara rutin dan kurangkan makanan berkalori tinggi. Walaupun pil kurus menjanjikan 'tidak perlu senaman', tetapi sekiranya badan anda mempunya faktor-faktor yang boleh melambatkan proses penurunan berat, anda tetap perlu bantu dengan sedikit senama ringan supaya pergerakan metabolisme menjadi lebih laju.
.
6. Jika anda mengesyaki anda mendapat berat badan yang anda tidak boleh kaitkan dengan pemakanan, ubat-ubatan dan senaman, tolong lalukan beberapa ujian termasuk ujian darah dan kencing untuk mendapatkan pemeriksaan yang tepat mengenai tahap kortisol badan anda kerana ada kemungkinan anda menghidapi Cushing's Syndrome tanpa anda sedar. Cushing's Syndrome adalah keadaan di mana badan tidak memproses nutrien dengan cara yang sepatutnya.
.