GC Plus / pesakit darah tinggi yang mengambil ubat

3 cara KALIUM membantu menurunkan berat badan dengan mudah.

Kalium kurang diketengahkan sebagai bahan bantuan untuk penurunan berat badan - dari dulu hingga sekarang. Kalium berperanan dalam pelbagai fungsi otot, selular, jantung dan lain-lain. Disebabkan itu, ia juga berfungsi sebagai 'orang tengah' dalam penurunan berat badan.

Yang pertama, kalium membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dengan membantu boosting nutrien yang meningkatkan metabolisme seperti zat besi, magnesium dan kalsium.

Sebagai contoh, orang dengan kadar zat besi rendah selalunya mempunyai metabolisme yang rendah. Tetapi selalunya ia bukanlah kerana kekurangan zat besi tetapi kekurangan kalium. Tanpa kadar kalium yang betul badan tidak dapat memproses zat besi dengan berkesan.

Salah satu tanda kekurangan zat besi (yang mungkin disebabkan oleh tahap kalium yang rendah) adalah KELETIHAN. Tahap tenaga yang rendah menyebabkan kenaikan berat badan (dan susah turun berat badan). Dengan meningkatkan kadar kalium, tahap zat besi juga meningkat.

Yang kedua, kalium juga bergabung dengan magnesium untuk membantu pertumbuhan otot. Otot yang lebih besar dan kuat membakar lebih banyak kalori.

Yang ketiga, kalium menghalang water retention yang berlebihan. Sebagai elektrolit, kalium bergabung dengan natrium untuk mengatur cecair di sekitar sel dan mencegah badan dari menahan terlalu banyak air.

[Note : Elektrolit adalah mineral seperti magnesium dan kalium. Ia memainkan peranan penting dalam badan dalam mengatur keseimbangan air]

Pada waktu tertentu, badan mungkin menahan berat air hingga 1-2kg. Apabila tahap elektrolit menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi, keseimbangan bendalir berlaku. Ini boleh menyebabkan kenaikan berat air (water weight).

Kita harus menyesuaikan pengambilan elektrolit dengan pengambilan air. Sekiranya minum terlalu banyak air, badan kehilangan banyak elektrolit. Kehilangan elektrolit boleh menyebabkan metabolisme menurun. Badan jadi letih dan susah menurunkan berat.

Sekiranya badan aktif tetapi kurang menerima air, badan memerlukan elektrolit tambahan untuk menggantikan elektrolit yang hilang melalui peluh. Elektrolit yang hilang melalui cara ini juga menyebabkan metabolisme berkurangan. Jangan terkejut walau banyak work out, berat tetap statik. Boleh jadi ini puncanya.

Sebagai recap, kalium membantu weight loss dengan 3 cara:
  • membekalkan tenaga (meningkatkan metabolisme)
  • membantu pertumbuhan otot (dengan bantuan magnesium)
  • menghalang water retention (berat air)
Pengguna GC PLUS yang dah biasa dengan produk ini, pasti perasan GC PLUS memberikan kesemua fungsi ini.

Tahu tak kenapa GC PLUS tak dibenarkan diambil oleh pesakit darah tinggi yang mengambil ubat darah tinggi?

Ini kerana, dalam GC PLUS ada kandungan KALIUM. Kalium boleh mengganggu fungsi ubat darah tinggi. Tetapi, kalium dapat membantu weight loss. So how?

Kami tetap tidak benarkan mana-mana pesakit yang mengambil ubat darah tinggi mengambil GC PLUS walaupun GC PLUS membantu weight loss. To us, lebih baik anda tumpukan kepada mengawal tekanan darah terlebih dahulu.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart