GC Plus / kalori

Pukul berapa badan membakar kalori paling banyak?

Metabolisme seseorang tidak kekal sama sepanjang 24 jam. Ada kalanya badan menggunakan lebih banyak kalori walaupun tidak berbuat apa-apa. Our body’s internal clock ada kaitan dengan cara badan memproses kalori. Duduk-duduk santai pada lewat petang dengan duduk santai di waktu pagi mungkin tidak nampak beza, tetapi seseorang membakar 10% kalori lebih banyak pada waktu pagi.

Semua orang membakar kalori tidak kira apa yang mereka lakukan, walaupun sedang tidur. Untuk mengetahui keupayaan seseorang membakar kalori, para penyelidik melakukan kajian ke atas tujuh orang. Para peserta tinggal di persekitaran makmal yang tidak mempunyai tingkap, jam, telefon, atau internet. Ini bermaksud mereka tidak tahu masa.

Setiap orang diberi waktu untuk tidur, dan waktu untuk bangun, dan sepanjang kajian selama 3 minggu, and those times were adjusted 4 hours later each day. Oleh kerana badan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan jadual baru kerana mereka tidur dan bangun pada waktu yang berlainan setiap hari, badan developed its own patterns.

Para penyelidik kemudian mengukur kadar metabolisme perserta pada waktu yang berlainan dalam sehari untuk menentukan bagaimana tubuh berinteraksi dengan pengambilan kalori. Para penyelidik mendapati bahawa kadar metabolisme PALING RENDAH adalah pada waktu malam dan tertinggi sekitar 12 jam kemudian, iaitu pada waktu awal pagi.

Maka bolehlah dianggap melakukan perkara yang sama pada satu waktu membakar lebih banyak kalori daripada melakukan perkara yang sama pada waktu yang berlainan. Inilah sebab kenapa GC PLUS dinasihatkan untuk diambil pada waktu pagi, ketika perut masih kosong.

Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai kadar metabolisme rehat mereka sendiri, yang merupakan ukuran seberapa cepat tubuh menggunakan tenaga. Kadar ini berubah sepanjang hari. Sekiranya badan membakar kalori sedikit lebih cepat pada waktu petang, ada baiknya menjadikan makan tengah hari sebagai main meal pada hari itu dan bukannya makan malam.

"It is not only what we eat, but WHEN we eat — and that impacts how much energy we burn or store as fat. Habits, such as eating and sleeping, is very important to overall health.”

Maka apabila mula berdiet, kenalilah badan sendiri. Rutin yang dilakukan oleh orang lain mungkin tidak sesuai untuk diri sendiri.
Diana Ishak
Read more

Rujukan untuk yang sedang berdiet

 

 .
Ini ringkasan paling mudah dan simple untuk refer.
Kalau risau terlebih makan, boleh la refer kepada jadual ni.
.
Sebenarnya, badan kita menjadi gemuk bukan kerana kita makan banyak tapi kerana badan kita tak membakar kalori dengan banyak. Makan banyak tu tak salah kalau badan kita juga mampu bakar kalori dengan banyak (melebihi apa yang kita makan). Malangnya kebanyakkan kita makan banyak tapi badan tak mampu bakar kalori dengan banyak. Sebab itulah badan macam dipam-pam.
.
So, untuk memudahkan korang plan weight loss, boleh refer jadual n, ok?
.
Diana Ishak
Read more

Nak diet dengan makan biskut saja?

 

 .

Ada orang konon nak kuruskan badan dengan cepat - taknak makan nasik.
Makanan berat katanya.
Lalu, dia pilih makan biskut.
Tapi makan sampai 20 keping sehari.
Matilanakkkk 20 keping 😂😂.
.
Daripada korang makan biskut sampai 20 keping sehari, baiklah korang makan sandwich ayam tapi pakai roti serat penuh (bukan roti putih).
.
Mana-mana biskut pun tinggi karbohidrat.
Dalam biskut ada lemak kanji dari tepung, ada gula dan ada lemak dari mentega. Nampak je biskut ni macam takde apa sangat padahal dalam sekeping biskut je dah ada macam-macam jenis lemak.
.
Kalau korang makan sandwich roti 100% gandum, dan ayam (sumber protein) - lebih kenyang dan lebih sihat. Tau tak, kalau kita elakkan terus dari makanan manis-manis, kita senang-senang je boleh turunkan berat sekurang-kurangnya 900g seminggu.
Itu paling sikit lah. Selalunya lebih.
.

Diana Ishak
Read more

Kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang.

Ramai yang nak kurus, tapi tak nak bertindak. Suka sangat bertangguh. Dan, ada juga yang dah mulakan program diet tapi belum sampai seminggu dah sabotaj diri sendiri. Tiba-tiba rasa demotivated hanya kerana tak nampak penurunan ketara pada penimbang.

Hello..?
Walaupun anda makan makanan yang sihat pada kebanyakan masa, kalau tak kena caranya, berat tetap susah nak turun. Mungkin anda makan makanan yang betul, tapi dalam kombinasi salah. Atau, makan kombinasi makanan yang betul, tetapi tak makan pada masa yang betul. 

Banyak faktor yang mempengaruhi turun naik berat badan. Jadi, jangan sabotaj diri sendiri. Siapa yang lebih layak memotivasikan diri kita melainkan diri kita sendiri, kan?

Sebelum kami ajar macamana nak makan dengan betul supaya metabolisme aktif, perlu faham yang kalori masuk dan kalori keluar manusia TAK SAMA untuk semua orang. Dua orang yang sama umur, jantina yang sama, dan melakukan jumlah senaman yang sama - seorang boleh makan apa sahaja dan masih boleh turunkan berat badan. Yang seorang lagi terpaksa bergantung kepada jisim otot (otot yang lebih, metabolisme yang lebih tinggi). Bermakna, orang ini mesti memilih makanan yang sesuai supaya berat badannya boleh turun. 

Hasil dari diet tidak sama setiap orang. Tetapi apa yang penting adalah, ada pengurangan samada berat ataupun inci. Cepat dan lambat bukan matlamat. Matlamatnya, mesti turun berat.


Cara nak naikkan metabolisme supaya lebih cepat turun berat

Tidak makan dengan cukup pada siang hari boleh melambatkan metabolisme dalam dua cara. Pertama, badan berpendapat bahawa anda sedang berada dalam kedaan kebuluran, jadi badan akan berhenti membakar kalori supaya anda kekal "hidup". Kedua, anda mengambil kalori terlalu sedikit menyebabkan badan terpaksa memperlahankan pembakaran kalori sebagai persediaan supaya tidak masuk zon kebuluran.

Meminum air adalah salah satu cara paling mudah untuk melajukan pembakaran lemak. Walaupun makan makanan yang sempurna, jika badan tidak cukup air, berat susah untuk menyusut kerana apabila badan mengalami dehidrasi, ia tidak dapat membakar lemak.

Gula dan karbohidrat mempunyai keupayaan unik untuk menghentikan penurunan berat badan. Cuba fikir sejenak, ketika badan sedang membakar lemak, tiba-tiba anda minum teh tarik. Serta-merta badan akan menggunakan gula dalam teh tarik sebagai tenaga dan berhenti menggunakan lemak sebagao sumber tenaga. Ohmigod! Ini lebih seram dari cerita hantu!


Diana Ishak
Read more

Apa itu WEIGHT LOSS PLATEAU?

 

Hanya kerana penurunan berat badan terhenti (plateau), jangan give up apetah lagi patah balik pada tabiat lama. Jangan frust.
Ni perkara biasa dalam semua proses nak turunkan berat.

Apa itu WEIGHT LOSS PLATEAU?
Plateau adalah keadaan di mana berat badan tiba-tiba stop untuk beberapa hari atau mungkin beberapa minggu. Ini perkara biasa sebenarnya. Ramai yang kecewa bila berat badan tak berganjak walaupun mereka kawal makan dan bersenam secara rutin.

Minggu-minggu pertama penurunan berat yang ketara adalah perkara biasa. Ia mudah berlaku kerana apabila kalori dikurangkan, badan mendapat tenaga dari glikogen, sejenis karbohidrat yang terdapat di dalam otot dan hati. Glikogen sebahagian besarnya daripada air, jadi apabila glikogen dibakar untuk tenaga, ia mengeluarkan air, menyebabkan penurunan berat badan yang kebanyakannya air. Sebab itu pada awal-awal program diet, berat badan nampak turun dengan cepat.

Apabila berat dah capai plateau, bermakna anda dah hilangkan semua berat badan yang terdaya dilakukan oleh program diet yang anda sedang amalkan ini. Tanya diri, adakah berpuas hati dengan berat badan semasa atau kalau nak lebih kurus lagi, anda perlu tambah keadah lain. Antara kaedah lain untuk ditambah :

✔ semak rekod makanan dan aktiviti. Pastikan tak longgarkan peraturan. Malah perlu lebih ketat lagi.

✔ Kurangkan lebih banyak kalori. Kurangkan lagi 200 kalori sehari dengan syarat badan anda masih menerima sekurang-kurangnya 1200 kalori sehari. Sebab, kurang daripada 1200 kalori sehari akan buatkan anda kelaparan teruk.

✔ Tambah waktu senaman. Kalau anda memang bersenam, panjangkan waktu. Kalau program diet sebelum ini tak melibatkan senaman, maka mulakan bersenam.

Kalau usaha di atas tetap tak berhasil, boleh jumpa dokter dan dapatkan khidmat nasihat mereka kalau-kalau mereka ada teknik yang lebih berkesan. Atau, mungkin anda perlu kaji semula matlamat berat badan anda. Mungkin matlamat yang anda mahukan adalah tak realistik untuk anda.

Diana Ishak
Read more

Makan salad belum tentu buatkan anda kurus

 .

Siapa sini tengah berdiet tapi berat badan tak turun macam orang lain yang amalkan diet yang sama?

Sebenarnya, walaupun sedang "berdiet," kebanyakkan orang makan lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. Dia rasa dia makan sikit. Tapi yang sikit tu lah yang banyakkkkkk kalori.
Bila kita berdiet, diet menyebabkan obsesi terhadap makanan dan meningkatkan keinginan untuk makan macam-macam.

Berikut adalah punca kenapa berat badan susah nak turun :

 .

1. Banyak minum minuman manis
Smoothies, kopi (dengan krim dan gula), jus buah, teh manis, dan air bikarbonat sangat menyumbang kepada pertambahan berat badan. Gula akan menyekat rasa kenyang dan menambahkan rasa lapar. Ohh scaryyyyyy.

2. Makan depan TV
Elakkan makan sambal menonton atau semasa membaca. Kerana makan sambil menonton/membaca selalunya akan membuatkan kita makan dengan banyak tanpa kita sedar, tau-tau je eh dah habis? Tapi tak kenyang-kenyang jugak. Dan kita akan makan dan makan lagi.

3. Makan dengan terlalu cepat.
Bukan dapat hadiah pun kalau habiskan makanan dengan cepat. Kenapa nak makan laju-laju? Kunyahlah dengan perlahan, nikmati makanan. Apabila kita makan dengan perlahan-lahan, kita dapat ‘detect’ rasa kenyang dengan lebih awal. Ini mengelakkan kita dari menambah makanan.

 .

4. Salad belum tentu menyihatkan
Bila berdiet, selalunya kita cenderung untuk makan salad. Sikit-sikit salad, sikit-sikit salad. Tapi, salad belum tentu lebih baik dari burger. Semuanya bergantung pada apa yang anda tambah pada salad. Mustard contohnya ada 490 kalori, quarter pounder pun baru 410 kalori! Hahaha. Maksudnya di sini, kadang-kadang kita rasa apa yang kita makan tu dah menyihatkan, tapi benda yang kecil-kecil seperti sos, ketcup, toppings - yang menjahamkan diet tanpa sedar.

5. Jangan skip waktu makan.
Kebanyakan orang yang makan kurang daripada tiga kali waktu utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) biasanya akan makan lebih banyak kalori tanpa sedar.

JANGAN SKIP SARAPAN.
Ini paling utama.

Pengambilan makanan yang betul semasa sarapan akan membuatkan kita kurang berasa lapar di waktu tengahari. Kurang lapar bermakna kita akan kurang makan. Tapi mesti makan juga waktu tengahari walau hanya ratah sayur.
Pastikan pilih sarapan yang betul.
Jangan ingat bila kita ambil sebiji kuih saja untuk sarapan kita akan menjadi lebih kurus. No!
Sebiji muffin rendah lemak pun ada 400 kalori dan 5 gram lemak. Tapi, 2 biji telur dan sekeping roti bakar hanya ada 250 kalori.
Telur bagus makan waktu pagi. Ia membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.

 

Diana Ishak
Read more

Formula mudah nak turunkan berat badan dengan cepat

 

 .

Adalah satu perkara biasa untuk semua orang nak hilangkan berat badan dengan cepat. Tapi, orang yang kehilangan berat badan secara beransur-ansur dan berterusan (kira-kira 400-900g seminggu) lebih berjaya mengekalkan berat berbanding dengan orang yang berjaya hilangkan berat dengan cepat.

Penurunan berat badan bukanlah stau program singkat tapi melibatkan tabiat keseluruhan.

Formula untuk menurunkan berat badan adalah - kita perlu guna lebih banyak kalori dari yang kita ambil. Formulanya begini :

🖌400g = 3500 kalori.
🖌400g adalah berat minimum perlu turun dalam masa 1 minggu.

Memandangkan 400g adalah bersamaan 3500 kalori, maknanya kita perlu mengurangkan pengambilan kalori 500 kalori setiap hari untuk menurunkan 400g seminggu. Kalau kita maintain turun berat 400g sehari, maknanya sebulan dan boleh turun 1.6kg! Itu kalau turun 400g seminggu. Kalau boleh turun 900g seminggu, maknanya sebulan dah 3.6kg.

Nak turunkan berat badan memang tak mudah, perlu ada komitmen. Bukan boleh buat sambil lewa dan expect dapat keputusan yang wow! Tapi kalau anda bersedia untuk mulakan, kita akan guide. Whatsapp kami di 012-7728976 atau PM kami.

 

Diana Ishak
Read more

Minum air banyak boleh kurus - hanya mitos?

 

 .

Kita diajar untuk minum air dengan banyak setiap hari. Katanya 2-3 litres per day will detoxify all the fat and burn stubborn fat. Ada juga yang kata kalau minum banyak air nanti perut jadi lebih kenyang. Bila kenyang kita tak ada rasa nak makan sangat. Well, in a way it's true. Tapi fahaman tu ada sikit 'terpesong'. Meh kami nak bagi perjelas biar clear.

Begini, air tak mempunyai kalori. Sedangkan apa saja yang kita makan, termasuk air, akan diproses oleh badan. Pemprosesan makanan akan menggunakan tenaga. Tenaga dihasilkan dari pembakaran lemak. Jadi, apabila lebih banyak air yang diminum, lebih banyak lemak dibakar untuk menghasilkan tenaga bagi memproses air yang diminum tadi. Sedangkan sebanyak mana air yang kita minum tidak akan menambah kalori dalam badan. Sebab itulah bila kita minum lebih banyak air, badan akan menjadi lebih cepat kurus. Bukan air itu yang menjadikan kita kurus. Tapi dengan memproses lebih banyak air lah yang akan membantu badan kita menjadi lebih cepat kurus. Apetah lagi kalau ambil GC Plus yang sememangnya mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Renung-renungkan 😁.

 

Diana Ishak
Read more

Pertambahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

 

 .

Walaupun anda sudah cuba bersenam, kurangkan pengambilan makanan dan minum banyak air, tapi berat badan anda masih juga begitu, tak berganjak walau 1kg pun.

Kekecewaan ini boleh difahami.

Apetah lagi bila sudah berhabis ratusan ringgit untuk membeli ubat kurus.

Tetapi anda perlu tahu yang apa saja makanan tambahan, kekurangan vitamin, ketidakseimbanggan hormon atau ubat-ubatan yang diambil boleh memberikan petunjuk kenapa berat badan anda kekal begitu. 

Semak jika anda ada point-point di bawah :

.

1. Ubat Anti-Depressan.

Kebanyakkan ubat anti-depressan akan menyebabkan berat badan bertambah. Sekiranya anda tidak mengambil ubat tersebut tetapi selalu dalam keadaan tertekan, juga akan menyebabkan pertambahan berat sekitar 3-7kg. Sekiranya kesan tekanan ini berpanjuangan, berat badan akan semakin bertambah. Sekiranya anda ada mengambil pil kurus, kemungkinan berat badan anda menjadi statik disebabkan fitra berlawanan ini.

.

2. Jika anda mengambil pil kawalan kelahiran, hormon berlebihan untuk terapi hormon, steroid, beta -blockers untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat-ubatan anti-sawan, ubat kanser payudara seperti Tamoxifen, beberapa rawatan untuk artritis reumatoid, dan juga beberapa ubat-ubatan migrain dan pedih ulu hati, berat badan akan menjadi lebih sukar untuk turun. Sifat berlawanan antara ubat-ubatan yang anda ambil dengan pil kurus boleh menjejaskan metabolisme. 

.

3. Isu pencernaan dan pergerakan usus yang perlahan juga menjadi faktor. Untuk mengetahui sejauh manakah usus anda bergerak dengan sihat adalah, sebaik-baiknya selepas 1-2 jam selepas makan, anda akan buang air besar. Jika ini tak berlaku, ada kemungkinan badan anda sebenarnya mengalami dehidrasi, kandungan serat dalam badan rendah atau kekurangan bakteria baik (probiotik) dalam usus. 

.

4. Badan anda 'hilang' nutrien tertentu. Kekurangan Magnesium, zat besi dan vitamin D dalam badan mampu mengubah metabolisme badan dalam cara yang membuatkan ia lebih sukar untuk membakar lemak. Ia menyebabkan anda merasa selalu keletihan dan malas untuk melakukan banyak pergerakan. Anda boleh tambah kandungan magnesium dan zat besi dalam badan dengan cepat melalui pengambilan bayam, daging dan almond, tetapi adalah mustahil untuk menambah vitamin D dalam badan dengan meminum banyak susu atau terdedah pada cahaya matahari terlalu lama. Lagipun, terlalu banyak minum susu akan menyebabkan batu karang. Apa yang anda boleh buat, cuba check darah anda agar doktor boleh berikan dos Vitamin D yang sesuai.

.

5. Ini adalah satu keadaan yang tak dapat dielakkan. Umur 40-50an, badan tidak lagi membakar banyak kalori seperti kita berumur 20an. Disebabkan itulah kita perlu bantu metabolisme badan kita dengan membuat sedikit senaman ringan secara rutin dan kurangkan makanan berkalori tinggi. Walaupun pil kurus menjanjikan 'tidak perlu senaman', tetapi sekiranya badan anda mempunya faktor-faktor yang boleh melambatkan proses penurunan berat, anda tetap perlu bantu dengan sedikit senama ringan supaya pergerakan metabolisme menjadi lebih laju.

.

6. Jika anda mengesyaki anda mendapat berat badan yang anda tidak boleh kaitkan dengan pemakanan, ubat-ubatan dan senaman, tolong lalukan beberapa ujian termasuk ujian darah dan kencing untuk mendapatkan pemeriksaan yang tepat mengenai tahap kortisol badan anda kerana ada kemungkinan anda menghidapi Cushing's Syndrome tanpa anda sedar. Cushing's Syndrome adalah keadaan di mana badan tidak memproses nutrien dengan cara yang sepatutnya. 

 .

Diana Ishak
Read more

Dah cuba GC Plus tapi berat tak turun seperti orang lain

 .

Ada yang tertanya-tanya kenapa berat badannya tak turun-turun tetapi berat badan kawannya turun dengan agak cepat setelah ambil GreenAard. 
Padahal, dia dah cuba untuk kawal pengambilan kalori dan bersenam sekerap mungkin.
Tapi, berat badan kekal tak ada penurunan. 
Sedangkan kawan tadi tak bersenam pun malah makan sesedap rasa. tapi masih boleh turun berat sehingga 5kg sebulan.

Kenapa?
 
Mula-mula you all perlu faham ada beberapa sebab yang mempengaruhi penurunan berat badan, samada cepat atau lambat.
 
Sebagai contoh, lelaki cenderung untuk turun berat badan dengan lebih cepat berbanding wanita, kerana kebanyakan lelaki secara semulajadi mempunyai jisim otot yang lebih. Otot yang lebih akan menyebabkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Bila metabolisme tinggi, pembakaran lemak dalam badan menjadi lebih cepat.

Lelaki dan wanita cenderung untuk menyimpan berat badan yang berlebihan di tempat yang berbeza-beza, contohnya, lelaki di kawasan perut yang biasanya lebih mudah untuk mengalami kehilangan lemak, manakala wanita pula di punggung dan paha yang biasanya lemak lebih sukar dibakar.

Selain dari itu, mereka yang mempunyai berat badan yang lebih akan senang mengalami penurunan berat badan. Ini adalah kerana lebih tinggi berat badan maka lebih banyak kalori yang dibakar walaupun hanya berjalan kaki sejauh 500m. Secara gambaran yang mudah, berjalan dengan bebanan 30kg adalah lebih susah berbanding berjalan dengan bebanan 5kg. Semakin susah berjalan dengan bebanan yang berat, badan semakin banyak membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sebab itulah, mereka yang berbadan besar lebih cepat turun berat badan. 

Yang lebih menarik, mereka yang berbadan besar boleh mengurangkan pengambilan makanan berkalori tanpa menjejaskan keupayaan badan untuk berfungsi dengan cekap.

Macam ni, jika berat badan anda 135kg, bermakna anda perlu 3500 kalori setiap hari untuk kekalkan berat badan itu.
Jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda setiap hari, badan anda masih ada 2500 kalori untuk berfungsi dengan baik.
Pengurangan 1000 kalori dah mampu menurunkan berat badan anda kepada 1kg setiap minggu.
 
Jika berat badan anda adalah 68kg pula, anda perlu 1800 kalori untuk mengekalkan berat badan.
Dan jika anda kurangkan 1000 kalori daripada diet anda, badan anda tidak akan mempunyai tenaga yang cukup dan metabolisme anda menjadi lambat secara drastik. Ini membuatkan daya memecahkan lemak menjadi lebih lambat. Sebab itulah walaupun anda ambil GreenAard, anda masih perlu makan. tapi makan dengan sihat. 
 
Perlu juga ambil kita faktor umur dan bentuk badan yang boleh memberi kesan kepada berapa cepat anda boleh mengurangkan berat.

Orang yang lebih tua akan mengalami kehilangan berat badan dengan lebih perlahan, mungkin kerana perubahan hormon atau jisim otot kurang atau mungkin kurang aktif secara fizikal. Jadi, jika anda membandingkan penurunan berat badan dengan orang lain, make sure you're not comparing apples to oranges.

Ada sesetengah pengguna GreenAard berkongsi banyak faktor seperti saiz badan yang sama, berat badan pun sama, umur sama, dan aktiviti harian pun sama, tetapi tak mendapat hasil yang sama. Di sini perlu juga lihat faktor genetik dan masalah individu seperti hypothyroidism, PCOS, imsomnia atau pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids atau anti-depressants. Kerana faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi kepada penurunan berat yang lambat.

Jika anda berada dalam kelompok tersebut, cuba dapatkan khidmat nasihat doktor yang akan bantu memaksimumkan penurunan berat badan anda tanpa menjejaskan kesihatan. Tetapi selalunya, kes lambat turun berat badan ini dapat diatasi dengan mengubah diet dan corak aktiviti harian. 

 .

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart