Apa itu WEIGHT LOSS PLATEAU?
Hanya kerana penurunan berat badan terhenti (plateau), jangan give up apetah lagi patah balik pada tabiat lama. Jangan frust.
Ni perkara biasa dalam semua proses nak turunkan berat.
Apa itu WEIGHT LOSS PLATEAU?
Plateau adalah keadaan di mana berat badan tiba-tiba stop untuk beberapa hari atau mungkin beberapa minggu. Ini perkara biasa sebenarnya. Ramai yang kecewa bila berat badan tak berganjak walaupun mereka kawal makan dan bersenam secara rutin.
Minggu-minggu pertama penurunan berat yang ketara adalah perkara biasa. Ia mudah berlaku kerana apabila kalori dikurangkan, badan mendapat tenaga dari glikogen, sejenis karbohidrat yang terdapat di dalam otot dan hati. Glikogen sebahagian besarnya daripada air, jadi apabila glikogen dibakar untuk tenaga, ia mengeluarkan air, menyebabkan penurunan berat badan yang kebanyakannya air. Sebab itu pada awal-awal program diet, berat badan nampak turun dengan cepat.
Apabila berat dah capai plateau, bermakna anda dah hilangkan semua berat badan yang terdaya dilakukan oleh program diet yang anda sedang amalkan ini. Tanya diri, adakah berpuas hati dengan berat badan semasa atau kalau nak lebih kurus lagi, anda perlu tambah keadah lain. Antara kaedah lain untuk ditambah :
✔ semak rekod makanan dan aktiviti. Pastikan tak longgarkan peraturan. Malah perlu lebih ketat lagi.
✔ Kurangkan lebih banyak kalori. Kurangkan lagi 200 kalori sehari dengan syarat badan anda masih menerima sekurang-kurangnya 1200 kalori sehari. Sebab, kurang daripada 1200 kalori sehari akan buatkan anda kelaparan teruk.
✔ Tambah waktu senaman. Kalau anda memang bersenam, panjangkan waktu. Kalau program diet sebelum ini tak melibatkan senaman, maka mulakan bersenam.
Kalau usaha di atas tetap tak berhasil, boleh jumpa dokter dan dapatkan khidmat nasihat mereka kalau-kalau mereka ada teknik yang lebih berkesan. Atau, mungkin anda perlu kaji semula matlamat berat badan anda. Mungkin matlamat yang anda mahukan adalah tak realistik untuk anda.