Perkara-perkara luar biasa yang akan berlaku kalau anda minum air selepas bangun dari tidur

 

 .

70% daripada badan terdiri daripada air, jadi penting untuk memastikan air sentiasa ‘ditambah’ ke dalam badan untuk membolehkan badan berfungsi dengan betul. Apabila air dalam badan kurang, ia mengundang pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Dehidrasi untuk jangka masa yang panjang boleh membawa kepada :

reumatoid artritis
migrain
angina (sakit dada)
pencernaan yang terganggu
tekanan darah tinggi
obesiti
buasir
batuk kering
batu karang
resdung.

Apabila anda minum air 🚰 dengan perut kosong selepas bangun dari tidur, 8⃣ perkara luar biasa ini akan berlaku.

✔ Membantu membersihkan badan daripada toksin.
Bila minum air, ia secara semula jadi menggesa pergerakan usus.

✔ Meningkatkan metabolisme.
Sesuai untuk orang yang sedang dalam misi untuk menguruskan badan kerana minum air pada waktu perut kosong boleh meningkatkan kadar metabolisme sekurang-kurangnya 24%.

✔ Memperbaiki penghadaman.
Bila minum air pada waktu pagi semasa perut kosong, badan akan melepaskan semua toksin dan meningkatkan sistem pencernaan anda. Anda akan merasa kurang lapar dan keinginan anda terhadap makanan akan berkurangan.

✔ Melegakan heartburn dan senak.
Senak disebabkan oleh peningkatan asid dalam perut. Apabila minum air dengan perut kosong, asid ini ditolak ke bawah dan dicairkan, menyelesaikan masalah tersebut.

✔ Mencantikkan kulit.
Dehidrasi menyebabkan kedutan pramatang terbentuk.

✔ Mencegah renal stone dan jangkitan pundi.
Minum air pada waktu perut kosong mencairkan asid yang menyebabkan batu dalam buah pinggang.
.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart