Makan salad belum tentu buatkan anda kurus

 .

Siapa sini tengah berdiet tapi berat badan tak turun macam orang lain yang amalkan diet yang sama?

Sebenarnya, walaupun sedang "berdiet," kebanyakkan orang makan lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. Dia rasa dia makan sikit. Tapi yang sikit tu lah yang banyakkkkkk kalori.
Bila kita berdiet, diet menyebabkan obsesi terhadap makanan dan meningkatkan keinginan untuk makan macam-macam.

Berikut adalah punca kenapa berat badan susah nak turun :

 .

1. Banyak minum minuman manis
Smoothies, kopi (dengan krim dan gula), jus buah, teh manis, dan air bikarbonat sangat menyumbang kepada pertambahan berat badan. Gula akan menyekat rasa kenyang dan menambahkan rasa lapar. Ohh scaryyyyyy.

2. Makan depan TV
Elakkan makan sambal menonton atau semasa membaca. Kerana makan sambil menonton/membaca selalunya akan membuatkan kita makan dengan banyak tanpa kita sedar, tau-tau je eh dah habis? Tapi tak kenyang-kenyang jugak. Dan kita akan makan dan makan lagi.

3. Makan dengan terlalu cepat.
Bukan dapat hadiah pun kalau habiskan makanan dengan cepat. Kenapa nak makan laju-laju? Kunyahlah dengan perlahan, nikmati makanan. Apabila kita makan dengan perlahan-lahan, kita dapat ‘detect’ rasa kenyang dengan lebih awal. Ini mengelakkan kita dari menambah makanan.

 .

4. Salad belum tentu menyihatkan
Bila berdiet, selalunya kita cenderung untuk makan salad. Sikit-sikit salad, sikit-sikit salad. Tapi, salad belum tentu lebih baik dari burger. Semuanya bergantung pada apa yang anda tambah pada salad. Mustard contohnya ada 490 kalori, quarter pounder pun baru 410 kalori! Hahaha. Maksudnya di sini, kadang-kadang kita rasa apa yang kita makan tu dah menyihatkan, tapi benda yang kecil-kecil seperti sos, ketcup, toppings - yang menjahamkan diet tanpa sedar.

5. Jangan skip waktu makan.
Kebanyakan orang yang makan kurang daripada tiga kali waktu utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) biasanya akan makan lebih banyak kalori tanpa sedar.

JANGAN SKIP SARAPAN.
Ini paling utama.

Pengambilan makanan yang betul semasa sarapan akan membuatkan kita kurang berasa lapar di waktu tengahari. Kurang lapar bermakna kita akan kurang makan. Tapi mesti makan juga waktu tengahari walau hanya ratah sayur.
Pastikan pilih sarapan yang betul.
Jangan ingat bila kita ambil sebiji kuih saja untuk sarapan kita akan menjadi lebih kurus. No!
Sebiji muffin rendah lemak pun ada 400 kalori dan 5 gram lemak. Tapi, 2 biji telur dan sekeping roti bakar hanya ada 250 kalori.
Telur bagus makan waktu pagi. Ia membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.

 

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart