GC Plus / diet

Kenapa saya sentiasa lapar?

Badan manusia bergantung pada makanan untuk mendapatkan tenaga, so it's normal to feel hungry sekiranya tidak makan selama beberapa jam. Tetapi jika perut sentiasa berkeroncong walaupun selepas makan, something could be going on with your health. Ada beberapa sebab yang menyebabkan rasa lapar.

Diabetes
Badan mengubah gula dalam makanan menjadi sumber tenaga yang dinamakan glukosa. Glukosa digunakan oleh sel badan. Tetapi bagi penghidap diabetes, glukosa tidak dapat sampai kepada sel. Badan membuang glukosa. Kekurangan glukosa menyebabkan badan sentiasa merasa lapar. Kalau badan sentiasa merasa lapar dan kerap makan tetapi berat badan tidak bertambah, sila buat urine test.

Gula Darah Rendah (Hypoglycemia)
Hypoglycemia adalah ketika glukosa dalam badan turun ke tahap yang sangat rendah. Ini adalah kebimbangan utama penghidap diabetes, kerana mungkin petanda gangguan buah pinggang. Antara simptom - jantung berdegup kencang, kulit pucat, kerap berpeluh dan kesemutan di sekitar mulut.

Kurang tidur
Tidak cukup tidur boleh mempengaruhi hormon yang mengawal rasa lapar. Orang yang kurang tidur mempunyai selera makan yang lebih besar dan lebih susah untuk merasa kenyang. Badan juga cenderung menginginkan makanan tinggi lemak dan berkalori tinggi.

Tekanan/Stress
Dalam keadaan cemas atau tegang, badan mengeluarkan hormon yang disebut kortisol. Kortisol meningkatkan rasa lapar. Ramai orang yang mengalami stress menginginkan makanan yang tinggi gula, tinggi lemak, atau kedua-duanya. Ini adalah antara usaha badan untuk "mematikan" bahagian otak yang merangsang perasaan stress/risau/tegang.

Diet
Tidak semua makanan mengenyangkan dengan cara yang sama:
  • Protein & Fiber : Makan terbaik untuk membendung rasa lapar
  • Lemak sihat : Menurunkan kadar kolesterol dan membantu badan merasa puas setelah makan.
  • Pastri, roti putih, makanan segera dan makanan lain yang berasaskan tepung kekurangan semua nutrien ini tetapi tinggi lemak dan refined carbs. Makan banyak makanan jenis ini, akan mempercepatkan rasa lapar, walau selepas makan.
Ubat

Membuatkan badan makan lebih banyak daripada biasa. Antihistamin, antidepresan, steroid, dan beberapa ubat diabetes, adalah antara ubat yang memberi kesan sampingan lapar. Sebab itulah those yang mengambil ubat-ubatan secara rutintidak digalakkan mengambil GC PLUS kerana progress weight loss boleh menjadi lebih perlahan dari sepatutnya, akibat ubat-ubatan yang diambil.

Masalah Tiroid
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di leher. Kelenjar ini menghasilkan hormon yang mengawal fungsi setiap organ dalam badan. Sekiranya kelenjar tiroid bermasalah, bermakna berat badan boleh menjadi haywire dengan sendirinya. Kerana itulah penghidap masalah tiroid tidak digalakkan mengambil GC PLUS because it is as if you are wasting time because the real problem is on hormones.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah berlapar menyebabkan kenaikan berat badan

Kami percaya tidak ada one-size-fits-all untuk gaya hidup sihat. Sebelum memulakan sebarang program diet, pastikan anda tahu situasi badan - samada mempunyai penyakit, mengambil ubat-ubatan secara rutin, mengambil pil hormon, faktor genetik dan usia. Semua ini perlu diambil kira.

Sesiapa yang sedang berdiet pasti biasa dengar "kalori masuk dan kalori keluar". Jadi tak hairanlah jika ramai menafsirkan ini dengan maksud bahawa "semakin kurang makan (berlapar), semakin cepat penurunan berat badan". Beberapa hari kurang makan (menahan lapar), perut kelihatan lebih kempis dan pinggang lebih langsing. So what seems to be the problem? Jom lihat sains di sebalik penurunan berat badan dan bagaimana kelaparan mempengaruhi badan manusia.

Sebelum kita memahami tentang weight loss, penting untuk memahami konsep penurunan berat badan dan berat badan itu sendiri. Obesiti selalunya disebabkan oleh peningkatan lemak badan yang tersimpan akibat dari tabiat makanan yang buruk dan/atau genetik. Penyimpanan lemak sebenarnya adalah cara badan menyimpan tenaga tambahan yang tidak digunakan, berdasarkan keperluan kalori dan tahap aktiviti kita. Semasa makan, sebahagian kalori habis dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Bagi banyak orang, dengan tabiat makan yang buruk dan aktiviti yang terhad membuatkan jumlah simpanan lemak terus meningkat.

Ketika memulakan weight loss journey, kita harus sedar bahawa proses ini memerlukan waktu. Sebagaimana badan mengambil masa untuk menaik, ia juga memerlukan masa untuk menurun. Berat badan yang turun dengan cepat/mendadak bukan indicator diet yang sihat. Semasa menurunkan berat badan, terutama lemak, badan perlu menghabiskan lemak atau apa yang disebut "tenaga" melalui metabolisme badan. Inilah sebabnya kenapa kami sering menekankan keperluan untuk tidak berlapar serta memahami pengambilan kalori. Malangnya ramai yang masih berpendapat "menurunkan berat adan harus berlapar". NO.

Apabila kita memilih untuk berlapar, badan akan bertindak balas secara automatik dengan memperlambatkan metabolisme, sebagai cara melindungi dirinya dari kebuluran. Badan merasa tidak diberi makan dan cuba melambatkan metabolisme kerana bimbang sekiranya kita sedang sakit atau tidak ada lagi makanan yang datang. Dengan cara itu, badan boleh bertahan dalam jangka masa yang lebih lama sehingga diberi makan semula. Badan menyimpan simpanan lemak sebagai cara bertahan hidup. Kesannya, dalam beberapa hari berlapar, kita boleh nampak berat pada penimbang mula menunjukkan tanda-tanda statik.

Bila kita mula makan, reaksi semula jadi badan adalah terus menyimpan tenaga untuk beberapa ketika sekiranya badan akan mengalami kelaparan lagi. Oleh itu, pada cycle seterusnya ini, badan mungkin akan bertambah berat berbanding sebelumnya. Akhirnya, teknik berlapar membuatkan anda demotivated. Ramai juga yang mendapati ketika mula makan selepas tempoh berlapar, mereka cenderung makan dengan berlebihan. Badan menjadi kerap lapar dan sukar mengawal cravings. Berat akhirnya bertambah lebih banyak. So the bottom line is, menurunkan berat badan dengan mengurangkan kalori secara ekstrim bukanlah kaedah terbaik, malah SALAH.
Diana Ishak
Read more

Rujukan untuk yang sedang berdiet

 

 .
Ini ringkasan paling mudah dan simple untuk refer.
Kalau risau terlebih makan, boleh la refer kepada jadual ni.
.
Sebenarnya, badan kita menjadi gemuk bukan kerana kita makan banyak tapi kerana badan kita tak membakar kalori dengan banyak. Makan banyak tu tak salah kalau badan kita juga mampu bakar kalori dengan banyak (melebihi apa yang kita makan). Malangnya kebanyakkan kita makan banyak tapi badan tak mampu bakar kalori dengan banyak. Sebab itulah badan macam dipam-pam.
.
So, untuk memudahkan korang plan weight loss, boleh refer jadual n, ok?
.
Diana Ishak
Read more

Nak diet dengan makan biskut saja?

 

 .

Ada orang konon nak kuruskan badan dengan cepat - taknak makan nasik.
Makanan berat katanya.
Lalu, dia pilih makan biskut.
Tapi makan sampai 20 keping sehari.
Matilanakkkk 20 keping 😂😂.
.
Daripada korang makan biskut sampai 20 keping sehari, baiklah korang makan sandwich ayam tapi pakai roti serat penuh (bukan roti putih).
.
Mana-mana biskut pun tinggi karbohidrat.
Dalam biskut ada lemak kanji dari tepung, ada gula dan ada lemak dari mentega. Nampak je biskut ni macam takde apa sangat padahal dalam sekeping biskut je dah ada macam-macam jenis lemak.
.
Kalau korang makan sandwich roti 100% gandum, dan ayam (sumber protein) - lebih kenyang dan lebih sihat. Tau tak, kalau kita elakkan terus dari makanan manis-manis, kita senang-senang je boleh turunkan berat sekurang-kurangnya 900g seminggu.
Itu paling sikit lah. Selalunya lebih.
.

Diana Ishak
Read more

Makan salad belum tentu buatkan anda kurus

 .

Siapa sini tengah berdiet tapi berat badan tak turun macam orang lain yang amalkan diet yang sama?

Sebenarnya, walaupun sedang "berdiet," kebanyakkan orang makan lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. Dia rasa dia makan sikit. Tapi yang sikit tu lah yang banyakkkkkk kalori.
Bila kita berdiet, diet menyebabkan obsesi terhadap makanan dan meningkatkan keinginan untuk makan macam-macam.

Berikut adalah punca kenapa berat badan susah nak turun :

 .

1. Banyak minum minuman manis
Smoothies, kopi (dengan krim dan gula), jus buah, teh manis, dan air bikarbonat sangat menyumbang kepada pertambahan berat badan. Gula akan menyekat rasa kenyang dan menambahkan rasa lapar. Ohh scaryyyyyy.

2. Makan depan TV
Elakkan makan sambal menonton atau semasa membaca. Kerana makan sambil menonton/membaca selalunya akan membuatkan kita makan dengan banyak tanpa kita sedar, tau-tau je eh dah habis? Tapi tak kenyang-kenyang jugak. Dan kita akan makan dan makan lagi.

3. Makan dengan terlalu cepat.
Bukan dapat hadiah pun kalau habiskan makanan dengan cepat. Kenapa nak makan laju-laju? Kunyahlah dengan perlahan, nikmati makanan. Apabila kita makan dengan perlahan-lahan, kita dapat ‘detect’ rasa kenyang dengan lebih awal. Ini mengelakkan kita dari menambah makanan.

 .

4. Salad belum tentu menyihatkan
Bila berdiet, selalunya kita cenderung untuk makan salad. Sikit-sikit salad, sikit-sikit salad. Tapi, salad belum tentu lebih baik dari burger. Semuanya bergantung pada apa yang anda tambah pada salad. Mustard contohnya ada 490 kalori, quarter pounder pun baru 410 kalori! Hahaha. Maksudnya di sini, kadang-kadang kita rasa apa yang kita makan tu dah menyihatkan, tapi benda yang kecil-kecil seperti sos, ketcup, toppings - yang menjahamkan diet tanpa sedar.

5. Jangan skip waktu makan.
Kebanyakan orang yang makan kurang daripada tiga kali waktu utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) biasanya akan makan lebih banyak kalori tanpa sedar.

JANGAN SKIP SARAPAN.
Ini paling utama.

Pengambilan makanan yang betul semasa sarapan akan membuatkan kita kurang berasa lapar di waktu tengahari. Kurang lapar bermakna kita akan kurang makan. Tapi mesti makan juga waktu tengahari walau hanya ratah sayur.
Pastikan pilih sarapan yang betul.
Jangan ingat bila kita ambil sebiji kuih saja untuk sarapan kita akan menjadi lebih kurus. No!
Sebiji muffin rendah lemak pun ada 400 kalori dan 5 gram lemak. Tapi, 2 biji telur dan sekeping roti bakar hanya ada 250 kalori.
Telur bagus makan waktu pagi. Ia membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart