GC Plus / nutrijuiice

Kenapa bawang putih ada dalam GC Plus dan Nutrijuice?

Kenapa bawang putih ada dalam GC Plus dan Nutrijuice?

 

 

Dalam kedua-dua produk GreenAard, GC Plus dan Nutrijuice, kami gunakan bawang putih. Ini menjadikan bawang putih bahan terpenting dalam penghasilan produk di bawah jenama GreenAard. Tapi kenapa bawang putih yang jadi pilihan?

Bawang putih sebenarnya terlalu kaya dengan khasiat. Bahan terpenting dalam bawang putih adalah Allicin. Tapi, allicin akan hancur apabila dimasak, menjadikan khasiat bawang putih ini tadi berkurangan. Kalau nak dimakan bawang putih mentah-mentah, baunya yang 'kurang sedap' tu terasa tak tertelan dek anak tekak. Sebab itulah GreenAard gunakan bawang putih dalam GC Plus dan Nutrijuice. Bawang putih ini dikisar tanpa dimasak untuk mengekalkan khasiat Allicin.

Jadi, apa khasiat bawang putih?

✔️ menghapuskan lemak dari sel badan.

✔️ memerangi Candida, iaitu kulat yang menjadi salah satu punca kegagalan menurunkan berat badan.

✔️ merendahkan tekanan darah.

✔️ mengurangkan kolesterol LDL (jahat).

✔️ antioksidan yang kuat.

✔️ memperbaiki prestasi fizikal pesakit jantung. 

 

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart