GC Plus / double chin

Badan saya tak gemuk tapi double chin tak berkurangan.

Double chin juga dikenali sebagai lemak submental. Ia adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu. Double chin sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi tidak semestinya. Genetik dan looser skin akibat penuaan juga boleh menyebabkan double chin.

Walaupun anda makan eat clean dan bersenam setiap hari, double chin adakalanya tidak hilang. Double chins are tough to eliminate. Umur, postur, dan genetik ada peranan dalam pembentukan lemak bawah dagu. Itulah sebabnya diet dan senaman semata tidak selalu mencukupi untuk mengurangkan double chin.

Ada satu lagi perkara yang perlu dipandang serius, iaitu masalah tiroid. Double chin juga merupakan penunjuk untuk tiroid yang tidak aktif. Bagaimana nak tahu jika double chin anda tidak ada kaitan dengan masalah berat badan tetapi tiroid?

Keletihan
Adalah biasa merasa keletihan setelah beberapa hari tidak cukup rehat (tidur), tetapi keletihan yang berterusan walaupun mendapat tidur yang cukup boleh menjadi tanda hipotiroidisme.

Cepat merasa sejuk
Hampir 40% lelaki dan wanita dengan hipotiroidisme mudah merasa sejuk, tanpa mengira suhu. Sekiranya kelenjar tiroid slows down, ia akan mempengaruhi metabolisme. Apabila kadar metabolisme basal (BMR) menjadi perlahan, badan menghasilkan sedikit haba, sebab itulah selalu merasa sejuk. Sekiranya anda merasa sejuk tetapi orang di sekitar merasa selesa, don’t brush it off. Sila berjumpa doktor.

Keguguran rambut
Kelenjar tiroid yang tidak aktif menyebabkan pertumbuhan folikel rambut menjadi perlahan, dan itulah sebabnya rambut menipis. Ini adalah tanda hipotiroidisme. Walaupun tidak ada tompokan botak, rambut kelihatan lebih nipis daripada sebelumnya.

Kulit gatal
Kulit yang selalu kering dan gatal juga tanda hipotiroidisme. Hampir 75% orang dengan hipotiroidisme mengalami kulit gatal dan kering. Puncanya sama seperti masalah rambut menipis tadi. Bila pertumbuhan folikel rambut (bulu roma) melambat, pembaharuan sel kulit menjadi perlahan, dan ini mengakibatkan kulit kering dan gatal.

Tetapi sekiranya anda bebas dari masalah tiroid, boleh jadi punca double chin adalah yang kami nyatakan di awal tadi - genetik, postur dan masalah berat badan. Apa jalan penyelesaiannya? Ada 3:
  • surgery
  • turunkan berat badan
  • facial mask
Memakai facial mask dengan rutin membantu menegangkan kulit dan mengurangkan double chin.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart