GC Plus / tekanan

Kenapa saya sentiasa lapar?

Badan manusia bergantung pada makanan untuk mendapatkan tenaga, so it's normal to feel hungry sekiranya tidak makan selama beberapa jam. Tetapi jika perut sentiasa berkeroncong walaupun selepas makan, something could be going on with your health. Ada beberapa sebab yang menyebabkan rasa lapar.

Diabetes
Badan mengubah gula dalam makanan menjadi sumber tenaga yang dinamakan glukosa. Glukosa digunakan oleh sel badan. Tetapi bagi penghidap diabetes, glukosa tidak dapat sampai kepada sel. Badan membuang glukosa. Kekurangan glukosa menyebabkan badan sentiasa merasa lapar. Kalau badan sentiasa merasa lapar dan kerap makan tetapi berat badan tidak bertambah, sila buat urine test.

Gula Darah Rendah (Hypoglycemia)
Hypoglycemia adalah ketika glukosa dalam badan turun ke tahap yang sangat rendah. Ini adalah kebimbangan utama penghidap diabetes, kerana mungkin petanda gangguan buah pinggang. Antara simptom - jantung berdegup kencang, kulit pucat, kerap berpeluh dan kesemutan di sekitar mulut.

Kurang tidur
Tidak cukup tidur boleh mempengaruhi hormon yang mengawal rasa lapar. Orang yang kurang tidur mempunyai selera makan yang lebih besar dan lebih susah untuk merasa kenyang. Badan juga cenderung menginginkan makanan tinggi lemak dan berkalori tinggi.

Tekanan/Stress
Dalam keadaan cemas atau tegang, badan mengeluarkan hormon yang disebut kortisol. Kortisol meningkatkan rasa lapar. Ramai orang yang mengalami stress menginginkan makanan yang tinggi gula, tinggi lemak, atau kedua-duanya. Ini adalah antara usaha badan untuk "mematikan" bahagian otak yang merangsang perasaan stress/risau/tegang.

Diet
Tidak semua makanan mengenyangkan dengan cara yang sama:
  • Protein & Fiber : Makan terbaik untuk membendung rasa lapar
  • Lemak sihat : Menurunkan kadar kolesterol dan membantu badan merasa puas setelah makan.
  • Pastri, roti putih, makanan segera dan makanan lain yang berasaskan tepung kekurangan semua nutrien ini tetapi tinggi lemak dan refined carbs. Makan banyak makanan jenis ini, akan mempercepatkan rasa lapar, walau selepas makan.
Ubat

Membuatkan badan makan lebih banyak daripada biasa. Antihistamin, antidepresan, steroid, dan beberapa ubat diabetes, adalah antara ubat yang memberi kesan sampingan lapar. Sebab itulah those yang mengambil ubat-ubatan secara rutintidak digalakkan mengambil GC PLUS kerana progress weight loss boleh menjadi lebih perlahan dari sepatutnya, akibat ubat-ubatan yang diambil.

Masalah Tiroid
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di leher. Kelenjar ini menghasilkan hormon yang mengawal fungsi setiap organ dalam badan. Sekiranya kelenjar tiroid bermasalah, bermakna berat badan boleh menjadi haywire dengan sendirinya. Kerana itulah penghidap masalah tiroid tidak digalakkan mengambil GC PLUS because it is as if you are wasting time because the real problem is on hormones.

Diana Ishak
Read more

3 jenis obesiti pada lelaki

Anda mahu KURUS? Jom kenali 3 JENIS OBESITI bagi lelaki dan boleh kurus mengikut kaedah yang tepat! 

Bersenam, menahan makan, atau diet merupakan antara kaedah untuk mengurangkan berat badan. Kegemukan atau obesiti bukan sahaja boleh memberi kesan kesihatan malah akan memberi kesan psikologi kepada individu. 
Sebelum ‘mengisytiharkan perang’ terhadap kegemukan, anda perlu tahu dahulu punca obesiti boleh berlaku. Perkara utama untuk mengurangkan berat badan ialah memberi tumpuan kepada bahagian manakah yang mengalami masalah kegemukan. Obesiti lelaki terbahagi kepada tiga jenis disini, anda boleh lihat anda berada dalam golongan yang mana.

Obesiti di bahagian atas badan akibat daripada makan secara berlebihan. Jika anda seseorang yang kuat makan dan tidak suka bersenam, anda cenderung untuk berada dalam kumpulan ini. Anda perlu mengurangkan pengambilan gula dan perlu bersenam selama 30 minit sehari. Rujuk pakar perubatan jika tidak mendapat keputusan yang baik untuk beberapa tempoh.

Obesiti dibahagian perut atau perut buncit. Ini masalah utama perut buncit bukan disebabkan oleh makanan tapi disebabkan seseorang mengalami masalah tekanan, kebimbangan, atau kemurungan. Anda perlu menjalani senaman yang lebih relaks untuk memberi anda ketenangan. Jangan terlalu bersenam dengan cara yang keras kerana bimbang anda akan mudah berputus-asa. Anda juga dinasihatkan bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat.

Di bahagian perut dan belakang berlemak. Seseorang yang mengalami masalah ini kebanyakkannya tidak rajin bersenam. Oleh itu, anda perlu meningkatkan senaman sambil menjalani gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang memberi kesihatan kepada anda dan paling penting, jangan makan berlebihan. Kurangkan makanan bergula dan mempunyai lemak yang tinggi. Anda boleh amalkan pemakanan dan senaman seperti yang disyorkan.

Paling penting, anda mestilah mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, minum minuman beralkohol, dan makan tanpa mengikut aturan yang tidak betul. 

Syiema Suaid
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart