GC Plus / haid tak teratur

Bolehkah estrogen mengurangkan lemak perut dan mengawal berat badan?

Lemak perut bukan hanya masalah kecantikan, ia juga ada kaitan dengan kepentingan perubatan. Pengumpulan lemak di bawah perut atau lemak viseral menyumbang kepada sejumlah penyakit yang berbahaya. Walaupun pada sesetengah wanita, metabolisme mereka tetap sihat walaupun berat badan meningkat, itu mungkin kerana faktor genetik. Secara general, berat badan berlebihan atau gemuk mempengaruhi kualiti hidup dan harga diri.

Bagi kebanyakan wanita, peralihan ke saiz pakaian berukuran lebih besar bermula sekitar menopaus. Metabolisme badan mula menurun seiring usia menyebabkan kenaikan berat badan sekitar 430g setiap tahun. Kenapa begitu? Adakah estrogen mempengaruhi kenaikan berat badan?

Peralihan dari era kesuburan hingga era menopaus bermula apabila haid menjadi tidak teratur dan berhenti sepenuhnya. Peralihan ini dapat dilihat dari perubahan komposisi badan, pertambahan lemak perut dan kesihatan badan secara keseluruhan. Apabila metabolisme badan berubah, badan akan terus menambah berat tidak kira apa jenis makanan yang dimakan. Badan membakar kalori yang sedikit walaupun makan diet yang sama dengan orang lain. Sel lemak pula menyimpan jumlah lemak yang lebih besar.

Lebih banyak lemak terbentuk di perut menjadikan badan resistant pada insulin, yang bermaksud pankreas harus menghasilkan lebih banyak insulin untuk membolehkan jumlah glukosa yang sama memasuki sel badan. Kajian pernah dilakukan ke atas tikus suatu masa dulu, di mana tikus yang dibuang ovarinya (indicator menopos) dan diberi estrogen, ia tidak mengalami kenaikan berat badan yang ketara, tidak ada peningkatan lemak perut dan tidak ada ketahanan insulin. Ini menunjukkan ketika estrogen dalam badan optimum, kenaikan berat badan lebih terkawal.

Ternyata lemak perut dan estrogen, ada hubungkait? Bila tahap estrogen mulai menurun ketika perimenopos, badan mula haywire. Tahap estrogen yang rendah menjadikan badan menjadi bentuk epal. Ini kerana tahap estrogen yang lebih rendah menyebabkan lebih banyak aktiviti enzim yang mensintesis dan menyimpan lemak. Apabila tahap estrogen lebih tinggi, enzim tersebut kurang aktif.

Untuk tujuan itu, GC PLUS atau Herba Rahsia Rimba sesuai untuk anda. Jika masalah anda adalah berat badan, hanya ambil GC PLUS. Jika masalah anda hanya kesihatan dalaman wanita, hanya ambil Herba Rahsia Rimba. Jika masalah anda berat badan DAN haid tidak teratur, ambil GC PLUS sahaja. Whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut, 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Kaedah termudah merawat haid yang tak teratur

 

 .

Berikut adalah kaedah yang terbukti untuk merawat HAID YANG TAK TERATUR. Juga, anda akan berasa cergas sepanjang hari selepas mengikuti rawatan ini :

💦 Minum kira-kira 160ml air sebanyak 4 kali selepas bangun dari tidur. Boleh selang-selang selepas memberus gigi, selepas mandi, selepas solat Subuh (kalau tak boleh minum sekaligus 640ml).

💦 Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air tadi.

💦 Minum air sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan, tetapi tidak dalam tempoh dua jam selepas selepas sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

💦 Jika anda tak boleh minum empat gelas air selepas bangun dari tidur tadi, maka boleh bermula dengan hanya satu gelas saja. Secara beransur-ansur boleh tingkatkan pengambilan air sehingga 640 ml.

 

Diana Ishak
Read more

Kitaran haid yang tak teratur

 

 .

Ramai wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur kadang-kadang dalam hidup mereka.👩
Pil diet termasuk dalam kategori ini, dan sering menyebabkan kitaran haid kucar-kacir, namun ia bersifat sementara.

Apa kaitan 💊 pill diet dan irregular periods?

Ok, macam ni.
Bila badan tiba-tiba mula berkerja dengan cepat untuk membakar lemak, kehilangan lemak akan berlaku lebih cepat dari biasa.
Ini menyebabkan hormon kesuburan terganggu yang diakibatkan oleh kehilangan estrogen secara mendadak.
Jadi, untuk yang baru menggunakan GC Plus, gangguan kitaran haid ni memang dijangkakan kerana GC Plus bertindak untuk meningkatkan metabolisme. Jadi, jangan risau, it will slowly return to normal cycles.

Sebenarnya, kalau bukan sebab GC Plus pun, kitaran haid ni memang boleh jadi kucar-kacir atas sebab yang lain, antaranya :

🏋🏻 Terlalu kuat bersenam. Pernah dengar tak pelari marathon 🏃🏻 kerap dapat kitaran haid yang tak teratur? Ini bukan auta tapi fakta tau. Latihan (sukan/senaman) 🏋🏻 yang ketat ditambah pula dengan lemak badan yang rendah memberikan tekanan pada badan. Tekanan ini memberitahu otak kita untuk berhenti menghasilkan hormon kesuburan.

💊 Mana-mana ubat yang melibatkan hormon seperti ubat tiroid, steroid, atau dopamin - boleh mempengaruhi period.

🐛 Terdedah dengan pesticide. Selalunya mereka yang rutin berkebun atau bekerja di makmal terdedah dengan risiko ini. Pesticide menyekat hormon dalam badan menjadikan sistem endokrin susah berfungsi dengan betul.

😩 Stress/tekanan.

👩‍❤️‍👩 Pengambilan pil kawalan kelahiran (birth control).

👵🏻 Menghampiri waktu menopos.

😴 Tidur yang tak cukup.

💤 Otak menghasilkan hormon melatonin untuk memberi isyarat kepada badan bahawa sekarang adalah masa untuk tidur. Tapi bila kita travel ke negara lain yang zon masanya tak sama dengan negara kita, badan yang sepatutnya sudah mula hasilkan melatonin (kerana sepatutnya sudah malam waktu tidur), akan menyekat hormon kerana di lokasi baru ianya masih waktu siang. Perubahan hormon ini buatkan period terganggu.

Diana Ishak
Read more

Haid tak datang berbulan-bulan. Normal?

Kitaran haid yang normal adalah 28 hari.
Kalau tercepat atau terlambat pun tak sepatutnya melebihi tujuh hari. Pendarahan haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih kerap daripada setiap 21 hari atau pendarahan ambil masa lebih dari 8 hari.

Dalam kebanyakkan kes, haid yang tak teratur adalah disebabkan "anovulation", suatu keadaan di mana ovulasi tak berlaku semasa kitaran haid yang biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang sangat teruk. Selalunya ini ada kaitan dengan masalah kesuburan hingga susah untuk hamil. Tapi, kadang-kadang kitaran haid yang tak teratur mungkin juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang biasa-biasa saja. Maksudnya, ovulasi berlaku tapi proses ovulasi berbeza dari bulan ke bulan. Itulah sebab kenapa ada masanya terlambat datang haid, atau terawal, ataupun datang 2 kali dalam sebulan. Selalunya kitaran sebegini hanya bersifat sementara.

Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan haid yang tak teratur :

1. Bersenam dengan kadar yang melampau.

2. Berdiet secara mendadak.

3. Tertekan atau kegelisahan boleh mendatangkan ketidakseimbangan hormon dan menggangu kitaran haid.

4. Pil perancangan boleh buatkan tempoh kitaran menjadi lebih singkat, atau menyebabkan anda terlepas tempoh atau kurang/lebih kerap tempoh kitaran haid.

5. PCOS. Keadaan di mana terbentuknya cyst pada ovari yang menggangu proses ovulasi. Di samping kesuburan terganggu, pengidap berpotensi mendapat diabetis dan sakit jantung dalam jangka masa panjang.

6. Tiroid. Masalah tiroid juga menyebabkan gangguan kitaran haid jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi.

7. Umur. Semakin meningkat usia (atau semakin mendekati menopos), kitaran haid akan ada sedikit gangguan.

 .

 .

Bahan-bahan di dalam gambar bagus untuk memperbetulkan kitaran haid. Perlu diambil dalam kuantiti yang dibenarkan saja. Kedua-kedua GC Plus dan Nutrijuice ada bahan-bahan ini, dan diformulakan untuk tujuan itu.

Diana Ishak
Read more

Period jadi tak teratur setelah ambil GC PLUS.

Dari semasa ke semasa, wanita akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Tempoh haid yang tidak teratur boleh berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon, stress dan pertambahan/penurunan berat badan. Kehilangan berat badan boleh menyebabkan haid menjadi sedikit, banyak, kitaran lebih pendek atau lebih panjang dari biasa. Ketidakseimbangan hormon juga menyebabkan ketidakaturan itu.

Satu kitaran haid yang normal adalah sekitar 25-36 hari dengan purata 28 hari. Pada kitaran haid yang tetap, seorang wanita mengalami haid selama 3-7 hari dan jumlah darah yang hilang kira-kira 14-75ml. Kitaran haid diransang oleh hormon. Hormon-hormon ini menghantar isyarat yang menyebabkan pembebasan estrogen dan progesteron.

Kehilangan berat badan kerana berdiet boleh hormon pembiakan kurang dihasilkan. Inilah yang menyebabkan kecelaruan kitaran haid. Sepanjang kitaran haid pula akan berlaku turun naik tahap hormon. Perubahan yang teruk berlaku semasa 1 atau 2 minggu sebelum haid bermula.

Perubahan hormon menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air daripada biasa. Walaupun tidak memakan makanan yang berkalori tinggi, badan boleh naik beberapa gram (atau mungkin kg!). Perubahan hormon juga membuatkan pertambahan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan perut menjadi kembung dan berat bertambah. Tapi jangan risau, ini bersifat sementara saja. Apabila haid datang, semua ini akan hilang.

Ketika seseorang mengambil GC PLUS, berat akan mula menurun. Penurunan berat badan akan meng-kacau-bilau-kan kitaran haid BUAT SEMENTARA, sekitar 1-2 period cycle. Jangan takut. This is NORMAL ketika badan mengalami 'kejutan' akibat perubahan diet dan penurunan berat badan.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart