Period jadi tak teratur setelah ambil GC PLUS.
Dari semasa ke semasa, wanita akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Tempoh haid yang tidak teratur boleh berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon, stress dan pertambahan/penurunan berat badan. Kehilangan berat badan boleh menyebabkan haid menjadi sedikit, banyak, kitaran lebih pendek atau lebih panjang dari biasa. Ketidakseimbangan hormon juga menyebabkan ketidakaturan itu.
Satu kitaran haid yang normal adalah sekitar 25-36 hari dengan purata 28 hari. Pada kitaran haid yang tetap, seorang wanita mengalami haid selama 3-7 hari dan jumlah darah yang hilang kira-kira 14-75ml. Kitaran haid diransang oleh hormon. Hormon-hormon ini menghantar isyarat yang menyebabkan pembebasan estrogen dan progesteron.
Kehilangan berat badan kerana berdiet boleh hormon pembiakan kurang dihasilkan. Inilah yang menyebabkan kecelaruan kitaran haid. Sepanjang kitaran haid pula akan berlaku turun naik tahap hormon. Perubahan yang teruk berlaku semasa 1 atau 2 minggu sebelum haid bermula.
Perubahan hormon menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air daripada biasa. Walaupun tidak memakan makanan yang berkalori tinggi, badan boleh naik beberapa gram (atau mungkin kg!). Perubahan hormon juga membuatkan pertambahan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan perut menjadi kembung dan berat bertambah. Tapi jangan risau, ini bersifat sementara saja. Apabila haid datang, semua ini akan hilang.
Ketika seseorang mengambil GC PLUS, berat akan mula menurun. Penurunan berat badan akan meng-kacau-bilau-kan kitaran haid BUAT SEMENTARA, sekitar 1-2 period cycle. Jangan takut. This is NORMAL ketika badan mengalami 'kejutan' akibat perubahan diet dan penurunan berat badan.