GC Plus / Gastrocolic reflex

Makan julap untuk turunkan berat badan. Selamat atau tidak?

Ramai orang memilih memakan julap ketika ingin menurunkan berat badan. Boleh jadi mereka juga tidak tahu mereka sedang memakan julap. Baru-baru ini sebuah artikel dari KKM menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan dan keberkesanan penggunaan julap untuk menurunkan berat badan.

Julap adalah ubat untuk membantu merangsang pergerakan usus atau melancarkan pembuangan najis. Ia digunakan untuk merawat sembelit. Ia juga sering digunakan di dalam produk untuk menurunkan berat badan. Ramai percaya menggunakan julap membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Memang betul julap boleh membantu menurunkan berat badan, tetapi hasilnya SEMENTARA kerana fungsi julap adalah menarik air dari badan ke dalam usus. Ini membolehkan najis menyerap lebih banyak air untuk laluan usus yang lebih mudah. Dengan ini, berat badan yang turun adalah air, bukan lemak.

Julap tidak berkesan dalam mengawal berat badan. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya seperti dehidrasi (kurang air dalam badan) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Apa julap yang biasa digunakan dalam produk weight loss?

Ada 3 yang paling selalu digunakan:
  • aloe vera
  • daun senna
  • castor oil (minyak sayur dari kacang castor)

 

Castor oil
Bila dimakan, castor oil akan membebaskan asid ricinoleic (sejenis asid lemak tak tepu). Asid ricinoleic mengaktifkan reseptor tertentu di saluran pencernaan yang meningkatkan pergerakan usus. Castor oil mengurangkan sembelit dengan cara melembutkan najis.

Daun senna
Paling sering digunakan sebagai julap dalam kebanyakan produk kurus. Jika ada yang pernah menggunakan SENOKOT (boleh dibeli di farmasi) untuk merawat sembelit, anda perlu tahu ramuan utama di dalamnya adalah daun senna. Dalam daun senna ada sennosida. Sennosida mempercepat pergerakan usus dan menyerap air di usus besar.

Aloe vera
Gel aloe vera sering digunakan sebagai rawatan untuk sembelit.
Aloe vera ada glikosida anthraquinone, iaitu sebatian yang menarik air ke dalam usus dan meningkatkan frekuensi pergerakan usus.

Kelihatan bahan-bahan tadi semuanya bersifat semulajadi, dan tidak berbahaya, kan? Yes, ianya tidak berbahaya jika digunakan untuk tempoh sekejap (10 hari) bagi melancarkan pembuangan najis. Jika diambil berterusan boleh mendatangkan penyakit dalam badan.

Bagaimana dengan GC PLUS?

GC PLUS tidak ada bahan-bahan julap. Gesaan ke tandas selepas mengambil GC PLUS adalah kerana GC PLUS mengandungi serat tinggi. Serat tinggi ini menghasilkan gastrocolic reflex selepas mengambilnya. Gastrocolic reflex akan menjadi kuat sekiranya anda makan makanan tertentu selepas mengambil GC PLUS. Jika anda makan buah atau protein selepas mengambil GC PLUS, efek ke tandas kurang atau hampir tiada. Berbeza dengan produk yang mengandungi julap, tidak kira apa yang anda makan sebelum/selepas mengambilnya, gesaan ke tandas pasti berlaku dan ia berlaku dengan kerap.

Diana Ishak
Read more

Lepas makan terus ke tandas. Sempat ke badan saya serap semua nutrien?

Setiap kali merasa hendak ke tandas selepas makan, itu bukanlah gesaan dari your recent bite. Tempoh pencernaan berbeza untuk setiap orang. Umur, jantina, dan keadaan kesihatan mempengaruhi pencernaan. Secara amnya, pencernaan mengambil sekitar 2-5 hari dari makan hingga makanan keluar sebagai najis.

Oleh kerana banyak faktor yang mesti diambil kira, susah untuk memberikan anggaran tempoh pencernaan yang baik. Kerana sistem pencernaan boleh menjangkau ke 30 kaki pada orang dewasa. Sudah tentu proses pencernaan tidak akan berlaku dengan singkat. Wanita cenderung mencerna makanan mereka lebih lambat daripada lelaki.

Gesaan ke tandas setiap kali selepas makan, kita namakan GASTROCOLIC REFLEX. Gastrocolic reflex adalah reaksi normal badan selepas makan. Apabila makanan menyentuh perut, badan mengeluarkan hormon tertentu. Hormon ini memberitahu usus besar supaya berkontraksi untuk memindahkan makanan 2-3 hari lepas dari usus besar dan keluar dari badan. Ini memberi ruang untuk lebih banyak makanan masuk. Kesan refleks ini kadangkala ringan (mild pain), sederhana (moderate pain), atau teruk (memulas teramat sangat).

Sebilangan orang mengalami refleks ini lebih kerap dan lebih kuat daripada yang lain. Biasanya ia hadir dengan beberapa gejala seperti:
  • sakit perut
  • perut kembung yang lega atau lega sebahagian selepas buang angin/buang air besar
  • kerap buang angin
  • cirit-birit atau sembelit, atau cirit-birit dan sembelit berganti-gantian.
  • lendir dalam najis
Kadang-kadang gesaan ke tandas ini tidak ada kaitan dengan gastrocolic reflex. contohnya cirit-birit. Biasanya, cirit-birit berlaku hanya beberapa hari. Jika berlanjutan berminggu-minggu, itu mungkin merupakan tanda jangkitan atau gangguan pencernaan. Penyebab cirit-birit:
  • virus, bakteria dan parasit, dari memakan makanan yang tercemar
  • antibiotik
  • intoleransi makanan atau allergi
  • memakan pemanis tiruan (atificial sweetener)
  • selepas pembedahan perut atau pembuangan pundi hempedu

It’s not possible to prevent gastrocolic reflex, tetapi ada cara untuk mengurangkan gejalanya. Pertama, perhatikan bila gastrocolic reflex ini selalunya berlaku dan apa yang telah dimakan sebelum ia berlaku. Sekiranya dengan makan makanan tertentu refleks gastrokolik menjadi kuat, berhenti makan makanan tersebut. Ada beberapa makanan pencetus gastrocolic reflex:

  • produk tenusu
  • makanan berserat tinggi
  • makanan berminyak dan berlemak, seperti kentang goreng

GC PLUS adalah kategori makanan berserat tinggi. Kebanyakan pengguna akan mendapat gastrocolic reflex selepas mengambilnya. In a way, GC PLUS merangsang usus bergerak lantas mengurangkan sembelit. Seperti yang kami nyatakan awal tadi, gastrocolic reflex adalah tindakbalas normal badan untuk memberi isyarat kepada usus besar mengeluarkan makanan bagi mengisi makanan baru. Cuma, jika anda tidak tahan dengan effect ini, boleh kurangkan dos. Whatsapp kami untuk pertanyaan, 012-7728976.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart