GC Plus / glikogen

Adakah BMI Penting Untuk Selalu Diperhatikan?

Walaupun banyak produk kurus "menjual" bahawa produk mereka boleh menurunkan certain berat dalam masa yang singkat, GreenAard ada pandangan lain. Biasanya, weight loss membabitkan proses trial and error yang berterusan bagi menentukan apa yang sesuai untuk badan seseorang. Ini kerana weight loss berubah-ubah mengikut usia, genetik dan gaya hidup.

Selama bertahun-tahun, pengiraan BMI dianggap sebagai statistik penting dan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan gambaran tahap kesihatan metabolik seseorang. BMI adalah formula untuk menentukan samada seseorang mempunyai berat badan yang sihat berdasarkan ketinggian. Walau bagaimanapun BMI alone tidak memberi maklumat tepat untuk menilai komposisi badan tetapi masih valid untuk digunakan. Ada maklumat lain yang diperlukan dalam menggambarkan statistik badan, contohnya bodyfat, jisim otot, umur dan jantina.

Perbezaan hormon antara jantina memberi perbezaan dalam komposisi badan. Wanita mempunyai lebih banyak lemak, manakala lelaki lebih banyak otot. Sudah pasti weight loss progress di antara kedua jantina ini akan memberikan results berbeza walaupun mereka menjalani gaya hidup yang sama. Seiring bertambahnya usia, komposisi badan mengalami perubahan biologi. Walaupun berat badan tidak berubah secara fizikal (nampak seperti maintain), hakikatnya jisim lemak meningkat, sementara jisim otot menurun. Sebab itulah di kalangan orang yang berusia, walaupun kelihatan kurus tetapi kurus yang "lembik" (tidak solid).

Mengetahui peratusan lemak badan (bodyfat) adalah statistik penting untuk diperhatikan. Bodyfat boleh diukur dengan kaliper lipatan kulit (kulit yang boleh dicubit) atau mengambil ukuran lilitan pinggang. Sebab itulah GreenAard bekalkan weight loss tracker card yang mana di hari ke-10, pengguna GC PLUS diminta untuk mengambil ukuran pinggang. Ini kerana, inch loss = bodyfat loss.
By the way, weight loss card ini boleh di-download dari website GreenAard. Klik:

  1. www.greenaard.com
  2. Klik button Home
  3. Klik Brochure
  4. Klik Weight Loss Tracker

Jisim badan tanpa lemak adalah petunjuk kuat selain BMI. Jisim badan tanpa lemak adalah berat badan manusia jika dia tidak memiliki lemak badan. Maksudnya ia mengira semua organ, tulang, otot, darah dan kulit, kecuali lemak. Sangat penting untuk mengetahui jisim badan tanpa lemak jika ingin menurunkan berat badan dengan SELESA tanpa tekanan. Dengan memantau jisim badan tanpa lemak, seseorang dapat memantau bodyfat sekaligus. Dalam weight loss, yang perlu diturunkan adalah BODYFAT. Sebab itu, penimbang berat yang biasa tidak memberikan maklumat yang tepat.

Berat yang ditunjukkan pada penimbang tidak menyatakan samada yang turun adalah lemak atau otot. Sekiranya seseorang kurus kerana kehilangan otot, kesan diet pasti mengecewakan kerana kehilangan otot menjadikan badan kurus tetapi flabby (skinny fat). Mengetahui bagaimana mengira jisim badan tanpa lemak membantu anda menentukan berapa banyak lemak yang harus dikurangkan. Adalah lebih tepat untuk mempertimbangkan jisim badan tanpa lemak daripada berat badan pada penimbang.

Cara untuk mendapatkan jisim berat tanpa lemak:

Lelaki = (0.407 x berat [kg]) + (0.267 x tinggi [cm]) - 19.2

Wanita = (0.252 x weight [kg]) + (0.473 x height [cm]) - 48.3

Setelah mendapat nilai jisim badan tanpa lemak, anda boleh kira peratusan bodyfat pula. Caranya:

(Berat [kg] - jisim badan tanpa lemak) = berat lemak

Kemudian, (berat lemak x 100) / berat [kg] = PERATUSAN BODY FAT.

 

Dengan menggunakan peratusan body fat tadi, rujuk jadual di bawah untuk lihat di mana anda berada:

Jantina Umur Underweight Sihat/Ideal Overweight Obese
Wanita 20-40 bawah 21% 21-33% 33-39% lebih 39%
41-60 bawah 23% 23-25% 35-40% lebih 40%
61-79 bawah 24% 24-36% 36-42% lebih 42%
Lelaki 20-40 bawah 8% 8-19% 19-25% lebih 25%
41-60 bawah 11% 11-22% 22-27% lebih 27%
61-79 bawah 13% 13-25% 25-30% lebih 30%

 

Jadi bagaimana? Dah nampak di mana kedudukan anda sekarang, samada overweight atau tidak? Inilah sebenarnya method yang tepat dalam weight loss, bukan sekadar menimbang berat badan. The aim is to lose FAT. Jadi, apa kaitan dengan GC PLUS?

Mekanisme GC PLUS dalam membantu menurunkan berat badan selain dari memberi rasa kurang lapar dan block lipase inhibitor, ia bertindak dengan cara menambahkan jisim otot. Apabila enzim yang membentuk lemak telah di-block oleh HCA (bahan aktif dalam GC PLUS), glikogen akan disimpan terus ke dalam otot. Glikogen yang disimpan dalam otot akan menambahkan jisim otot secara semulajadi. Otot yang bertambah berat akan membakar lemak dengan lebih cepat. Sekiranya body fat anda berada dalam range overweight-obese, boleh cuba GC PLUS. Kami akan berikan weight loss tracker card untuk anda pantau penurunan lemak badan. Whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Peranan Glikogen

Apabila kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi), tahap glukosa darah akan meningkat. Peningkatan glukosa menyebabkan pankreas menghasilkan insulin. Insulin membantu badan mengambil glukosa dari darah untuk tenaga. Apabila badan tidak memerlukan tenaga, insulin memerintahkan sel-sel hati menghasilkan enzim glikogen synthase untuk menukarkan glukosa kepada glikogen. Glikogen dihantar ke hati, otot, dan juga sel lemak, untuk disimpan.

6% dari berat keseluruhan hati adalah glikogen. Manakala hanya 1%-2% berat keseluruhan otot terdiri dari glikogen. Sebab itulah kita hilang tenaga dengan cepat semasa melakukan senaman. Jumlah glikogen yang tersimpan dalam hati, otot dan sel lemak berbeza-beza bergantung pada:
  • how active you are
  • seberapa banyak tenaga yang digunakan semasa BMR
  • jenis makanan yang dimakan.
Glikogen yang tersimpan dalam otot digunakan hanya oleh otot itu sendiri, sementara glikogen yang tersimpan di hati diedarkan ke seluruh badan - terutamanya ke otak. Sebab itu berulang kami pesan JANGAN SKIP KARBOHIDRAT semasa berdiet. Otak adalah pusat kawalan sistem badan, jika otak tidak mendapat 'makanan' yang betul, badan akan terganggu.

Apabila tahap glukosa menurun, samada kerana belum makan atau bersenam, kadar insulin juga akan turun. Apabila ini berlaku, glikogen mula dipecahkan untuk membekalkan tubuh dengan glukosa. Selama 8-12 jam berikutnya, glukosa dari hati menjadi sumber tenaga utama badan. Otak menggunakan lebih daripada separuh glukosa badan semasa tempoh tidak aktif. Sepanjang hari biasa, permintaan otak untuk glukosa jauh lebih tinggi.

Apa yang kita makan, berapa kerap kita makan, dan tahap aktiviti mempengaruhi bagaimana badan menyimpan dan menggunakan glikogen. Kesannya sangat teruk kalau kita mengambil diet rendah karbohidrat, di mana sumber utama glukosa (karbohidrat) sengaja dibatasi. Walaupun ketika simpanan glikogen habis, badan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga, which is a good news untuk mereka yang ingin kurus, perlu faham satu perkara. Sekiranya otak tidak mendapat glukosa yang cukup, hormon anda akan terganggu, kitaran haid kacau-bilau, serta weight management juga go haywire.

Apa kaitan GC PLUS dalam topik ini?
Perasan tak, di restoran yang menghidangkan makanan fine-dining, sebelum makanan utama, mereka menghidangkan roti terlebih dahulu? Kenapa?

Kerana, karbohidrat (roti), meningkatkan tahap serotonin secara semula jadi dan bertindak seperti ubat penenang semula jadi (natural tranquilizer). Bila serotinin dibebaskan, badan merasa tenang, hormon berada dalam keadaan baik dan terkawal, dan perut cepat kenyang (kurang merasa lapar). By the time makanan utama tiba, perut sudah tidak terlalu lapar kerana kita telah pun makan roti. Kita bukan kenyang kerana sudah makan roti, tetapi kenyang kerana serotonin telah dibebaskan dalam badan, oleh otak.

Itulah mekanisme GC PLUS dalam membantu menurunkan berat badan. Ia tidak membakar lemak secara lansung, tetapi merangsang serotonin supaya perut merasa kurang lapar. Secara tak lansung, anda kurang makan, serat kurang craving makanan manis dan berlemak.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart