Bolehkah bentuk badan berubah bila usia meningkat?

Pernah tak terfikir walau berat badan sekarang sama seperti berat badan 15 tahun lepas, kenapa kita tetap tak kelihatan sekurus dulu?

Sebenarnya bentuk badan berubah secara semula jadi seiring usia. Ini adalah hakikat yang tidak dapat kita elakkan. Walau lelah menurunkan berat badan, kita mungkin boleh mencapai berat badan yang sama tetapi struktur badan tidak akan kembali seperti 15 tahun yang dulu. INI HAKIKAT!

Walaupun itu adalah hal yang tidak dapat dielakkan, pilihan gaya hidup boleh melambatkan atau mempercepat prosesnya.

Badan manusia terdiri daripada lemak, tisu tanpa lemak (otot dan organ), tulang, dan air. Selepas usia 30 tahun, badan cenderung kehilangan tisu tanpa lemak.

Otot, hati, ginjal, dan organ lain akan kehilangan sebahagian sel mereka. Proses kehilangan otot ini disebut atrofi.

Tulang mungkin kehilangan sebahagian mineralnya dan menjadi kurang padat (keadaan yang disebut osteopenia pada peringkat awal dan osteoporosis pada peringkat kemudian).

Kehilangan tisu mengurangkan jumlah air di dalam badan.

Jumlah lemak badan meningkat dengan konsisten selepas usia 30. Orang tua mempunyai hampir 1/3 lebih banyak lemak berbanding ketika muda. Tisu lemak berkumpul ke arah pusat badan, termasuk di sekitar organ dalaman. Walau bagaimanapun, lapisan lemak di bawah kulit semakin mengecil.

Otot kaki yang semakin berkurang boleh membuatkan pergerakan lebih sukar. Ditambah pula dengan lemak badan yang berlebihan dan kolagen yang berkurangan pada sendi dapat mempengaruhi keseimbangan badan. Perubahan badan ini boleh menyebabkan terjadinya jatuh, susah bangun selepas duduk, susah bersila/bersimpuh.

Perubahan jumlah berat badan berbeza untuk lelaki dan wanita. Lelaki sering menambah berat badan sehingga usia 55 tahun, dan kemudian berat mula menyusut. Ini ada kaitan dengan penurunan testosteron [hormon seks lelaki].

Wanita biasanya mudah naik berat badan sehingga usia 65 tahun, and then begin to lose weight. Penurunan berat badan berlaku kerana ketika ini lemak mula menggantikan tisu otot tanpa lemak.

Maka tak perlulah berlumba-lumba mendapatkan semula bentuk badan 15-20 tahun lepas. Struktur dalaman sudah tidak sama lagi. Walau kita berjaya mendapatkan berat badan yang sama seperti zaman muda-muda dulu, struktur dalaman badan sudah berbeza. Yang harus dijaga adalah berat badan yang ideal, cukup.

- GC : membantu menurunkan berat badan
- NJ : membantu menurunkan kolesterol
- Gloei : membantu merangsang kolagen secara semulajadi

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart