Berapa Banyak Kalori Yang Perlu Dimakan Sehari untuk Menurunkan Berat Badan?

Rata-rata wanita perlu makan kira-kira 2000 kalori sehari untuk MENGEKALKAN berat badan, dan 1500 kalori setiap hari untuk MENURUNKAN 453g setiap minggu. Lelaki memerlukan 2500 kalori untuk MENGEKALKAN berat badan, dan 2000 kalori untuk MENURUNKAN 453g setiap minggu.

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada banyak faktor, termasuk umur, berat badan semasa, aktiviti harian, kesihatan metabolik, dan genetik.

Fakta yang perlu diketahui adalah, untuk menambah berat badan, kalori yang masuk ke dalam badan mestilah lebih dari yang keluar. Sebaliknya, untuk menurunkan berat badan, kalori yang keluar mesti lebih banyak dari yang masuk.

Walaupun begitu, mengurangkan kalori tanpa mengambil makanan yang mencukupi bukan cara untuk menurunkan berat badan secara sihat. Berat badan yang turun akibat kurang makan, tidak akan kekal untuk jangka masa panjang.

Elakkan minuman ringan bergula dan jus buah. Produk-produk ini adalah antara punca kegemukkan kerana otak tidak register kalori cecair [minuman] sama seperti kalori pepejal [makanan] cara yang sama seperti mencatatkan kalori padat.

Sebab itulah, meminum air soda atau jus tidak akan membuatkan perut kenyang walaupun gula dalam air berkalori tinggi. Ini kerana otak tidak register kalori dari sumber minuman manis, membuatkan badan cepat merasa lapar.

Satu cara yang sangat mudah untuk mempercepatkan penurunan berat badan adalah dengan minum banyak air kosong. Minum kira-kira 8 gelas (2 liter) air sehari membakar sekitar 96 kalori. Minuman berkafein seperti kopi dan teh sedikit sebanyak dapat meningkatkan metabolisme juga [tanpa gula please].

Kajian menunjukkan bahawa makan diet rendah karbohidrat sehingga kenyang dapat menghilangkan berat badan 2-3 kali lebih banyak daripada diet rendah lemak. Diet rendah karbohidrat juga mempunyai kelebihan bagi penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semestonya kita perlu makan hanya diet rendah karbohidrat. Cukup focusing on whole food. Lebih mengenyangkan.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart