GC Plus

Adakah menambahkan AIR atau AIS ke dalam minuman bergula mengurangkan kalori?

Minuman manis memainkan peranan utama punca kegemukan kerana minuman bergula seperti soda dan jus buah mengandungi kalori yang tinggi tetapi rendah nutrien.

Menghadkan minuman manis membantu anda mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat. Kalau mengelakkan minuman manis sepenuhnya terlalu susah, maka menambahkan ais atau air ke dalamnya adalah langkah awal yang baik.

Menambah air ke minuman manis boleh menurunkan kalori, SEKIRANYA portion minuman tetap sama. Maksudnya, jika minuman asal 500ml, anda perlu mengurangkannya kepada 250ml dulu sebelum menambahkan air/ais hingga mencapai nilai 500ml semula. Walau bagaimanapun, jika anda mencairkan minuman manis tersebut tetapi masih minum keseluruhan minuman, kalori tidak berkurangan.

Kebanyakkan minuman manis ada antara 100-150 kalori setiap cawan [atau lebih]. Sebagai contoh, segelas jus oren mengandungi kira-kira 120 kalori, Coke mengandungi kira-kira 150 kalori dan 1 gelas lemonade ada 106 kalori. 

1 tin Coke = 1 mangkuk nasi putih

Air kosong adalah pilihan yang terbaik terutamanya jika anda sedang berusaha mengurangkan/mengekalkan berat badan. Walau bagaimanapun, mencairkan minuman manis adalah peralihan yang bagus untuk mereka yang belum terbiasa meninggalkan minuman manis.

Mencairkan minuman bergula adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan pengambilan gula harian - dan kalori keseluruhannya - untuk mengekalkan berat badan. Cadangan :

Wanita : Hadkan gula hanya 25 gram sehari

Lelaki : Tidak lebih daripada 38 gram sehari.

 

Diana Ishak
Read more

Checklist Sebelum Anda beli GC Plus

Ramai yang berminat dengan GC Plus. GreenAard tidak membenarkan GC Plus diambil sebarangan. Semak checklist ini dahulu. Jika anda pasti anda layak, you can proceed beli GC Plus.

 

1. BMI dan ukuran pinggang

Maklumkan kepada kami tinggi, berat dan size pinggang anda. Berat dan tinggi menentukan BMI anda. Walaubagaimanapun, size pinggang juga memainkan peranan. Pinggang mestilah kurang dari 40 inci untuk lelaki, dan kurang dari 35 inci untuk wanita. Sekiranya lebih besar dari itu, anda dianggap overweight.

 

2. Ubat-ubatan lain

Ubat-ubatan yang diambil secara rutin boleh mengganggu berat badan. Sesetengah ubat merangsang selera makan. Ini menyebabkan anda makan lebih banyak dan cepat lapar. Beberapa ubat mungkin mempengaruhi metabolisme badan. Ini membuatkan badan membakar kalori pada kadar yang lebih perlahan. Ada ubat mempengaruhi bagaimana tubuh menyimpan dan menyerap gula dan nutrien lain. Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubat secara rutin, please expect slow progress ketika mengambil GC Plus.

 

3. Penyakit

Kalau anda ada penyakit Alzheimer atau Dementia, tidak sepatutnya menggunakan GC Plus. GC Plus juga tidak boleh diambil semasa mengambil ubat statin yang digunakan untuk mengurangkan tahap kolesterol. Juga, pesakit darah tinggi dan kencing manis yang mengambil ubat-ubatan doktor juga dilarang mengambi GC Plus. Secara amnya tidak menimbulkan apa-apa bahaya pada pesakit darah tinggi tetapi GC Plus ada kalium dan kalsium yang diketahui mengganggu ubat-ubatan darah tinggi.

 

4. Hamil & Menyusu Badan

Yang sedang hamil dan dalam penyusuan tidak sepatutnya mengambil GC Plus melainkan anak sudah melebihi 5 bulan. Yang try to conceive boleh ambil GC Plus. Ini tak bermaksud GC Plus boleh meningkatkan risiko untuk hamil, cuma sekiranya ingin hamil, mengambil GC Plus tidak akan mengganggu proses tersebut. Jika positif hamil, sila berhenti mengambil GC Plus.

 

5. PCOS, Thyroid & Birth Control

Ketiga-tiga di atas melibatkan hormon. Sekiranya anda ada masalah PCOS atau thyroid, ia adalah gangguan semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengambil GC Plus cuma perlu disiplin dan diet yang ketat. Please expect slow progress too. Hubungi kami untuk dapatkan nasihat tentang GC Plus. Sekiranya mengambil birth control, elakkan ambil GC Plus.

 

6. Kekerapan ke tandas

Sekiranya anda ada masalah sembelit, boleh cuba GC Plus. GC Plus bukan julap, tetapi ia meningkatkan metabolisme badan, jadi pergerakan usus boleh menjadi lebih baik.

 

7. Kesan sampingan GC Plus [1]

Kekerapan buang air besar boleh meningkat sekiranya anda makan terlalu banyak refined carbs. Banyak berpeluh dan kerap buang air kecil adalah kesan sampingan penurunan berat badan akibat GC Plus menggantikan lemak dengan lean muscles. Peningkatan metabolisme menghasilkan sejumlah besar sisa dalam bentuk air. Walaubagaimanapun bukan semua orang wajib mendapat kesan sampingan ini.

 

8. Kesan sampingan GC Plus [2]

Pening kepala, sakit kepala, loya dan mengantuk adalah antara kesan yang boleh anda dapat tetapi jarang berlaku. Sekiranya berlaku, itu petanda bahawa GC Plus sedang 'berkerja'. GC Plus meransang serotonin untuk mengurangkan rasa lapar. Serotonin yang dirembeskan secara mengejut dan banyak akan membuat badan menjadi lemah dan sakit kepala. Kurangkan dos kepada 2 biji. Jika ok, slowly increase ke 4 kapsul.

 

Puas hati dengan checklist ini? 

Sekiranya anda rasa yakin, boleh whatsapp 0127728976 untuk order GC Plus.

 

Diana Ishak
Read more

Mengapa orang mudah menyerah ketika berusaha menurunkan berat badan?

Sebagai seseorang yang berjaya turun dari 61kg menjadi 51kg dan mengekalkannya hingga sekarang, izinkan saya menjelaskan sesuatu kepada anda.

Orang tidak mudah berputus asa ketika berusaha menurunkan berat badan, Sebaliknya, mereka give up kerana mereka merasa perjuangan itu terlalu sukar. Mereka give up kerana rasa lapar yang seakan tidak pernah hilang, dan akhirnya mereka tidak tahan untuk meneruskan misi ini sepanjang masa.

Mereka give up kerana setelah hilang 1-2kg, mereka dapati berat badan kembali naik selepas beberapa hari. Mereka merasakan hasil keseluruhan usaha sangat mengecewakan. Walaupun berjaya menurunkan berat untuk seketika, seakan-akan jumlah berat yang turun tidak sepadan dengan usaha yang dibuat.

Mereka give up kerana ketika segala tips telah dipatuhi, berat badan sama sekali tidak turun. Mereka give up kerana setelah minum 4–5 cawan green tea sehari, ,mengehadkan pengambilan makanan selama beberapa bulan, atau memakan hanya buah, mereka tidak mendapat hasil yang diinginkan sama sekali, dan skala penimbang sikit pun tak berubah.

Mereka give up kerana ketika mereka cuba intermittent fasting, mereka kelaparan sepanjang masa, kerana tidak ada yang beritahu bahawa mereka juga perlu mengawal karbohidrat dan gula untuk menghilangkan lonjakan insulin yang menyebabkan hormon kucar-kacir, yang membuatkan selera makan bertambah. Ini sangat menyeksakan.

Personally, I’ve tried every kind of diet [mostly, actually]. Weight loss is a journey yang tak sama untuk semua orang. Ada yang turun berat dengan mudah, ada yang mengambil masa sangat lama. Perlu faham, setelah turun beberapa kg, anda tidak boleh mengekalkan diet/cara yang sama untuk sepanjang tahun.

Ini tips untuk pengguna GC Plus :

  • Bulan pertama, konsisten dengan GC Plus sahaja.
  • Bulan kedua, ubah cara. GC Plus + kurangkan pengambilan sugar seminggu sekali.
  • Bulan ketiga, GC Plus + stop sugar at all.
  • Bulan keempat, GC Plus + stop sugar + stop makanan bertepung.

Jangan anggap weight loss sebagai sebuah battle atau competition. Ini akan menyebabkan anda stress. Stress akan menyebabkan berat badan menjadi 'stuck'. Menurunkan berat badan perlu dilakukan dalam keadaan bertenang-tenang. Hormones need to be brought under control. Yang penting, jangan reject hunger. Makanlah, tetapi jangan berlebihan.

Diana Ishak
Read more

Memulakan hari dengan smoothie mungkin tidak sesihat yang anda sangkakan.

Buah yang di-blend tidak sama dengan buah yang asli. Walaupun beberapa sifat tetap ada, termasuk serat larut, proses blending boleh membuatkan serat tidak larut itu pecah. Serat larut dan serat tidak larut sangat penting untuk proses pencernaan. Ia memastikan badan mencerna dan menyerap nutrien dan gula secara perlahan bagi mengelakkan lonjakan gula darah dengan cepat. Ia juga menjadikan najis kita lembut dan membantu sistem gastrointestinal untuk sentiasa bergerak.

Jika mahu mengambil smoothie sebagai sarapan, jangan hanya bergantung pada buah dan sayur tetapi pastikan smoothie kaya serat dan protein untuk memastikan perut kenyang sepanjang waktu pagi. Kandungan protein dalam smoothie boleh ditingkatkan dengan kacang, peanut butter atau serbuk protein. Jika elemen ini tiada dalam smoothie, akan menyebabkan perut merasa lapar sebelum tengahari. Bagaimanapun, blending tetap mengurangkan kandungan serat.

More isn't always better, walaupun berkaitan dengan makanan sihat seperti buah dan sayuran. Rata-rata smoothie menggunakan 3-6 biji buah yang sama, seperti 3-6 biji pisang. Untuk membuat smoothie sebanyak 250ml, mungkin memerlukan lebih dari sekadar 2-3 biji buah. Bermakna, sangat mudah untuk kita minum jumlah kalori dan gula yang lebih tinggi (hanya dari makanan itu sendiri) daripada ketika kita makan buah/sayur asli. 

Walau bagaimanapun, sekiranya pilihan sarapan anda adalah terhad, smoothie mungkin bukan pilihan terburuk. Jika diambil dengan cara yang sihat dan terkawal, smoothie adalah lebih baik daripada tidak bersarapan lansung. Cuma, jangan ambil smoothie terlalu berlebihan dan pastikan ada tambahan protein di dalamnya. Just be careful about how often you are having them kerana smoothie boleh mengandungi kalori yang tinggi tanpa anda sedar.

Fungsi fiber hampir sama dengan GC Plus kerana kedua-duanya bertujuan untuk mengurangkan rasa lapar. Sebagaimana GC Plus yang ramuannya terdiri dari raw plant extract, buah-buahan juga mengandungi serat yang tinggi - hanya jika anda memilih buah yang betul. Pisang adalah salah satu bahan smoothie yang paling biasa, tetapi ia hanya ada 1.4g serat sedangkan kalori untuk 100ml smoothie pisang adalah 102. Jika anda bersarapan dengan 180ml smoothie [standard gelas], bermakna sarapan anda adalah sebanyak 183 kalori.

183 kalori dalam segelas smoothie pisang hanya ada semata-mata pisang dengan kandungan fiber yang rendah. Anda akan cepat merasa lapar sedangkan anda sudah mengambil 183 kalori sarapan. Jika anda makan roti dan scramble egg, anda menambahkan 163 kalori. Bermakna total sarapan anda sudah 346 kalori, menyamai sepinggan nasi lemak ayam yang lengkap dengan protein.

Smoothie anda mungkin berwarna hijau, tetapi itu tidak bermakna ia mengandungi protein yang anda perlukan untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Untuk menahan lapar, sasarkan sekurang-kurangnya 10g protein setiap smoothie. Tetapi watch out for calorie! Smoothie yang dibuat dari pelbagai buah memang jauh lebih sihat daripada memakan donat. Tetapi walaupun buah-buahan penuh dengan serat dan nutrien, apabila anda blend smoothie dengan 4-5 buah yang berbeza, smoothie boleh menjangkau lebih dari 500 kalori.

Sebab itulah penting untuk anda pilih buah/sayur yang betul sekiranya anda mahu mengambil smoothie. Pilihlah buah/sayur yang mengandungi serat tinggi supaya diet jadi lebih tersusun. 

Untuk pengguna GC Plus, jangan risau. Fungsi GC Plus sama seperti serat yang membantu mengurangkan rasa lapar, tetapi dengan kalori yang lebih rendah. Pastikan anda makan seperti biasa, lengkap dengan protein dan karbo, asalkan jangan berlebihan.

 

Diana Ishak
Read more

Macamana nak hilangkan selulit?

Tidak ada cara untuk menghilangkan selulit sepenuhnya.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh mengurangkan selulit, tetapi rawatan tersebut bukanlah dengan sapuan krim ataupun GC PLUS. GC Plus hanya boleh membantu menurunkan berat badan tetapi bukan menghilangkan selulit. Kenapa?

Selulit umpama daging yang kenyal dan berlendir, selalunya berada di paha, pinggul dan punggung. Apabila kulit ada selulit, ia jadi berkedut-kedut umpama kulit limau purut.

Selulit terbentuk apabila fiber yang mengikat kulit ke otot menjadi regang. Ini menyebabkan kulit 'jatuh' ke bawah, sementara sel-sel lemak tertolak ke atas dan berkumpul di kulit.

Tidak dapat dipastikan kenapa sesetengah orang ada selulit sementara yang lain tidak. Walau bagaimanapun wanita lebih cenderung dapat selulit berbanding lelaki. Selain dari itu, jika ada ahli keluarga yang berselulit, kita berisiko untuk dapat selulit juga. Jadi, genetik ada kaitan. Selulit lebih kerap berlaku pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan.

BERITA BAIK!

Selulit tidak menyebabkan sebarang risiko kesihatan, jadi, ia tidak perlu dirawat. Tetapi, kalau penampilan selulit mengganggu, ada beberapa terapi yang boleh membantu. But definitely bukan krim sapu atau GC Plus.

Walaupun GC Plus tak boleh bantu mengurangkan selulit secara lansung, tetapi GC Plus boleh menambahkan jisim otot sekaligus menyebabkan berat badan menurun. Pertambahan otot menjadikan lemak dibakar dengan lebih cepat. Bila lemak bawah kulit berkurangan, kesan selulit pada kulit turut berkurangan.

 

Diana Ishak
Read more

Hubungan antara kitaran haid dan berat badan

Tahu tak bahawa berat badan boleh mempengaruhi reproductive health? Yes, selain susah untuk hamil, penurunan dan kenaikan berat badan boleh mempengaruhi kitaran haid.

Kesan Estrogen

Ovari menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Estrogen membantu membina lapisan rahim yang selesa, yang akan menyuburkan telur yang disenyawakan. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, badan secara semula jadi menumpahkan lapisan tersebut sebagai haid. Haid setiap wanita  berbeza. Sedikit atau banyak haid bergantung ada ketebalan lapisan rahim. Kitaran haid yang normal adalah sekitar 21 hingga 35 hari.

Overweight vs Haid

Berat badan berlebihan boleh mempengaruhi kitaran haid. Badan akan menghasilkan lebihan estrogen. Estrogen yang berlebihan boleh mempengaruhi seberapa kerap kedatangan haid tetapi juga boleh menyebabkan haid berhenti.

Underweight vs Haid

Kurang berat badan yang melampau juga mempengaruhi kitaran haid secara tidak sengaja. Terlalu kurang lemak dalam badan akan melemahkan proses ovulasi, jadi hadi lambat berlaku. Kekurangan berat badan membuatkan badan berhenti membuat estrogen. Selain dari itu, kelaparan, senaman yang extreme dan stress yang melampau, boleh memberi tekanan pada hipotalamus [bahagian otak yang merangsang hormon]

Bolehkah haid menyebabkan berat badan bertambah?

Antara sindrom PMS adalah perubahan selera makan dan keinginan untuk makan dengan kerap. Itu boleh mempengaruhi berat badan. Wanita cenderung makan makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat semasa fasa tertentu kitaran haid. Dalam tempoh ini juga wanita cenderung mengambil lebih banyak kalori.

Jadi, adakah ini normal? YES. Tetapi boleh dikawal [kalau mahu]. Caranya? Kawal selera makan dengan GC PLUS :)

Diana Ishak
Read more

Benarkan kekerapan buang air besar menyebabkan penurunan berat badan?

Ramai yag suka timbang berat badan selepas ke tandas. Mungkin ada perubahan berat badan yang kecil, tetapi itu adalah berat najis, bukan 100% lemak.

Seseorang mungkin kehilangan berat badan [yang sangat kecil] ketika buang air besar. Berat badan yang berkurangan selepas ke tandas berbeza bagi setiap individu, tetapi secara amnya, it is not significant. Semasa badan mengeluarkan najis, ia juga mengeluarkan gas. Ini dapat mengurangkan kembung dan membuatkan kita merasa seolah-olah berat badan turun sedikit. Penting untuk diingat bahawa ada banyak faktor mempengaruhi berat badan, bukan sekadar apa yang masuk dan keluar dari badan.

Penurunan berat badan yang berkaitan dengan toilet frequent adalah bersifat sementara. Ini adalah kerana badan sentiasa memproses makanan. Badan juga secara beransur-ansur menggantikan bahan buangan [najis] dengan memakan lebih banyak makanan. Selain itu, setiap orang makan makanan yang berbeza. Jenis makananyang dimakan mempengaruhi cepat atau lambat badan memproses. Jadi, kekerapan ke tandas tak boleh dijadikan kayu pengukur

Orang dewasa yang sihat memerlukan sekitar 4–5 jam untuk mengosongkan perut dan sekitar 20-40 jam untuk najis melewati usus besar. Jadi, buang air besar 1 kali sehari adalah normal. 2 hari sekali juga masih diangap normal, bergantung pada jenis makanan yang dimakan. Najis bukan hanya mengandungi makanan yang tidak dicerna, tetapi air, makanan yang tidak dapat diserap oleh badan, bakteria dan sel mati.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi berat/banyaknya najis seseorang termasuklah makanan [terutamanya pengambilan serat], kekerapan pergerakan usus, saiz badan dan air. Lebih banyak makan fiber, lebih banyak najis yang dikeluarkan. Jadi, perut kurang kembung.

 

"ADAKAH SAYA AKAN KERAP KE TANDAS SELEPAS AMBIL GC PLUS?"

Again, bukan KERAP tetapi LEBIH MUDAH buang air besar. Kekerapan ke tanfas bergantung pada banyak faktor lain juga.

GC PLUS mengandungi banyak herba. These are all fiber. Lebih banyak serat dapat mendorong pergerakan usus yang lebih teratur. Oleh kerana itu, jika ada ambil GC PLUS, mungkin lebih kerap ke tandas. Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa penurunan berat badan tak boleh dilihat dari kekerapan ke tandas semata-mata.

Contoh, makanan berprotein lebih mengenyangkan. Bila kenyang, kita kurang rasa lapar dan kurang makan. Jadi, berat badan boleh dikurangkan. Tetapi protein lebih sukar dicerna, maka  sesiapa yang makan banyak protein akan kurang buang air besar. Tetapi belum tentu lagi berat badannya susah turun,. Faham, kan?

Berikut adalah jenis diet yang mempengaruhi pergerakan usus.

Mempercepatkan pergerakan usus :

  • Diet vegetarian
  • Diet dengan GC PLUS.

Mengurangkan pergerakan usus :

  • Diet ketogenik
  • Diet paleo
  • Diet Atkins

Walau bagaimanapun, tak semua orang buang air besar setiap hari. Purata antara 3 kali sehari hingga 3 kali seminggu. This is healthy range. Namun, travelling, stress, kehamilan, ubat-ubatan, dan penyakit boleh mempengaruhi pergerakan usus yang biasa. Be sure to go when needed. Don't force the body. Tetapi sekiranya sembelit berpanjangan walau sudah mencuba pelbagai cara, sila berjumpa dengan doktor.

Hubungi kami jika anda mahu cuba GC PLUS. Whatsapp kami di 0127728976 dan WAJIB nyatakan :

  • berat badan dan tinggi terkini
  • samada ada darah tinggi/diabetis
  • samada ada ambil birth control
  • samada ada PCOS/tyroid problem
Diana Ishak
Read more

Rasa Penat Sepanjang Masa. Apa yang Perlu Dilakukan?

Mengantuk pada waktu siang bukanlah masalah besar. Tetapi jika rasa mengantuk itu berterusan dan mengganggu kehidupan seharian, mungkindah sampai masanya untuk jumpa doktor. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Mungkin tak cukup tidur, atau penyakit yang dipanggil SLEEP APNEA.

Kalau kita suka skip waktu makan, badan mungkin tak daoat kalori yang diperlukan untuk mengekalkan tenaga. Long gaps di antara waktu makan boleh menyebabkan gula dalam darah menurun lantas mengurangkan tenaga. JANGAN SKIP WAKTU MAKAN. Just makan makanan ringan yang boleh memberi tenaga di antara waktu makan, terutama bila badan dah mula rasa letih.

Kerap berjaga malam atau tidur lewat boleh menyebabkan tenaga berkurangan di siang hari. Walaupun anda kekal tidur 8 jam tetapi badan anda tetap tak dapat rehat yang sebenarnya. Ada sebab kenapa waktu malam dikhaskan untuk berehat. Tindakbalas biologi badan pada waktu siang dan malam tak sama. Kalau terbiasa tidur lewat, bersedia untuk merasa letih sepanjang hari. Tidurlah lebih awal, di bilik yang gelap, tenang dan selesa.

Berlebihan berat badan juga boleh menyebabkan rasa letih. Semakin banyak berat badan yang dibawa, semakin susah badan menyelesaikan tugas seharian seperti naik tangga, berjalan, atau bergerak dari bilik ke dapur. Di samping itu, bila berat badan bertambah, badan menanggung sakit sendi atau sakit otot. Kesakitan ini menambahkankan lagi rasa letih.

Seseorang yang mengalami keletihan mungkin tidak dapat bersenam, atau kurang bersenam, atau kurang bergerak. Duduk depan PC/TV hampir sepanjang hari boleh meletihkan. Sometimes kita dengar orang kata "kerja depan PC je pun boleh letih?".

Ya, boleh. Kerana kurang bergerak.

Keletihan boleh mempengaruhi produktiviti. Jadi, kalau terasa idea tak muncul-muncul, take 5, keluar berjalan sekejap.

Sekiranya semua point tadi telah dicuba tapi tak ada perubahan, kemungkinan anda hidapi SLEEP APNEA - sejenis gangguan tidur yang di mana pernafasan berhenti dan bermula berulang kali. Ini menyebabkan badan tak mendapat rehat yang cukup walaupun dah tidur 8 jam.  Perhatikan simptom di bawah, Jika ada, sila jumpa doktor :

  •  Mencungap semasa tidur/baring
  • Imsomnia [susah nak tidur]
  • Bangun dalam keadaan letih
  • Kuat berdengkur

 

Diana Ishak
Read more

Lihat! Impak hormon terhadap mood

Keseimbangan hormon sangat penting untuk sistem badan berfungsi dengan baik. Serotonin merupakan hormon yang memberikan mood yang baik. Tahap serotonin yang optimum bukan sahaja memberi ketenangan pada individu tetapi ia dapat mengawal selera makan. 

Serotonin adalah penahan selera makan semula jadi. Serotonin mengekang keinginan dan menghentikan [mengurangkan] selera makan. Ini membuat kita merasa kurang lapar walaupun perut kosong. Hasilnya kita boleh menurunkan berat badan.

Serotonin juga membuatkan emosi lebih stabil, kurang cemas, lebih tenang dan lebih fokus serta bertenaga.

 

Macamana nak merangsang serotonin?

Serotonin diransang setelah kita memakan karbohidrat kompleks. Perasan tak kalau kita ke fine dining, restoran akan hidangkan roti dahulu? Itulah 'trick' supaya kita tak lapar menunggu makanan utama. Dan selalunya selepas makan roti kita sudah pun kenyang.

Makanan berkarbohidrat kompleks membantu menaikkan mood anda kerana kesannya bahan kimia otak yang disebut neurotransmitter. Karbohidrat kompleks meransang badan menghasilkan neurotransmitter yang mempengaruhi tingkah laku.

Salah satu neurotransmitter penting, serotonin, membantu mengatur mood, corak tidur dan selera makan. Makanan seperti roti, pasta, nasi, sayur-sayuran berkanji, seperti ubi dan jagung berubah menjadi serotonin di otak.

 

Kenapa hanya karbohidrat kompleks sahaja meransang serotonin?

Serotonin ada triptofan. Triptofan hanya dapat masuk ke otak hanya setelah karbohidrat kompleks atau makanan berkanji dimakan. Walaupun triptofan terdapat dalam semua protein, memakan protein menghalang triptofan masuk ke otak.

 

"Bagaimana dengan kami yang melakukan diet Atkins? Kami kena kurangkan karbo".

GOOD QUESTION!

Protein lebih lambat dihadam oleh badan. Ini akan membuatkan anda merasa lebih lambat lapar. Itu sahaja trick-nya. Kalau anda inginkan keseimbangan nutrient dalam badan, boleh gunakan trick serotonin. Insyallah, hasilnya sama.

Semua karbohidrat dicerna menjadi glukosa di usus. Apabila glukosa memasuki aliran darah, insulin dilepaskan dan mendorong nutrien ke dalam sel jantung, hati dan organ lain. Semasa darah melewati otak, triptofan pula masuk. Triptofan segera ditukarkan menjadi serotonin. Serotonin yang optimum dalam badan akan membuatkan badan merasa lega, tenang dan kenyang.

Orang yang ambil karbohidrat menghasilkan lebih banyak serotonin, menjadikan mereka kurang lapar dan dapat mengawal pengambilan kalori mereka.

Berikut adalah syarat agar serotonin optimum dalam badan :

[a] Makan karbohidrat semasa perut kosong untuk mengelakkan gangguan protein dari makanan selepasnya. Jika sudah makan, perlu tunggu sekitar 3 jam selepas makan makanan yang mengandungi protein, baru boleh makan karbohidrat. Jadi, boleh faham tak kenapa GC PLUS perlu diambil semasa perut kosong dan gap at least 30 minit sebelum makan makanan lain? Kita akan bincangkan ini nanti.

[b] Selepas makan satu set karbohidrat, jangan terus makan karbohidrat lain. Biarkan kesannya timbul dulu. Ia memerlukan sekitar 20-30 minit. Makan terlalu banyak karbohidrat tidak perlu dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Serotonin akan diransang dalam tempoh 20-30 minit selepas karbohidrat kompleks dimakan. Sebab itulah selepas ambil GC PLUS, anda perlu pause makan at least  30 minit [nak tunggu 1 jam pun boleh].

 

Penurunan berat badan yang berjaya bergantung pada kekuatan serotonin untuk mengawal pengambilan makanan. 

Konsep inilah yang digunakan dalam GC PLUS. GC PLUS mengandungi bahan aktif yang akan terus meransang serotonin agar perut terasa kurang lapar. Jika anda ber-dter Atkins, boleh ambil GC Plus juga.

 

 

Diana Ishak
Read more

Punca Kenapa Berat Badan Anda Tidak Turun Walaupun Berpuasa

KEBAIKAN BERPUASA

Kebaikan berpuasa tidak terhad kepada menurunkan berat badan, malah membantu menurunkan kolesterol, meningkatkan konsentrasi dan membantu mendapatkan tidur yang lebih lena. Tetapi jika kita berpuasa untuk tujuan menurunkan berat badan, sebenarnya sangat senang untuk melakukannya dengan tidak betul, dan hasilnya berat badan tidak berganjak.

Berpuasa mengehadkan pengambilan makanan ke jangka masa yang lebih pendek.

Secara semula jadi ini mengurangkan pengambilan kalori dan seterusnya berat badan turun. Jadi, agak 'pelik' bila ada yang kata "Saya berpuasa dan bersenam tapi berat badan tak turun [atau turun sikit sangat]". Apatah lagi jika dibantu dengan GC PLUS, amat mustahil berat badan statik. 

Di mana silapnya?

 

[1] Terlalu banyak makan semasa waktu makan/berbuka

Secara piskologi, bila kita berpuasa seharian, kita menganggap berat sudah turun sedikit maka apa salahnya makan lebih sikit semada berbuka. You are wrong! 

Berat badan menurun bila kalori masuk rendah berbanding kalori keluar. Kalau kita berbuka dengan jumlah kalori yang sama [atau lebih], maka berat badan tidak akan turun. Dengan kata lain, jika kita 'qada' semua kalori ke dalam waktu berbuka, you're not really changing your diet at all.

 

[2] Tidak mengambil kalori yang secukupnya

Apabila badan tidak mengambil jumlah kalori yang mencukupi, badan tidak akan membakar kalori tetapi menjimatkan kalori. Kalori yang keluar menjadi sangat sedikit.

 

[3] Makan makanan yang kurang berkhasiat

Walaupun berpuasa, tidak bermakna kita boleh makan apa sahaja semasa berbuka kerana apa yang kita makan memainkan peranan. Sekiranya diet kita terdiri daripada makanan berkalori tinggi seperti fast food, junk food atau sugary food, berat badan susah untuk turun.

 

[4] Tidak cukup tidur

Tidur yang tak cukup membuatkan hormon kortisol dibebaskan dengan banyak dalam darah. Hormon kortisol akan menyebabkan badan memperlahankan pembakaran kalori. Di samping itu hormon ini akan meningkat keinginan untuk mengambil makanan/minuman yang manis-manis.

Perasan tak kenapa semasa mengantuk kita always cari coffee/tea? It's not the caffein yang kita cari tetapi kortisol yang berlebihan membuatkan badan 'hunger' for sugar.

 

[5] Bersenam dengan extreme

Selalunya, orang yang memulakan diet kurus, pada waktu yang sama mereka plan untuk bersenam [atau meningkatkan senaman] supaya berat badan lebih cepat turun. Tanpa mereka sedari, bersenam secara intensif, terutama ketika mengurangkan pengambilan makanan, boleh menyebabkan penurunan tahap tenaga dan tahap kelaparan meningkat. Akibatnya, kita mengambil lebih banyak kalori semasa makan berbanding kalori yang keluar semasa bersenam. Same goes to pengguna GC Plus. Bila ambil GC Plus, they eat like crazy kerana menganggap GC Plus adalah magic pills.

 

[6] Badan kurang air

Tidak minum air secukupnya semasa berpuasa bukan hanya membuatkan badan mengalami dehidrasi, tetapi merasa cepat lapar. Salah satu manfaat air adalah mengurangkan rasa lapar.

 

[7] Berpuasa tidak 'serasi' dengan badan

Mungkin point ini akan buatkan some of you kata "Now I know why....". Untuk pengetahuan yang belum tahu, berpuasa tidak semestinya boleh menurunkan berat badan [dengan banyak], kerana metabolic rate manusia tidak sama.

 

[8] Berpuasa + GC Plus

Kombinasi berpuasa & GC Plus secara matematik pasti membuatkan berat badan menurun melainkan anda makan dengan banyak atau mengambil kalori yang banyak. 

Makan dengan sedikit bukan jaminan kalori yang masuk juga sedikit. Tambahan pula kalau anda stress, kurang tidur, kolesterol tinggi atau ada masalah kesihatan, pasti hasilnya berbeza.

 

Untuk consultation gc plus, sila whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah pesakit jantung dan buah pinggang ambil GC Plus?

 

Kegagalan jantung berlaku apabila otot jantung tak mengepam darah yang cukup ke seluruh badan. Bila jantung tak mengepam seperti yang sepatutnya, cecair mula memenuhi badan. Ini boleh menyebabkan kesesakan di dalam paru-paru dan tisu lain, menyebabkan sesak nafas, bengkak [sembab], dan keletihan. Jika boleh kurangkan berat badan, itu lebih baik untuk jantung tetapi pengambilan GC Plus untuk tujuan ini mungkin mempunyai kesan yang memudaratkan kerana dikhuatiri akan mengganggu fungsi ubat-ubatan yang diambil untuk jantung/buah pinggang.

Walau bagaimanapun, masih ada banyak cara lain untuk pesakit jantung dan buah pinggang mengurangkan berat badan. Makan makanan yang betul adalah salah satu darinya. Diet yang sihat dan aktiviti fizikal membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko masalah jantung yang lebih kronik di masa depan. Cubalah untuk manfaatkan sebaiknya makanan yang dimakan. Ambil makanan yang boleh menurunkan kolesterol, yang boleh menurunkan kandungan gula dalam darah dan menstabilkan tekanan darah badan. Insyallah dengan cara ini, sedikit sebanyak membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi.

  

Diana Ishak
Read more

3 jenis obesiti pada lelaki

Anda mahu KURUS? Jom kenali 3 JENIS OBESITI bagi lelaki dan boleh kurus mengikut kaedah yang tepat! 

Bersenam, menahan makan, atau diet merupakan antara kaedah untuk mengurangkan berat badan. Kegemukan atau obesiti bukan sahaja boleh memberi kesan kesihatan malah akan memberi kesan psikologi kepada individu. 
Sebelum ‘mengisytiharkan perang’ terhadap kegemukan, anda perlu tahu dahulu punca obesiti boleh berlaku. Perkara utama untuk mengurangkan berat badan ialah memberi tumpuan kepada bahagian manakah yang mengalami masalah kegemukan. Obesiti lelaki terbahagi kepada tiga jenis disini, anda boleh lihat anda berada dalam golongan yang mana.

Obesiti di bahagian atas badan akibat daripada makan secara berlebihan. Jika anda seseorang yang kuat makan dan tidak suka bersenam, anda cenderung untuk berada dalam kumpulan ini. Anda perlu mengurangkan pengambilan gula dan perlu bersenam selama 30 minit sehari. Rujuk pakar perubatan jika tidak mendapat keputusan yang baik untuk beberapa tempoh.

Obesiti dibahagian perut atau perut buncit. Ini masalah utama perut buncit bukan disebabkan oleh makanan tapi disebabkan seseorang mengalami masalah tekanan, kebimbangan, atau kemurungan. Anda perlu menjalani senaman yang lebih relaks untuk memberi anda ketenangan. Jangan terlalu bersenam dengan cara yang keras kerana bimbang anda akan mudah berputus-asa. Anda juga dinasihatkan bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat.

Di bahagian perut dan belakang berlemak. Seseorang yang mengalami masalah ini kebanyakkannya tidak rajin bersenam. Oleh itu, anda perlu meningkatkan senaman sambil menjalani gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang memberi kesihatan kepada anda dan paling penting, jangan makan berlebihan. Kurangkan makanan bergula dan mempunyai lemak yang tinggi. Anda boleh amalkan pemakanan dan senaman seperti yang disyorkan.

Paling penting, anda mestilah mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, minum minuman beralkohol, dan makan tanpa mengikut aturan yang tidak betul. 

Syiema Suaid
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart