Bolehkah pesakit jantung dan buah pinggang ambil GC Plus?
Kegagalan jantung berlaku apabila otot jantung tak mengepam darah yang cukup ke seluruh badan. Bila jantung tak mengepam seperti yang sepatutnya, cecair mula memenuhi badan. Ini boleh menyebabkan kesesakan di dalam paru-paru dan tisu lain, menyebabkan sesak nafas, bengkak [sembab], dan keletihan. Jika boleh kurangkan berat badan, itu lebih baik untuk jantung tetapi pengambilan GC Plus untuk tujuan ini mungkin mempunyai kesan yang memudaratkan kerana dikhuatiri akan mengganggu fungsi ubat-ubatan yang diambil untuk jantung/buah pinggang.
Walau bagaimanapun, masih ada banyak cara lain untuk pesakit jantung dan buah pinggang mengurangkan berat badan. Makan makanan yang betul adalah salah satu darinya. Diet yang sihat dan aktiviti fizikal membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko masalah jantung yang lebih kronik di masa depan. Cubalah untuk manfaatkan sebaiknya makanan yang dimakan. Ambil makanan yang boleh menurunkan kolesterol, yang boleh menurunkan kandungan gula dalam darah dan menstabilkan tekanan darah badan. Insyallah dengan cara ini, sedikit sebanyak membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi.