Hubungan antara kitaran haid dan berat badan
Tahu tak bahawa berat badan boleh mempengaruhi reproductive health? Yes, selain susah untuk hamil, penurunan dan kenaikan berat badan boleh mempengaruhi kitaran haid.
Kesan Estrogen
Ovari menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Estrogen membantu membina lapisan rahim yang selesa, yang akan menyuburkan telur yang disenyawakan. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, badan secara semula jadi menumpahkan lapisan tersebut sebagai haid. Haid setiap wanita berbeza. Sedikit atau banyak haid bergantung ada ketebalan lapisan rahim. Kitaran haid yang normal adalah sekitar 21 hingga 35 hari.
Overweight vs Haid
Berat badan berlebihan boleh mempengaruhi kitaran haid. Badan akan menghasilkan lebihan estrogen. Estrogen yang berlebihan boleh mempengaruhi seberapa kerap kedatangan haid tetapi juga boleh menyebabkan haid berhenti.
Underweight vs Haid
Kurang berat badan yang melampau juga mempengaruhi kitaran haid secara tidak sengaja. Terlalu kurang lemak dalam badan akan melemahkan proses ovulasi, jadi hadi lambat berlaku. Kekurangan berat badan membuatkan badan berhenti membuat estrogen. Selain dari itu, kelaparan, senaman yang extreme dan stress yang melampau, boleh memberi tekanan pada hipotalamus [bahagian otak yang merangsang hormon]
Bolehkah haid menyebabkan berat badan bertambah?
Antara sindrom PMS adalah perubahan selera makan dan keinginan untuk makan dengan kerap. Itu boleh mempengaruhi berat badan. Wanita cenderung makan makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat semasa fasa tertentu kitaran haid. Dalam tempoh ini juga wanita cenderung mengambil lebih banyak kalori.
Jadi, adakah ini normal? YES. Tetapi boleh dikawal [kalau mahu]. Caranya? Kawal selera makan dengan GC PLUS :)