Rasa Penat Sepanjang Masa. Apa yang Perlu Dilakukan?

Mengantuk pada waktu siang bukanlah masalah besar. Tetapi jika rasa mengantuk itu berterusan dan mengganggu kehidupan seharian, mungkindah sampai masanya untuk jumpa doktor. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Mungkin tak cukup tidur, atau penyakit yang dipanggil SLEEP APNEA.

Kalau kita suka skip waktu makan, badan mungkin tak daoat kalori yang diperlukan untuk mengekalkan tenaga. Long gaps di antara waktu makan boleh menyebabkan gula dalam darah menurun lantas mengurangkan tenaga. JANGAN SKIP WAKTU MAKAN. Just makan makanan ringan yang boleh memberi tenaga di antara waktu makan, terutama bila badan dah mula rasa letih.

Kerap berjaga malam atau tidur lewat boleh menyebabkan tenaga berkurangan di siang hari. Walaupun anda kekal tidur 8 jam tetapi badan anda tetap tak dapat rehat yang sebenarnya. Ada sebab kenapa waktu malam dikhaskan untuk berehat. Tindakbalas biologi badan pada waktu siang dan malam tak sama. Kalau terbiasa tidur lewat, bersedia untuk merasa letih sepanjang hari. Tidurlah lebih awal, di bilik yang gelap, tenang dan selesa.

Berlebihan berat badan juga boleh menyebabkan rasa letih. Semakin banyak berat badan yang dibawa, semakin susah badan menyelesaikan tugas seharian seperti naik tangga, berjalan, atau bergerak dari bilik ke dapur. Di samping itu, bila berat badan bertambah, badan menanggung sakit sendi atau sakit otot. Kesakitan ini menambahkankan lagi rasa letih.

Seseorang yang mengalami keletihan mungkin tidak dapat bersenam, atau kurang bersenam, atau kurang bergerak. Duduk depan PC/TV hampir sepanjang hari boleh meletihkan. Sometimes kita dengar orang kata "kerja depan PC je pun boleh letih?".

Ya, boleh. Kerana kurang bergerak.

Keletihan boleh mempengaruhi produktiviti. Jadi, kalau terasa idea tak muncul-muncul, take 5, keluar berjalan sekejap.

Sekiranya semua point tadi telah dicuba tapi tak ada perubahan, kemungkinan anda hidapi SLEEP APNEA - sejenis gangguan tidur yang di mana pernafasan berhenti dan bermula berulang kali. Ini menyebabkan badan tak mendapat rehat yang cukup walaupun dah tidur 8 jam.  Perhatikan simptom di bawah, Jika ada, sila jumpa doktor :

  •  Mencungap semasa tidur/baring
  • Imsomnia [susah nak tidur]
  • Bangun dalam keadaan letih
  • Kuat berdengkur

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart