Lihat! Impak hormon terhadap mood
Keseimbangan hormon sangat penting untuk sistem badan berfungsi dengan baik. Serotonin merupakan hormon yang memberikan mood yang baik. Tahap serotonin yang optimum bukan sahaja memberi ketenangan pada individu tetapi ia dapat mengawal selera makan.
Serotonin adalah penahan selera makan semula jadi. Serotonin mengekang keinginan dan menghentikan [mengurangkan] selera makan. Ini membuat kita merasa kurang lapar walaupun perut kosong. Hasilnya kita boleh menurunkan berat badan.
Serotonin juga membuatkan emosi lebih stabil, kurang cemas, lebih tenang dan lebih fokus serta bertenaga.
Macamana nak merangsang serotonin?
Serotonin diransang setelah kita memakan karbohidrat kompleks. Perasan tak kalau kita ke fine dining, restoran akan hidangkan roti dahulu? Itulah 'trick' supaya kita tak lapar menunggu makanan utama. Dan selalunya selepas makan roti kita sudah pun kenyang.
Makanan berkarbohidrat kompleks membantu menaikkan mood anda kerana kesannya bahan kimia otak yang disebut neurotransmitter. Karbohidrat kompleks meransang badan menghasilkan neurotransmitter yang mempengaruhi tingkah laku.
Salah satu neurotransmitter penting, serotonin, membantu mengatur mood, corak tidur dan selera makan. Makanan seperti roti, pasta, nasi, sayur-sayuran berkanji, seperti ubi dan jagung berubah menjadi serotonin di otak.
Kenapa hanya karbohidrat kompleks sahaja meransang serotonin?
Serotonin ada triptofan. Triptofan hanya dapat masuk ke otak hanya setelah karbohidrat kompleks atau makanan berkanji dimakan. Walaupun triptofan terdapat dalam semua protein, memakan protein menghalang triptofan masuk ke otak.
"Bagaimana dengan kami yang melakukan diet Atkins? Kami kena kurangkan karbo".
GOOD QUESTION!
Protein lebih lambat dihadam oleh badan. Ini akan membuatkan anda merasa lebih lambat lapar. Itu sahaja trick-nya. Kalau anda inginkan keseimbangan nutrient dalam badan, boleh gunakan trick serotonin. Insyallah, hasilnya sama.
Semua karbohidrat dicerna menjadi glukosa di usus. Apabila glukosa memasuki aliran darah, insulin dilepaskan dan mendorong nutrien ke dalam sel jantung, hati dan organ lain. Semasa darah melewati otak, triptofan pula masuk. Triptofan segera ditukarkan menjadi serotonin. Serotonin yang optimum dalam badan akan membuatkan badan merasa lega, tenang dan kenyang.
Orang yang ambil karbohidrat menghasilkan lebih banyak serotonin, menjadikan mereka kurang lapar dan dapat mengawal pengambilan kalori mereka.
Berikut adalah syarat agar serotonin optimum dalam badan :
[a] Makan karbohidrat semasa perut kosong untuk mengelakkan gangguan protein dari makanan selepasnya. Jika sudah makan, perlu tunggu sekitar 3 jam selepas makan makanan yang mengandungi protein, baru boleh makan karbohidrat. Jadi, boleh faham tak kenapa GC PLUS perlu diambil semasa perut kosong dan gap at least 30 minit sebelum makan makanan lain? Kita akan bincangkan ini nanti.
[b] Selepas makan satu set karbohidrat, jangan terus makan karbohidrat lain. Biarkan kesannya timbul dulu. Ia memerlukan sekitar 20-30 minit. Makan terlalu banyak karbohidrat tidak perlu dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Serotonin akan diransang dalam tempoh 20-30 minit selepas karbohidrat kompleks dimakan. Sebab itulah selepas ambil GC PLUS, anda perlu pause makan at least 30 minit [nak tunggu 1 jam pun boleh].
Penurunan berat badan yang berjaya bergantung pada kekuatan serotonin untuk mengawal pengambilan makanan.
Konsep inilah yang digunakan dalam GC PLUS. GC PLUS mengandungi bahan aktif yang akan terus meransang serotonin agar perut terasa kurang lapar. Jika anda ber-dter Atkins, boleh ambil GC Plus juga.