Adakah menambahkan AIR atau AIS ke dalam minuman bergula mengurangkan kalori?

Minuman manis memainkan peranan utama punca kegemukan kerana minuman bergula seperti soda dan jus buah mengandungi kalori yang tinggi tetapi rendah nutrien.

Menghadkan minuman manis membantu anda mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat. Kalau mengelakkan minuman manis sepenuhnya terlalu susah, maka menambahkan ais atau air ke dalamnya adalah langkah awal yang baik.

Menambah air ke minuman manis boleh menurunkan kalori, SEKIRANYA portion minuman tetap sama. Maksudnya, jika minuman asal 500ml, anda perlu mengurangkannya kepada 250ml dulu sebelum menambahkan air/ais hingga mencapai nilai 500ml semula. Walau bagaimanapun, jika anda mencairkan minuman manis tersebut tetapi masih minum keseluruhan minuman, kalori tidak berkurangan.

Kebanyakkan minuman manis ada antara 100-150 kalori setiap cawan [atau lebih]. Sebagai contoh, segelas jus oren mengandungi kira-kira 120 kalori, Coke mengandungi kira-kira 150 kalori dan 1 gelas lemonade ada 106 kalori. 

1 tin Coke = 1 mangkuk nasi putih

Air kosong adalah pilihan yang terbaik terutamanya jika anda sedang berusaha mengurangkan/mengekalkan berat badan. Walau bagaimanapun, mencairkan minuman manis adalah peralihan yang bagus untuk mereka yang belum terbiasa meninggalkan minuman manis.

Mencairkan minuman bergula adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan pengambilan gula harian - dan kalori keseluruhannya - untuk mengekalkan berat badan. Cadangan :

Wanita : Hadkan gula hanya 25 gram sehari

Lelaki : Tidak lebih daripada 38 gram sehari.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart