Mengapa masalah perut [gastrik] boleh menyebabkan gangguan tidur dan berat badan.
Gangguan pencernaan, sembelit, pedih ulu hati, dan loya bukan sahaja tidak selesa dan menyakitkan tetapi boleh mendatangkan masalah yang lebih teruk lagi.
Sekiranya gangguan ini datang pada waktu malam, pasti buatkan anda susah tidur. Ketika kita tidak cukup tidur, masalah gastrik ini tidak akan selesai malah berlanjutan keesokan harinya dan selalunya bertambah buruk.
Semasa tidur, badan terus berkerja - memulihkan dan memperbaiki otot. Badan memerlukan sejumlah tenaga untuk berfungsi dengan baik. Salah satu fungsi utama adalah proses pencernaan - makan, mengunyah dan memproses makanan. Tanpa tidur yang cukup, badan tidak mempunyai cukup tenaga untuk melakukan proses tersebut dengan lancar.
Otak yang letih akibat kurang tidur akan melepaskan lebih banyak ghrelin [hormon lapar] sementara otak yang tenang melepaskan lebih banyak leptin [hormon kenyang].
Semakin banyak makanan bergula dan berlemak yang dimakan, semakin naik ukuran pinggang dan semakin bermasalah proses pencernaan dan buang air besar.
Bila berat badan berlebihan, gejala gastrik boleh menjadi bertambah buruk. Orang yang overweight lebih mudah mendapat sakit dada atau refluks asid selepas bangkit dari tidur dan kualiti tidur juga sangat rendah. Mudah letih walaupun baru lepas bangun dari tidur.
Apabila letih, badan cenderung makan apa sahaja untuk mendapatkan tenaga dengan cepat. Akibatnya kita sering mengambil kafein dan gula berlebihan. Kedua-duanya tidak bagus untuk pencernaan dan berat badan.
Masalah tidak berhenti di situ. Kurang tidur juga menyebabkan selera makan meningkat dan badan mula menginginkan kudap-kudapan dan makanan manis yang boleh yang menyebabkan punca masalah penghadaman.
Dengan semua ketidakselesaan dan gangguan ini, tidak hairanlah kita akhirnya merasa tertekan. Tekanan itu sendiri menyumbang kepada imsomnia, pedih ulu hati dan berat badan susah untuk turun.
Jadi dah nampak kan betapa weight loss bukanlah semata-mata mengurangkan makan tetapi lebih dari itu. Weight loss is not a competition but a journey. Slowly but steadily.