GC Plus

Kegemukan dan Buasir

Apa itu Buasir?

Buasir adalah perkara biasa, berlaku pada lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, ia lebih biasa berlaku pada orang yang overweight, wanita hamil, orang yang duduk untuk jangka masa yang lama dan yang kerap sembelit.



Buasir adalah urat yang membengkak dalam rektum. Gejala buasir adalah pendarahan rektum, gatal dan sakit. Buasir boleh dilihat atau dirasa di sekitar bahagian luar dubur, atau mungkin tersembunyi di dalam rektum. Walaupun buasir tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, they can be annoying and uncomfortable.

Buasir lebih kerap berlaku pada orang yang BERLEBIHAN BERAT BADAN. Cara paling berkesan untuk mengurangkan simptom adalah dengan makan makanan berserat tinggi, minum banyak air dan aktif sekerap mungkin sepanjang hari. Salah satu langkah mencegah dan merawat buasir adalah ELAKKAN SEMBELIT (najis keras atau jarang buang air besar). Najis yang keras boleh menyebabkan pendarahan rektum. Serat merupakan kaedah terbaik untuk melembutkan najis dan mencegah sembelit.

Buasir kerap terjadi pada seseorang yang gemuk kerana tekanan (akibat berat badan) yang menyekat urat dan saluran darah di sekitar dubur dan usus besar. Mereka yang buncit (banyak lemak di perut) lebih berisiko terkena buasir. Tempoh duduk yang lama juga mendorong urat bahagian dubur ditekan, menyebabkan pembengkakan yang muncul sebagai buasir. Apabila seseorang itu gemuk, berat badan yang berlebihan memberikan tekanan berganda pada urat tersebut ketika duduk dalam tempoh yang lama.

Apa yang GreenAard boleh bantu?

Sejujurnya GreenAard tiada sebarang penyelesaian khusus untuk buasir. Tetapi mungkin GC PLUS dan NUTRIJUICE membantu. Ini kerana GC PLUS tinggi fiber dan menghasilkan gastrocolic reflex yang menggerakkan usus. Nutrijuice pula mengandungi antioksidan yang menarik air ke dalam usus. Peningkatan kandungan air di dalam usus membantu melembutkan najis dan merangsang pergerakan usus.

Diana Ishak
Read more

Lepas makan terus ke tandas. Sempat ke badan saya serap semua nutrien?

Setiap kali merasa hendak ke tandas selepas makan, itu bukanlah gesaan dari your recent bite. Tempoh pencernaan berbeza untuk setiap orang. Umur, jantina, dan keadaan kesihatan mempengaruhi pencernaan. Secara amnya, pencernaan mengambil sekitar 2-5 hari dari makan hingga makanan keluar sebagai najis.

Oleh kerana banyak faktor yang mesti diambil kira, susah untuk memberikan anggaran tempoh pencernaan yang baik. Kerana sistem pencernaan boleh menjangkau ke 30 kaki pada orang dewasa. Sudah tentu proses pencernaan tidak akan berlaku dengan singkat. Wanita cenderung mencerna makanan mereka lebih lambat daripada lelaki.

Gesaan ke tandas setiap kali selepas makan, kita namakan GASTROCOLIC REFLEX. Gastrocolic reflex adalah reaksi normal badan selepas makan. Apabila makanan menyentuh perut, badan mengeluarkan hormon tertentu. Hormon ini memberitahu usus besar supaya berkontraksi untuk memindahkan makanan 2-3 hari lepas dari usus besar dan keluar dari badan. Ini memberi ruang untuk lebih banyak makanan masuk. Kesan refleks ini kadangkala ringan (mild pain), sederhana (moderate pain), atau teruk (memulas teramat sangat).

Sebilangan orang mengalami refleks ini lebih kerap dan lebih kuat daripada yang lain. Biasanya ia hadir dengan beberapa gejala seperti:
  • sakit perut
  • perut kembung yang lega atau lega sebahagian selepas buang angin/buang air besar
  • kerap buang angin
  • cirit-birit atau sembelit, atau cirit-birit dan sembelit berganti-gantian.
  • lendir dalam najis
Kadang-kadang gesaan ke tandas ini tidak ada kaitan dengan gastrocolic reflex. contohnya cirit-birit. Biasanya, cirit-birit berlaku hanya beberapa hari. Jika berlanjutan berminggu-minggu, itu mungkin merupakan tanda jangkitan atau gangguan pencernaan. Penyebab cirit-birit:
  • virus, bakteria dan parasit, dari memakan makanan yang tercemar
  • antibiotik
  • intoleransi makanan atau allergi
  • memakan pemanis tiruan (atificial sweetener)
  • selepas pembedahan perut atau pembuangan pundi hempedu

It’s not possible to prevent gastrocolic reflex, tetapi ada cara untuk mengurangkan gejalanya. Pertama, perhatikan bila gastrocolic reflex ini selalunya berlaku dan apa yang telah dimakan sebelum ia berlaku. Sekiranya dengan makan makanan tertentu refleks gastrokolik menjadi kuat, berhenti makan makanan tersebut. Ada beberapa makanan pencetus gastrocolic reflex:

  • produk tenusu
  • makanan berserat tinggi
  • makanan berminyak dan berlemak, seperti kentang goreng

GC PLUS adalah kategori makanan berserat tinggi. Kebanyakan pengguna akan mendapat gastrocolic reflex selepas mengambilnya. In a way, GC PLUS merangsang usus bergerak lantas mengurangkan sembelit. Seperti yang kami nyatakan awal tadi, gastrocolic reflex adalah tindakbalas normal badan untuk memberi isyarat kepada usus besar mengeluarkan makanan bagi mengisi makanan baru. Cuma, jika anda tidak tahan dengan effect ini, boleh kurangkan dos. Whatsapp kami untuk pertanyaan, 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Tanda-Tanda Anda Memiliki Berat Badan Yang Sihat

Lebih daripada 40% orang dewasa di dunia adalah GEMUK. Jadi tidak menghairankan jika ramai orang berusaha untuk kurus. Maybe ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikatakan dengan berat badan yang sihat. Walaupun berat badan terkini bertambah 3kg dari tahun lepas, tidak bermaksud kita perlu menurunkan berat badan.

Peliknya, tidak kira berapa berat badan seseorang, dia selalu merasa "belum cukup kurus". Inilah yang menyebabkan tekanan yang tidak perlu. There’s no one-size-fits-all formula to indicate how much you should weigh. Walaupun penimbang berat badan menunjukkan pertambahan berat, jangan panik. Penimbang bukan satu-satunya piawai.

[a] BMI
Some people, walaupun menjalani gaya hidup sihat, dia masih belum dapat menurunkan berat badan. This is so frustrating, I know. Walau bagaimanapun, BMI anda tinggi tidak bermakna anda gemuk. Kerana mempunyai jisim otot yang besar juga boleh menyebabkan BMI tinggi.

[b] KAFFEIN
Sekiranya kita dapat menempuh hari tanpa perlu minum 3-4 cawan/gelas kafein, itu indicator berat badan yang sihat. Berat badan ideal membuatkan kita merasa sihat dan bertenaga. Walaupun ini kelihatan seperti petunjuk yang tidak tepat, seseorang dengan berat badan yang sihat kurang rasa mengantuk/letih pada waktu siang berbanding individu yang gemuk.

[c] BERAT BADAN MENGHAMPIRI IDEAL WEIGHT
Walaupun berat terkini masih EXCESS SEDIKIT dari berat ideal, tetapi sekiranya kita merasa bertenaga, sihat, tidak mudah penat dan berat terkini statik pada angka yang sama selama bertahun-tahun, probably our body is happy right where it is. Mungkin itulah berat yang ideal bagi diri kita.

[d] DEGUPAN JANTUNG
Berat yang sihat adalah lebih dari sekadar penampilan luaran. Ia adalah kesihatan keseluruhan termasuk denyutan jantung semasa sedang berehat (degupan jantung ketika duduk diam). Denyut jantung rehat yang tinggi boleh menjadi tanda awal masalah jantung. Selagi denyutan jantung sihat, kita tidak perlu terlalu sibuk untuk menurunkan berat badan dengan melampau.

Degupan yang sihat adalah antara 60-100 denyut per minit]

[e] UKURAN PINGGANG
Sekiranya bahagian perut ada lemak berlebihan, risiko penyakit jantung, diabetes dan penyakit kronik yang lain lebih tinggi.
Lingkaran pinggang yang sihat untuk lelaki kurang dari 40 inci, dan wanita mesti kurang dari 35 inci. Jika ukuran pinggang masih d bawah had yang ditetapkan, tak perlulah bermati-matian berdiet untuk menurunkan berat badan.

Sebab itulah GreenAard selalu mementingkan ukuran pinggang, bukannya angka pada penimbang.

Diet yang keterlaluan boleh membahayakan emosi. Sekatan diet tertentu akan menggandakan risiko kemurungan. So take a minute and analyze your efforts. Sekiranya kita aktif bergerak dan tidak makan berlebihan, walaupun berat masih excess 5kg dari berat ideal, that's ok. Teruskan maintain berat tersebut.

Melainkan anda mula merasa tidak selesa bersolat, kaki cepat lenguh, selalu kejang kaki, paha berselisih, cepat mengah - ok, let's do something. You know where to find us :)
Diana Ishak
Read more

Berapa lama badan boleh bertahan tanpa membuang air besar?


Saluran pencernaan yang sihat bererti membuang air besar secara rutin. Walaupun setiap orang ada 'jadual' buang air besar yang berbeza, not pooping at all is a concern. Kekerapan membuang yang "normal" adalah sekitar 1-3 kali sehari atau selang sehari. Kebanyakan orang notice pattern 'jadual' masing-masing. Some people membuang air besar pada waktu yang sama setiap hari. 

Jika seseorang buang air besar hanya 2 kali seminggu atau kurang dari tu, ini dikategorikan sebagai sembelit. Sembelit adalah penyakit. Jika tak dirawat segera, najis boleh masuk ke dalam sistem usus menjadikan lebih sukar untuk buang air besar. Tidak ada jangka masa tertentu sejauh mana seseorang boleh bertahan tanpa membuang air besar kerana setiap orang mengambil diet yang berbeza. Selain itu faktor kesihatan gastrousus dan gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada keteraturan jadual buang air besar.

Tidak ada jangka masa tertentu sejauh mana seseorang boleh bertahan tanpa membuang air besar kerana setiap orang mengambil diet yang berbeza. Selain itu faktor kesihatan gastrousus dan gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada keteraturan jadual buang air besar. Tetapi jika seseorang tidak buang air besar sama sekali dalam seminggu dan masih makan seperti biasa, you may need to start thinking about why you haven’t pooped. Kadang-kadang ada halangan pada usus yang tidak membenarkan najis lalu.

Some people menahan najis atau menolak untuk buang air besar kerana risau menggunakan tandas (maybe tandas kotor). Pernah terjadi satu kes, seorang wanita meninggal dunia setelah 8 minggu tidak pergi ke tandas. Penumpukan najis telah menyebabkan ususnya membesar sehingga mereka menekan organ badan hingga menyebabkan serangan jantung. Jangan biasakan diri menahan buang air besar kerana satu masa nanti badan terbiasa hingga anda tidak lagi merasa gesaan untuk membuang. Penting untuk perhatikan simptom yang timbul, ini termasuk perut kembung, merasa ingin buang air besar tetapi tidak boleh, loya dan pening kepala, tidak mengeluarkan sebarang gas (kentut), sakit perut.

Tidak membuang air besar tidak hanya mempengaruhi sistem pencernaan, tetapi badan secara keseluruhan. Beberapa komplikasi akibat terlalu lama tidak buang air besar adalah seperti:
(1) Najis sudah menjadi keras lalu tersekat dalam kolon, dan
(2) Najis yang berlebihan menekan usus menyebabkan usus terkoyak.

Diana Ishak
Read more

Jenis Kelaparan

Lapar Perut
Lapar secara fizikal (perut berbunyi, sakit kepala, atau gejala fizikal lain)

Lapar Mulut
Mahukan rasa atau tekstur tertentu (manis, masin, rangup, lemak)

Lapar Hati
Makan kerana perasaan atau emosi (stres, cemas, sedih, teruja)

Pernah tak kita terfikir KENAPA kita makan?
Bukan apa yang kita makan atau berapa banyak kita makan tetapi KENAPA?

Adakah kerana kita memang lapar atau hanya mahukan sesuatu yang manis atau masin atau rangup atau berkrim atau panas atau sejuk?

Adakah kerana kita sedang menonton TV/komputer atau sedang scrolling through IG atau FB lalu mencapai snek without really wanting one?

Atau adakah kerana setiap 8.30 malam memang waktu untuk kudap-kudapan?

Atau adakah kerana kita sedang bosan atau gembira atau marah atau lonely?

Sesekali, luangkan waktu sebentar untuk tanya diri sendiri kita makan. Ini adalah cara yang paling mudah untuk cut off unnecessary calories.

Bagaimana nak tahu jika itu adalah LAPAR FIZIKAL?

(i) Kelaparan fizikal tak berlaku secara tiba-tiba. It builds over time.
(ii) Kelaparan fizikal bermaksud kita akan makan apa sahaja untuk mengisi kekosongan perut, bukan makan sesuatu yang spesifik.
(iii) Anda beberapa tanda kelaparan fizikal (sakit kepala, perut menggeram).
(iv) Makan terakhir adalah beberapa jam yang lepas.

Cara paling mudah untuk mengetahui samada itu adalah LAPAR FIZIKAL (LAPAR PERUT) atau sebaliknya, cuba minum air kosong setiap kali terasa lapar. Jika "kelaparan" itu reda, bermakna itu bukan lapar fizikal.

Salah satu cara GC PLUS bertindak adalah dengan mengurangkan rasa lapar. GC PLUS merangsang pembebasan serotonin, iaitu sejenis bahan kimia yang menyebabkan mood bertenang. Bila mood stabil, hormon kortisol (hormon stress) dan hormon ghrelin (hormon lapar) tidak dibebaskan, menyebabkan kita kurang berasa lapar.
Diana Ishak
Read more

Turun naik berat badan

90kg Teruja untuk memulakan diet. 
92kg Siapa tahu, mungkin terlebih makan garam. Selalunya ini akan annoyed us a bit, tapi bersabar.
90kg Air mula keluar dari badan (water retention)
91kg Berat naik-turun
90kg Turun kembali. Boleh jadi kurang minum air.
91kg Berat yang turun-naik sekejapan begini selalunya disebabkan air, bukan lemak.
88kg Kelihatan seperti turun 3kg semalaman. Sebenarnya, turun-naik 1kg berselang-seli sepanjang minggu itu adalah tanda badan sedang konsisten membakar lemak. Lemak tidak akan berkurang dengan sekelip mata, ia adalah proses yang mengambil masa.


Siapa masih bergelut dengan turun naik berat badan atau weight plateau? Pasti rasa frust setiap kali timbang berat, bila skala tak berganjak. Betul tak? Figuring out kenapa berat turun naik di tempat yang sama memang sangat melemaskan.

Look here. Kadangkala kita buang air kecil dengan kerap 6-7 kali sehari. Kadang-kadang 2-3 kali sahaja. Ada masanya kita sedang stress.

Bahkan perubahan cuaca secara tiba-tiba menyebabkan kita jatuh sakit/tidak sihat. Ini juga mempengaruhi metabolisme badan. Atau kita tak menyedari bahawa luka atau lebam di kaki memerlukan lebih banyak air untuk proses penyembuhan berbanding weight loss.

Makanan makanan bergaram boleh menyebabkan water retention. Water retention menyumbang kepada berat badan yang statik. Sembelit juga menjadikan badan susah untuk turun berat.

Sekiranya kita anggap penurunan 1kg adalah kejayaan, kenaikan 1kg adalah kegagalan, keesokan harinya turun another 1kg means kejayaan dan lusa hilang 1kg adalah kegagalan - haihhh, boleh jadi gila!

Tracking the scale is useful, tapi ada cara paling efisien untuk mengetahui samada you are in the right track, iaitu dengan cara UKUR SAIZ PINGGANG. If your weight staying the same tetapi size pinggang berkurangan, this is a good indicator.

Begitulah cara GC PLUS membantu menurunkan berat badan, iaitu dengan cara mengurangkan rasa lapar DAN menambahkan jisim otot. Jisim otot yang bertambah akan membakar lemak dengan lebih efisien.

Losing fat and adding muscle at the same time menjadikan berat bada kelihatan stay the same on scale. Tetapi, cuba ukur size pinggang. Pasti ada inchloss. Inchloss inilah indicator bahawa body fat telah berkurangan.

Kalau tak percaya, apa kata cuba dulu?
Whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Kisah Maria

Sebahagian besar mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan mendapat kembali berat badan yang hilang kerana:
- mengambil kalori terlalu sedikit, yang menyebabkan kehilangan otot, atau
- tidak melakukan latihan kekuatan, yang menyebabkan kehilangan otot, atau
- kekurangan protein, yang menyebabkan kehilangan otot.

Kurang otot = kadar metabolisme yang lebih rendah.

Kita bagi contoh ala-ala Makcik Kiah. Tapi kita bagi nama Maria.

Ini Maria [gambar atas].
Berat badannya 82kg dan dia mahu turunkan menjadi 68kg. Dia mula berdiet dengan mengambil 1000 kalori kerana "bila semakin rendah calorie intake, semakin cepat berat badan turun".

Diet plan yang Maria ikuti ini menekankan pengambilan smoothie bayam dengan jus lemon setiap hari, serta mengesyorkan untuk tidak mengambil daging (red meat) kerana ia "menggemukkan", dan jangan ambil keju dan yogurt kerana "produk tenusu menyebabkan keradangan". Maria hanya ambil sedikit ayam 2-3 kali seminggu.

Maria mula berlari 5km setiap hari. Dia tidak enjoy semua ini tetapi berat badannya turun, jadi dia memaksa dirinya untuk bertahan dan dalam masa 4 bulan Maria berjaya menurunkan berat sebanyak 13 kg. Good job, Maria!

Bila berat badan sudah mencapai target, Maria berhenti mengikuti plan diet tersebut dan mengurangkan senaman kardio (berlari). Maria teruskan dengan menjaga pengambilan kalori tidak lebih dari 1000 kalori. Dia cukup tahu bahawa dia tidak boleh makan sebanyak ketika beratnya 82 kg.

Tetapi perkara pelik berlaku...
Berat badan Maria mula bertambah. Dan 4 bulan kemudian beratnya jadi 84kg!

Inilah masalah Maria:
- Dia lupa betapa pentingnya OTOT.
- Dia tidak melakukan apa-apa untuk mengekalkan otot semasa mempertahankan berat badan yang ideal.

OTOT memainkan peranan utama dalam menentukan BMR seseorang (Basal Metabolic Rate). BMR adalah jumlah kalori yang akan dibakar dalam tempoh 24 jam sekiranya kita tak berbuat apa-apa (contoh : menonton Netflix sepanjang masa).

Ketika kita menurunkan berat badan, BMR akan menurun. BMR akan turun sedikit ketika badan kehilangan lemak, tetapi penurunannya begitu sedikit.
BMR turun dengan BANYAK ketika jisim otot hilang.

Maria kehilangan BANYAK OTOT, BMRnya menurun, dan pengambilan kalori lebih rendah daripada yang dia sedar. Oleh itu berat badan cepat naik kerana bila jisim otot mengecut, pembakaran lemak menjadi sangat perlahan.

Inilah yang HARUS dilakukan Maria:
- makan lebih banyak kalori (standard kalori) sambil menurunkan berat badan.
- aktiviti kardio had kan pada 2-3 kali seminggu untuk membina otot.
- makan protein setiap hari. Protein memelihara otot.

Jangan jadi seperti Maria.

Diana Ishak
Read more

Kenapa otak memerlukan karbohidrat?

Kepercayaan bahawa karbohidrat menyebabkan kegemukan dan mendatangkan penyakit pada badan telah lama mendominasi fikiran kita.

Rasa bersalah setiap kali selepas memakan makanan berkarbohidrat menyebabkan ramai yang cuba pelbagai diet yang boleh menyekat diri dari mengambil makronutrien ini.

Ketahuilah bahawa otak memerlukan kira-kira 130g karbohidrat setiap hari untuk berfungsi dengan optimum. Jumlah tersebut bersamaan 40% kalori (hampir separuh) dari jumlah diet harian seorang dewasa.

Walaupun otak manusia hanya menyumbang 2% daripada berat badan, otak menggunakan 20% karbohidrat. Neuron otak orang dewasa memerlukan glukosa (pecahan karbohidrat) yang tinggi.

Otak memerlukan supply tenaga yang berterusan (24/7). Walaupun tidur, otak terus memerlukan nutrien. Apabila keperluan ini tidak terpenuhi, badan mengubah protein menjadi tenaga untuk otak. Sayangnya, protein bukanlah sumber tenaga otak yang paling cekap.

Karbohidrat melakukan banyak fungsi di otak. Salah satu fungsi adalah bertindak menghasilkan neurotransmitter. Dua neurotransmitter yang memerlukan karbohidrat adalah serotonin dan dopamin.

Makan makanan berkarbohidrat mencetuskan pembebasan hormon insulin. Apabila tahap insulin meningkat, lebih banyak triptofan memasuki otak. Tryptophan adalah asid amino yang mempengaruhi tahap neurotransmitter.

Semakin banyak triptofan memasuki otak, lebih banyak serotonin dihasilkan. Makanan berprotein tidak meningkatkan kadar triptofan dan serotonin. Bila serotonin banyak dihasilkan, mood menjadi semakin baik, kurang rasa lapar dan kawalan terhadap cravings jadi lebih baik juga.

Konsep inilah yang diserapkan ke dalam GC PLUS. Bahan aktif dalam GC PLUS merangsang serotonin dalam tempoh 30 minit selepas mengambil GC PLUS. Selama 30 minit selepas anda makan GC PLUS, jangan makan sebarang makanan kerana tempoh ini penting bagi menghasilkan serotonin yang cukup supaya kesan lapar boleh dikurangkan.
Diana Ishak
Read more

Kebenaran tentang memakan KARBOHIDRAT pada waktu malam

Makan karbohidrat pada waktu malam TIDAK akan menyebabkan badan gemuk, tetapi makan TERLALU BANYAK kalori secara berterusan yang akan menyebabkan badan membentuk lemak, tanpa mengira waktu.

Mitos yang sangat biasa dan sering disalahertikan ialah, makan karbohidrat (atau apa sahaja) pada waktu malam sebelum tidur akan menyebabkan kalori tersebut disimpan secara automatik sebagai lemak.

It's utter nonsense.

Kekeliruan bermula dengan anggapan bahawa metabolisme berhenti pada waktu malam semasa sedang tidur.

"Ini bermaksud badan tidak menggunakan karbohidrat tersebut, lalu ia akan terus disimpan ke sel-sel lemak!" ---> MORE NONSENSE.

Fortunately, badan kita jauh lebih kompleks daripada itu. Karbohidrat yang dimakan pada waktu malam itu tidaklah se-dreadful yang disangka. Ia sebenarnya membantu pemulihan sel, otot dan kualiti tidur.

Perlu diingatkan bahawa this post is simply referring to fat gain and the factor that causes it (makan banyak kalori). Bukan bermakna pengambilan karbohidrat pada waktu-waktu lain tak membantu pemulihan otot dan sel.

Just know that pengambilan karbohidrat pada bila-bila waktu TIDAK mempengaruhi penambahan berat badan, kecuali kita mengambilnya dengan banyak (excess calorie).

Diana Ishak
Read more

Kandungan protein makanan terpilih

Kandungan protein makanan sebenar (real foods) tidak pernah melebihi 25-30%.

Kandungan protein serbuk protein yang digunakan oleh bodybuilders boleh mencapai 90% tetapi sebelum penggunaan, serbuk protein mesti dicairkan dengan susu, air, atau jus buah, untuk menurunkan kandungan protein sebenar ke bawah 20%.

Sumber protein yang baik adalah daging, ikan, telur, dan produk tenusu.

Vegan mempunyai kadar protein yang rendah. Vegan dewasa boleh memenuhi keperluan protein mereka dengan mengambil kekacang dan tauhu.

Membesarkan anak-anak dengan diet vegan, jika boleh, elakkan. Melainkan ibu bapa mempunyai pemahaman yang kukuh mengenai keperluan pemakanan kanak-kanak.

 

Diana Ishak
Read more

You won't lose weight every week

Ini adalah perbualan biasa antara saya dengan beberapa orang customer GreenAard. Akan ada hari di mana kita berasa sangat bertenaga, sangat bersemangat, sangat berdisplin dan segalanya berjalan dengan smooth.

Dan kita akan berjumpa dengan fasa tertentu di mana hari itu adalah 'hari malas sedunia', buat apa pun tak menjadi, selfie 40 kali pun tak ada yang cantik, merasa badan naik 100kg dan merasa nak makan sepanjang hari.

Berat pada penimbang tak berubah. Saiz pinggang tak bergerak walau 0.5 inci. You see little to no change. And, guess what? That's OK.

Ini semua adalah sebahagian daripada kitaran biasa manusia, especially yang bekerja. Mungkin minggu itu suami sedang sakit, anak-anak juga tak sihat, dan ini membuatkan kita tak dapat rehat dan tidur yang berkualiti.

Ditambah pula dengan kerja pejabat yang banyak, kemudian di rumah pula banyak kerja yang perlu dibereskan. Ini menambahkan tekanan.

Tekanan akan membuatkan progress weight loss terhenti. Tekanan sangat mempengaruhi metabolisme badan. Dalam keadaan tertekan, hormon yang tak sepatutnya hadir dengan banyak, akan mula dibebaskan. Kita mudah rasa lapar, lambat rasa kenyang, susah nak tidur, hadi terganggu, rambut gugur, sistem penghadaman juga tak berkerja dengan baik.

Look. Accept it, and move on. Lalui tempoh-tempoh "sakit" ini dengan berlapang dada. Selepas semua ini selesai, you will start ascending again. Weight loss tak boleh buat cepat-cepat. Kena relax and steady.

I hope this helps you as much as it has helped my customers.

Diana Ishak
Read more

Apakah jenis bentuk badan anda? - Part 2

(a) Bentuk badan pear

Bentuk badan ini membawa sebahagian besar berat badan di bahagian bawah badan. Kebanyakannya adalah SUBCUTANEOUS FAT. Subcutaneous fat juga dikenali sebagai lemak yang boleh dicubit.

Subcutaneous fat tidak melingkari organ penting dalam badan. Bermakna, lemak jenis ini TIDAK memudaratkan kesihatan. Tetapi, lemak jenis ini lebih SUSAH untuk hilang.

Makanan untuk jenis badan ini adalah :
- makanan berserat tinggi.
- makanan rendah lemak.
- protein yang sedikit.

Bentuk badan pear juga disebabkan oleh kadar estrogen yang tinggi. Jadi, salah satu cara terbaik adalah elakkan makan daging proses (daging burger, sosej, meatball). Daging proses selalunya mengandungi hormon yang tidak diperlukan.

(b) Bentuk badan inverted triangle (segitiga terbalik)

Badan berbentuk segitiga terbalik adalah jenis badan yang lebih besar di bahagian atas, memiliki bahu dan dada yang lebar dan cenderung menyimpan lemak di bahagian atas badan. Hampir tidak berpinggang (saiz pinggang dan pinggul lebih kurang sama) dan punggung yang flat.

Badan jenis ini penting untuk memilih karbohidrat kompleks. Maknanya, pilih makanan seperti nasi, roti gandum, pasta, kentang, keledek dan sayuran berkanji seperti jagung.

Bentuk badan segitiga terbalik mesti elakkan :
- makanan berkeju
- makanan lemak tinggi, terutamanya yang masin.

Tetapi banyakkan makanan bermagnesium tinggi seperti sayur-sayuran gelap contohnya bayam.


Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart