GC Plus

Bolehkah KELANCARAN pergerakan usus menyebabkan penurunan berat badan?

Ramai yang suka timbang berat badan selepas ke tandas. Mungkin ada perubahan berat badan yang kecil, tetapi itu adalah berat najis, bukan 100% lemak.

Seseorang mungkin kehilangan berat badan [yang sangat kecil] ketika buang air besar. Berat badan yang berkurangan selepas ke tandas berbeza bagi setiap individu, tetapi secara amnya, it is not significant.

Semasa badan mengeluarkan najis, ia juga mengeluarkan gas. Ini dapat mengurangkan kembung dan membuatkan kita merasa seolah-olah berat badan turun sedikit. Penting untuk diingat bahawa ada banyak faktor mempengaruhi berat badan, bukan sekadar apa yang masuk dan keluar dari badan.

Penurunan berat badan yang berkaitan dengan toilet frequent adalah bersifat sementara. Ini adalah kerana badan sentiasa memproses makanan. Badan juga secara beransur-ansur menggantikan bahan buangan [najis] dengan memakan lebih banyak makanan.

Selain itu, setiap orang makan makanan yang berbeza. Jenis makanan yang dimakan mempengaruhi cepat atau lambat badan memproses. Jadi, kekerapan ke tandas tak boleh dijadikan kayu pengukur.

Orang dewasa yang sihat memerlukan sekitar 4–5 jam untuk mengosongkan perut dan sekitar 20-40 jam untuk najis melewati usus besar. Jadi, buang air besar 1 kali sehari adalah normal.

Buang air besar 3 hari sekali juga masih diangap normal, bergantung pada jenis makanan yang dimakan. Najis bukan hanya mengandungi makanan yang tidak dicerna, tetapi air, makanan yang tidak dapat diserap oleh badan, bakteria dan sel mati.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi berat/banyaknya najis seseorang termasuklah:
  • makanan [terutamanya pengambilan serat]
  • kekerapan pergerakan usus
  • saiz badan
  • air.
Lebih banyak makan fiber/serat, lebih banyak najis yang dikeluarkan. Jadi, perut kurang kembung.

"ADAKAH SAYA AKAN KERAP KE TANDAS SELEPAS AMBIL GC PLUS?"

Maaf, bukan KERAP tetapi LEBIH MUDAH buang air besar. GC Plus memudahkan kelancaran pergerakan usus. GC PLUS mengandungi banyak herba. These are all fiber. Lebih banyak serat dapat mendorong
pergerakan usus yang lebih teratur.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa penurunan berat badan tak boleh dilihat dari kekerapan ke tandas semata-mata. Contoh, makanan berprotein lebih mengenyangkan. Ini menyebabkan seseorang kurang merasa lapar. Bila kurang makan, berat badan boleh dikurangkan.

Tetapi, protein lebih sukar dicerna, maka sesiapa yang makan banyak protein akan kurang membuang air besar tetapi belum tentu lagi berat badannya susah turun. Faham, kan?

Berikut adalah jenis diet yang mempengaruhi pergerakan usus.

Mengurangkan pergerakan usus:
  • Diet ketogenik
  • Diet paleo
  • Diet Atkins
Mempercepatkan pergerakan usus:
  • Diet vegetarian
  • Diet dengan GC PLUS (kerana hi-fibre)
Walau bagaimanapun, tak semua orang buang air besar setiap hari. Purata antara 3 kali sehari hingga 3 kali seminggu. This is healthy range. Namun, travelling, stress, kehamilan, ubat-ubatan, dan penyakit boleh mempengaruhi pergerakan usus yang biasa.

Be sure to go when needed. Don't force the body. Tetapi sekiranya sembelit berpanjangan walau sudah mencuba pelbagai cara, sila berjumpa dengan doktor. Hubungi kami jika anda mahu cuba GC PLUS. Whatsapp kami di 0127728976 dan WAJIB nyatakan :
  • berat badan dan tinggi terkini
  • samada ada darah tinggi/diabetis
  • samada ada ambil birth control
  • samada ada PCOS/tyroid problem
Diana Ishak
Read more

Mengapa mengawal gula darah adalah kunci mendapatkan pinggang yang lebih ramping.

Gula darah (glukosa), adalah sumber tenaga utama badan. Ia menentukan seberapa lapar dan bertenaga seseorang. Glukosa dihasilkan apabila badan memecahkan karbohidrat. Manusia akan merasa lebih "lega" ketika body fat berkurang dan gula darah normal. Memakan makanan seimbang membantu menstabilkan glukosa dan memberi tenaga yang konsisten sepanjang hari. Ia juga akan membantu mengelakkan sebarang lonjakan insulin yang ketara.

Pankreas manusia menghasilkan hormon insulin yang dilepaskan ke aliran darah untuk mengatur glukosa. Insulin mengambil glukosa, kemudian memindahkannya ke aliran darah dan ke sel badan. Ia mengekalkan kadar glukosa dalam julat normal. Apabila seseorang makan gula (atau makanan kaya karbohidrat), pankreas membebaskan insulin agar semua glukosa disimpan. Lonjakan insulin ini memberitahu badan bahawa banyak tenaga available dalam aliran darah maka badan harus berhenti membakar lemak dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.

Bila seseorang makan makanan bergula tinggi/karbohidrat tinggi (roti putih) dengan konsisten, akhirnya badan berhenti terus membakar lemak dan hanya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Hasilnya, lemak dalam badan tetap kekal tidak berkurangan. Weight loss berlaku di antara waktu makan iaitu ketika gula darah masih seimbang dan tidak ada insulin yang berlebihan. Oleh itu, jika kita faham mekanisme gula darah, lebih mudah untuk menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang. Selain itu, ia dapat membantu menjaga metabolisme agar makanan diproses lebih cepat.

Manusia boleh mengimbangkan gula darah dengan cara mengelakkan makanan bergula samada yang manis atau yang tersembunyi. Gula tersembunyi banyak dalam minuman (jus buah), makanan bertepung (roti, mee) dan makanan bebas lemak. Jangan berlapar! Kelaparan tidak hanya menyebabkan pengeluaran hormon stres seperti kortisol yang mencegah penurunan berat badan, tetapi gula darah menjadi sangat rendah menyebabkan tubuh membakar otot yang akhirnya menurunkan metabolisme badan. Bila otot sudah mengecut, lemak jadi lebih lambat dibakar.

Bolehkah GC PLUS mengimbangkan gula dalam darah?

Secara indirectly, YES. Kerana, berat badan yang berkurangan mampu mengembalikan tahap gula darah ke paras normal atau lebih rendah dari sebelumnya. Kalaupun gula darah tidak kembali ke normal, ia dapat mengimbangkan aktiviti insulin atau penggunaan ubat untuk mengawal diabetes (kerana berat badan sudah menurun).
Diana Ishak
Read more

Adakah BMI Penting Untuk Selalu Diperhatikan?

Walaupun banyak produk kurus "menjual" bahawa produk mereka boleh menurunkan certain berat dalam masa yang singkat, GreenAard ada pandangan lain. Biasanya, weight loss membabitkan proses trial and error yang berterusan bagi menentukan apa yang sesuai untuk badan seseorang. Ini kerana weight loss berubah-ubah mengikut usia, genetik dan gaya hidup.

Selama bertahun-tahun, pengiraan BMI dianggap sebagai statistik penting dan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan gambaran tahap kesihatan metabolik seseorang. BMI adalah formula untuk menentukan samada seseorang mempunyai berat badan yang sihat berdasarkan ketinggian. Walau bagaimanapun BMI alone tidak memberi maklumat tepat untuk menilai komposisi badan tetapi masih valid untuk digunakan. Ada maklumat lain yang diperlukan dalam menggambarkan statistik badan, contohnya bodyfat, jisim otot, umur dan jantina.

Perbezaan hormon antara jantina memberi perbezaan dalam komposisi badan. Wanita mempunyai lebih banyak lemak, manakala lelaki lebih banyak otot. Sudah pasti weight loss progress di antara kedua jantina ini akan memberikan results berbeza walaupun mereka menjalani gaya hidup yang sama. Seiring bertambahnya usia, komposisi badan mengalami perubahan biologi. Walaupun berat badan tidak berubah secara fizikal (nampak seperti maintain), hakikatnya jisim lemak meningkat, sementara jisim otot menurun. Sebab itulah di kalangan orang yang berusia, walaupun kelihatan kurus tetapi kurus yang "lembik" (tidak solid).

Mengetahui peratusan lemak badan (bodyfat) adalah statistik penting untuk diperhatikan. Bodyfat boleh diukur dengan kaliper lipatan kulit (kulit yang boleh dicubit) atau mengambil ukuran lilitan pinggang. Sebab itulah GreenAard bekalkan weight loss tracker card yang mana di hari ke-10, pengguna GC PLUS diminta untuk mengambil ukuran pinggang. Ini kerana, inch loss = bodyfat loss.
By the way, weight loss card ini boleh di-download dari website GreenAard. Klik:

  1. www.greenaard.com
  2. Klik button Home
  3. Klik Brochure
  4. Klik Weight Loss Tracker

Jisim badan tanpa lemak adalah petunjuk kuat selain BMI. Jisim badan tanpa lemak adalah berat badan manusia jika dia tidak memiliki lemak badan. Maksudnya ia mengira semua organ, tulang, otot, darah dan kulit, kecuali lemak. Sangat penting untuk mengetahui jisim badan tanpa lemak jika ingin menurunkan berat badan dengan SELESA tanpa tekanan. Dengan memantau jisim badan tanpa lemak, seseorang dapat memantau bodyfat sekaligus. Dalam weight loss, yang perlu diturunkan adalah BODYFAT. Sebab itu, penimbang berat yang biasa tidak memberikan maklumat yang tepat.

Berat yang ditunjukkan pada penimbang tidak menyatakan samada yang turun adalah lemak atau otot. Sekiranya seseorang kurus kerana kehilangan otot, kesan diet pasti mengecewakan kerana kehilangan otot menjadikan badan kurus tetapi flabby (skinny fat). Mengetahui bagaimana mengira jisim badan tanpa lemak membantu anda menentukan berapa banyak lemak yang harus dikurangkan. Adalah lebih tepat untuk mempertimbangkan jisim badan tanpa lemak daripada berat badan pada penimbang.

Cara untuk mendapatkan jisim berat tanpa lemak:

Lelaki = (0.407 x berat [kg]) + (0.267 x tinggi [cm]) - 19.2

Wanita = (0.252 x weight [kg]) + (0.473 x height [cm]) - 48.3

Setelah mendapat nilai jisim badan tanpa lemak, anda boleh kira peratusan bodyfat pula. Caranya:

(Berat [kg] - jisim badan tanpa lemak) = berat lemak

Kemudian, (berat lemak x 100) / berat [kg] = PERATUSAN BODY FAT.

 

Dengan menggunakan peratusan body fat tadi, rujuk jadual di bawah untuk lihat di mana anda berada:

Jantina Umur Underweight Sihat/Ideal Overweight Obese
Wanita 20-40 bawah 21% 21-33% 33-39% lebih 39%
41-60 bawah 23% 23-25% 35-40% lebih 40%
61-79 bawah 24% 24-36% 36-42% lebih 42%
Lelaki 20-40 bawah 8% 8-19% 19-25% lebih 25%
41-60 bawah 11% 11-22% 22-27% lebih 27%
61-79 bawah 13% 13-25% 25-30% lebih 30%

 

Jadi bagaimana? Dah nampak di mana kedudukan anda sekarang, samada overweight atau tidak? Inilah sebenarnya method yang tepat dalam weight loss, bukan sekadar menimbang berat badan. The aim is to lose FAT. Jadi, apa kaitan dengan GC PLUS?

Mekanisme GC PLUS dalam membantu menurunkan berat badan selain dari memberi rasa kurang lapar dan block lipase inhibitor, ia bertindak dengan cara menambahkan jisim otot. Apabila enzim yang membentuk lemak telah di-block oleh HCA (bahan aktif dalam GC PLUS), glikogen akan disimpan terus ke dalam otot. Glikogen yang disimpan dalam otot akan menambahkan jisim otot secara semulajadi. Otot yang bertambah berat akan membakar lemak dengan lebih cepat. Sekiranya body fat anda berada dalam range overweight-obese, boleh cuba GC PLUS. Kami akan berikan weight loss tracker card untuk anda pantau penurunan lemak badan. Whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Adakah GC PLUS sejenis FAT BURNER?

Fat Burner adalah makanan tambahan yang dikatakan mampu membakar lemak dengan lebih cepat. Sebahagian fat burner wujud secara semula jadi, termasuklah kafein. Badan manusia secara semula jadi dapat membakar lemak melalui diet (80%) dan senaman. Bermaksud, secara lojiknya manusia tidak perlukan fat burner untuk membakar lemak.

Fat Burner dikatakan boleh membantu badan membakar lebih banyak lemak ketika bersenam. Sebab itulah fat burner selalunya disyorkan diambil sebelum bersenam. Tujuannya untuk merangsang pembakaran lemak yang lebih tinggi ketika work out. Adakah GC PLUS sejenis Fat Burner?

TIDAK. GC Plus bukan fat burner. Malah GC Plus bukanlah pil kurus. Bermakna GC Plus tidak membakar lemak dalam badan. Jadi, bagaimana GC Plus telah membantu ramai pengguna mengurangkan berat badan?

GC Plus adalah sejenis lipase inhibitor (perencat enzim lipase) yang menghalang penyerapan lemak dari makanan. Ekstrak HCA (bahan aktif dalam GC Plus) membantu mengurangkan berat badan dengan 2 cara:
  • membantu menyekat pembentukan lemak
  • mengurangkan selera makan
HCA menyekat pembentukan asid lemak yang baru dengan cara menghalang enzim sitrat lyase membuat lemak daripada karbohidrat. Apabila HCA menghalang sitrat lyase, proses pembuatan lemak dihentikan dan pengeluaran LDL (kolesterol jahat) dan trigliserida menurun. HCA juga menyekat selera makan dengan meningkatkan tahap serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter di otak yang membuatkan kita merasa seronok. Serotonin adalah sasaran kebanyak ubat antidepresan.

Kadar serotonin yang rendah membuatkan kita mudah merasa tertekan/cemas dan ini mendorong ramai orang untuk makan secara emosi. Dengan meningkatkan tahap serotonin, HCA meningkatkan mood dan menekan keinginan untuk bertindak balas terhadap situasi tekanan dengan makanan.
Diana Ishak
Read more

Kenapa najis bergerak lambat dalam usus.

Berat najis berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor:
  • saiz badan
  • tabiat makan
  • berapa banyak air yang diminum
  • keteraturan pergerakan usus
Berat najis rata-rata sekitar 480g atau kurang. Orang yang makan dan minum lebih banyak, atau yang mempunyai pergerakan usus yang lambat, najisnya lebih banyak/berat. Badan memerlukan kira-kira 33-40 jam untuk memproses makanan sebelum dikeluarkan dari badan sebagai najis. Najis bukan sahaja mengandungi air, tetapi juga:
  • bakteria mati dan hidup
  • protein
  • makanan yang tidak dicerna (serat)
  • bahan buangan
  • garam
  • lemak
Semakin lama najis mendap di usus, ia jadi semakin kering dan berat. Inilah punca sembelit. Walaupun kebanyakan orang buang air besar sekali sehari, anda masih dianggap normal jika buang air besar 3 kali sehari atau sekali setiap tiga hari. Dietary fiber (serat makanan) membantu kesihatan usus. Insoluble fiber (serat tidak larut) berfungsi menarik air ke dalam najis, menjadikannya lebih lembut dan lebih mudah bergerak melalui usus.

Insoluble fiber membantu meningkatkan keteraturan usus. Ini menyokong kepekaan insulin, dan membantu mengurangkan risiko diabetes. Jumlah insoluble fiber yang betul dapat:
  • mengawal berat badan
  • mengawal tahap tekanan darah
  • membantu menyeimbangkan tahap kolesterol dalam darah
  • mengatur pergerakan usus dan mencegah buasir
  • mengawal gula dalam darah
GC PLUS adalah sejenis insoluble fiber. Kandungan serat tidak larut di dalamnya membantu pengguna jadi lebih lawas ke tandas.
Diana Ishak
Read more

Makan julap untuk turunkan berat badan. Selamat atau tidak?

Ramai orang memilih memakan julap ketika ingin menurunkan berat badan. Boleh jadi mereka juga tidak tahu mereka sedang memakan julap. Baru-baru ini sebuah artikel dari KKM menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan dan keberkesanan penggunaan julap untuk menurunkan berat badan.

Julap adalah ubat untuk membantu merangsang pergerakan usus atau melancarkan pembuangan najis. Ia digunakan untuk merawat sembelit. Ia juga sering digunakan di dalam produk untuk menurunkan berat badan. Ramai percaya menggunakan julap membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Memang betul julap boleh membantu menurunkan berat badan, tetapi hasilnya SEMENTARA kerana fungsi julap adalah menarik air dari badan ke dalam usus. Ini membolehkan najis menyerap lebih banyak air untuk laluan usus yang lebih mudah. Dengan ini, berat badan yang turun adalah air, bukan lemak.

Julap tidak berkesan dalam mengawal berat badan. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya seperti dehidrasi (kurang air dalam badan) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Apa julap yang biasa digunakan dalam produk weight loss?

Ada 3 yang paling selalu digunakan:
  • aloe vera
  • daun senna
  • castor oil (minyak sayur dari kacang castor)

 

Castor oil
Bila dimakan, castor oil akan membebaskan asid ricinoleic (sejenis asid lemak tak tepu). Asid ricinoleic mengaktifkan reseptor tertentu di saluran pencernaan yang meningkatkan pergerakan usus. Castor oil mengurangkan sembelit dengan cara melembutkan najis.

Daun senna
Paling sering digunakan sebagai julap dalam kebanyakan produk kurus. Jika ada yang pernah menggunakan SENOKOT (boleh dibeli di farmasi) untuk merawat sembelit, anda perlu tahu ramuan utama di dalamnya adalah daun senna. Dalam daun senna ada sennosida. Sennosida mempercepat pergerakan usus dan menyerap air di usus besar.

Aloe vera
Gel aloe vera sering digunakan sebagai rawatan untuk sembelit.
Aloe vera ada glikosida anthraquinone, iaitu sebatian yang menarik air ke dalam usus dan meningkatkan frekuensi pergerakan usus.

Kelihatan bahan-bahan tadi semuanya bersifat semulajadi, dan tidak berbahaya, kan? Yes, ianya tidak berbahaya jika digunakan untuk tempoh sekejap (10 hari) bagi melancarkan pembuangan najis. Jika diambil berterusan boleh mendatangkan penyakit dalam badan.

Bagaimana dengan GC PLUS?

GC PLUS tidak ada bahan-bahan julap. Gesaan ke tandas selepas mengambil GC PLUS adalah kerana GC PLUS mengandungi serat tinggi. Serat tinggi ini menghasilkan gastrocolic reflex selepas mengambilnya. Gastrocolic reflex akan menjadi kuat sekiranya anda makan makanan tertentu selepas mengambil GC PLUS. Jika anda makan buah atau protein selepas mengambil GC PLUS, efek ke tandas kurang atau hampir tiada. Berbeza dengan produk yang mengandungi julap, tidak kira apa yang anda makan sebelum/selepas mengambilnya, gesaan ke tandas pasti berlaku dan ia berlaku dengan kerap.

Diana Ishak
Read more

Wujudkah istilah BERAT AIR?

Berat air bukanlah berat yang sebenar seperti berat badan dari otot dan lemak, tetapi istilah BERAT AIR memang wujud. Kadangkala berat badan bertambah sebanyak 1.5kg semalaman. Lemak tidak akan bertambah begitu drastik semalaman. Berat badan yang bertambah secara mendadak sebegini selalunya akibat AIR.

Badan yang terlalu banyak garam adalah faktor yang menyebabkan terjadinya BERAT AIR. Buah pinggang adalah organ yang dinamik. Ia yang menentukan samada badan harus menahan air atau tidak. Jika kita makan banyak garam (makanan bergaram) pada malam sebelumnya, maka buah pinggang akan menahan lebih banyak air untuk mencairkan atau memperbetulkan ketidakseimbangan garam dalam badan.

Air yang ditahan dalam badan akan menzahirkan keberadaannya pada bahagian tertentu badan. Air lebihan ini disimpan di seluruh badan di tisu atau di antara saluran darah, dan selalunya berkumpul di hujung kaki (jari kaki dan bahagian betis ke bawah). Badan juga cenderung menyimpan air ketika mengalami dehidrasi (kurang air). Sekiranya tidak minum cukup air, nisbah garam-air menjadi tidak seimbang dan badan akan menahan air sehingga keseimbangan pulih.

Disebabkan air, berat badan turun naik dalam seminggu. Itu normal. Penting untuk menimbang berat pada masa yang sama dan dengan cara yang sama setiap hari untuk mendapatkan gambaran yang betul mengenai berat badan keseluruhan. Ada cara untuk membuang berat air:

[a] Minum air.
Kedengarannya pelik, tetapi minum banyak air membantu menghilangkan air dan garam yang bertakung dalam badan. 2-3L air sehari memadai. Kalau tak boleh minum banyak air, makan banyak makanan yang mengandungi air, contohnya tembikai.

[b] Tambah kalium (potassium)
Kalium membantu menstabilkan banyak fungsi penting tubuh, termasuk tekanan darah dan keseimbangan air. GC PLUS ada kandungan kalium yang tinggi. Sebab itulah kami tidak benarkan sesiapa yang ambil ubat darah tinggi memakan GC PLUS kerana kalium boleh mengganggu ubat-ubatan yang digunakan untuk tekanan darah tinggi. Disebabkan GC PLUS ada kalium, that's why penting untuk anda perhatikan progress berat badan sepanjang 10 hari pertama (guna weight loss card). Kerana dalam 10 hari ini berat air pasti turun. Sekiranya berat badan turun kurang dari 580g dalam tempoh 10 hari tersebut, pasti badan anda ada something wrong. Banyak garam, maybe. 10 hari pertama adalah indicator bahawa badan anda adalah "normal".

[c] Makan banyak serat (fiber)
Sistem pencernaan yang sihat adalah kaedah terbaik untuk membuang berat air. Apa sistem pencernaan lancar, itu bermaksud semuanya seimbang. Jadi jika badan membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau sembelit, berat badan pasti susah untuk turun.
Diana Ishak
Read more

Hati dan Kolesterol: Apa harus kita tahu tentangnya.

Sebilangan besar kolesterol dalam badan dibuat di hati dan diperlukan oleh badan. Tetapi ada kolesterol yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Lemak berkumpul di sekitar hati jika darah mengandungi kolesterol yang tinggi. Senario ini boleh menyebabkan NAFLD (sejenis penyakit hati) dalam jangka masa panjang. NAFLD selalu berlaku di kalangan orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau menghidap diabetes.

NAFLD juga menghalang kemampuan hati untuk menghasilkan atau membersihkan kolesterol (kolesterol jahat). Keadaan ini boleh menyebabkan lonjakan kolesterol seseorang. Bila kolesterol tinggi, badan sukar mengagihkan lemak dengan baik. Biasanya, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala. Tetapi jika anda mempunyai berat badan berlebihan dan sukar menurunkan berat, atau menghidapi penyakit jantung dan diabetis, cubalah lakukan ujian kolesterol. Pasti tinggi.

Diet yang betul dapat mengurangkan risiko terkena penyakit hati. Biasanya, doktor akan meminta melakukan perubahan pada diet dan bersenam terlebih dahulu. Sekiranya berlebihan berat badan, doktor akan menyarankan untuk menurunkan berat badan. Seseorang yang ada kolesterol tinggi kadang-kadang terpaksa mengambil ubat kolesterol (statin). Walau bagaimanapun, ketika mengambil statin secara rutin tetapi berat badan tidak dikawal, kolesterol tetap susah untuk turun. Penting untuk memastikan berat badan juga dikawal.

Bila berat badan telah mencapai berat ideal, perlu dipastikan perubahan ini dikekalkan untuk mengelakkan kolesterol tinggi kembali. The liver can repair itself up to a certain point. Maksudnya seseorang dapat mengurangkan kerosakan hati jika kolesterol dan befrat badan dikawal dari awal. Kita boleh nampak di sini bahawa banyak risiko penyakit yang dapat dielakkan apabila berat badan dikawal terlebih dahulu. Berat badan-kolesterol-penyakit hati-jantung-diabetis adalah saling berkait di antara satu sama lain. Selalunya, the root cause adalah bodyfat.



Whatsapp kami di 012-7728976.
Jika anda ada point dengan GreenAard boleh tebus 600 point untuk diskaun RM10.
Diana Ishak
Read more

Skin Tags

Kulit adalah organ terbesar badan. Kulit juga organ yang paling ketara dari luar. Perubahan warna, jeragat atau lebam membuatkan kita cepat bimbang seperti ada sesuatu yang tidak kena. Salah satu jenis masalah kulit adalah SKIN TAGS, iaitu sejenis kutil berwarna gelap seakan-akan tahi lalat tetapi bertangkai (tidak melekap sepenuhnya pada kulit seperti tahi lalat). Ukurannya sekitar 2-5mm tetapi boleh tumbuh lebih besar hingga setengah inci.

Seseorang boleh mempunyai satu atau lebih skin tags pada badan. HAMPIR SEMUA ORANG BERPOTENSI MENDAPAT SKIN TAGS. Walaupun skin tags boleh tumbuh di banyak tempat di badan, biasanya ia tumbuh pada leher, ketiak, belakang badan, kelopak mata, dan paha. Masih tidak dapat dipastikan apa penyebab utama skin tags tapi ia selalu tumbuh pada kawasan lipatan kulit. Inilah sebabnya kenapa kegemukan dikatakan meningkatkan risiko mendapat skin tags.

Kegemukan sering dikaitkan dengan peningkatan tahap hormon leptin. Leptin adalah produk obes (Ob) yang dapat merangsang pertumbuhan dan percambahan sel epitelium pada lapisan dermis dan epidermis. Jadi boleh nampak kan kaitan antara kegemukan dan masalah kulit seperti skin tags?

Selain dari itu, skin tags tumbuh apabila kolagen dan saluran darah terperangkap di bawah lapisan kulit yang tebal (lapisan perut dan paha menjadi tebal akibat kegemukan).

Skin tags juga merupakan amaran awal terhadap ketahanan insulin. Satu atau dua skin tags mungkin tidak membimbangkan tetapi sekiranya ia tumbuh dengan banyak, mungkin memberi petunjuk ada masalah diabetis.

Mereka yang mempunyai skin tags selalunya tahap kolesterol lebih tinggi, gula darah lebih tinggi dan kadar lemak yang lebih tinggi (trigliserida) yang semuanya merupakan faktor kegemukan dan risiko diabetes.

Skin tags tumbuh lebih kerap pada:
  • orang yang berlebihan berat badan.
  • mereka yang menghidap diabetes.
  • orang yang tahap kolesterolnya tinggi.
  • wanita mengandung, akibat perubahan hormon.
  • orang yang mengalami ketidakseimbangan hormon seks, terutamanya estrogen dan progesteron (terutamanya PCOS).
  • keturunan, mempunyai ahli keluarga yang ada skin tags.
Rawatan skin tags di rumah:
  • Tea tree oil
Tea tree oil mempunyai sifat antivirus dan antifungal dan selamat digunakan pada kulit. Pertama, bersihkan kawasan skin tags. Dengan menggunakan kapas, sapkan tea tree oil di atas skin tags dengan lembut. Tutup dengan pembalut dan biarkan semalaman. Ulang rawatan selama beberapa malam sehingga skin tags kering dan tertanggal.
  • Kulit pisang
Jangan buang kulit pisang terutamanya jika ada skin tags. Letakkan kulit pisang di atas skin tags dan tutup dengan pembalut. Lakukan ini setiap malam sehingga skin tags tertanggal.
  • Cuka Epal
Rendam kapas dalam cuka epal kemudian letakkan kapas di atas skin tags. Balut dengan pembalut selama 15 hingga 30 minit, dan kemudian cuci bahagian yang disapu tadi. Ulangi setiap hari selama beberapa minggu. Keasidan cuka epal memecahkan tisu di sekitar skin tags, menyebabkannya tertanggal.

GreenAard tidak mempunya produk untuk merawat skin tags. Tetapi kami ada produk yang boleh mengelakkan skin tags tumbuh semula selepas anda merawatnya. Ini kerana, walaupun skin tags dapat dibuang, potensi untuk ia tumbuh kembali tetap ada sekiranya PUNCA SKIN TAGS tidak dirawat. Kegemukan menjadi salah satu punca skin tags. Turunkan berat badan dan kurangkan kolesterol. GreenAard cadangkan:
  • GC Plus - membantu menurunkan berat badan.
  • Nutrijuice - membantu mengurangkan kolesterol LDL dan triglyceride ke tahap normal.
  • Basic Value Pack - mengandungi GC Plus dan Nutrijuice serta percuma Cleansing Gel 25ml.
Whatsapp 012-7728976
Diana Ishak
Read more

Lakukan Reverse Dieting

Reverse Dieting adalah teknik yang melibatkan pengambilan kalori secara beransur-ansur dalam beberapa minggu untuk meningkatkan metabolisme dan membantu badan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Teknik ini popular di kalangan atlet. Selepas beberapa ketika mereka berdiet, lama kelamaan badan mula beradaptasi menyebabkan metabolisme menjadi lambat dan penurunan berat badan jadi stuck.

Reverse Dieting biasanya melibatkan pertambahan kalori sebanyak 50-100 kalori setiap minggu melebihi tahap kalori yang diperlukan oleh badan (jumlah kalori yang perlu untuk mengekalkan berat badan). Menambahkan pengambilan kalori dapat meningkatkan metabolisme dan membantu tubuh membakar lebih banyak lemak melalui termogenesis tanpa senaman (aktiviti sehari-hari seperti berjalan, bercakap, menggeliat).

Di samping itu, reverse dieting dapat menormalkan tahap hormon seperti leptin yang mengatur selera makan dan berat badan. Apabila seseorang berdiet, leptin kurang dihasilkan. Ini menyebabkan pembakaran kalori juga berkurang. Bila pembakaran kalori berkurang, penurunan berat badan tidak berlaku malah stuck (plateau). Bila reverse dieting dipraktikkan, peningkatan pengambilan kalori akan menormalkan tahap hormon leptin dan badan mula "bekerja" semula. Reverse Dieting mengurangkan risiko makan berlebihan, cravings dan weight plateau.

Diet yang terlalu lama dapat mengubah tahap beberapa hormon dalam badan. Sebagai contoh, penurunan berat badan selama 10 minggu menyebabkan penurunan leptin (hormon kenyang) dan peningkatan ghrelin (hormon lapar). Peningkatan pengambilan kalori secara beransur-ansur dapat mengimbangkan tahap kedua hormon tersebut dan perlahan-lahan mengurangkan rasa lapar. Badan akan mula membakar lemak dan berat badan akan kembali berganjak dari tahap plateau.

Pengguna GC PLUS yang telah menggunakan GC PLUS beberapa ketika boleh mencuba teknik reverse dieting ini terutama sekali jika anda PASTI sudah mengawal makan dan bersenam tetapi berat badan tiba-tiba berhenti menunjukkan progress.
Diana Ishak
Read more

Mengapa terlalu banyak bersenam mencegah penurunan berat badan

Dari kajian klinikal dan pengalaman peribadi, I can tell you that senaman berlebihan boleh menghentikan penurunan berat badan. How?

Apabila terlalu banyak bersenam, tahap hormon kortisol meningkat. Remember! Badan tidak mengetahui perbezaan antara stress bersenaman dan stress normal. Bila badan ditekan untuk terus bersenam, tahap kortisol go haywire. . Kortisol yang tinggi menghentikan badan dari membakar lemak kerana badan sedang sibuk mengimbangkan sistem saraf parasimpatik. Sebab itulah ada yang merungut "Hari-hari saya ke gym tapi berat badan turun tak banyak mana".

Tetapi itu tak bermakna anda harus berhenti bersenam. Teruskan jika mahu tetapi hadkan kepada 3-4 kali sahaja seminggu. Stop putting the pressure on yourself every day to be exercising intensely. Bersenamlah selama 30 minit sehari sahaja atau latihan intensiti tinggi 1-2 kali seminggu. Selebihnya banyakkan bergerak (berjalan). Badan yang cukup rehat lebih mudah menurunkan berat.

Dalam menurunkan berat badan, tidak boleh terlalu banyak makan dan terlalu banyak bersenam. Memaksa badan melakukan senaman melebihi had boleh menyebabkan keletihan, penurunan prestasi, dan kenaikan berat di sekitar perut akibat fungsi hormon kortisol terganggu (kacau-bilau). Dengan kata lain, senaman yang banyak belum tentu mengurangkan lemak. Apabila badan keletihan akibat senaman yang melampau, badan akan busy memulihkan badan berbanding membakar badan. Keseluruhan sistem saraf pusat diatur oleh sistem hormon. Bila hormon kacau-bilau akibat senaman yang banyak, you’ve got some serious issues.
Diana Ishak
Read more

Badan saya tak gemuk tapi double chin tak berkurangan.

Double chin juga dikenali sebagai lemak submental. Ia adalah keadaan biasa yang berlaku apabila lapisan lemak terbentuk di bawah dagu. Double chin sering dikaitkan dengan kenaikan berat badan, tetapi tidak semestinya. Genetik dan looser skin akibat penuaan juga boleh menyebabkan double chin.

Walaupun anda makan eat clean dan bersenam setiap hari, double chin adakalanya tidak hilang. Double chins are tough to eliminate. Umur, postur, dan genetik ada peranan dalam pembentukan lemak bawah dagu. Itulah sebabnya diet dan senaman semata tidak selalu mencukupi untuk mengurangkan double chin.

Ada satu lagi perkara yang perlu dipandang serius, iaitu masalah tiroid. Double chin juga merupakan penunjuk untuk tiroid yang tidak aktif. Bagaimana nak tahu jika double chin anda tidak ada kaitan dengan masalah berat badan tetapi tiroid?

Keletihan
Adalah biasa merasa keletihan setelah beberapa hari tidak cukup rehat (tidur), tetapi keletihan yang berterusan walaupun mendapat tidur yang cukup boleh menjadi tanda hipotiroidisme.

Cepat merasa sejuk
Hampir 40% lelaki dan wanita dengan hipotiroidisme mudah merasa sejuk, tanpa mengira suhu. Sekiranya kelenjar tiroid slows down, ia akan mempengaruhi metabolisme. Apabila kadar metabolisme basal (BMR) menjadi perlahan, badan menghasilkan sedikit haba, sebab itulah selalu merasa sejuk. Sekiranya anda merasa sejuk tetapi orang di sekitar merasa selesa, don’t brush it off. Sila berjumpa doktor.

Keguguran rambut
Kelenjar tiroid yang tidak aktif menyebabkan pertumbuhan folikel rambut menjadi perlahan, dan itulah sebabnya rambut menipis. Ini adalah tanda hipotiroidisme. Walaupun tidak ada tompokan botak, rambut kelihatan lebih nipis daripada sebelumnya.

Kulit gatal
Kulit yang selalu kering dan gatal juga tanda hipotiroidisme. Hampir 75% orang dengan hipotiroidisme mengalami kulit gatal dan kering. Puncanya sama seperti masalah rambut menipis tadi. Bila pertumbuhan folikel rambut (bulu roma) melambat, pembaharuan sel kulit menjadi perlahan, dan ini mengakibatkan kulit kering dan gatal.

Tetapi sekiranya anda bebas dari masalah tiroid, boleh jadi punca double chin adalah yang kami nyatakan di awal tadi - genetik, postur dan masalah berat badan. Apa jalan penyelesaiannya? Ada 3:
  • surgery
  • turunkan berat badan
  • facial mask
Memakai facial mask dengan rutin membantu menegangkan kulit dan mengurangkan double chin.
Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart