Lakukan Reverse Dieting
Reverse Dieting adalah teknik yang melibatkan pengambilan kalori secara beransur-ansur dalam beberapa minggu untuk meningkatkan metabolisme dan membantu badan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Teknik ini popular di kalangan atlet. Selepas beberapa ketika mereka berdiet, lama kelamaan badan mula beradaptasi menyebabkan metabolisme menjadi lambat dan penurunan berat badan jadi stuck.
Reverse Dieting biasanya melibatkan pertambahan kalori sebanyak 50-100 kalori setiap minggu melebihi tahap kalori yang diperlukan oleh badan (jumlah kalori yang perlu untuk mengekalkan berat badan). Menambahkan pengambilan kalori dapat meningkatkan metabolisme dan membantu tubuh membakar lebih banyak lemak melalui termogenesis tanpa senaman (aktiviti sehari-hari seperti berjalan, bercakap, menggeliat).
Di samping itu, reverse dieting dapat menormalkan tahap hormon seperti leptin yang mengatur selera makan dan berat badan. Apabila seseorang berdiet, leptin kurang dihasilkan. Ini menyebabkan pembakaran kalori juga berkurang. Bila pembakaran kalori berkurang, penurunan berat badan tidak berlaku malah stuck (plateau). Bila reverse dieting dipraktikkan, peningkatan pengambilan kalori akan menormalkan tahap hormon leptin dan badan mula "bekerja" semula. Reverse Dieting mengurangkan risiko makan berlebihan, cravings dan weight plateau.
Diet yang terlalu lama dapat mengubah tahap beberapa hormon dalam badan. Sebagai contoh, penurunan berat badan selama 10 minggu menyebabkan penurunan leptin (hormon kenyang) dan peningkatan ghrelin (hormon lapar). Peningkatan pengambilan kalori secara beransur-ansur dapat mengimbangkan tahap kedua hormon tersebut dan perlahan-lahan mengurangkan rasa lapar. Badan akan mula membakar lemak dan berat badan akan kembali berganjak dari tahap plateau.
Pengguna GC PLUS yang telah menggunakan GC PLUS beberapa ketika boleh mencuba teknik reverse dieting ini terutama sekali jika anda PASTI sudah mengawal makan dan bersenam tetapi berat badan tiba-tiba berhenti menunjukkan progress.