GC Plus

Banyak tidur jadi gemuk, atau kurang tidur jadi gemuk?

Di sini kami akan membincangkan bagaimana tidur mempengaruhi selera makan, pencernaan, dan metabolisme badan. Ada hubungan yang cukup kuat antara tidur dan berat badan, dari sudut sains. 

Tidur yang cukup (tetapi tidak terlalu banyak) membantu mengurangkan potensi kegemukan. Apabila tidak cukup tidur, metabolisme badan menjadi lambat. Metabolisme adalah proses di mana badan menukar kalori (makanan) menjadi tenaga. Tidur yang tidak berkualiti menjadikan lebih banyak kalori ditukar sebagai lemak.

Sains menunjukkan kurang tidur dapat merangsang badan mengeluarkan lebih banyak hormon insulin dan hormon kortisol. Tahap insulin dan kortisol yang tinggi mendorong badan menyimpan tenaga sebagai lemak, terutama di perut. Tidur yang kurang berkualiti meningkatkan selera makan. Ini termasuklah tidur yang kurang nyenyak dan kurang tidur. Bila ini berlaku, hormon yang mengawal rasa lapar dan rasa kenyang menjadi kacau-bilau.

Bagaimana cara tidur menggangu aktiviti hormon?

Caranya:
Akibat kurang tidur, tahap hormon ghrelin (hormon yang merangsang rasa lapar), meningkat. Pada masa yang sama, tahap hormon leptin (hormon yang mendorong perasaan kenyang), turun. 

Tidur yang tidak cukup juga dikaitkan dengan perubahan tahap serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter yang mempunyai pengaruh besar terhadap mood dan selera makan. Bila tidak cukup tidur, badan membebaskan hormon kortisol. Hormon kortisol adalah hormon stress. Bila hormon ini banyak dalam badan (akibat tidur yang tidak cukup), ia akan merangsang pula hormon lapar (ghrelin). Hormon ghrelin yang banya dalam badan akan merencatkan pembebasan serotonin, sedangkan serotonin mengurangkan selera makan. Sebab itulah mereka yang kurang tidur dan stress sentiasa mahu makan. 

Kerana itulah GC PLUS bukan pembakar lemak (fat burner) tetapi penyekat selera makan dengan cara merangsang pembebasan serotonin. Pengguna merasa kurang lapar dan mudah merasa kenyang setelah mengambilnya.
Diana Ishak
Read more

Jantung berdebar-debar bila ambil pil kurus?

Mengambil pil kurus boleh mendatangkan kesan sampingan apabila kita tidak kenal diri sendiri. Selalunya mereka yang ingin kurus akan mengabaikan faktor kesihatan demi mencapai berat badan yang diinginkan. Antara kesan sampingan termasuklah denyutan jantung laju atau jantung berdebar-debar. Walaubagaimanapun, kesan sampingan ini tidak dirasa oleh semua orang yang mengambil pil kurus yang sama.

Kebanyakan pil kurus mengandungi bahan peransang (stimulant) yang bertujuan meningkatkan metabolisme bagi membantu badan membakar kalori lebih cepat. Sesetengah orang sensitif kepada stimulant berbanding orang lain. Mengambil pil kurus yang sama dengan orang lain tidak menjamin hasilnya juga sama. Begitu juga dengan kesan sampingan, bukan semua orang mendapat kesan sampingan yang sama.

Note : Kesan sampingan = loya, pening, toilet frequent, sakit perut, mengantuk.

Sekiranya pil yang diambil membuatkan dada berdebar-debar, pertama sekali cuba periksa nadi untuk memastikan jika jantung berdegup lebih laju. Semakan pada nadi leher adalah yang terbaik kerana denyutan lebih ketara di tekak dan leher. Kadar jantung normal adalah antara 60-100 seminit. Apa-apa yang lebih dari 100 denyutan seminit semasa berehat biasanya tidak bahaya, tetapi petanda badan tidak boleh bertoleransi dengan bahan stimulant dalam pil diet tadi.

Antara stimulant yang paling biasa ialah kafein dan teh hijau. Bahan-bahan ini meningkatkan kadar jantung dengan ketara (akibat aktiviti metabolisme bertambah). Jika badan anda sensitif pada bahan ini, dada akan merasa berdebar. Teh hijau mengandungi kafein. Namun, kandungan teh hijau dalam setiap pil berbeza-beza. Kafein dalam green tea lebih kurang 2-5%. Kafein dalam teh hijau membantu menurunkan berat badan. Ia juga merangsang sistem saraf pusat memberikan rangsangan tenaga.

Kafein dalam teh hijau juga merangsang jantung. Untuk yang belum pernah mengambil teh hijau, badan mungkin akan alami 'kejutan' yang membuatkan jantung menjadi laju. Memandangkan dalam GC PLUS juga ada 4% ektrak teh hijau, sesiapa yang merasa kadar degupan jantung lebih laju dari biasa setelah mengambilnya, cuba periksa faktor lain.
  • ada ambil ubat-ubatan/supplement lain?
  • ada ambil extra kafein melalui kopi/teh?
Cadangan kami, cuba berhenti seketika mengambil kopi/teh, ATAU kurangkan pengambilan kopi/teh, ATAU kurangkan dos GC PLUS. Orang yang mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi mesti berhati-hati jika mahu mengambil sebarang pil kurus. Kebanyakan doktor tidak mencadangkan pesakit mengambil sebarang produk yang mengandungi stimulant untuk orang yang ada masalah ini.

Debaran jantung boleh menjadi serius kalau anda ada masalah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi. Sebab itulah, kami di GreenAard amat menitik beratkan medical history bakal pengguna. Jika berminat untuk mencuba GC PLUS, pastikan:
  • BMI overweight/obese. Jika normal, tak perlu ambil.
  • tidak mengambil ubat darah tinggi. GC PLUS ada kalium yang boleh menggangu ubat darah tinggi.
  • tidak ada masalah buah pinggang.
  • tidak ada masalah tiroid.
  • tidak mengambil birth control
Diana Ishak
Read more

"Najis saya berwarna merah setelah makan dragon fruit. Adakah ini tindakbalas GC PLUS?"

Tidak. Bukan kerana tindakbalas GC PLUS. Sekiranya memakan dragon fruit, najis dan air kencing boleh berubah menjadi warna merah jambu atau merah. Kalaupun tidak memakan dragon fruits, najis boleh datang dalam pelbagai warna. Warna coklat, bahkan hijau masih dianggap normal. Walau bagaimanapun, warna najis yang 'rare' menunjukkan keadaan usus yang berpotensi serius.

Warna najis biasanya dipengaruhi oleh apa yang dimakan serta jumlah hempedu di dalam najis. Semasa pigmen hempedu melalui saluran usus, ia berubah dari pigmen hijau menjadi coklat.

Najis berwarna hijau.
Berlaku mungkin kerana makanan bergerak melalui usus besar terlalu cepat. Akibatnya, hempedu tidak mempunyai masa untuk break down completely. Mungkin juga banyak memakan sayuran berdaun hijau, pewarna makanan/minuman hijau, atau suplemen zat besi.

Najis berwarna terang/putih
Berlaku akibat kekurangan hempedu dalam najis. Mungkin saluran hempedu tersumbat. Mungkin juga akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat cirit-birit.

Najis berwarna kuning, berminyak, dan berbau busuk
Berpunca dari lemak yang berlebihan dalam najis. Boleh juga disebabkan protein gluten yang banyak (akibat banyak makan roti, cereal atau pasta).

Najis berwarna hitam
Berlaku pendarahan di saluran gastrointestinal atas, seperti perut. Boleh juga disebabkan supplement iron (zat besi).

Najis berwarna merah
Berlaku pendarahan di saluran usus bawah, seperti usus besar atau rektum akibat buasir. Boleh juga disebabkan makan makanan dengan pewarna merah, cranberry, jus tomato, dragin fruits atau minuman dengan pewarna merah.

GC PLUS hanya mengandungi herba-herba dapur seperti bawang putih, halia, daun teh, asam gelugur, habatussauda dan pegaga. Tidak ada apa yang 'rare' dalam GC PLUS, hanya formulasi saja menjadikan mekanismenya berbeza dengan produk lain. Jangan risau, ia tidak akan membuatkan najis bertukar menjadi merah.
Diana Ishak
Read more

Kenapa sesetengah orang tidak gemuk walaupun makan banyak.

Kita selalu diberitahu bahawa untuk mengekalkan berat badan yang sihat, harus berhati-hati dengan apa yang kita makan. Tetapi sekurang-kurangnya kita ada seorang kawan yang kuat makan dan tak rajin tetapi badan maintain kurus. Ini membuatkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia di sebalik badan yang kekal kurus. Adakah itu metabolisme badan mereka atau ada sebab yang lain?

Di sini kami huraikan mengapa beberapa orang kekal slim walau sebanyak apa pun mereka makan. Metabolisme yang tinggi bukan satu-satunya faktor di sebalik badan yang kekal slim. Agak rumit untuk dijelaskan sebenarnya kerana nelibatkan beberapa perkara.

Genetik, pemakanan, dan tingkah laku membantu orang-orang ini kekal langsing. Setiap individu berbeza dan cara mereka menjaga berat badan bergantung pada faktor ini. Kebanyakan orang yang kelihatan makan banyak di depan kita sebenarnya makan seperti kita juga. Hanya kerana kita nampak mereka makan pizza tidak bermakna mereka makan pizza setiap hari.

Hanya kerana mereka makan roti canai every other day, tidak bermakna mereka makan banyak sepanjang hari. Boleh jadi, mereka mengimbanginya dengan hanya makan itu sahaja pada hari itu. Boleh jadi juga mereka makan sekali sahaja setiap hari. Ini bermakna pengambilan kalori harian mereka tetap sama dengan pengambilan kalori anda.

Faktor lain yang membantu orang kurus kekal kurus adalah tahap aktiviti fizikal mereka. Kekal aktif bukan bermaksud menghabiskan berjam-jam di gim. Hanya perlu bergerak lebih banyak sepanjang hari seperti melakukan kerja-kerja di rumah. Genetik juga memainkan peranan. Kajian menunjukkan pengaruh genetik membantu membakar lebih banyak kalori walaupun anda dan dia melakukan aktiviti yang sama.

Genetik memainkan peranan UTAMA dalam penurunan dan pertambahan berat badan. Ada 250 kawasan DNA yang berbeza dikaitkan dengan kegemukan. Didapati mereka yang gemuk semula jadi (dari kecil) atau yang sukar menurunkan berat badan mempunyai lebih gen yang berkaitan dengan obesiti.

Tetapi gen bukan satu-satunya perkara yang menyumbang kepada kenaikan berat badan atau penurunan berat badan. Kerana dalam sebiah kajian obesiti, ada orang memiliki genetic determinants for obesity tetapi masih kurus. Itu adalah bukti bahawa walaupun genetik berperanan menentukan berat badan, tetapi ia bukan satu-satunya kekuatan pendorong.

Corak tidur, gaya hidup, pilihan makanan, dan aktiviti fizikal juga menentukan berat badan. Oleh itu, jika benar-benar berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal, jangan hanya fokus pada makan atau aktiviti, tetapi buat perubahan dalam tabiat gaya hidup keseluruhannya. GC PLUS bukanlah membakar lemak tetapi mengurangkan selera makan, meningkatkan rasa kenyang dan memperlahankan pembentukan lemak baru.
Diana Ishak
Read more

Apa yang perlu dilakukan apabila berat badan tidak turun.

Berat badan yang tiba-tiba statik berlaku pada atlet, dan itu juga boleh berlaku pada orang yang sedang berdiet. Setelah berdiet berbulan-bulan dan melihat penurunan berat badan, tiba-tiba jarum skala penimbang tidak bergerak. Hal ini sering berlaku selepas beberapa ketika penurunan berat badan. Ia juga selalu berlaku ketika seseorang sudah hampir dengan berfat badan impian.

It’s very discouraging bila tidak melihat hasil diet. Memburukkan lagi keadaan, berat tersekat selama beberapa bulan. Ini dipanggil WEIGHT PLATEAU. Weight plateau bukanlah sesuatu yang luar biasa. Apabila berat badan menurun dan komposisi badan berubah, begitu juga dengan keperluan pemakanan.

Apabila berat badan berkurangan, badan bukan sahaja kehilangan lemak tetapi juga otot. 25% tisu badan yang hilang semasa penurunan berat badan berasal dari otot. Oleh kerana otot sangat penting untuk menjaga metabolisme, kehilangannya dapat mengurangkan kadar metabolisme dan menghalang penurunan berat badan.

Pada ketika ini, seseorang perlu membina otot melalui strength training sekiranya mahu nampak perubahan berat badan. Badan juga secara semula jadi berusaha untuk mengekalkan berat badan tertentu di mana ia paling selesa. Sekiranya seeorang sudah merasa selesa dengan berat badan semasa, mungkin itu petanda badan telah sampai di zon selesa.

Sekiranya badan dipaksa untuk terus mengurangkan berat lagi, biasanya akan berakhir dengan kenaikan berat badan. Sebab itulah kami selalu menasihatkan sekiranya berat anda hanya excess 5kg dari ideal weight, tidak perlu mengambil GC PLUS. Cukup hanya dengan berpuasa.

Ada yang merasa pelik mengapa menu yang sama ketika berat badan 80kg, tidak lagi menyebabkan berat badan turun dengan cepat ketika 60kg. Ini kerana, semakin ringan badan, semakin sedikit kalori yang digunakan. Jadi, ketika berat sudah menurun, perlu ada perubahan dari segi menu.

Faktor lain yang dapat mempengaruhi penurunan berat badan termasuk masalah kelenjar tiroid atau adrenal, ubat-ubatan yang diambil, kehamilan, penyusuan, menopaus, dan merokok. But more likely, berat badan berada di weight plateau kerana portion makanan yang tidak berubah, atau aktiviti fizikal yang sudah menurun. Mungkin juga kerap menikmati makanan berkalori tinggi.

Sebahagian orang menjangkakan kadar penurunan berat badan mereka akan berterusan. Most people hilang berat badan lebih cepat di awal berdiet. Walau bagaimanapun, kehilangan berat yang cepat kebanyakannya adalah cecair. Berat yang turun tidak menggambarkan berapa banyak tisu lemak yang telah dibakar.

Berat badan yang sebenar hanya akan dilihat selepas 7-10 hari anda mula berdiet (atau menggunakan GC PLUS), iaitu dengan mengukur lilitan pinggang.
Diana Ishak
Read more

5 cara untuk tahu samada anda gemuk.

#1 Ukuran pinggang
Kaedah terbaik untuk tahu samada badan melebihi berat ideal adalah dari ukuran pinggang. Lingkaran pinggang lebih besar dari 35 inci (wanita) dan lebih besar daripada 40 inci (lelaki) bukan sahaja memberi petanda overweight tetapi amaran tahap kesihatan.

Lingkaran pinggang di atas angka-angka itu menunjukkan lemak perut berlebihan dan lemak di sekitar organ badan bertambah. Ini meningkatkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan sindrom metabolik. Untuk mengukur lilitan pinggang, yang diperlukan hanyalah pita pengukur. Letakkan di bahagian atas tulang pinggul, bawa ke keliling perut. Pastikan pita lalu di atas pusat.

Sebab itulah weight lost tracker card kami ada ruangan untuk anda catat ukuran pinggang hari pertama menggunakan GC PLUS dan hari ke-10. Kerana dalam tempoh 10 hari, jika konsisten dengan GC PLUS, ukuran pinggang akan menyusut. Lemak badan tidak diukur dengan penimbang berat badan tetapi pita pengukur. Penimbang berat memberi angka berat badan keseluruhan sedangkan yang kita mahukan adalah penuruna berat lemak, bukan berat air atau otot.

We do not condone body shaming but we also cannot condone people pretending that obesity is healthy. Beauty may be skin deep but fat deposits go all way to your internal organs. We are sorry, but gemuk is not awesome.

#2 Berdengkur
Berdengkur dengan berlebihan may be a good reason to check your weight. Jika kerap berdengkur dan jarang tidur nyenyak, you may suffer from sleep apnea. Sleep apnea adalah keadaan yang menyebabkan pernafasan berhenti berulang kali ketika sedang tidur. Ini boleh menyebabkan kehilangan oksigen dan keletihan semasa bangun tidur.

Kebanyakan orang dengan sleep apnea cenderung berdengkur kerana saluran udara tersumbat. Apabila badan menyimpan lemak di leher, ia menyempitkan saluran udara menyebabkan pernafasan tersekat atau berhenti bernafas.

#3 GERD atau pedih ulu hati yang kerap
Pertambahan berat badan walaupun sedikit, boleh meningkatkan jumlah asid refluks. Lebih daripada 1/3 individu yang berlebihan berat badan dan obese mendapat GERD.

#4 Sakit sendi
Obesiti adalah faktor osteoartritis (arthritis yang paling biasa). Osteoartritis menyebabkan kemerosotan sendi. Berat badan yang bertambah memberi tekanan yang lebih pada semua sendi. Jika mengalami sakit lutut, pinggul, atau sakit belakang, mungkin ini tanda masalah berat badan.

#5 Keletihan yang melampau
Berat berlebihan memberi tekanan tambahan pada organ termasuk paru-paru. Jika tugas mudah, seperti membersihkan bilik menyebabkan keletihan, sesak nafas, atau kesukaran bernafas, mungkin ada kaitan dengan berat badan.

Individu yang berlebihan berat badan dan gemuk ada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap asma. Masalah berat badan menyebabkan keradangan saluran udara dan menyukarkan pernafasan. Jadi, sekiranya ada tanda-tanda ini pada diri, semak semula berat badan:
  • Ukuran pinggang
  • Berdengkur
  • Kerap pedih ulu hati
  • Sakit sendi
  • Selalu letih
Diana Ishak
Read more

Hilangkan lemak di perut dengan realistik.

Ramai yang tertarik dengan iklan-iklan di internet yang mengaku ada cara untuk "membuang lemak perut". Jika anda salah seorang dari mereka, you're not alone. Ramai yang mencuba apa sahaja dan segala-galanya untuk mendapatkan perut yang rata.

But is there really a magic bullet - cara yang cepat dan mudah untuk menghilangkan lemak perut? In short, no. Tetapi ada cara untuk membuang lemak perut. GC PLUS tidak boleh membuatkan perut menjadi kempis. Malah, TIDAK ADA SATU PUN PRODUK KURUS yang boleh buatkan perut jadi flat.

GC Plus membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal secara keseluruhan, bukan mensasarkan bahagian badan tertentu. Lemak tidak hilang dengan mudah. Jika anda makan pil kurus hari ini, dan lusa hilang 2kg, sorry itu bukan hilang lemak tetapi air.

Untuk hilangkan lemak perut, start simple. Beri tumpuan kepada mengubah atau memperbaiki hanya SATU perkara. Setelah berjaya mencapai objektif pertama, barulah beralih ke perkara seterusnya. Salah satu step yang selalu kami cadangkan adalah mengurangkan atau berhenti mengambil makanan/minuman bergula. Bukan sahaja soda, tetapi juga jus.

Separuh dari gula adalah fruktosa. Badan kita tidak membakar fruktosa. Sebaliknya fruktosa ditukar menjadi lemak, yang kebanyakannya tinggal di dalam perut. Tetapi itu tak bermakna perlu tolak gula 100%. Gula tidak akan menyebabkan kegemukan jika diambil dengan berpada-pada. The trouble with it is, gula menyebabkan badan menginginkan lebih banyak benda manis (crave more sweets). So, pilihan terbaik adalah jangan mulakan, nanti susah nak stop.

Cuba dulu kurangkan/berhenti pengambilan gula, you will see the difference. GC Plus merangsang otak menghasilkan serotonin. Serotonin adalah bahan kimia di otak yang memberikan rasa tenang. Apa bila badan dalam keadaan tenang, hormon kortisol akan disimpan, hormon lapar (Ghrelin) akan disimpan manakala perut kurang berasa lapar dan hormon kenyang dibebaskan (leptin). Hormon leptin yang banyak dalam badan membuatkan perut tidak merasa lapar dan keinginan melampau terhadap makanan manis juga menurun.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana nak tahu jika anda SKINNY FAT?

Hanya kerana kita mempunyai BMI "normal", tidak semestinya kita sihat. Looking beyond weight adalah penting untuk memahami apa yang berlaku dalam badan. Skinny fat adalah “normal-weight obesity”, iaitu seseorang yang mempunyai berat badan normal tetapi ada masalah kesihatan yang tidak disedari. Bermakna, seseorang itu mungkin mempunyai berat badan "normal" atau BMI normal tetapi mempunyai risiko untuk mendapat penyakit seperti orang gemuk.

Orang yang skinny fat kelihatan sihat, tetapi ketika buat medical checkup, ada tanda-tanda:
  • body fat meningkat
  • ukuran pinggang melebihi saiz sepatutnya
  • trigliserida tinggi (kolesterol)
  • LDL tinggi (kolesterol)
  • tahap Hemoglobin A1C tinggi (blood sugar tinggi selama 3 bulan berturut-turut)
  • tekanan darah tinggi
Walaupun BMI normal, kolesterol berpotensi untuk tinggi begitu juga blood sugar. Rutin check-up tekanan darah, kolesterol, dan gula darah adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tahap kesihatan secara metabolik. Ada beberapa tanda amaran yang dapat membantu. Antara yang paling mudah adalah - spare tire. Lebihan lemak di bahagian perut dan pinggang adalah lebih berbahaya berbanding lemak di punggung, lengan dan paha.

Satu lagi lemak yang bahaya adalah lemak di bahagian tengah badan. Ia adalah punca segala kerosakan bermula dari ketahanan insulin hingga ke keradangan protein. Lemak jenis ini tidak kelihatan sama sekali, jadi mudah diabaikan. Tanda lemak ini sedang bertambah dalam badan adalah ketika seluar mula terasa lebih ketat di pinggang.

Ketika seluar mula ketat, ketahuilah bahawa lemak perut dan lemak visceral sedang bertambah. Bahaya besar bagi seseorang yang skinny fat adalah kelebihan lemak viseral. Walaupun kita lebih concern dengan lemak perut yang mudah dilihat, lemak viseral yang terletak lebih dalam dan mengelilingi organ dalaman jauh lebih berbahaya.

Lemak viseral dikaitkan dengan penyakit metabolik, bahkan orang yang mempunyai BMI "normal" juga ada lemak visceral yang banyak. Just because we don't see, don’t assume it doesn’t exist. Orang kurus masih boleh mempunyai body fat yang tinggi dan selalunya bila tidak berlebihan berat badan, mereka cenderung makan apa sahaja.

Mula-mula sekali, go check kolesterol. Jika kolesterol tinggi, itu petanda lemak sedang menumpuk di bahagian organ dalaman dan saluran darah. Tekanan darah tinggi is on the wayyyy.
Diana Ishak
Read more

Apa agaknya faktor penyebab kegemukan?

Depending on how you look at it, kegemukan boleh disebabkan oleh psikologi, sosial, faktor persekitaran atau genetik. Kegemukan sebenarnya adalah hasil interaksi antara semua faktor ini. But for the moment kami akan terangkan setiap faktor ini secara berasingan.

Kita mulakan dengan faktor psikologi. Sebahagian orang makan berlebihan daripada apa yang sepatutnya. Kita sebut sebagai comfort eating or emotional eating. Orang yang terdedah kepada jenis makanan dan pemakanan sebegini makan ketika kecewa, makan ketika tertekan, makan ketika sunyi (lonely) dan makan ketika bosan. Mereka makan bukan kerana lapar tetapi untuk menghilangkan emosi negatif.

Namun, setelah beberapa ketika makan dengan berlebihan, datang rasa bersalah, menyebabkan mereka jadi kecewa dan tertekan semula. Lalu, the cycle starts all over again. Orang yang gemuk makan berlebihan kerana bertindak balas terhadap isyarat luaran, seperti rupa atau bau makanan.

Kajian saintifik menunjukkan orang-orang yang gemuk ada tindakbalas terhadap yang sangat tinggi terhadap isyarat makanan. They should try to avoid exposure to food as much as possible. Walau bagaimanapun mengelak dari makanan amat susah untuk dilakukan. Yang jelas, psikologi setiap orang terhadap makanan adalah berbeza kerana masing-masing ada alasan mengapa mereka makan.

Kegemukan juga sangat berkait rapat dengan hubungan sosial. Orang dalam kelompok sosial yang sama mempunyai idea yang sama tentang makanan yang dimakan serta pandangan mereka terhadap bentuk dan saiz badan. Contoh, jika kawan-kawan sukakan dessert ice-cream selepas makan, chances are anda juga akan makan ice-cream. Jika kawan-kawan suka makan kek setiap petang, chances are you'll do the same even though you don't want to. To put it simply, the heavier your close friends and family are, the heavier you are likely to be.

Secara ringkasnya, walaupun kegemukan adalah disebabkan oleh makanan tetapi faktor psikologi dan sosial mempunyai peranan penting dalam penyebab kegemukan. It’s important to realize that kesemua faktor ini - makanan, psikologi, sosial dan genetik - tidak bergerak dengan sendiri melainkan mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Maka, untuk mendapatkan perjalanan weight loss yang selesa, anda perlu bersedia untuk memahami proses ini bukanlah semudah "kurangkan makan" atau "bersenam", tetapi perlukan komitmen yang besar. GC PLUS boleh membantu anda dari segi mengurangkan rasa lapar, memberi rasa kenyang dan menambahkan jisim otot supaya lebih cepat metabolisme berlaku. Tetapi, faktor sosial dan psikologi hanya anda yang boleh menentukan.
Diana Ishak
Read more

Peranan genetik atau keturunan dalam kegemukan.

Walaupun kita semua terdedah kepada persekitaran obesogenik yang sama, tidak semua orang gemuk. 

Nota: Obesogenik adalah faktor yang menyebabkan kegemukan.

Terdapat bukti kukuh bahawa dalam badan seseorang yang gemuk, ada komponen keturunan yang menyumbang kepada punca kegemukan. Dalam kajian oleh Dr Albert Stunkard, anak kembar yang dibesarkan di dua persekitaran yang berbeza boleh mempunyai berat badan yang sama. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pengaruh genetik terhadap kegemukan sangat besar, sedangkan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan tidak banyak memberikan kesan.

Satu lagi kajian oleh Dr Claude Bouchard menunjukkan ketika beberapa orang diberikan tambahan kalori yang sama, masing-masing memberikan berat badan yang berbeza. Ada yang bertambah berat sebanyak 13kg, ada yang cuma naik 4kg. Penemuan yang paling menarik ialah kenaikan berat badan serupa di antara dua saudara kembar.

Kesamaan kembar tersebut sangat kuat hinggakan simpanan lemak
dan jumlah lemak viseral perut juga lebih kurang sama. Maksudnya, genetik bukan sahaja berperanan besar dalam menentukan berapa banyak lemak yang disimpan, tetapi juga di mana lemak disimpan. Jadi, jangan persoalkan "Kenapa orang tu turun berat dengan cepat?" atau "Kenapa berat dia sama dengan saya tetapi paha saya lebih besar?"

Kerana, samada sel lemak anda banyak atau sikit, atau di mana sel lemak ini berkumpul di dalam badan, semuanya dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan perlu tahu bahawa wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza - wanita menyimpan lemak di pinggul, paha dan punggung, manakala lelaki cenderung mengumpulkan lemak di sekitar perut.
Diana Ishak
Read more

Adakah normal berat badan bertambah semasa haid?

Dalam tempoh haid, adalah normal jika berat bertambah 2-3kg.
Inilah simptom fizikal sindrom pramenstruasi (PMS). Perubahan hormon menyebabkan kenaikan berat badan. Berat bertambah akibat badan menahan cecair (water retention).

Hari-hari sebelum haid, estrogen dan progesteron berada pada tahap yang tidak menentu. Ini memberitahu badan bahawa sudah waktunya untuk memulakan haid. Estrogen dan progesteron mengawal cara badan mengatur cecair. Apabila hormon-hormon ini turun naik, tisu-tisu di dalam badan mengumpul lebih banyak air. Hasilnya adalah water retention.

Water retention boleh menyebabkan pembengkakan atau bengkak pada payudara, perut, atau kaki. Inilah yang meningkatkan berat badan, tetapi bukannya gemuk. Water retention adalah simptom PMS yang biasa. Perut kembung atau cramp perut boleh membuatkan pakaian terasa ketat. Ini bukan akibat kenaikan berat badan yang sebenar.

Semasa haid, perubahan hormon meningkatkan gas di saluran gastrointestinal (GI) dan menyebabkan kembung. Water retention di perut juga boleh menyebabkan kembung. Kekejangan perut berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang disebut prostaglandin yang dilepaskan oleh rahim. Prostaglandin membuatkan rahim berkontraksi dan lapisan dinding jatuh (dikeluarkan). Inilah punca sakit perut semasa haid.

Perubahan tahap hormon progesteron yang meningkat semasa haid juga menyebabkan seseorang makan berlebihan. Progesteron adalah perangsang selera makan. Estrogen juga mengatur serotonin, iaitu sejenis neurotransmitter yang mengawal mood dan mengurangkan selera makan. Apabila estrogen tidak teratur semasa haid, serotonin juga tidak teratur. Hasilnya, selera makan bertambah. 

Serotonin yang rendah meningkatkan keinginan gula. Ini kerana, ketika serotonin rendah, otak memerlukan lebih banyak gula. Tetapi, makanan tinggi dapat meningkatkan pengambilan kalori dan menyebabkan kenaikan berat badan. Jadi, sekiranya anda mahu terus mengambil GC PLUS ketika haid, tidak mengapa. Boleh teruskan. Lagipun, GC PLUS mengandungi herba dapur, bukannya herba hutan yang panas.

Pengambilan GC PLUS ketika haid dapat menstabilkan tahap serotonin dalam badan, sekaligus memperbaiki mood dan mengurangkan selera makan yang berlebihan.
Diana Ishak
Read more

Lemak yang hilang dari badan keluar dalam bentuk apa?

Dengan berdiet, badan mendapat kekurangan kalori. Ini membantu menurunkan berat badan. Hasil kekurangan kalori membuatkan tubuh memecah lemak tersimpan. Hasil sampingan metabolisme lemak dikeluarkan dalam bentuk nafas, peluh, najis dan air kencing. Samada pepejal atau cair, semua lemak wujud dalam bentuk yang dikenali sebagai trigliserida. Trigliserida adalah komponen yang membentuk kolesterol.

Trigliserida yang dipecahkan menghasilkan gliserol dan asid lemak untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan dalam tisu lemak. Pengambilan kalori yang berlebihan digabungkan dengan gaya hidup yang tidak aktif menyebabkan trigliserida disimpan dalam tisu lemak.

Apabila berdiet, hormon yang dikenali sebagai lipase mula memecahkan lemak yang tersimpan di otot dan hati. Produk sampingan dari pemecahan lemak ini adalah karbon dioksida, air, nafas, dan ATP. Karbon dioksida dikeluarkan dari paru-paru dalam bentuk nafas. Air keluar sebagai air kencing, najis dan peluh. ATP pula digunakan di seluruh badan anda.

Jadi, ketika mengambil GC PLUS dan mengalami kekerapan ke tandas serta kuat berpeluh, itu petanda metabolisme lemak sedang berlaku. Najis yang keluar dengan banyak dan sukar dibilas, serta warnanya sedikit pucat (terang), berminyak dan sangat berbau busuk adalah najis yang mengandungi lemak.
Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart