Peranan genetik atau keturunan dalam kegemukan.
Walaupun kita semua terdedah kepada persekitaran obesogenik yang sama, tidak semua orang gemuk.
Nota: Obesogenik adalah faktor yang menyebabkan kegemukan.
Terdapat bukti kukuh bahawa dalam badan seseorang yang gemuk, ada komponen keturunan yang menyumbang kepada punca kegemukan. Dalam kajian oleh Dr Albert Stunkard, anak kembar yang dibesarkan di dua persekitaran yang berbeza boleh mempunyai berat badan yang sama. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pengaruh genetik terhadap kegemukan sangat besar, sedangkan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan tidak banyak memberikan kesan.
Satu lagi kajian oleh Dr Claude Bouchard menunjukkan ketika beberapa orang diberikan tambahan kalori yang sama, masing-masing memberikan berat badan yang berbeza. Ada yang bertambah berat sebanyak 13kg, ada yang cuma naik 4kg. Penemuan yang paling menarik ialah kenaikan berat badan serupa di antara dua saudara kembar.
Kesamaan kembar tersebut sangat kuat hinggakan simpanan lemak
dan jumlah lemak viseral perut juga lebih kurang sama. Maksudnya, genetik bukan sahaja berperanan besar dalam menentukan berapa banyak lemak yang disimpan, tetapi juga di mana lemak disimpan. Jadi, jangan persoalkan "Kenapa orang tu turun berat dengan cepat?" atau "Kenapa berat dia sama dengan saya tetapi paha saya lebih besar?"
Kerana, samada sel lemak anda banyak atau sikit, atau di mana sel lemak ini berkumpul di dalam badan, semuanya dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan perlu tahu bahawa wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza - wanita menyimpan lemak di pinggul, paha dan punggung, manakala lelaki cenderung mengumpulkan lemak di sekitar perut.