GC Plus

Ketidakseimbangan Hormon pada Wanita : Ini Tanda-Tanda Anda Memilikinya

Berat badan berlebihan
Ketidakseimbangan tahap hormon adalah antara penyebab kenaikan berat badan dan kesukaran menurunkan berat badan. Tahap estrogen, kortisol, dan insulin yang tinggi dan tahap tiroksin yang rendah menambahkan lemak perut.

Kulit berpeluh
Kulit berfungsi untuk mengawal suhu badan. Tetapi kulit yang berpeluh dengan banyak ada kaitan dengan ketidakseimbangan hormon. Berpeluh lebih banyak daripada yang diperlukan disebut hiperhidrosis. Hyperhidrosis boleh disebabkan oleh gula darah rendah atau gangguan hormon tiroid.

Keinginan seks menurun
Hormon seks dihasilkan oleh ovari. Variasi tahap estrogen dan progesteron mempengaruhi kecenderungan seks. Herba Rahsia Rimba boleh membantu.

Keguguran rambut
Kehilangan rambut setiap hari adalah normal. Tetapi, kehilangan banyak rambut - adalah tanda amaran. Salah satu punca adalah hormon. Terdapat beberapa hormon yang terlibat dalam keguguran rambut. Antaranya :
  • tiroid : Keguguran rambut datang dengan gejala letih sepanjang masa, kulit kering dan sembelit.
  • adrenal : Keguguran rambut datang dengan gejala kerap stress.
  • hormon seks : Menopaus atau perimenopause menyebbakan hormon tidak seimbang dan rambut gugur dengan banyak.
Keletihan yang melampau
Setiap orang penat dari semasa ke semasa. Tetapi jika selalu letih, mungkin ada masalah dengan kelenjar tiroid. Ketidakseimbangan hormon ini menyebabkan kurang tidur dan lebih banyak tekanan (stress).

Jerawat berterusan
Tahap androgen (testosteron) menyebabkan jerawat tumbuh dengan konsisten dan menjadikan kulit teruk.

Kehilangan jisim otot
Kekurangan beberapa hormon menyukarkan otot untuk mengekalkan kekuatan.

Cadangan GreenAard :

HRR
- membantu menyeimbangkan hormon
- membantu meningkatkan kecenderungan terhadap seks
- mengurangkan simptom menopos
- melancarkan kitaran haid

GC PLUS
- membantu menyeimbangkan hormon
- membantu menurunkan berat badan
- meningkatkan metabolisme badan sekaligus mengurangkan rasa letih
- menambahkan jisim otot sekaligus membakar lemak dengan lebih cepat
Diana Ishak
Read more

Kelebihan GC Plus.

GC PLUS adalah produk yang membantu menyekat pembentukan lemak [fat blocker], bukan fat burner. Fat blocker adalah kesan dari aktiviti Hydroxycitric acid (HCA) yang merupakan bahan aktif di dalam GC Plus.

Jangan takut dengan nama "acid" pada HCA. HCA hanyalah ekstrak asid sitrik dari buah garcinia cambogia. Tak bahaya. HCA menyekat lemak daripada terbentuk dengan cara mengekang aktiviti enzim sitrat lyase. Enzim sitrat lyase fungsinya mengubah karbohidrat menjadi lemak.

Jadi, dengan menghentikan aktiviti enzim sitrat lyase, GC PLUS mencegah pembentukan lemak sekaligus menyekat metabolisme badan daripada menjadi lambat. Sebahagian besar aktiviti sitrat lyase berlaku di pinggang, paha dan pinggul. Oleh itu, GC PLUS membantu mengurangkan pembentukan lemak baru di kawasan tersebut. Kesan dari aktiviti menyekat pembentukan lemak, GC PLUS memberi tenaga dan mengurangkan keletihan.

Semasa sitrat lyase aktif, badan akan berasa malas kerana metabolisme menurun. Dengan GC PLUS, keadaan terbalik kerana HCA telah menyekat enzim tersebut dari berfungsi. Metabolisme yang bertambah dan simpanan lemak yang rendah dalam badan menyebabkan keletihan berkurang dan tidak ada kelemahan otot.

Biasanya, semasa berdiet, kita cenderung merasa kurang bertenaga. Tetapi tidak berlaku dengan GC PLUS. GC PLUS membantu mengawal tahap gula dalam darah. Dari sudut kecergasan, ia mengawal kemungkinan berlakunya penurunan mendadak atau lonjakan gula darah semasa bersenam. Ringkasnya, GC PLUS memastikan tahap glukosa darah dalam keadaan stabil untuk membina tisu otot.

GC PLUS tidak membiarkan glukosa meningkat atau jatuh di luar kawalan. Glukosa disimpan dalam bentuk glikogen dalam otot. Glukosa yang berlebihan bermaksud lebih banyak lemak dibentuk dan jika tahap glukosa berkurang, akan menyebabkan otot suffer pula. Bila glukosa disimpan ke dalam otot dlm bentuk glikogen, ini secara tak lansung menambahkan jisim otot.

Jisim otot yang bertambah akan mempercepatkan pembakaran kalori. Ini bermakna, pengambilan GC PLUS menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat. Pembakaran kalori menurunkan kadar kolesterol. Nampak tak betapa segalanya saling berkait dan ini membuatkan GC Plus istimewa berbanding weight loss produk yang lain.
Diana Ishak
Read more

Kesan Pengambilan Makanan Kurang Dari 1000 Kalori Setiap Hari

"Saya ambil GC Plus, buat IF dan ambil 850 kalori saja sehari tapi berat susah turun".

Untuk menurunkan berat badan, badan harus ambil [makan] sedikit kalori daripada yang digunakan. Formula ini boleh menyebabkan penurunan berat badan, tetapi kalori yang terlalu rendah boleh menyekat penurunan berat badan.
Secara purata, manusia memerlukan antara 1600-3000 kalori setiap hari, bergantung pada jantina, umur dan tahap aktiviti. Angka-angka ini disyorkan untuk membolehkan badan mendapatkan nutrien dan tenaga yang optimum untuk aktiviti seharian, kesihatan badan dan mengekalkan berat badan.

Makan kurang daripada 1000 kalori sehari boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi yang membawa kepada sembelit serta pembentukan batu hempedu kerana ketidakaktifan pundi hempedu akibat lemak yang sangat rendah dalam diet. Gout juga boleh berlaku akibat penurunan berat badan yang cepat. Agak mengecewakan bila makan di bawah 1000 kalori sehari tetapi berat badan masih tak turun. The science behind this is, oleh kerana badan terpaksa menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori yang rendah, metabolisme akan menjadi perlahan. Badan menyangkakan kita sedang dalam zon kebuluran.

Apabila badan merasakan kita sedang dalam fasa kebuluran, ia mengelak dari membakar lemak kerana mahu meyimpan tenaga kerana takut kita semakin lapar. Badan kita bukannya tak bijak. Ia akan buat penyesuaian metabolik apabila kita mengurangkan kalori. Hasilnya semakin susah badan nak turun berat ketika kita makan kurang dari 1000 kalori sehari. Kalori adalah tenaga untuk aktiviti badan. Apabila makan kurang daripada 1000 kalori sehari, umpama kita "isi minyak" kepada kerata [badan] untuk bergerak. Badan jadi tak bermaya. Bila terlalu sedikit kalori, tahap glukosa menurun begitu juga dengan fungsi badan lain - dari otot hingga otak.

Makan kurang daripada 1000 kalori sehari menjadikan otot mengecut. Kehilangan jisim otot mengurangkan pembakaran lemak. Otot mebakar lemak. Jika jisim otot berkurangan, lemak juga akan kurang dibakar. Mengehadkan diri kepada 1000 kalori setiap hari bermakna badam tidak mendapat beberapa nutrien penting, terutamanya protein. Apabila tidak cukup protein, badan tidak mempunyai asid amino yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan otot. Walaupun anda bersenam dan mengambil GC Plus, otot tidak dapat tumbuh kerana tidak mempunyai "blok bangunan" yang diperlukan [asid amino]. Badan cenderung menahan lemak kerana terasa seperti kelaparan.
Diana Ishak
Read more

Berat Sebenar vs Berat Air : Cara Untuk Membezakan

Amat menakutkan bila berat badan naik mendadak semalaman. Pernah terfikir kenapa ini boleh berlaku? Berat air adalah punca yang menyebabkan turun naik berat badan dalam hanya semalaman. Tetapi bagaimana untuk mengetahui samada berat yang bertambah itu berat air atau berat lemak?

Berat lemak memakan masa beberapa minggu untuk muncul pada skala penimbang. Apabila anda makan lebih banyak kalori daripada yang anda bakar, ini akan menyebabkan kenaikan berat badan. Makanan yang tinggi lemak dan gula seperti kerepek, biskut, kek dan makanan segera sangat berkait dengan kenaikan berat badan. These foods have nothing to offer selain kalori.

Sekiranya berat badan meningkat dalam masa beberapa hari [atau semalaman], kemungkinan besar itu adalah berat air. Dan normal jika berat badan turun naik 500g-1kg dalam sehari. Badan boleh retain water kerana beberapa sebab termasuk cuaca, haid, kesan sampingan ubat-ubatan atau kekurangan protein.

KAEDAH 1

Timbang diri dan bandingkan dengan berat badan semalam. Lebih daripada 450 gram yang diperoleh sejak semalam sebenarnya berat air. Seperti yang kami nyatakan awal tadi, berat badan seseorang boleh turun naik dari 500-1kg semalaman.

KAEDAH 2

Keep a track of your body fat percentage. Bandingkan peratusan lemak badan sekarang dengan sebulan yang lalu. Sekiranya body fat sekarang lebih banyak, maka sudah tentu berat badan telah bertambah. Jika peratusan lemak badan masih sama atau telah menurun tetapi berat pada penimbang bertambah, itu adalah berat air.

KAEDAH 3

Kalau merasa tangan, kaki dan wajah kelihatan bengkak, cuba tekan jari di kaki atau tangan. If the imprint remains atau meninggalkan kesan yang bertahan lebih dari beberapa saat, itu berat air. Kalau ditekan dan serta-merta kembali ke bentuk asal, itu lemak.

KAEDAH 4

Cara paling senang, pakai stokin. Kaki yang bengkak disebabkan oleh berat air akan meninggalkan kesan getah stokin. Ataupun jika cincin terasa lebih ketat daripada sebelumnya, itu petanda berat badan bertambah.

Sebaiknya seluar lama jangan dibuang. Ia boleh menjadi benchmark untuk mengukur sejauh mana saiz pinggang telah bertambah/berkurangan di masa depan.

Diana Ishak
Read more

Diet vs Genetik

Konsep weight loss nampak mudah - eat less, move more, eat healthy, move more. Tetapi, jika anda seorang yang bermasalah dalam menurunkan berat badan, mungkin genetik harus dipersalahkan. Bagi orang yang berdiet, kebanyakannya PASTI mendapat kembali separuh dari berat badan yang hilang dalam tempoh 3-5 tahun.

Dapat mengekalkan penurunan berat badan walau hanya 5-10% dianggap pencapaian yang baik. Dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 3% dari berat asal masih dikira bagus (kerana selalunya setelah berat badan turun, tak sampai 1 tahun sudah naik semula). Keupayaan berat badan untuk turun, bertambah atau kekal bergantung pada faktor genetik, persekitaran, dan habit. Tetapi berapa besarkah peranan genetik dalam menurunkan berat badan berbanding mengawal pengambila makanan?

Lebihan isi di perut semestinya datang dari somewhere, kan? Masalah berat badan weren’t simply inherited dari ibu bapa, betul tak? Mungkin dari diet. Mungkin dari genetik. Atau, mungkin a little bit of both.

Genetik memainkan peranan dalam komposisi badan, terutamanya lemak. Badan manusia dirancang untuk menyimpan lemak di tempat-tempat tertentu, bergantung pada jantina, usia, dan genetik. Sekiranya anda seorang wanita, secara semula jadi, anda membawa lebih banyak lemak daripada lelaki kerana lemak memainkan peranan besar dalam proses pembiakan.

Genetik pula menentukan sama ada wanita akan membawa lemak ini di sekitar pinggul atau paha atau di bahagian atas badan. Salah satu daripada gen ini, dikenali sebagai gen FTO, adalah gen yang berkaitan dengan kegemukan. Gen FTO menyumbang kira-kira 1% heritability. Mereka yang membawa gen FTO mempunyai potensi menjadi obese.

Proses menurunkan berat badan sebenarnya tidak semudah bersenam, kurangkan makan, banyakkan minum air, berhenti makan nasi - NO. Walaupun itu membantu, ada banyak faktor lain yang menyumbang kepada weight management. Jadi, jangan bandingkan hasil anda dengan orang lain, tetapi perhatikan progress diri anda berbanding semalam.
Diana Ishak
Read more

"Berat badan saya tak turun sebanyak yang sepatutnya"

Mengurangkan pengambilan kalori adalah salah satu cara yang bagus untuk menurunkan berat badan. Langkah pertama untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengurangkan makan dan aim untuk bakar lebih banyak kalori. Tetapi, kenapa badan sudah kekurangan kalori tetapi berat masih tidak turun?

Berbulan-bulan, malah ada yang bertahun-tahun mengambil banyak kalori daripada yang diperlukan, Jadi, untuk menurunkan berat, perlu gunakan jalan yang sama, tetapi kali ini makan dengan sedikit. Ini menjadikan badan terpaksa menggunakan lemak yang tersimpan sebagai sumber tenaga, sekaligus menyebabkan penurunan berat badan.

Untuk menurunkan berat badan, kita mesti mengurangkan 500-1000 kalori SEHARI. Dengan perlahan-lahan badan akan mula kehilangan berat yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, kadang-kadang setelah mengurangkan kalori, kita masih tak dapat lihat hasilnya. What could be the problem?

Tahap stress meningkat
Walaupun melakukan semuanya dengan betul, stress berlebihan boleh menghalang penurunan berat badan. Apabila selalu mengalami tekanan, badan cenderung menghasilkan kortisol a.k.a 'hormon stres' pada tahap yang lebih tinggi daripada biasa.

Hormon kortisol yang sangat banyak dihasilkan boleh menyebabkan sindrom Cushing yang mencetuskan kenaikan berat badan yang cepat di muka dan perut. Kortisol mempengaruhi dalam bagaimana badan menggunakan karbohidrat, lemak, dan protein. Oleh itu, peningkatan kortisol boleh menyebabkan badan mengubah makanan menjadi lemak tersimpan dan bukannya mengubahnya menjadi tenaga.

Metabolisme perlahan
Dalam istilah awam, metabolisme adalah proses di mana badan mengubah makanan dan minuman menjadi tenaga. Sesiapa yang mempunyai metabolisme yang cepat dapat membakar lebih banyak kalori ketika bersenam dan ketika berehat. Sedangkan seseorang dengan metabolisme yang lambat membakar sedikit kalori ketika berehat dan bersenam.

Untuk mengatasi ini, mereka yang mempunyai metabolisme perlahan perlu makan dengan sedikit supaya dapat mengurangkan kalori. Walau bagaimanapun, kadang-kadang mengurangkan kalori dapat melambatkan metabolisme lantas menyebabkan berat menjadi 'stuck' kerana badan kehilangan otot. Untuk mempercepatkan metabolisme, kita harus:
  • Minum air secukupnya kerana badan memerlukan air untuk membakar kalori.
  • Tambahkan jisim otot. Untuk mengekalkan jisim 1kg otot memerlukan 13 kalori sehari. Sementara 1kg lemak hanya memerlukan lebih kurang 5 kalori. Jadi, semakin jisim otot bertambah, semakin banyak lemak yang boleh dibakar.
GC PLUS membantu menambahkan jisim otot. Sebab itulah pengguna GC PLUS dapat merasakan inch loss selepas penggunaan 1-2 botol.
Diana Ishak
Read more

"Kak Di, boleh tak GC PLUS hilangkan selulit?"

TAK BOLEH.

Bukan sahaja GC Plus, tetapi TIDAK ADA sebarang krim atau produk yang boleh menghilangkan selulit. Menurunkan berat badan terutamanya di bahagian paha, punggung dan perut memang boleh mengurangkan appearance selulit tetapi selulit TIDAK AKAN HILANG SAMA SEKALI.

Ini kerana apabila sel lemak wujud, ia adalah milik anda seumur hidup. Sel lemak hanya akan hilang setiap 10 tahun, dan selepas itu bilangannya ditambah bagi menggantikan sel lemak yang hilang. Maka boleh dikatakan sel lemak tidak hilang sama sekali. Penurunan berat badan hanya dapat mengecilkan kandungan sel lemak, tetapi tidak menghilangkan sel lemak itu sendiri.

Jika sudah ada selulit, mendapatkan berat badan yang ideal adalah jalan terbaik untuk mengelakkan selulit baru muncul. Selulit adalah lemak yang terletak di bawah kulit. Lapisan lemak ini terikat pada tisu penghubung yang menyokong kulit. Lama-kelamaan tisu penghubung ini merosot. Apabila itu berlaku, lemak di sekitarnya mula pecah dan menempel pada kulit yang dinamakan selulit.

Di beberapa bahagian badan, proses ini berlaku tetapi tidak dapat dilihat. Hanya apabila proses tersebut berlaku pada kaki, punggung, dan perut, hasilnya berketul-ketul. Punca mengapa sesetengah orang mempunyai selulit sementara ada yang tidak, masih belum jelas.

Wanita lebih cenderung memiliki selulit berbanding lelaki. Genetik juga memainkan peranan dalam pembentukan selulit. Selulit lebih kerap berlaku bila usia meningkat dan pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Walau bagaimanapun, selulit tidak menyebabkan risiko kesihatan, dan ia tidak perlu dirawat. Tetapi, jika selulit mengganggu, boleh guna kaedah surgery untuk membuangnya.

Tidak ada produk yang berkesan dalam merawat selulit, termasuklah GC PLUS. Apa yang boleh anda lakukan adalah menurunkan berat badan supaya sel lemak mengecil. Ini boleh mengurangkan appearance selulit pada badan. GC PLUS boleh bantu dari sudut itu. GC PLUS membantu badan membakar lebih banyak lemak dengan cara menambahkan jisim otot. Tetapi, anda mesti tahu bahawa sel lemak TIDAK PERNAH HILANG. Jadi, ketika badan sudah mula menyusut, itu adalah kerana lemak sudah keluar dari sel, tetapi sel lemak tetap ada. Jika tidak mengawal pemakanan, sel lemak yang sudah mengecut ini boleh mengembang bila-bila masa sahaja.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana nak identify jika anda telah bersenam secara BERLEBIHAN?

Bagi sesetengah orang, bersenam umpama memerah jantung. Ia adalah satu penyeksaan. Jika ingin menjadikan senaman perkara yang rutin, jangan lakukannya secara berlebihan. Terdapat had, yang berbeza-beza bagi setiap individu, tentang berapa banyak senaman yang diperlukan. Melakukan senaman lebih dari had memberi kesan negatif kepada badan.

Badan menggunakan lebih banyak tenaga semasa Basal Metabolic Rate (BMR). BMR adalah tenaga yang digunakan oleh badan ketika tidak berbuat apa-apa, umpamanya baring sambil menonton Netflix. 60-80% tenaga (kalori) digunakan semasa BMR, untuk menggerakkan jantung mengepam darah, untuk sistem pencernaan mencernakan makanan, pembaharuan sel, aktiviti hormon, etc. Kesemua ini lebih banyak menggunakan tenaga daripada bersenam.

Jadi, jika seseorang telah berlebihan dalam bersenam, badan hilang tenaga untuk melakukan aktiviti BMR. Akibatnya, seseorang akan mendapati badannya menjadi terlalu letih, rambut mudah gugur, kulit kusam, dan sakit-sakit badan. Sakit-sakit badan yang dialami bukanlah kerana terlalu banyak bersenam tetapi kerana badan tidak cukup tenaga untuk memperbaiki tisu yang cedera semasa bersenam.

Jika memilih untuk berenang, cycling, jogging, atau brisk walking, had hanyalah 150-200 minit SEMINGGU. Bermakna, minimum hanya 20-25 minit sehari. Jika melakukan high intesity exercise seperti body building, hanya 75 minit seminggu. Sebab itulah untuk menurunkan berat badan, gunakan formula 80/20 iaitu 80% diet dan 20% senaman. Ini kerana, BMR memerlukan lebih banyak tenaga berbanding aktiviti fizikal.

GC PLUS bukan fat burner tetapi :
  • mengurangkan rasa lapar
  • menghalang aktiviti enzim yang membentuk lemak
  • menyimpan lebih banyak glikogen dalam otot supaya jisim otot bertambah
Fat Burner adalah supplement yang meningkatkan metabolisme badan KETIKA bersenam. Bermakna, untuk fat burner aktif dalam badan, seseorang perlu bersenam selepas mengambilnya. Berbeza dengan GC PLUS, ia bukan fat burner. Seseorang tidak wajib bersenam selepas mengambil GC PLUS kerana ia bertindak dengan cara yang berbeza.
Diana Ishak
Read more

Kepada Orang-Orang Yang Suka Pasang Azam Tahun Baru "Nak kurus".

Berikut adalah beberapa fakta WEIGHT LOSS untuk anda:
  • Senaman tidak membakar kalori sebanyak yang anda fikirkan.
  • Anda tidak perlu bersenam setiap hari. 
  • Bersenam setiap hari boleh menyebabkan kecederaan dan keletihan. Badan lebih banyak menggunakan tenaga untuk memperbaiki kecederaan, bukan membakar lemak.
  • Menurunkan berat badan sememangnya jauh lebih mengecewakan daripada yang anda sangkakan. Perlu strong determination!
  • Berat badan turun naik setiap hari.
  • Mengurangkan pengambilan kalori daripada yang anda biasa ambil adalah kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan.
  • Mengurangkan pengambilan kalori di bawah 1000 kalori tidak akan mempercepatkan penurunan berat badan. Malah, berat akan STUCK di angka yang sama untuk tempoh yang lama.
GC PLUS membantu mengurangkan rasa lapar yang melampau. Dengan semula jadi, anda tidak merasa ingin makan dengan kerap.
Diana Ishak
Read more

Menopaus dan kenaikan berat badan

Kenaikan berat badan adalah perkara biasa selepas menopaus. Kira-kira 30% wanita berumur 50-59 tahun bukan hanya berlebihan berat badan, tetapi gemuk. Banyak risiko kenaikan berat badan, antaranya darah tinggi, penyakit jantung, dan diabetes. Size pinggang yang bertambah boleh meningkatkan risiko ini. Selalunya, pinggang lebih cepat melebar selepas menopaus. Sekiranya ukuran pinggang sekarang lebih dari 35 inci, it's time to take steps to reverse this trend. Mulakan sekarang!

Mengapa Pertambahan Berat Badan Selalunya Berlaku Selepas Menopaus?

Kesan estrogen.

Estrogen membantu mengawal berat badan. Dengan tahap estrogen yang rendah, kita cenderung makan lebih banyak dan kurang aktif (mudah letih). Kekurangan estrogen menyebabkan tubuh gula dalam darah dengan kurang berkesan, yang akan meningkatkan simpanan lemak dan menyukarkan penurunan berat badan. Jika estrogen boleh ditingkatkan, akan membantu melambatkan kenaikan berat badan.

Seiring usia, banyak perubahan lain berlaku yang menyumbang kepada kenaikan berat badan. Sebagai contoh kurang aktif (kesan estrogen yang menurun). Usia yang bertambah menyebabkan badan kehilangan jisim otot, yang menurunkan metabolisme, menjadikan badan lebih mudah naik. Metabolisme juga menurun bila usia bertambah. Di usia 40-an, untuk menggunakan tenaga yang sama seperti umur 20-an, kini kita perlu menambah jumlah masa serta intensiti melakukan aktiviti. Dulu, 15 minit boleh bakar 50 kalori, kini akibat faktor usia, untuk membakar 50 kalori perlukan lebih dari 15 minit (sekadar contoh perbandingan).

GC Plus mengandungi bahan aktif yang 'block' menghalang enzim citrate lyase yang membentuk lemak. Dengan menghalang enzim ini, GC Plus dapat melambatkan atau menyekat pembentukan lemak dalam badan anda. Ini dapat mengurangkan risiko kenaikan berat badan. GC Plus juga membantu menambahkan jisim otot dengan menukarkan lebihan kalori kepada glikogen dan disimpan dalam otot. Jisim otot bertambah disebabkan glikogen ini. Jisim otot yang bertambah akan menambahkan jumlah lemak yang dibakar apabila kita beraktiviti.

Diana Ishak
Read more

"Kenapa pangkal paha saya hitam?"

Kulit gelap di bahagian dalam paha boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira warna kulit. Ia berlaku apabila kulit di paha menghasilkan banyak melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna pada kulit. Ini dipanggil hiperpigmentasi. Terdapat beberapa sebab mengapa pangkal paha seseorang menjadi hitam:
  • ketidakseimbangan hormon, terutamanya di kalangan wanita
  • penghidap sindrom ovarium polikistik (PCOS)
  • makan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat hormon atau kemoterapi
  • kerap terdedah pada cahaya matahari
  • kulit kering
  • geseran dari pakaian yang ketat
  • diabetes mellitus
Seseorang yang gemuk (obese) berisiko lebih tinggi untuk mendapat pangkal paha yang hitam kerana kulit merekah (akibat tegang). Kulit yang berubah menjadi hitam ini dinamakan Acanthosis nigricans. Penyebab utama Acanthosis nigricans adalah disebabkan oleh berlebihan berat badan. Bukan sahaja pangkal paha menjadi gelap, malah leher dan ketiak.

Apabila seseorang gemuk, kadar insulin yang tinggi dalam darah memicu pertumbuhan sel-sel kulit yang tidak normal, yang meningkatkan melanin. Proses itu menyebabkan kegelapan pada kulit, menjadikannya kasar. Ia boleh menyebabkan komplikasi pada tubuh, terutama menunjukkan tanda awal kencing manis. Orang yang gemuk juga mempunyai lapisan lemak yang tebal, yang meningkatkan suhu badan mereka dengan cepat. Ini menyebabkan berpeluh berlebihan. Bila badan berpeluh dengan banyak dan kerap, banyak masalah kulit timbul kerana tisu lemak membuat lipatan kulit yang banyak. Ini mempengaruhi pertukaran oksigen dalam sel.

Lipatan kulit bergosok antara satu sama lain menyebabkan geseran. Ini menghasilkan haba dan peluh yang mendorong jangkitan kulat dan bakteria. Keadaan kulit yang lembap untuk tempoh yang lama menjadikan sel-sel resistan terhadap jangkitan bakteria dan akhirnya kulit menggelap. Apa yang mengejutkan ialah hampir 50-60% orang yang gemuk tidak menyedari hal ini. Mereka percaya pakar kulit atau produk kecantikan boleh menghilangkan kesan hitam itu.

Ignorance isn’t bliss, jadi penting untuk mengetahui masalah kulit yang berkaitan dengan kegemukan. The bottom line is, jangan terlalu ambil ringan masalah berat badan. Shed extra kilos boleh menjauhkan kita dengan pelbagai masalah kesihatan.
Diana Ishak
Read more

Berat Air: Penting atau tidak?

Sama ada berat air is cause for concern, banyak bergantung pada misi seseorang semasa berdiet. Berat air sering dilihat sebagai bad thing oleh orang-orang yang ingin terlihat kurus. Mereka mengatakan berat air menyebabkan mereka kelihatan lebih "penuh", bahkan mungkin "membengkak".

Bagi seorang atlet, berat air merupakan petanda yang baik, kerana menunjukkan bahawa simpanan glikogen mereka penuh dan bersedia untuk melalui sesi training yang berat. Of course, severe bloating terutama pada muka dan sendi adalah red flag. Jika itu terjadi, mungkin ini penyebabnya:
  • makan banyak garam
  • haid
  • stress
  • kelaparan/kekurangan kalori yang teruk
Apa yang boleh dilakukan sekiranya badan menahan air? Kurangkan pengambilan karbohidrat tetapi jangan sampai terlalu sedikit kerana otak memerlukan karbohidrat untuk berfungsi dengan baik. Ingat! Pusat kawalan sistem badan adalah di otak. Jika otak stress (akibat kurang karbohidrat), hormon, sistem percernaan, kulit dan kesuburan boleh terganggu.

Diet yang agresif, membuatkan badan mengesan kebuluran sedang berlaku dan ia akan muka menahan air dari keluar dari badan. To get rid of this, sesekali makan lebih banyak kalori dari biasa supaya badan tidak stress. Berat air adalah sebahagian dari kehidupan seharian. Walaupun menghindarinya sebanyak mungkin seperti mengelak dari makan sepinggan spagetti, you’re unlikely untuk mengelak berat air sepenuhnya. Perlu berlapang dada dengan fakta bahawa on some days you will just be holding more water than on others.
Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart