"Berat badan saya tak turun sebanyak yang sepatutnya"
Mengurangkan pengambilan kalori adalah salah satu cara yang bagus untuk menurunkan berat badan. Langkah pertama untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengurangkan makan dan aim untuk bakar lebih banyak kalori. Tetapi, kenapa badan sudah kekurangan kalori tetapi berat masih tidak turun?
Berbulan-bulan, malah ada yang bertahun-tahun mengambil banyak kalori daripada yang diperlukan, Jadi, untuk menurunkan berat, perlu gunakan jalan yang sama, tetapi kali ini makan dengan sedikit. Ini menjadikan badan terpaksa menggunakan lemak yang tersimpan sebagai sumber tenaga, sekaligus menyebabkan penurunan berat badan.
Untuk menurunkan berat badan, kita mesti mengurangkan 500-1000 kalori SEHARI. Dengan perlahan-lahan badan akan mula kehilangan berat yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, kadang-kadang setelah mengurangkan kalori, kita masih tak dapat lihat hasilnya. What could be the problem?
Tahap stress meningkat
Walaupun melakukan semuanya dengan betul, stress berlebihan boleh menghalang penurunan berat badan. Apabila selalu mengalami tekanan, badan cenderung menghasilkan kortisol a.k.a 'hormon stres' pada tahap yang lebih tinggi daripada biasa.
Hormon kortisol yang sangat banyak dihasilkan boleh menyebabkan sindrom Cushing yang mencetuskan kenaikan berat badan yang cepat di muka dan perut. Kortisol mempengaruhi dalam bagaimana badan menggunakan karbohidrat, lemak, dan protein. Oleh itu, peningkatan kortisol boleh menyebabkan badan mengubah makanan menjadi lemak tersimpan dan bukannya mengubahnya menjadi tenaga.
Metabolisme perlahan
Dalam istilah awam, metabolisme adalah proses di mana badan mengubah makanan dan minuman menjadi tenaga. Sesiapa yang mempunyai metabolisme yang cepat dapat membakar lebih banyak kalori ketika bersenam dan ketika berehat. Sedangkan seseorang dengan metabolisme yang lambat membakar sedikit kalori ketika berehat dan bersenam.
Untuk mengatasi ini, mereka yang mempunyai metabolisme perlahan perlu makan dengan sedikit supaya dapat mengurangkan kalori. Walau bagaimanapun, kadang-kadang mengurangkan kalori dapat melambatkan metabolisme lantas menyebabkan berat menjadi 'stuck' kerana badan kehilangan otot. Untuk mempercepatkan metabolisme, kita harus:

- Minum air secukupnya kerana badan memerlukan air untuk membakar kalori.
- Tambahkan jisim otot. Untuk mengekalkan jisim 1kg otot memerlukan 13 kalori sehari. Sementara 1kg lemak hanya memerlukan lebih kurang 5 kalori. Jadi, semakin jisim otot bertambah, semakin banyak lemak yang boleh dibakar.