Berat Sebenar vs Berat Air : Cara Untuk Membezakan
Amat menakutkan bila berat badan naik mendadak semalaman. Pernah terfikir kenapa ini boleh berlaku? Berat air adalah punca yang menyebabkan turun naik berat badan dalam hanya semalaman. Tetapi bagaimana untuk mengetahui samada berat yang bertambah itu berat air atau berat lemak?
Berat lemak memakan masa beberapa minggu untuk muncul pada skala penimbang. Apabila anda makan lebih banyak kalori daripada yang anda bakar, ini akan menyebabkan kenaikan berat badan. Makanan yang tinggi lemak dan gula seperti kerepek, biskut, kek dan makanan segera sangat berkait dengan kenaikan berat badan. These foods have nothing to offer selain kalori.
Sekiranya berat badan meningkat dalam masa beberapa hari [atau semalaman], kemungkinan besar itu adalah berat air. Dan normal jika berat badan turun naik 500g-1kg dalam sehari. Badan boleh retain water kerana beberapa sebab termasuk cuaca, haid, kesan sampingan ubat-ubatan atau kekurangan protein.
KAEDAH 1
Timbang diri dan bandingkan dengan berat badan semalam. Lebih daripada 450 gram yang diperoleh sejak semalam sebenarnya berat air. Seperti yang kami nyatakan awal tadi, berat badan seseorang boleh turun naik dari 500-1kg semalaman.
KAEDAH 2
Keep a track of your body fat percentage. Bandingkan peratusan lemak badan sekarang dengan sebulan yang lalu. Sekiranya body fat sekarang lebih banyak, maka sudah tentu berat badan telah bertambah. Jika peratusan lemak badan masih sama atau telah menurun tetapi berat pada penimbang bertambah, itu adalah berat air.
KAEDAH 3
Kalau merasa tangan, kaki dan wajah kelihatan bengkak, cuba tekan jari di kaki atau tangan. If the imprint remains atau meninggalkan kesan yang bertahan lebih dari beberapa saat, itu berat air. Kalau ditekan dan serta-merta kembali ke bentuk asal, itu lemak.
KAEDAH 4
Cara paling senang, pakai stokin. Kaki yang bengkak disebabkan oleh berat air akan meninggalkan kesan getah stokin. Ataupun jika cincin terasa lebih ketat daripada sebelumnya, itu petanda berat badan bertambah.
Sebaiknya seluar lama jangan dibuang. Ia boleh menjadi benchmark untuk mengukur sejauh mana saiz pinggang telah bertambah/berkurangan di masa depan.