GC Plus

Adakah manusia memerlukan pembersihan kolon


Jawapan kami, melainkan anda sedang bersiap untuk prosedur kolonoskopi. Jika tidak, not necessary. Sesetengah orang melakukannya detoks dengan kepercayaan bahawa proses itu menyingkirkan toksin berlebihan dari kolon yang terkumpul dari masa ke masa daripada makanan yang mereka makan.

Badan manusia didatangkan dengan mekanisme pembersihan untuk membuang toksik dari hati dan buah pinggang, secara semulajadi. Detoks kolon yang dilakukan untuk membuang toksin adalah amalan yang tidak perlu. Walau bagaimanapun, jika mahu melakukan detoks, ia tidak boleh dilakukan setiap hari. Cukup 1 kali seminggu. Ini kerana, hati adalah mesin detoksifikasi manusia. Menyahtoksik adalah sebahagian daripada tugasnya

Perkara yang boleh dilakukan untuk membantu badan menyingkirkan toksin adalah menjaga hati anda. Ini bermakna, kurangkan makanan bergula dan berlemak supaya hati tidak tertekan.

Selain dari itu, jangan makan berlebihan. Makan berlebihan boleh merosakkan hati dari semasa ke semasa. Makanan bergoreng dan minuman manis sukar diproses oleh hati. Terlalu banyak makan makanan ini membentuk lemak di hati (fatty liver).

Menurunkan berat badan, MUNGKIN boleh mengurangkan fatty liver dan reverse early liver damage. GC PLUS bukan produk untuk mengurangkan fatty liver, tetapi ia boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Diana Ishak
Read more

Kenapa GreenAard tak benarkan ambil GC PLUS bersama weight loss produk yang lain.


Ramai yang nak turunkan berat dengan cepat. Jalan mudah, makan 2-3 jenis weight loss supplement dengan harapan lebih cepat kurus.

ANDA SILAP! Dalam memahami penurusan berat badan, perlu ada ilmu tentang bagaimana mekanisme weight loss itu sendiri. GC PLUS umpamanya, telah melalui beberapa siri RnD sebelum dipasarkan.
The ingredients in GC PLUS have been tested in combination with one another.

Seperti kebanyakan makanan tambahan, GC PLUS boleh berinteraksi dengan bahan-bahan dalam produk weight loss yang lain. Pertembungan bahan-bahan yang mempunyai fungsi yang sama boleh menyebabkan lebih banyak mudarat dari manfaat. Apa jenis ubat, walaupun ubatan hospital tetap mempunyai risiko dan kebaikan.

Mengambil terlalu banyak ubat boleh menyebabkan ketagihan atau kesan sampingan. Ubat boleh menjadi racun jika diambil terlalu banyak dan boleh menjadi toksik jika diambil pada masa yang sama dengan ubat lain.
Begitu juga dengan produk weight loss. Bahan-bahan yang mempunyai fungsi weight loss yang sama yang bertembung dalam satu badan boleh menyebabkan overdose.

Perlu faham bahawa badan hanya boleh menyerap nutrien dalam kuantiti tertentu pada satu-satu masa. Selebihnya akan dibuang dari badan. Jadi, tak perlu ambil terlalu banyak supplemen weight loss. Tumpukan pada satu produk/brand sahaja. Samalah konsepnya dengan memakan cereals yang diperkaya (fortified cereal) untuk sarapan, kemudian makan energy bar pada waktu tengahari dan pasta yang diperkaya (enriched pasta) pada waktu malam. Kelihatannya seperti makan makanan yang berkhasiat. Tetapi, boleh jadi anda sudah melebihi pengambilan nutrien harian yang disyorkan.

"Kalau saya ambil GC PLUS at the same time makan Konjac, bagaimana?"

For your information, konjac BUKAN produk untuk menurunkan berat badan.

Konjac adalah dietary fiber (serat makanan). Dietary fiber adalah bahagian tumbuhan yang tidak dapat dicerna oleh badan. Kemampuan Konjac untuk menyerap begitu banyak air akan memberikan rasa kenyang apabila dimakan. Konsepnya sama seperti anda minum air yang banyak untuk merangsang rasa kenyang. Itu sahaja.

Diana Ishak
Read more

Tak perlu jadi hamba kepada penimbang berat.

 

Penimbang berat badan tidak selalu memberikan penilaian yang tepat tentang berat badan. Berat yang dipaparkan pada penimbang adalah berbeza-beza bergantung kepada apa yang kita pakai, faktor hormon dan water retention.

Penimbang hanya boleh menunjukkan sama ada berat adalah normal atau tidak. Tetapi, ia tidak menunjukkan berapa banyak body fat dalam badan. Maka, tak perlu jadi hamba kepada penimbang kerana ada faktor lain yang mesti diambil kira bagi membuktikan badan sudah kehilangan lemak.

Cara yang terbaik untuk mengukur berat badan adalah dengan menggunakan pita pengukur (measuring tape). Ambil ukuran:

  1. atas lengan
  2. perut (dibahagian pusat)
  3. pinggul
  4. aha
  5. pinggang

Kaedah 1

Ambil ukuran pinggang dan pastikan pita ditarik tegang. Ukur secara langsung di atas permukaan kulit. Jangan ukur di atas pakaian. Ambil ukuran sebulan 1-2 kali sahaja kerana perubahan dalam beberapa hari atau minggu selalunya tidak berapa jelas.

Kaedah 2

Tetapkan sepasang seluar jeans sebagai ‘benchmark’ anda. Cuba seluar tersebut 2 kali sebulan untuk melihat progress penurunan berat badan.

Diana Ishak
Read more

Kenapa minuman berkalori tinggi buatkan perut cepat merasa lapar?

 

Selain glukosa, fruktosa adalah salah satu daripada komponen utama gula tambahan. Walau bagaimanapun, fruktosa adalah paling teruk jika diambil secara berlebihan.

Fruktosa adalah gula yang membentuk 50% dari gula putih (sukrosa). Gula putih terdiri daripada glukosa, yang merupakan sumber tenaga utama untuk badan. Fruktosa perlu diubah menjadi glukosa sebelum dapat digunakan oleh badan.

Glukosa dan fruktosa dimetabolisme oleh badan dengan cara yang sangat berbeza. Hati adalah satu-satunya organ yang dapat memetabolisme fruktosa dalam jumlah yang banyak. Apabila kita mengambil makanan yang tinggi kalori dan tinggi fruktosa, hati akan dipenuhi dengan fruktosa. 

Fruktosa yang berlebihan akan diubah menjadi lemak. Hati berlemak mendorong kepada banyak penyakit termasuk KEGEMUKAN.
So now dah tahu kaitan GULA dengan GEMUK, kan?

It's important to understand that, walaupun fruktosa banyak dalam buah-buahan, ia tidak menjadi mudarat jika dimakan dalam bentuk buah, berbanding dalam bentuk jus buah. Ini kerana, buah mengandungi serat. Makan sebiji buah selalunya memadai. Tetapi untuk mendapatkan segelas jus buah, boleh jadi memerlukan 2-3 biji buah, TANPA SERAT.

Untuk mencapai tahap fruktosa yang berbahaya, seseorang perlu makan BANYAK buah (a very large amount), dan ini sangat mustahil untuk dilakukan. Berbeza dengan mengambil jus buah, hanya air buah (dan frukrosa) yang diambil, manakala serat dibuang. Sebab itulah jus lebih bahaya.

Jus buah adalah sama UNHEALTHY dengan minuman soda. Walaupun kelihatan jus buah lebih sihat, hakikatnya jus buah dan soda sama-sama minuman berkalori tinggi. 

That's why, healthy food is not necessarily really healthy. Both may lead to weight gain. Ini kerana, kedua-duanya kaya dengan kalori tetapi rendah serat.
Serat yang rendah membuatkan badan merasa cepat lapar dan melambatkan rasa kenyang. 

"Bukankah sepatutnya semakin banyak kalori yang diambil, semakin kenyang?"

 Ikut pada lojik, begitulah. Tetapi, kalori dalam bentuk cecair kurang di-register oleh otak. Sebab itulah, walaupun telah menghabiskan se-venti Starbucks (lebih kurang 600 kalori), badan belum merasa kenyang, malah cepat merasa lapar.Penting untuk kita mengambil kalori dalam bentuk MAKANAN berbanding minuman kerana lebih mengenyangkan.

 Kerap merasa lapar?

Nah! Cuba GC PLUS. Ia membantu perjalanan diet menjadi lebih smooth kerana GC PLUS mengurangkan rasa lapar.

 

Diana Ishak
Read more

Cara Mendapatkan Perut Yang Lebih Kempis.

 

Hidup dengan lemak di bahagian tengah badan boleh menjadi risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, mengurangkan lemak perut yang berlebihan is not always as simple as menurunkan berat badan.Kekempisan perut bergantung pada banyak faktor termasuk jenis makanan atau minuman yang dimakan pada siang hari. 

Kajian sains mendapati menghilangkan lemak pada kawasan tertentu badan — is not possible. Ini kerana sel-sel lemak disimpan di seluruh badan dan boleh dipecahkan dan digunakan sebagai tenaga dari mana-mana bahagian badan, bukan hanya kawasan yang anda sedang bersenam (contohnya sit ups untuk perut).

Biasanya, jika ingin menurunkan berat badan, perlu memantau pengambilan kalori. Kurangkan pengambilan kalori (kurangkan makan). Walau bagaimanapun, mengehadkan pengambilan kalori terlalu banyak menyebabkan penurunan metabolisme. Ini menyebabkan pengurangan ketara dalam jisim otot yang boleh membuatkan lemak dibakar dengan sangat perlahan.  

Tambahan pula, pengambilan terlalu sedikit kalori setiap hari menyebabkan mudah merasa letih, lembik, kerap sakit kepala, loya, dan pening. Menahan lapar setiap hari bukanlah satu usaha yang mudah. Akibat terlalu lama kerap lapar, badan dengan sendirinya develop stress.

Apabila badan mengesan stress, hormon kortisol akan dibebaskan dengan banyak. Kortisol yang berlebihan merangsang pengeluaran glukosa. Lebihan glukosa kemudiannya ditukar kepada lemak, yang akan disimpan di dalam badan. 

Kortisol yang berlebihan menyebabkan lemak perut bertambah. Saiz perut menjadi besar walaupun berat sudah berkurangan. Maka, di samping mengurangkan pengambilan kalori, jangan lupa untuk reduce stress.

Salah satu cara mengurangkan stress adalah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. GC PLUS membantu dengan cara merancakkan pembebasan serotonin. Serotonin memberikan mood yang baik. Apabila badan dalam mood yang baik, hormon kortisol menjadi kurang aktif. 

Mood yang tenang akan mengurangkan cravings dan rasa lapar dengan sendirinya. Untuk membantu mengurangkan rasa lapar, kami cadangkan GC PLUS. Manakala untuk membantu meratakan perut yang buncit, kami cadangkan Middellyf Shaping Belt.

Diana Ishak
Read more

Kehilangan Lemak vs. Kehilangan Berat Badan

 

Seperti kebanyakan orang, ramai tidak sabar-sabar untuk melihat hasil selepas memulakan weight loss journey. Pada masa yang sama, ramai nak tahu sama ada berat badan yang turun adalah lemak dan bukannya otot atau air.

Penurunan berat badan biasanya berlaku dalam dua peringkat:

  • peringkat awal: rapid weight loss
  • peringkat perlahan: slower and longer period of weight loss

Peringkat pertama penurunan berat badan biasanya berlaku dalam 4-6 minggu pertama.

Kebanyakan penurunan berat badan pada peringkat ini datang daripada simpanan karbohidrat, protein dan air — lemak belum sepenuhnya lagi. Sebahagian besar dari kehilangan berat badan pada peringkat awal ini adalah AIR.

Faktor umur, jantina, berat badan permulaan dan tahap aktiviti fizikal mempengaruhi kelajuan penurunan berat badan. Sebagai contoh, lelaki menurunkan berat badan lebih cepat daripada wanita. Contoh lain, seseorang menurunkan berat badan dengan lebih cepat jika berat permulaannya lebih tinggi (obese).

Semakin ringan badan seseorang, semakin lambat penurunan berat badan. Penurunan berat badan pada peringkat kedua berlaku pada kadar yang lebih perlahan, biasanya selepas 6 minggu dan seterusnya. Ini kerana, pada peringkat kedua, badan sudah mula menyingkirkan lemak. Lemak tidak hilang begitu cepat seperti air.

Ada kalanya, seseorang mengalami penurunan berat badan yang mendatar di mana sedikit atau tiada penurunan berat badan lansung dalam tempoh yang agak lama. Peringkat ini dinamakan WEIGHT LOSS PLATEAU. Weight loss plateau menyebabkan ramai orang give up. 

Weight loss plateau bertahan di antara 8-12 minggu, tetapi ia berbeza mengikut individu. Berada di tahap weight loss plateau agak mencabar kerana badan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan berat baru.

Sekiranya seseorang menyedari berat badan tidak berganjak untuk tempoh masa yang agak lama, mulakankan diet set yang berbeza. Ini kerana, pada tahap plateau badan sudah tidak lagi menerima diet set yang lama. Badan perlu di'push' dengan extra effort.

Penurunan berat badan bukanlah acara lari pecut. Penurunan berat badan yang sustainable mengambil masa yang panjang. Jika badan mengambil masa bertahun-tahun untuk bertambah berat secara berterusan, begitulah juga ia mengambil masa untuk menurunkannya semula.

Diana Ishak
Read more

Jangan Sabotaj Diet Anda.

 

Mengambil terlalu banyak refined carbs (karbohidrat yang diproses) bukan sahaja mengurangan nutrien, malah meninggikan risiko diabetes dan penyakit jantung. Jika dibandingkan dengan karbohidrat yang belum diproses, refined carbs menurunkan thermal effect makanan. Ini menyebabkan berat badan bertambah dan metabolisme menjadi perlahan.

Apa contoh refined carbs yang biasa?

  • sukrosa (gula putih)
  • fruktosa (jus buah)
  • air bikarbonat
  • roti
  • kek/kuih
  • jelly
  • pengawet
  • pastri

Sumber utama refined carbs dalam makanan adalah tepung. Penghasilan tepung gandum adalah contoh yang paling senang nak faham. 

Biji gandum dikisar untuk memecahkan lapisan luar (outer bran) bagi menghasilkan tepung dengan tekstur yang lebih halus. Tetapi semasa proses ini, kebanyakan serat, asid lemak, vitamin E, vitamin B dan mineral penting dibuang. 

Walaupun vitamin B dan zat besi dimasukkan ke dalam tepung untuk menghasilkan tepung yang diperkaya (fortified), kualiti tepung yang terhasil tetap lebih rendah daripada biji gandum yang belum diproses. Untuk mencernakan refined carbs memerlukan tenaga yang banyak kerana strukturnya yang kompleks. 

Oleh kerana banyak tenaga habis untuk mencernakannya, akhirnya makanan yang dimakan (refined carbs) tidak memberikan badan cukup tenaga. Sebab itulah makanan berasaskan tepung dan gula tidak memberikan rasa kenyang yang lama. Pengambilan refined carbs yang berlebihan pula meningkatkan jisim lemak dan berat badan. Ini kerana, makanan berasaskan refined carbs diserap dengan cepat oleh badan, membuatkan gula darah naik dengan cepat.

Akhirnya banyak insulin dirembeskan oleh badan untuk mengelakkan gula darah menjadi terlalu tinggi. Senario ini merangsang hati mengeluarkan trigliserida. Trigliserida adalah komponen kolesterol.Trigliserida membuatkan jisim lemak bertambah. 

Peningkatan jisim lemak menurunkan kadar metabolisme. Bila metabolisme rendah, berat badan susah diturunkan. Boleh nampak kan, di mana kaitannya refined carbs dengan weight gain?

Maka sebab itulah menurunkan berat badan boleh menurunkan kolesterol. Ketika seseorang susah menurunkan berat badan, boleh jadi kolesterolnya tinggi [trigliserida].

Ketika menghadapi masalah dengan berat badan, bolehlah mencuba Combo GC PLUS & Nutrijuice. GC Plus untuk meningkatkan jisim otot manakala Nutrijuice menurunkan kolesterol.

Diana Ishak
Read more

Bagaimanakah antidepresan boleh menjejaskan penambahan berat badan?

 

Pertambahan berat badan adalah salah satu kesan sampingan daripada penggunaan antidepresan. Walaupun tindak balas terhadap antidepresan tertentu berbeza-beza antara individu, sesetengah ubat antidepresan  membawa kepada penambahan berat badan berbanding yang lain.

Antidepresan  mengganggu serotonin. Serotonin diketahui mengawal mood dan mengawal selera makan. Kekacauan akibat pengambilan antidepresan  boleh meningkatkan keinginan untuk makan dengan kerap/banyak.

Mekanisme tindakan GC PLUS pula adalah merangsang serotonin supaya rasa lapar dapat dikurangkan. Tetapi antidepresan  telah mengganggu tindakbalas serotonin dan juga hormon dalam badan menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan.

Pada sesetengah orang, tekanan menyebabkan mereka lebih lapar. Untuk sesetengah orang yang lain, dalam keadaan tertekan, selera makan mereka terjejas. Apabila antidepresan  diambil, selera makan seseorang kembali dan ini memberi kesan kepada berat badan mereka. Depresi juga menyebabkan keletihan dan tidak aktif (akibat metabolisme yang perlahan). Kekurangan aktiviti fizikal seterusnya menyebabkan penambahan berat badan. Nampak the connection?

Jika seseorang mengalami pertambahan berat badan semasa mengambil antidepresan, ini mungkin petunjuk bahawa ubat itu tidak memerangi depression mereka dengan berkesan.  Orang yang mengambil antidepresan  harus memberitahu doktor jika mengalami penambahan berat badan.

Talk to your doctor about adjusting the dose atau beralih kepada antidepresan  lain untuk mengurangkan kesan sampingan pertambahan berat badan. Sometimes, bertukar kepada antidepresan  lain boleh mengurangkan simptom.

Kami nasihatkan berhenti mengambil GC PLUS kerana ia boleh mengganggu antidepresan. No need to increase the dose of GC PLUS, it doesn't help much.

Diana Ishak
Read more

Kenapa berat saya turun 2kg sahaja tetapi kawan turun 6kg sebulan?

Weight loss journey bukan semata-mata mengurangkan makan. Ia lebih dari itu. Jika dengan mengurangkan makan pasti kurus, sudah tentu ramai yang kurus dengan mudah. Banyak atau sedikit berat badan yang turun adalah one story. Yang paling penting adalah apa yang telah dilakukan untuk turunkan berat.

Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 400g-900g seminggu sahaja, tidak perlu lebih dari itu. Jika ada yang turun berat lebih dari itu, ia masih selamat. The question is not about banyak mana seseorang hilang berat tetapi apakah kaedah yang digunakan untuk lose weight. Ini lebih penting.

Jika memilih untuk hanya 800 kalori sehari, memang cepat turun berat tetapi adalah penurunan berat yang TIDAK SELAMAT. Tetapi, jika mengambil kalori 1200-1300 kalori sehari dan buat senaman ringan 10 minit, ia adalah penurunan berat badan yang sihat walaupun berat hanya berkurangan 2kg sahaja sebulan.

"Jadi, berapa banyak berat yang patut saya kurangkan?"

Kalau berat badan badan sekarang adalah 58kg, dan berat ideal 50kg, bermakna anda perlu 8kg sahaja lagi. Itu tak mustahil untuk dilakukan. Tetapi, kalau mahu mengurangkan 8kg dalam masa seminggu, itu adalah mustahil. Sebab apa mustahil?

Kerana, anda bukanlah peserta The Biggest Loser yang beratnya menjangkau 172kg. Mereka yang ditahap obesiti lebih mudah hilang 8kg seminggu kerana banyak kehilangan berat air pada minggu pertama. Ini memang 'general rule' kerana berat badan lebih mudah diturunkan ketika badan tersangat gemuk.

Selain dari itu, mereka yang di The Biggest Loser memiliki sepanjang hari untuk mendedikasikan diri kepada pelbagai aktiviti yang membantu penurunan berat badan. Sedangkan anda ada banyak perkara lain untuk dilakukan selain dari bersenam dan berdiet. Aktiviti yang tidak sama inilah yang mempengaruhi cepat atau lambat penurunan berat badan seseorang.

Semakin menghampiri ke berat ideal, badan membakar lemak dengan lebih perlahan. Jika anda perlu turunkan hanya 8kg saja lagi, tolong bertenang. It takes time. Perlukan diet yang lebih ketat. Kenapa kami katakan begitu? Kerana, diet yang anda lakukan ketika berat 90kg, tidak lagi sesuai ketika berat sudah 58kg. Ketika 58kg, badan perlu diet yang lebih ketat dan extra help. 

GC PLUS adalah contoh extra help yang mungkin anda perlukan. GC PLUS bukan produk yang membakar lemak tetapi membantu mengurangkan rasa lapar. Mengurangkan keinginan untuk makan dengan kerap adalah point penting dalam losing weight. Ini kerana, turun naik badan kita sebahagian besarnya bukan terletak pada banyak mana anda bersenam tetapi banyak mana anda makan!

Diana Ishak
Read more

Apa ada dalam segelas jus buah.

Siapalah yang tak suka jus buah? Lagi-lagi pula yang sejuk, warnanya yang vibrant, rasa pun manis. Walaupun jus memberi beberapa nutrien, ia tidak benar-benar healthy. Berwaspada dengan istilah "jus koktel" jus, "minuman berperisa" dan jus buah. Kebanyakan produk ini hanya mempunyai sedikit jus sebenar.

Bahan utama mereka biasanya air, sedikit jus, dan beberapa jenis pemanis, seperti sirap jagung fruktosa tinggi (high-fructose corn syrup). Dari sudut nutrisi, minuman sebegini serupa dengan kebanyakan minuman ringan yang lain yang kaya dengan gula dan kalori, tetapi rendah nutrien.

"Kak, macamana pula dengan jus buah asli tanpa pemanis tambahan?"

Memang betul 100% jus buah ada sumber vitamin C dan kalium. Masalahnya, terlalu banyak jus boleh menjadi sumber tambahan gula dan kalori. Jus buah tidak mengandungi serat dan phytonutrients yang sama seperti buah-buahan mentah. Minuman soda dan 100% jus buah sama-sama mengandungi 110 kalori dan 20–26 gram gula setiap gelas (240 ml). Kedua-duanya juga boleh meningkatkan risiko penambahan berat badan. Ini kerana kedua-duanya kaya dengan kalori tetapi rendah serat.

Walaupun jus buah tinggi kalori, kalorinya tidak mengenyangkan kerana otak tidak 'kenal' dengan kalori berbentuk cecair. Bila otak tidak 'kenal' dengan kaliri cecair, sebanyak mana anda meminum kalori, perut tidak merasa kenyang. Apabila perut belum kenyang, seseorang cenderung untuk makan pula. Bermakna, badan sudah menambah lebihan kalori dari sepatutnya. Kalori berlebihan membawa kepada penambahan berat badan. Oleh itu, jika masih mahu meminum jus buah, pastikan pada hari itu kurangkan pengambilan kalori dari makanan.
Diana Ishak
Read more

Petua Makan Nasi Putih Dan Masih Menurunkan Berat Badan

Makan nasi putih untuk menurunkan berat badan mungkin terdengar seperti bohong, tetapi sebenarnya betul! Semua orang boleh makan nasi putih dan masih menurunkan berat badan, tetapi hanya jika mengikuti tips ini.

Salah satu makanan ruji yang popular di seluruh dunia iaitu nasi putih sering mendapat reputasi buruk kerana kandungan kalorinya yang tinggi. Sebenarnya ada cara yang betul untuk makan nasi putih, yang sebenarnya boleh meningkatkan metabolisme. Beras putih adalah bijirin yang rendah lemak dan mudah dihadam, yang akhirnya menjadikannya bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme yang mempercepatkan penurunan berat badan.

Tetapi, perlu diingat bahawa lebihan nasi putih boleh menyebabkan penambahan berat badan. Kawal portion bukan bermaksud elakkan terus. Jika memakannya pada waktu malam, pastikan ada gap dua jam antara waktu makan malam dan waktu tidur. Jangan lupa amalkan untuk mengelakkan makan berlebihan. Perkara pertama yang perlu diingat, pastikan mengambil nasi secukupnya sahaja dan JANGAN pair-kan nasi dengan karbohidrat lain.

Adalah mitos bahawa beras perang lebih sihat daripada beras putih. Beras perang mempunyai serat berlebihan yang boleh mengganggu penyerapan zinc, sedangkan zinc diperlukan untuk sistem imun berfungsi dengan baik. Nasi telah dimakan oleh Asia sejak turun-temurun. Daripada menyalahkan nasi punca berat badan bertambah, mungkin anda perlu beri perhatian kepada corak pemakanan. Makan mengikut kombinasi yang betul, pada masa yang betul, dengan portion yang terkawal.
Diana Ishak
Read more

Mengapa semakin menghampiri target, berat semakin lambat turun.

Anda telah melakukan yang sepatutnya - berdiet dan bersenam. Tetapi, semakin hampir dengan matlamat, semakin berat tidak berganjak. Fakta sains mengatakan, 5kg terakhir selalunya paling sukar untuk hilang. Mengapa ini berlaku banyak dikaitkan tentang hubungan antara berat badan dan selera makan.

Apabila berdiet, ada dua sebab kenapa penurunan berat badan biasanya perlahan dari semasa ke semasa. Sebab pertama ialah, penggunaan kalori (tenaga) berkurangan seiring dengan penurunan berat badan. Metabolisme yang perlahan berlaku kerana ketika badan sudah semakin kurus, tidak banyak kalori yang diperlukan untuk menggerakkan badan kerana badan sudah semakin ringan.

Sebagai contoh, seorang lelaki berumur 45 tahun berketinggian 175 cm dan sederhana aktif mempunyai berat 90 kg. Dia perlu kurangkan pengambilan kalori daripada 3200 kepada 2270 kcal sehari untuk menurunkan 15 kg dalam tempoh enam bulan. Jika dia mengekalkan diet sebanyak 2270 kcal sehari sepanjang hari, dia akan kehilangan 2.6 kg sebulan, dalam tempoh lima bulan pertama, dan 1.8 kg pada bulan terakhir. Setelah mencapai berat sasaran 75 kg, dia perlu makan lebih rendah dari 2270 kcal untuk menurunkan berat badan lagi.

Bermaksud, semakin kurang berat badan, seseorang perlukan diet dan gaya hidup yang berbeza dari sebelumnya, barulah penurunan berat badan akan bermula lagi. Sebab kedua mengapa penurunan berat badan menjadi semakin sukar ialah, setiap kali berat badan berkurangan, ia akan disertai dengan peningkatan selera makan. Hormon leptin memberitahu otak berapa banyak lemak yang disimpan dalam badan. Apabila kita mempunyai lebih banyak lemak, leptin meningkat dan mengurangkan selera makan. Tetapi apabila kita kehilangan lemak badan, "brek" leptin pada selera makan dilepaskan, menjadikan kita lebih cepat lapar.

Dalam weight loss, bukan membuang lemak yang sukar, tetapi menahan lapar. Kerana, semakin banyak lemak hilang, badan semakin cepat lapar. Di sinilah GC PLUS menjalankan fungsinya untuk mengurangkan rasa lapar supaya keinginan makan berkurangan (bukan hilangkan selera makan terus!). Apabila memakan GC PLUS, satu nasihat penting dari kami - jangan jadikan penimbang sebagai kayu pengukur, tetapi saiz pinggang. Angka pada penimbang tidak memberi maklumat yang tepat tentang berat sebenar anda (berat lemak). Saiz pinggang lebih tepat. Paling tepat adalah dengan mengambil peratusan bodyfat. Jika berat badan tidak berubah dengan banyak tetapi bodygfat berkurangan, that's a sign your body is showing progress.
Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart