Jangan Sabotaj Diet Anda.
Mengambil terlalu banyak refined carbs (karbohidrat yang diproses) bukan sahaja mengurangan nutrien, malah meninggikan risiko diabetes dan penyakit jantung. Jika dibandingkan dengan karbohidrat yang belum diproses, refined carbs menurunkan thermal effect makanan. Ini menyebabkan berat badan bertambah dan metabolisme menjadi perlahan.
Apa contoh refined carbs yang biasa?
- sukrosa (gula putih)
- fruktosa (jus buah)
- air bikarbonat
- roti
- kek/kuih
- jelly
- pengawet
- pastri
Sumber utama refined carbs dalam makanan adalah tepung. Penghasilan tepung gandum adalah contoh yang paling senang nak faham.
Biji gandum dikisar untuk memecahkan lapisan luar (outer bran) bagi menghasilkan tepung dengan tekstur yang lebih halus. Tetapi semasa proses ini, kebanyakan serat, asid lemak, vitamin E, vitamin B dan mineral penting dibuang.
Walaupun vitamin B dan zat besi dimasukkan ke dalam tepung untuk menghasilkan tepung yang diperkaya (fortified), kualiti tepung yang terhasil tetap lebih rendah daripada biji gandum yang belum diproses. Untuk mencernakan refined carbs memerlukan tenaga yang banyak kerana strukturnya yang kompleks.
Oleh kerana banyak tenaga habis untuk mencernakannya, akhirnya makanan yang dimakan (refined carbs) tidak memberikan badan cukup tenaga. Sebab itulah makanan berasaskan tepung dan gula tidak memberikan rasa kenyang yang lama. Pengambilan refined carbs yang berlebihan pula meningkatkan jisim lemak dan berat badan. Ini kerana, makanan berasaskan refined carbs diserap dengan cepat oleh badan, membuatkan gula darah naik dengan cepat.
Akhirnya banyak insulin dirembeskan oleh badan untuk mengelakkan gula darah menjadi terlalu tinggi. Senario ini merangsang hati mengeluarkan trigliserida. Trigliserida adalah komponen kolesterol.Trigliserida membuatkan jisim lemak bertambah.
Peningkatan jisim lemak menurunkan kadar metabolisme. Bila metabolisme rendah, berat badan susah diturunkan. Boleh nampak kan, di mana kaitannya refined carbs dengan weight gain?
Maka sebab itulah menurunkan berat badan boleh menurunkan kolesterol. Ketika seseorang susah menurunkan berat badan, boleh jadi kolesterolnya tinggi [trigliserida].
Ketika menghadapi masalah dengan berat badan, bolehlah mencuba Combo GC PLUS & Nutrijuice. GC Plus untuk meningkatkan jisim otot manakala Nutrijuice menurunkan kolesterol.