GC Plus

Kenapa saya dah ambil GC PLUS sebulan, berat lansung tak berubah walau 100 gram?

Bahan utama dalam GC PLUS adalah hydroxycitric acid (HCA), yang bertujuan membantu penurunan berat badan. HCA memberikan rasa kenyang dan kepuasan. HCA juga mengurangkan de novo lipogenesis dan pecutan pengoksidaan lemak. De novo lipogenesis ialah proses mensintesis asid lemak daripada karbohidrat. Ini bermakna, HCA dalam GC PLUS membantu badan 'block' formation of new fat.

Kesan HCA ini telah pun dikaji dan dibukti secara saintifik. Walau bagaimanapun, kesan penurunan berat badan boleh berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Kegemukan adalah penyakit yang sangat kompleks, dan banyak faktor penyebab termasuk genetik, gaya hidup dan persekitaran. Some people can eat ice cream, cake, and whatever else they want and still not gain weight. Pada yang lain pula, makan sedikit sudah membuatkan mereka menambah berat badan.

Apakah yang membolehkan seseorang kekal kurus tanpa usaha tetapi seorang lagi berjuang untuk mengelak daripada menambah berat badan? Dan, apa yang menyebabkan seseorang mudah turun berat badan ketika berdiet, manakala yang lain sudah berdiet bermati-matian tetapi tiada hasil? Penjelasan yang mudah difahami adalah, berat badan bergantung pada jumlah kalori yang diambil, dan berapa banyak kalori yang dibakar.

Walau bagaimanapun, gabungan genetik dan persekitaran sangat memainkan peranan. Kedua-duanya boleh menjejaskan fisiologi, seperti berapa cepat badan membakar kalori. Sehingga kini, lebih daripada 400 gen berbeza telah dikenalpasti terlibat dalam punca berat badan berlebihan. Gen ini menyumbang kepada punca kegemukan dengan menjejaskan rasa kenyang, menjejaskan metabolisme, dan menambah keinginan makanan. Gen ini juga menentukan di mana lemak disimpan.

Pengaruh genetik menentukan kedudukan lemak pada bahagian badan manusia, tidak sama antara satu dengan yang lain. Kajian menyatakan bahawa sesetengah manusia, genetik menyumbang 25% daripada kecenderungan untuk berlebihan berat badan. Pada sesetengah yang lain, pengaruh genetik adalah setinggi 70% hingga 80%! Mempunyai gambaran kasar tentang betapa besarnya peranan genetik dalam berat badan boleh membantu anda menetapkan sasaran yang realistik ketika berdiet.

Bagaimana mahu menentukan jika genetik banyak mempengaruhi berat badan? Salah satunya adalah seberapa lama anda dalam situasi kegemukan.
26. Jika sepatuh dari hidup anda sekarang adalah gemuk, bermakna genetik kegemukan anda tinggi. Jika sebelum ini pernah berdiet tetapi berat badan turun dengan sangat lambat, itu juga penunjuk bahawa pengaruh genetik terhadap berat badan anda sangat kuat. 

Satu atau kedua ibu bapa, atau beberapa saudara terdekat mempunyai berat badan berlebihan, kemungkinan anda mengalami obesiti adalah setinggi 80%. Jika tidak boleh menurunkan berat badan walaupun telah meningkatkan aktiviti fizikal dan mengambil diet rendah kalori selama berbulan-bulan - ini juga petunjuk pengaruh genetik yang kuat. Sebab itu, weight loss tracker card GreenAard menyediakan anda ruang untuk mencatat perubahan berat badan (angka) dan ukuran pinggang selama 10 hari. Jika Dalam tempoh 10 hari berat tidak berubah dan saiz pinggang tidak berkurangan, there's something wrong with your body. Boleh jadi anda mengambil birth control, atau ada underlying disease yang tidak diketahui (seperti thyroid), atau faktor genetik.

Diana Ishak
Read more

Kebanyakan kita salah faham tentang metabolisme. Berikut adalah fakta untuk menjelaskannya.

Metabolisme berlaku dalam setiap sel dalam badan. Badan yang kurang berotot tidak semestinya memiliki metabolisme yang rendah. Metabolisme tidak hanya berlaku pada seseorang yang memiliki otot besar. Metabolisme adalah satu proses kimia dalam SETIAP SEL yang mengubah kalori dari makanan menjadi tenaga.

Tisu yang berbeza dengan keperluan yang berbeza memerlukan kalori yang berbeza untuk memastikannya berfungsi. Organ-organ utama badan seperti otak, hati, buah pinggang dan jantung memerlukan separuh daripada kalori yang dibakar SEMASA REHAT. Manakala lemak, sistem penghadaman, dan otot badan mengambil kalori selebihnya. Kebanyakan kalori yang dibakar adalah daripada metabolisme REHAT.

Terdapat tiga cara badan membakar tenaga setiap hari. Yang pertama, metabolisme basal. Ia adalah tenaga yang digunakan untuk fungsi asas badan semasa berehat. Yang kedua, tenaga yang digunakan untuk memecahkan makanan (dikenali sebagai thermic effect). Yang ketiga adalah tenaga yang digunakan dalam aktiviti fizikal.

Satu fakta yang orang tidak tahu adalah, metabolisme rehat menyumbang sejumlah besar kalori yang dibakar setiap hari. Aktiviti fizikal, sebaliknya, menyumbang sebahagian kecil daripada jumlah perbelanjaan tenaga — kira-kira 10-30% sahaja (melainkan anda seorang atlet profesional atau pekerjaan yang sangat mencabar dari segi fizikal). Pencernaan makanan menyumbang kira-kira 10%. Inilah sebabnya mengapa senaman tidak membawa kepada penurunan berat badan yang ketara, malah hanya perubahan kecil pada berat badan.

Ingat formula 80-20? Senaman hanya memberi lebih kurang 20% bantuan manakala diet menguasai 80%. Sebab itulah, pemilihan makanan dan mengawal pengambilan makanan jauh lebih penting jika ingin kurus. Tetapi, mengawal nafsu makan bukannya senang. Perlukan azam yang kuat. Sebab itulah GC PLUS mmebantu mengurangkan rasa lapar dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. GC PLUS BUKAN fat burner. Ia TIDAK PERNAH membakar lemak-lemak anda. GC PLUS membantu anda dengan cara menyekat enzim yang membentuk lemak, memberi rasa kenyang dengan meransang serotonin serta menambahkan jisim otot supaya lemak dibakar dengan lebih cepat.
Diana Ishak
Read more

Metabolisme manusia tidak sama.

Memang benar bahawa dua orang dengan saiz dan komposisi badan yang sama boleh mempunyai kadar metabolisme yang berbeza. Seseorang boleh mengambil makanan yang banyak dan tidak menambah berat badan, manakala yang lain perlu mengira kalori dengan teliti untuk tidak menambah berat badan. 
Kajian sains telah menemui beberapa kemungkinan tentang kelajuan metabolisme seseorang. Ini termasuklah jumlah otot, tisu lemak dalam badan, umur dan genetik.

Sehingga kini sains masih tidak dapat jawapan mengapa sesetengah keluarga mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi atau lebih rendah. Jantina juga memainkan peranan penting kerana wanita dengan komposisi badan dan umur tertentu membakar sedikit kalori daripada lelaki yang seusia. Sesetengah wanita mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi semasa hari-hari terakhir kitaran haid (fasa luteal). Ketika fasa luteal, kadar metabolisme berehat (BMR) pada sesetengah wanita adalah 10% lebih tinggi.

Satu lagi perkara yang melambatkan metabolisme, adalah usia. Kesannya usia terhadap metabolisme berlaku secara beransur-ansur, walaupun seseorang mempunyai jumlah lemak dan tisu otot yang sama seperti waktu mudanya. Jadi, apabila seseorang berumur 40 tahun, dia membakar sedikit kalori berbanding ketika berumur 20 tahun. Penurunan metabolismes menurun berterusan bermula seawal usia 18 tahun.

Mengapa keperluan kalori berkurangan apabila usia meningkat walaupun masih mengekalkan berat dan otot yang sama - itu adalah salah satu misteri dalam sains. Walaupun terdapat makanan tertentu seperti kafein dan cili yang boleh mempercepatkan kadar metabolisme, perubahan itu sangat sedikit. Walau bagaimanapun, membina lebih banyak otot boleh membantu. Salah satu perkara yang mempengaruhi kadar metabolisme berehat (BMR) ialah jumlah otot tanpa lemak (lean muscle).

Seseorang yang mempunyai lebih banyak otot dan sedikit lemak memiliki metabolisme yang lebih tinggi. Ini kerana otot menggunakan lebih banyak tenaga daripada lemak semasa berehat. Tetapi, jika seseorang mempunyai lebih banyak otot, ia membakar kalori dengan lebih cepat hingga dia terpaksa melawan kecenderungan untuk makan lebih banyak hasil daripada metabolisme yang tinggi.

Nampak tak betapa complicatednya weight loss? Ia tidak semudah - kurangkan makan, jadi kurus. Atau bersenam lebih, jadi kurus. Weight loss adalah satu journey yang panjang, yang mesti dilakukan dengan perlahan-lahan, disiplin, konsisten dan azam yang kuat.
Diana Ishak
Read more

Apa agaknya faktor penyebab kegemukan?

Depending on how you look at it, kegemukan boleh disebabkan oleh psikologi, sosial, faktor persekitaran atau genetik. Kegemukan sebenarnya adalah hasil interaksi antara semua faktor tadi. But for the moment kami akan terangkan setiap faktor ini secara berasingan. 

Kita mulakan dengan faktor psikologi. Sebahagian orang makan berlebihan daripada yang sepatutnya. Kita sebut itu sebagai comfort eating or emotional eating. Orang yang terdedah kepada pemakanan sebegini makan ketika kecewa, makan ketika tertekan, makan ketika sunyi (lonely) dan makan ketika bosan. Mereka makan bukan kerana lapar, tetapi untuk menghilangkan emosi negatif. Namun, setelah makan dengan berlebihan, datang rasa bersalah, menyebabkan mereka kecewa dan tertekan, lantas makan lagi. Lalu, the cycle starts all over again.

Orang yang gemuk selalunya makan dengan berlebihan akibat bertindak balas terhadap isyarat luaran, seperti bau makanan. Kajian saintifik menunjukkan orang-orang yang gemuk ada tindakbalas yang sangat tinggi terhadap isyarat makanan. Cara yang terbaik adalah, try to avoid exposure to food as much as possible.

Tetapi, mengelak dari makanan amat susah untuk dilakukan. Psikologi setiap orang terhadap makanan adalah berbeza kerana masing-masing ada alasan mengapa mereka makan. Kegemukan juga sangat berkait rapat dengan hubungan sosial. Orang dalam kelompok sosial yang sama mempunyai idea yang sama tentang makanan yang dimakan. Dan selalunya, bentuk dan saiz badan kelompok ini juga tak jauh beza.

Contoh, jika kawan-kawan sukakan dessert ice-cream selepas makan, chances are anda juga akan makan ice-cream. Jika kawan-kawan suka makan kek setiap petang, chances are you'll do the same even though you don't want to. To put it simply, the heavier your close friends and family are, the heavier you are likely to be. Secara ringkasnya, walaupun kegemukan disebabkan oleh makanan, faktor psikologi dan sosial berperanan dalam menyebabkan kegemukan.

It’s important to realize that kesemua faktor ini - makanan, psikologi, sosial dan genetik - tidak bergerak dengan sendiri melainkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Maka, untuk mendapatkan perjalanan weight loss yang selesa, anda perlu bersedia untuk memahami proses ini bukanlah semudah "kurangkan makan" atau "bersenam". Weight loss memerlukan komitmen yang besar, lebih dari sekadar "jangan makan banyak".

GC PLUS boleh membantu dari segi mengurangkan rasa lapar, memanjangkan rasa kenyang dan menambahkan jisim otot. Penambahan jisim otot mempercepatkan metabolisme berlaku. Jadi, lemak dibakar dengan lebih banyak. Itu GC PLUS boleh bantu. Tetapi, faktor sosial dan psikologi hanya anda yang boleh menentukan. Walaupun GC PLUS mengurangkan rasa lapar, jika psikologi anda masih mahu makan dengan banyak, we can't help much.

Diana Ishak
Read more

Kenapa najis bergerak lambat dalam usus?

Berat najis berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor - saiz badan,
tabiat makan, berapa banyak air yang diminum, dan keteraturan pergerakan usus. Berat najis rata-rata sekitar 480 g atau kurang. Orang yang makan dan minum lebih banyak, atau yang mempunyai pergerakan usus yang lambat, najisnya lebih banyak/berat.

Badan memerlukan kira-kira 33-40 jam untuk memproses makanan sebelum dikeluarkan dari badan sebagai najis. Najis bukan sahaja mengandungi air, tetapi juga bakteria mati dan hidup, protein, makanan yang tidak dicerna (serat), bahan buangan, garam dan lemak. Semakin lama najis mendap di usus, ia menjadi semakin kering dan berat. Inilah punca sembelit.

Seseorang mungkin mengalami sembelit jika:
  • Pergerakan usus kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis keras, kering dan berkeping-keping
Walaupun kebanyakan orang buang air besar sekali sehari, masih dianggap normal jika buang air besar 3 kali sehari atau sekali setiap tiga hari. Pergerakan usus yang normal mungkin berlaku sekerap 3 kali sehari. Najis menjadi keras dan kering apabila usus besar menyerap terlalu banyak air. Dalam kebanyakan kes, apabila makanan bergerak melalui usus besar, usus besar menyerap air semasa ia membuat najis. Apabila najis sampai ke rektum, kebanyakan air telah diserap. Najis kini padat dan keras.

Jika anda kurang lawas, atau sembelit, itu menandakan pergerakan otot usus besar terlalu perlahan. Ini menjadikan najis bergerak melalui usus besar terlalu perlahan dan ada banyak masa menyerap terlalu banyak air. Dietary fiber (serat makanan) membantu kesihatan usus. Insoluble fiber (serat tidak larut) berfungsi menarik air ke dalam najis, menjadikannya lebih lembut dan lebih mudah bergerak melalui usus.

Insoluble fiber membantu meningkatkan keteraturan usus. Insoluble fiber juga menyokong kepekaan insulin, dan membantu mengurangkan risiko diabetes. Jumlah insoluble fiber yang betul dapat mengawal berat badan mengawal tahap tekanan darah, membantu menyeimbangkan tahap kolesterol dalam darah, mengatur pergerakan usus dan mencegah buasir dan mengawal gula dalam darah.

GC PLUS adalah sejenis insoluble fiber. Kandungan serat tidak larut di dalam GC PLUS membantu pengguna jadi lebih lawas ke tandas.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana Otot dan Lemak Mempengaruhi Berat?

Anda mungkin pernah mendengar bahawa otot lebih berat daripada lemak. Tetapi menurut sains, 1kg otot dan 1kg lemak, beratnya sama. Perbezaan antara keduanya hanyalah ketumpatan. Dua barang yang sama berat boleh menjadi sangat berbeza dari segi saiz. 1kg marshmallow memakan lebih banyak ruang daripada 1kg besi.

Hal yang sama berlaku pada lemak dan otot. 1kg lemak mengambil lebih banyak ruang berbanding 1kg otot. Dua orang dengan berat yang sama boleh kelihatan berbeza apabila seorang mempunyai peratusan LEMAK yang tinggi dan yang lain mempunyai peratusan OTOT yang tinggi. Tambahan lemak 20kg memberi penampilan yang lebih 'lembik' dan terbuai-buai. Manakala tambahan otot 20kg kelihatan padat dan solid.

Otot juga berfungsi dengan cara berbeza daripada lemak. Lemak memerangkap suhu badan. Otot pula meningkatkan metabolisme badan. Ini bermakna, semakin banyak otot yang dimiliki, semakin banyak kalori yang dibakar ketika badan sedang berehat (Basal Metabolic Rate). Orang dengan peratusan lemak badan (body fat) yang lebih tinggi mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi, tanpa mengira BMI mereka. Maksudnya, walaupun seseorang itu ber-BMI normal dan kurus, belum tentu body fat-nya rendah. Boleh jadi dia skinny fat.

Walaupun seseorang dengan berat badan rendah tetapi jika lemaknya lebih dari otot, dia masih berisiko mendapat penyakit yang sama dengan orang obesiti (jantung, darah tinggi, diabetis). Menjaga peratusan body fat adalah penting.
Mekanisme GC PLUS berbeza dari produk weight loss yang lain kerana ia bukanlah fat burner. GC PLUS tidak membakar lemak. Ia menambahkan jisim otot secara perlahan-lahan. Apabila jisim otot bertambah, lemak dibakar dengan lebih cepat.

Untuk melihat keberkesanan GC PLUS, ukur lilitan pinggang selepas 10 hari mengambilnya. Pastikan mengambil saiz pinggang terlebih dahulu pada hari pertama. Selepas 10 hari mengambil GC PLUS, ada perbezaan inci pada pinggang. Perbezaan inci ini adalah indicator penurunan body fat anda.

Diana Ishak
Read more

"Hi! Boleh saya tahu GreenAard ada produk untuk kurangkan FATTY LIVER tak?"

Maaf, tak ada.
GreenAard TIADA sebarang produk khas untuk merawat fatty liver. Tetapi jangan risau, ada penyelesaiannya.

Sebelum merawat sesuatu penyakit, terlebih dahulu mesti tahu apa penyebabnya. Penyakit hati berlemak (fatty liver) adalah disebabkan oleh PENUMPUKAN LEMAK BERLEBIHAN di sel-sel hati. Fatty liver mempengaruhi kira-kira 1 daripada setiap 10 orang. Bermakna, ini bukanlah rare case. Adalah normal bagi hati untuk mempunyai sedikit lemak, tetapi jika lemak menyumbang lebih dari 10% berat hati, mungkin boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Makan kalori berlebihan menyebabkan lemak berkumpul di hati. Apabila hati tidak memproses dan memecah lemak seperti biasa, terlalu banyak lemak akan terkumpul. Kebanyakkan yang mengidap fatty liver adalah mereka yang ada masalah obesiti, diabetes atau trigliserida tinggi (kolesterol). Anda berisiko mendapat fatty liver jika:
  • overweight, terutamanya di pinggang (abdominal obesity)
  • tekanan darah tinggi
  • satu atau lebih tahap kolesterol yang tidak normal (samada tahap trigliserida tinggi, atau tahap LDL tinggi, atau HDL rendah)
  • resistan terhadap insulin
Jangan tak tahu, PENURUNAN BERAT BADAN YANG CEPAT dan kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan fatty liver. Jadi, jangan terlalu rush untuk turun 5-10kg sebulan. Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 430g/seminggu, iaitu kira-kira 1.8kg sahaja sebulan. Yang penting, jangan sekat makan hingga badan kurang zat.

Hingga kini, masih belum jelas bagaimana hati menjadi berlemak. Mungkin lemak tersebut datang dari bahagian badan lain, atau hati menyerap jumlah lemak yang banyak. Boleh jadi juga hati hilang kemampuan untuk mengubah lemak menjadi bentuk yang dapat dibuang dati badan. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak TIDAK akan menghasilkan hati yang berlemak. Jadi, apa cara untuk treat fatty liver?
  • Turunkan berat badan
  • Kawal diabetes
  • Turunkan kolesterol
  • Sebelum menggunakan ubat herba/jamu, pastikan ia selamat kerana tidak semua produk herba selamat digunakan
Kepada yang mengambil GC PLUS untuk membantu weight loss, pastikan anda guna weight loss yang kami sertakan. Tujuannya untuk anda track progress selama 10 hari pertama. Jangan risau jika penimbang menunjukkan penurunan hanya 800g. Untuk tempoh 10 hari, minimum hanya 580g loss sahaja. Yang mengambil Nutrijuice untuk kolesterol, sebaiknya, selepas 2-3 bulan penggunaan, ambil bacaan kolesterol semula. Bandingkan dengan bacaan sebelum.
Diana Ishak
Read more

Hubungan Antara Berat dan Kitaran Haid

Penurunan atau penambahan berat badan yang ketara boleh memberi kesan kepada kitaran haid dan PMS. Ovari wanita menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Estrogen membantu membina lapisan kusyen rahim, yang akan menyuburkan telur yang disenyawakan. ika persenyawaan tidak berlaku, lapisan kusyen itu akan dibuang melalui proses haid.

Secara biologi, lemak ditukar menjadi sejenis estrogen lemah yang dipanggil estrone. Wanita yang overweight menghasilkan banyak estrone akibat badan membawa sel lemak tambahan. Estrone yang banyak menyebabkan gangguan haid. Wanita yang overweight atau obes cenderung untuk mendapat haid yang tidak teratur akibat estrone yang banyak. Walau bagaimanapun, lapisan kusyen rahim masih terkumpul hingga ke satu tahap ia menjadi tidak stabil. Akhirnya, seorang wanita boleh mengalami haid yang "banyak seperti air terjun" dengan pendarahan yang berpanjangan atau sangat banyak.

Wanita yang kurang berat badan juga boleh mendapat gangguan kitaran haid. Wanita yang tidak mempunyai banyak lemak pada badan cenderung mengeluarkan haid yang sedikit atau haid tidak teratur. Ini keraba, badan yang terlalu kurus membuatkannya berhenti membuat estrogen (kerana kurang lemak). Kekurangan lemak tidak membenarkan sel menukar lemak kepada estrogen.

Wanita yang memiliki BMI 18.5 atau lebih rendah berisiko mendapat menopaus awal berbanding wanita dengan BMI "normal", antara 18.5 dan 22.4. Risiko berat badan berlebihan secara amnya lebih ramai yang memahami, tetapi wanita sering tidak menyedari komplikasi hormon apabila badan terlalu kurus. Maka, berpada-padalah dalam mengawal berat badan. Jangan terlalu berlebihan lemak, tetapi jangan pula terlalu kurus. Sudah tentu tiada siapa mahu menopause awal, kan?
Diana Ishak
Read more

Macamana cara GC PLUS bekerja.

GC Plus mengandungi asid hidroksisitrik (HCA) yang tinggi, yang merupakan bahan aktif untuk penurunan berat badan. Bolehlah kita katakan bahawa HCA adalah agen anti-obesiti. Pelbagai kajian in vivo tentang kesan anti-obesiti HCA telah dijalankan melalui pengawalan tahap serotonin dan pengambilan glukosa.
HCA juga membantu meningkatkan pengoksidaan lemak sambil mengurangkan lipogenesis de novo.

Penyelidikan saintifik menunjukkan HCA boleh menghilangkan 2 hingga 3 kali lebih banyak lemak berbanding dengan bersenam sahaja. GC Plus menghalang penghasilan lemak baru dalam badan. When the body is not making fat, it's burning fat. Bukan sahaja membantu penurunan berat badan, HCA juga menyekat selera makan yang melampau dengan cara meningkatkan tahap serotonin.

GC Plus bertindak sebagai dual fat buster. Pertama sekali, ia menyekat selera makan supaya anda kurang merasa lapar (atau mungkin lambat merasa lapar).
Kedua, ia menghalang lemak daripada disimpan dengan menukarkan lemak kepada glikogen sebagai sumebr tenaga yang akan digunakan oleh otot. Ok, mari kita gambarkan.

Apabila makanan masuk ke dalam badan, enzim dalam hati menukar semua glukosa dan karbohidrat menjadi lemak. Sel lemak menyerap lemak ini dan akhirnya sel lemak membengkak dan menjadi semakin besar. Lama-kelamaan membentuk perut yang buncit. Tetapi ketika GC Plus masuk ke dalam badan, HCA menyekat enzim hati lantas mencipta laluan baharu (pathway) yang memindahkan glukosa dan karbohidrat menjadi tenaga (glikogen) yang terus disimpan dalam otot.

By doing this, badan menghalang lemak baru daripada terbentuk dengan banyak. Pertambahan glikogen dalam otot menambahkan jisim otot. Pertambahan jisim otot mempercepatkan pembakaran lemak yang sedia ada. Dalam bahasa mudahnya, GC Plus mengganggu penukaran karbohidrat kepada lemak. Proses itu juga memberi isyarat kepada otak that your appetite is satisfied dan memberi rasa kenyang.
Diana Ishak
Read more

Adakah Air Mempengaruhi Berat Badan?

Minggu ini seorang pengguna GreenAard bertanya "Bolehkah minum air membuatkan berat badan bertambah?". Beliau sebenarnya telah memerhatikan kakaknya menggunakan teknik minum air hingga 3-4 liter sehari, untuk kurus.

Setiap sistem dalam badan bergantung pada air. Malangnya, ramai tidak minum air secukupnya setiap sehari. Air membuang toksin. Air membawa nutrien kepada sel. Air memlembapkan tisu telinga, hidung dan tekak. Kekurangan air menyebabkan dehidrasi. Bila ini terjadi, badan tidak boleh menjalankan fungsinya dengan baik.

Akibat minum banyak air, badan mengalami kenaikan berat sepanjang hari kerana 1 liter air bersamaan 900g. Jika sekarang anda minum 1 liter air, berat akan bertambah 900g dalam 90 minit lagi. Ketika membuang air kecil, badan kehilangan 500-900g dari minuman yang telah diminum lebih awal.

Air mempengaruhi berat badan dengan ketara sehingga penimbang berat menunjukkan angka turun naik dengan cepat sekali dalam tempoh 24 jam. Turun naik yang cepat ini bukanlah lemak, tetapi air sahaja.  Minum banyak air membantu mengurangkan berat badan dengan beberapa cara.

Yang PERTAMA, air mengurangkan lapar. Bila banyak minum air, perut kurang berasa lapar kerana perut sentiasa mempunyai "sesuatu" yang memenuhinya.

Yang KEDUA, apabila badan mendapat cukup air, ia akan melepaskan air yang ditahan dalam badan [retained waters] melalui pencernaan. Jika seseorang merasa kembung perut, tangan dan kaki membengkak, atau perut membuncit - ini adalah petanda badan kurang air. Kekembungan dan pembengkakkan terjadi kerana badan terpaksa menahan air dari keluar. Ini juga punca berat susah untuk turun. 

Hati-hati. Minum terlalu banyak air boleh menyebabkan kematian. Air yang terlalu banyak dalam badan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan elektrolit yang mempengaruhi semua fungsi organ. Buah pinggang boleh shut down kerana too much water. Ramai atlet endurance mati akibat terlalu banyak minum air. Ketika letih/haus, mereka menggantikan peluh yang keluar dengan meminum banyak air. Ini menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit.

Cara yang betul adalah, setelah berpeluh dengan banyak, you should consider foods or supplements with electrolytes (sodium, potassium). Oleh sebab itu, JANGAN minum air dengan banyak tanpa tahu apa keperluannya kerana boleh mengganggu keseimbangan elektrolit yang boleh menjejaskan fungsi organ.

Diana Ishak
Read more

Berapa Kg Perlu Saya Turunkan untuk Kurangkan Satu Inci?

Apabila sedang berdiet untuk menurunkan berat badan, selalunya kita tergoda untuk menumpukan pada pengurangan angka pada penimbang berat badan. Yang sebenarnya, pengurangan inci pada bahagian pinggang, lengan atau paha merupakan penunjuk yang lebih dipercayai as an indicator of your progress.

Tiada measurement kehilangan kilogram yang khusus yang diperlukan untuk hilang satu inci kerana distribution of fat berbeza dari orang ke orang. Kehilangan inci merupakan penunjuk untuk kehilangan lemak, manakala penurunan berat badan tidak semestinya petanda lemak berkurangan kerana boleh jadi anda hilang berat air atau otot mengecut. 

Apabila seseorang mula menurunkan berat badan, biasanya perkara pertama yang berlaku adalah kehilangan air. Secara umum, seseorang mula hilang inci pertamanya selepas kehilangan kira-kira 2-2.5kg, yang mana sebahagian besar adalah lebihan air yang dikeluarkan dari badan. Air diperlukan oleh otot untuk menyimpan karbohidrat sebagai glikogen. Sebaik sahaja anda memakan GC PLUS, mula-mula badan pergi ke glikogen. Apabila glikogen terbakar (sebagai tenaga), air yang diperlukan untuk menyimpannya akhirnya dikeluarkan.

Sebab itulah di awal pengambilan GC, seseorang kerap ke tandas dan cepat berpeluh. Untuk penurunan berat badan yang sihat, matlamatnya adalah untuk menurunkan lemak, bukan hanya kg. Tanpa pemakanan yang betul, jika hanya kurang makan, otot hilang bersama dengan lemak. Kerana itulah mekanisme tindakan GC PLUS adalah dengan menambahkan jisim otot tanpa lemak supaya otot tidak mengecut selama proses diet berjalan. Anda boleh top up dengan senaman untuk membantu membina otot, tidak ada masalah.

Diana Ishak
Read more

Weight loss sangat memenatkan. I just feel like giving up!

We totally get it. Pada pendapat kami, cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan selesa, anda perlu memahami pengurusan berat badan. Mungkin pernah mendengar bahawa ketika berat badan turun dengan cepat, itu adalah berat air. That's true, and here's why.

Ketika kita menimbang berat badan, angka yang keluar pada skrin adalah berat keseluruhan badan:
  • lemak
  • otot
  • tulang
  • organ
  • cecair
  • sisa dalam sistem pencernaan yang belum dikeluarkan
  • glikogen
Tiga yang terakhir (cecair, sisa, dan glikogen) selalu berubah-ubah, dan boleh berubah dengan cepat dan drastik apabila kita mengubah diet. Contohnya, apabila seseorang mengurangkan pengambilan karbohidrat, akan menyebabkan kehilangan glikogen dan air. Sebaliknya, perubahan lemak badan tidak berlaku dengan cepat. Untuk buang 450g lemak, seseorang harus buang 3500 kalori.

Untuk membuang 3500 kalori SEHARI demi turun berat 450g LEMAK bermakna seseorang perlu lapar sepanjang hari dan bersenam sebanyak mungkin. Ini secara praktikal SANGAT MUSTAHIL. Oleh itu, untuk membuang hanya 450g LEMAK dengan konsisten, badan perlu ambil kurang 500 kalori dari biasa. Atau boleh juga bakar kalori 250 kalori DAN kurangkan pengambilan makanan sebanyak 250 kalori.

Masalahnya, badan manusia adalah jauh lebih rumit daripada kiraan matematik, jadi formula itu tidak selalu berlaku. GreenAard mempunyai beberapa customer yang hit plateau yang panjang. Mereka makan terlalu sedikit, atau terlalu banyak bersenam. Akibatnya, metabolisme terhenti. Untuk kurus, seseorang tidak boleh terlalu kurang makan atau terlalu banyak bersenam. Badan boleh menjadi stress (walaupun anda tidak merasa stress). Badan perlu masa untuk healing setiap kali selepas bersenam. Jika seseorang bersenam dengan kerap (banyak), badan akan menggunakan kalori untuk menyembuhkan otot, bukan untuk membakar lemak.

Sebab itulah walau kurang makan dan bersenam dengan rutin, berat tetap begitu. Sekarang dah faham kan, bagaimana badan menggunakan kalori? The bottom line is, jangan terlalu caught up in numbers. Skala penimbang bukan satu-satunya ukuran kejayaan menguruskan badan. Mungkin otot yang kecut, bukannya lemak. Tanpa mengira nombor, fokus pada strategi jangka panjang yang membolehkan badan kehilangan lemak dengan sihat.

Badan yang lebih kurus (kurang body fat) adalah lebih more-toned dan well-nourished berbanding badan yang kurus tetapi lembik dan cengkung with underneath the eyes starts sagging. Teruskan jika mahu berpuasa IF. Teruskan jika mahu bersenam. Teruskan jika mahu diet suku-suku separuh. At the same time, try ambil GC PLUS to support your weight loss journey. Ia membantu mengurangkan rasa lapar dan menambahkan jisim otot.


Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart