Adakah Air Mempengaruhi Berat Badan?

Minggu ini seorang pengguna GreenAard bertanya "Bolehkah minum air membuatkan berat badan bertambah?". Beliau sebenarnya telah memerhatikan kakaknya menggunakan teknik minum air hingga 3-4 liter sehari, untuk kurus.

Setiap sistem dalam badan bergantung pada air. Malangnya, ramai tidak minum air secukupnya setiap sehari. Air membuang toksin. Air membawa nutrien kepada sel. Air memlembapkan tisu telinga, hidung dan tekak. Kekurangan air menyebabkan dehidrasi. Bila ini terjadi, badan tidak boleh menjalankan fungsinya dengan baik.

Akibat minum banyak air, badan mengalami kenaikan berat sepanjang hari kerana 1 liter air bersamaan 900g. Jika sekarang anda minum 1 liter air, berat akan bertambah 900g dalam 90 minit lagi. Ketika membuang air kecil, badan kehilangan 500-900g dari minuman yang telah diminum lebih awal.

Air mempengaruhi berat badan dengan ketara sehingga penimbang berat menunjukkan angka turun naik dengan cepat sekali dalam tempoh 24 jam. Turun naik yang cepat ini bukanlah lemak, tetapi air sahaja.  Minum banyak air membantu mengurangkan berat badan dengan beberapa cara.

Yang PERTAMA, air mengurangkan lapar. Bila banyak minum air, perut kurang berasa lapar kerana perut sentiasa mempunyai "sesuatu" yang memenuhinya.

Yang KEDUA, apabila badan mendapat cukup air, ia akan melepaskan air yang ditahan dalam badan [retained waters] melalui pencernaan. Jika seseorang merasa kembung perut, tangan dan kaki membengkak, atau perut membuncit - ini adalah petanda badan kurang air. Kekembungan dan pembengkakkan terjadi kerana badan terpaksa menahan air dari keluar. Ini juga punca berat susah untuk turun. 

Hati-hati. Minum terlalu banyak air boleh menyebabkan kematian. Air yang terlalu banyak dalam badan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan elektrolit yang mempengaruhi semua fungsi organ. Buah pinggang boleh shut down kerana too much water. Ramai atlet endurance mati akibat terlalu banyak minum air. Ketika letih/haus, mereka menggantikan peluh yang keluar dengan meminum banyak air. Ini menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit.

Cara yang betul adalah, setelah berpeluh dengan banyak, you should consider foods or supplements with electrolytes (sodium, potassium). Oleh sebab itu, JANGAN minum air dengan banyak tanpa tahu apa keperluannya kerana boleh mengganggu keseimbangan elektrolit yang boleh menjejaskan fungsi organ.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart