Apabila proses kehilangan lemak berlaku, sel-sel lemak mengecut secara drastik dalam saiz, mengakibatkan perubahan yang ketara dalam komposisi badan. Apabila lemak badan dipecahkan untuk tenaga, dua produk sampingan utama dikeluarkan - karbon dioksida dan air. Karbon dioksida dihembus semasa bernafas, dan air dibuang melalui air kencing, peluh atau udara yang dihembus.
Pelupusan produk sampingan ini sangat tinggi semasa senaman disebabkan oleh peningkatan pernafasan dan peluh. Biasanya, orang ingin menurunkan berat badan dari perut, pinggul, paha dan punggung. Walaupun senaman jenis spot reduction (seperti sit ups) yang mensasarkan penurunan berat badan di kawasan tertentu belum terbukti berkesan, sesetengah orang cenderung susut berat badan dari kawasan tertentu lebih cepat daripada yang lain. Walau bagaimanapun, faktor genetik dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pengagihan lemak badan.
Selain itu, jika mempunyai sejarah penurunan berat badan dan berat badan naik kembali, lemak badan mungkin tersebar secara berbeza disebabkan oleh perubahan dalam sel lemak dari semasa ke semasa. Mengapa sangat susah untuk mengurangkan berat badan? Sebenarnya, menurunkan berat badan tidak susah. Yang susah adalah kerana kita mahukan hasil yang cepat. Apabila progress kelihatan lambat, kita mudah putus asa.
Look. Apabila kita makan lebih daripada yang boleh dibakar oleh badan, sel-sel lemak meningkat dalam saiz dan bilangannya. Apabila kehilangan lemak, sel-sel yang sama ini mengecut dalam saiz, walaupun bilangannya kekal. Oleh itu, sebab utama perubahan dalam bentuk badan ialah saiz sel lemak yang berjaya dikurangkan - bukan bilangannya. Ini bermakna, apabila seseorang tidak menurunkan berat badan, sel-sel lemak kekal ada. Jika usaha tidak dilakukan untuk menurunkan berat badan, lemak boleh membesar dan bertambah dengan mudah. Ini mungkin salah satu sebab mengapa mengekalkan berat badan yang sudah turun sangat sukar bagi ramai orang.
Bergantung pada berapa banyak berat yang ingin diturunkan, tempoh fat loss journey berbeza-beza. Penurunan berat badan (rapid weight loss) yang cepat dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan yang negatif, seperti kekurangan mikronutrien, sakit kepala, keletihan, kehilangan otot, dan ketidakteraturan haid.
Oleh itu, tidak mengapa jika progress weight loss perlahan. Yang penting, lemak berkurangan sedikit demi sedikit. Bagi mereka yang overweight atau obesiti, penurunan berat badan sebanyak 5–10% dalam tempoh 6 bulan pertama mengambil GC PLUS dapat memperbaiki kitaran haid, kualiti tidur dan keinginan terhadap makanan manis juga berkurangan dengan sendirinya.
Posted on October 20, 2022
Diana Ishak
Read more
Kita selalu merasa tidak selesa apabila bahagian badan yang tertentu menyimpan lebih banyak lemak. Selalunya kawasan di mana simpanan lemak paling banyak adalah bahagian yang paling sukar untuk susut. Walaupun seseorang kelihatan kurus, mereka masih mempunyai masalah lebihan lemak di bahagian badan tertentu.
Obesiti bukanlah kejadian yang seragam kerana orang yang mempunyai berat badan berlebihan tidak semuanya kelihatan sama. Ini kerana, lebihan lemak juga berkumpul bahagian badan yang berbeza. Samada lemak berkumpul lebih banyak di paha, punggung, lengan, atau di bahagian badan yang lain, sangat dipengaruhi oleh faktor genetik.
Wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza. Wanita cenderung menyimpan lemak di pinggul dan kaki, sementara lelaki menyimpan lemak di sekitar perut. Hal ini berlaku disebabkan oleh hormon. Testosteron dan estrogen adalah dua hormon yang menjadi pemangkin penyimpanan lemak. Itulah sebab utama kenapa manusia cenderung mempunyai bentuk badan yang berbeza.
Tisu lemak di bahagian badan mempunyai reseptor untuk pelbagai jenis hormon. Contohnya, lemak di perut teransang dengan baik terhadap testosteron. Lelaki mempunyai banyak testosterone sebab itulah lelaki cenderung mengumpul lemak di perut. Lemak di bawah kulit pula mempunyai reseptor estrogen. Semakin banyak lemak, semakin tinggi kadar estrogen dalam badan.
Sebab itulah seseorang yang terlalu kurus boleh menopause lebih awal, kerana tanpa cukup estrogen kitaran hormon menjadi lintang-pukang lalu menghentikan haid. Keluarga Kardashians mengubah kedudukan lemak dengan memindahkan lemak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain, seperti lemak perut ke punggung dan lemak paha ke payudara. Walau bagaimanapun, memindahkan lemak sebenarnya tidak mengubah apa-apa. Badan kekal dengan lemak yang berlebihan, selamanya.
Sit-ups and squats can help shape our bodies differently, tetapi ia tidak akan mengubah kedudukan lemak yang wujud secara semulajadi di bahagian badan tersebut. Individu yang berpinggang kecil boleh menjadi overweight apabila pahanya menyimpan banyak lemak. Begitulah bagaimana genetik memainkan peranan besar dalam pengurusan berat badan. Sebilangan orang memang menyimpan lebih banyak lemak di bahagian badan tertentu tanpa mengira samada overweight atau tidak.
Posted on October 20, 2022
Diana Ishak
Read more
Sebilangan besar kolesterol dalam badan dibuat di hati dan diperlukan oleh badan. Tetapi, ada kolesterol yang boleh menyebabkan kerosakan pada hati.
Lemak berkumpul di sekitar hati jika darah mengandungi kolesterol yang tinggi. Senario ini boleh menyebabkan NAFLD (sejenis penyakit hati) dalam jangka masa panjang. NAFLD selalu berlaku di kalangan orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau diabetes. NAFLD juga menghalang kemampuan hati untuk membersihkan kolesterol (kolesterol jahat). Keadaan ini boleh menyebabkan lonjakan kolesterol seseorang.
Bila kolesterol tinggi, badan sukar mengagihkan lemak dengan baik. Biasanya, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala. Tetapi jika mempunyai berat badan berlebihan, cubalah lakukan ujian kolesterol. Pasti tinggi. Diet yang betul dapat mengurangkan risiko terkena penyakit hati. Biasanya, doktor akan meminta melakukan perubahan pada diet dan bersenam terlebih dahulu. Sekiranya berlebihan berat badan, doktor akan menyarankan untuk menurunkan berat badan.
Seseorang yang ada kolesterol tinggi kadang-kadang terpaksa mengambil ubat kolesterol (statin). Walau bagaimanapun, ketika mengambil statin secara rutin tetapi berat badan tidak dikawal, kolesterol tetap susah untuk turun. Penting untuk memastikan berat badan juga dikawal. Bila berat badan telah mencapai berat ideal, perlu dipastikan perubahan ini dikekalkan untuk mengelakkan kolesterol tinggi kembali.
Seseorang dapat mengurangkan kerosakan hati jika kolesterol dan berat badan dikawal dari awal. Boleh faham di sini bahawa, banyak risiko penyakit dapat dielakkan apabila berat badan dikawal terlebih dahulu. Berat badan-kolesterol-penyakit hati-jantung-diabetis adalah saling berkait di antara satu sama lain. Selalunya, the root cause adalah bodyfat. Maka, ketika menurunkan berat badan, yang penting bukanlah angka pada penimbang tetapi BODYFAT.
Indicator bodyfat anda adalah saiz pinggang. Apabila mengambil GC PLUS, pastikan selepas 10 hari pertama, ukur saiz pinggang anda. Anda akan dapat lihat perbezaan ukuran pinggang pada gari pertama dan 10.
Posted on October 20, 2022
Diana Ishak
Read more
Ada yang beranggapan ketika makan pil kurus, semakin banyak buang air besar, semakin cepat badan kurus. Tiba-tiba after a while, dah tak ada rasa nak membuang-buang macam awal-awal dulu, kita jadi risau. Mulalah terasa yang ubat tu dah tak efektif pada badan. Sebenarnya, pooping tak memberi kesan yang besar pun dalam penurunan berat badan. Silakan berhenti menimbang berat setiap kali lepas membuang air besar, ya?
Cara menimbang yang betul adalah, setiap pagi timbang berat badan pada waktu yang sama. Sekiranya terasa nak buang air, sila buang air dahulu. Memang scale akan nampak penurunan sikit selepas ke tandas, tetapi tidak banyak mana. Jangan risau jika selepas makan GC Plus after a while, anda sudah tidak kerap ke tandas macam selalu. Awal-awal pengambilan memang frequent ke tandas kerana usus masih 'terkejut' dengan perubahan diet. Lama kelamaan semakin kurang ke toilet kerana badan sudah serasi dengan diet yang diambil.
Kebiasaan diet ini membuatkan pergerakan usus semakin baik. Jika dahulu 4-5 kali ke tandas, sekarang mungkin berkurangan. Hanya 4% saja lemak yang tersingkir dari setiap najis. Maka jangan berharap untuk susut 2 kg setiap kali selepas ke tandas, it won't happen that way. Dan jangan terlalu risau jika hanya buang air besar sekali dalam sehari. That is normal too.
Yang patut dirisaukan adalah ketika anda buang air besar kurang dari 3 kali seminggu. Itu menunjukkan usus ada masalah. Tapi sekiranya kekerapan ke tandas mengganggu urusan harian, kami cadangkan berhenti memakan makanan bertepung dan bergula. Lihat perubahannya.
Posted on October 20, 2022
Diana Ishak
Read more
Adalah masuk akal jika ada yang terfikir sama ada masalah penghadaman ada kaitan dengan berat badan. Ya, betul. Terdapat hubungan antara kesihatan pencernaan dan penurunan berat badan. Masalah pencernaan boleh menyebabkan seseorang kehilangan atau menambahkan berat badan secara tidak sengaja. Contohnya seseorang yang menghidapi penyakit hati yang teruk, dia boleh menjadi sangat kurus tetapi berat badan bertambah.
"Oh! Macamana berat badan bertambah tetapi masih kurus?"
Ok. Hati biasanya menghasilkan albumin. Seseorang yang ada penyakit hati tidak lagi dapat menghasilkan banyak albumin. Oleh kerana albumin menyimpan air dalam aliran darah, kehilangannya mengakibatkan kebocoran cecair dari darah ke perut dan kaki, menyebabkan bahagian-bahagian badan ini meningkat dalam saiz. Walaupun muka dan lengan pesakit hati kurus, mereka sebenarnya bertambah berat badan akibat cecair di kaki dan perut.
Bagi sesetengah orang, makan lebih banyak melegakan kesakitan pada perut kerana makanan meneutralkan asid yang dihasilkan oleh perut. Akibatnya, sesetengah dari mereka "terpaksa" menjadi gemuk kerana selera makan tersebut. Kebanyakan masalah pencernaan cenderung menyebabkan penurunan berat badan akibat penyerapan makanan yang lemah. Tetapi terdapat beberapa situasi di mana usus boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.
Satu masalah yang sering dilihat adalah apabila seseorang mengalami asid refluks atau ulser. Pesakit asid refluks cenderung untuk makan dengan kerap untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu. Kesakitan berkurangan seketika kerana kedua-dua air liur dan makanan meneutralkan asid buat sementara waktu. Buat pesakit-pesakit ini, kami tidak cadangkan anda mengambil GC PLUS. Ini kerana, GC PLUS mengurangkan rasa lapar. Memandangkan sistem pencernaan anda bermasalah, anda masih perlu makan walaupun tidak merasa lapar. The progress of GC PLUS berkemungkinan menjadi lebih perlahan dari biasa akibat "konflik" ini. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih mahu meneruskan pengambikan GC PLUS kerana benefit-benefit lain, pastikan tidak sampai memudaratkan, ok?
Posted on October 20, 2022
Diana Ishak
Read more
Selalunya, dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang cepat, ramai suka melakukan extreme diet. Sama ada perayaan atau musim perkahwinan, tiada solekan atau teknik airbrushing yang boleh mengalahkan kulit yang sihat semula jadi. Apabila sihat dari dalam, keserian pada kulit is unmissable. Diet yang extreme memang membantu menurunkan berat badan yang banyak dalam masa beberapa minggu sahaja.
Diet yang extreme pada asasnya menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dalam beberapa hari/minggu. Tetapi, diet sebegini selalunya melibatkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Manusia boleh bertahan dengan memakan salad sahaja tanpa karbohidrat atau protein. Tetapi bagaimana dengan organ badan yang lain terutamanya kulit? Perasan tak, apabila seseorang kurus dengan melampau, kulitnya kusam, kering dan sedikit tua?
Diet yang extreme secara amnya membuang semua makanan yang kaya nutrien yang menjejaskan rambut dan kulit. Apabila tidak memakan kalori yang mencukupi, atau kurang makan, - ini semua bakal mempengaruhi kesihatan kulit. Kulit yang tidak mendapat nutrien untuk pertumbuhan sel yang optimum, akan menjadi stress. Rambut gugur, kulit kering dan kuku yang menggelupas adalah tanda-tanda pemakanan yang buruk. Kulit dan rambut memerlukan protein, lemak sihat, vitamin A, C dan E serta asid lemak omega-3.
Kulit dan rambut juga memerlukan antioksidan penting. Antioksidan menghalang kerosakan sel dan mengurangkan tekanan oksidatif. Ramai yang tidak sedar perubahan dalam pengambilan makanan turut merubah tahap tekanan dan perubahan mood. Seringkali kita menganggap stress penyebab kurang makan. Sebenarnya, kurang makan juga boleh menyebabkan stress. Stress ini akhirnya terlihat pada kulit.
Perhatikan kulit lengan anda sekarang. Cakar kulit lengan anda dan lihat apakah ada garis putih muncul pada kulit? Garis putih menunjukkan tahap kekeringan kulit. Kebanyakan orang mendapati diri mudah marah apabila menjalani extreme diet. Ini kerana mind and skin are connected on many different levels. Beberapa hujung saraf disambungkan ke kulit, jadi apabila emosi berubah, ia diluahkan melalui kulit.
Jika mahu melihat bagaimana badan membuang lemak secara slowly but surely, jangan lupa gunakan weight loss tracker card yang anda dapat ketika membeli GC PLUS. Perhatikan juga perbezaan ukuran pinggang pada Day 1 dan Day 10. Pengurangan ukuran pinggang adalah petunjuk bahawa body fat telah berjaya dibuang sedikit demi sedikit. Sementara stok measuring tape masih ada, dapatkan GC PLUS sekarang.
Posted on October 17, 2022
Diana Ishak
Read more
Pernah tak terfikir mengapa kadangkala kita berasa begitu terdesak untuk makan snek atau kudap-kudap pada lewat malam? Adakah sains mempunyai sebarang alasan tentang keadaan ini? Ya, ada.
Jumlah tidur mempengaruhi tahap tenaga badan dan tahap pembebasan hormon. Apabila seseorang tidak cukup tidur, akibatnya selera makan meningkat. Kurang tidur dan obesiti adalah dua masalah yang berjalan seiring. Dari sudut pandangan saintifik, hormon adalah antara punca terbesar. Hormon bertanggungjawab ke atas selera makan. Ia memberitahu otak sama ada kita kenyang atau lapar. Hormon leptin adalah hormon untuk mengekalkan berat badan, dan ia dikeluarkan oleh sel-sel lemak. Jadi, seseorang yang mempunyai banyak lemak akan mengalami peningkatan tahap leptin.
Seseorang dengan berat badan yang lebih rendah dan peratusan body fat yang kurang, tahap leptinnya juga rendah. Leptin adalah hormon yang bertanggungjawab memberi isyarat kenyang kepada otak. Tetapi apabila seseorang kehilangan berat badan, dan tahap leptin jatuh, itu boleh mencetuskan peningkatan selera makan yang menghalang proses penurunan berat badan. Apabila badan berfungsi secara normal, sel-sel lemak berlebihan menghasilkan leptin yang merupakan isyarat kepada hipotalamus untuk menurunkan selera makan.
Tetapi masalah yang berlaku dengan orang gemuk adalah, mereka kekurangan tindak balas terhadap hormon. Sepatutnya apabila lemak banyak, leptin juga tinggi yang menjadikan badan merasa lebih kenyang. Malangnya, itu tidak berlaku pada orang yang obesiti kerana apabila sel-sel lemak terlalu banyak, badan mereka rintang terhadap leptin. Hormon kedua yang penting untuk selera makan adalah ghrelin.
Hormon ghrelin mempunyai kesan pada bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal selera makan. Selain itu, ghrelin membantu mengawal pelepasan insulin. Apabila seseorang kurang tidur, badan menurunkan tahap leptin, sementara dalam masa yang sama ghrelin meningkat, yang memberi rasa lapar. Sebagai contoh, orang yang mengalami insomnia mempunyai tahap ghrelin lebih rendah daripada orang yang mendapat tidur yang cukup. Itu menunjukkan bahawa insomnia menggalakkan penurunan berat badan.
Tetapi itu tidak bermakna bahawa orang yang mengalami insomnia selamat daripada kenaikan berat badan. Ini kerana, pada siang hari, tahap ghrelin mereka meningkat, yang merangsang selera makan. Ketidakseimbangan ini boleh menjadi punca mengapa ramai penghidap insomnia bertambah berat dari semasa ke semasa.
Posted on October 17, 2022
Diana Ishak
Read more
When it comes to serious health problems seperti diabetes, kita cenderung menyalahkan makanan dan keturunan. Apa yang ramai tidak tahu, kurang tidur yang berkualiti juga dikaitkan sebagai punca diabetis. Diabetes jenis 2 adalah diabetes yang paling biasa, yang mana badan tidak menggunakan insulin dengan betul. Diabetes jenis ini dirawat dengan mengubah gaya hidup, mengambil ubat, dan suntikan insulin.
Insulin adalah hormon yang mengawal tahap gula darah supaya badan boleh menggunakan gula daripada makanan. Sel-sel badan memerlukan gula untuk tenaga, tetapi gula tidak boleh masuk terus ke kebanyakan sel. Jadi, insulin memberi isyarat kepada sel apabila mereka perlukan gula dan boleh menyerapnya.
Tidur yang tidak cukup membuatkan badan kurang menghasilkan insulin. Tidur yang tidak cukup juga menghasilkan banyak hormon kortisol. Hormon kortisol adalah hormon stress. Hormon kortisol membuatkan kita kekal terjaga (susah tidur) sambil menghalang insulin melakukan tugasnya. Akibat daripada itu, terlalu banyak gula (glukosa) kekal dalam aliran darah kita, yang meningkatkan risiko menghidap diabetes. Tidur yang berkualiti pada waktu MALAM adalah penting untuk pemulihan sel badan di samping mengekalkan sensitiviti insulin.
Posted on October 15, 2022
Diana Ishak
Read more
Mungkin sudah tiba masanya untuk menurunkan berat badan bagi yang sudah lama overweight. Mengekalkan berat badan yang ideal adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk buah pinggang. Berat badan yang berlebihan atau gemuk boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dengan beberapa cara yang berbeza.
Pepatah menyebut "One thing leads to another". Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi. Diabetes dan tekanan darah tinggi pula adalah antara penyebab utama penyakit buah pinggang. Berat badan berlebihan dalam jangka masa yang panjang memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyaring sisa. Lama kelamaan, kerja tambahan ini meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kerana buah pinggang harus bekerja lebih keras.
Ringankan badan anda untuk melindungi buah pinggang. Antara caranya, kawal Indeks Jisim Tubuh (BMI). Angka BMI memberi gambaran kasar mengenai jumlah peratus lemak dalam badan. BMI normal biasanya antara 18 dan 25. BMI antara 25 hingga 30 dianggap berat badan berlebihan. BMI yang lebih besar daripada 30 dianggap obes. Dalam kes yang tertentu, mungkin berat badan anda lebih tinggi berbanding orang lain, tetapi anda mempunyai BMI yang normal. Keadaan tersebut berlaku jika berat badan didominasi oleh otot. Memiliki lebih banyak otot daripada lemak adalah sihat. Sebab itulah BMI hanyalah gambaran kasar. Untuk lebih tepat, kawal body fat.
Ramai orang menganggap lemak badan adalah berat tambahan yang perliu dibuang. That's not entirely correct. Manusia memerlukan sejumlah lemak untuk menjadi sihat. Lemak yang diperlukan ini dipanggil lemak penting (essential fat) dan bertanggungjawab untuk melindungi organ, mengawal hormon, dan menyimpan tenaga untuk badan. Wanita memerlukan kira-kira 12% daripada komposisi badan mereka untuk menjadi essential fat. Manakala lelaki hanya memerlukan 4%. Sebarang lemak tambahan di atas peratusan essential fat ini dianggap lemak yang tidak sihat.
Sebab itulah GreenAard sering menekankan untuk "UKUR SAIZ PINGGANG" ketika berdiet dengan GC Plus. Mengekalkan body fat dalam peratusan yang sihat adalah cara yang lebih tepat untuk menilai progress penurunan berat badan anda. Walaupun berat keseluruhan mungkin tidak memberangsangkan, keputusan positif dapat dilihat apabila peratusan body fat berkurangan dan jisim otot meningkat.
"Macamana cara nak tahu jika body fat saya sudah berkurang?"
Cara paling senang adalah ukur saiz pinggang. Sains pinggang wanita Asia yang sihat adalah 31 inci ke bawah. Another way to judge the progress adalah dengan memakai kembali baju atau seluar lama. Jika baju lama sudah kembali selesa dipakai, itu petunjuk you are losing fat.
Posted on October 15, 2022
Diana Ishak
Read more