GC Plus

Mustahil dapat turunkan berat 8 kg seminggu.

Jika berat badan badan anda sekarang 58 kg, manakala berat ideal adalah 50 kg, maksudnya anda perlu turunkan 8 kg sahaja lagi. Itu tak mustahil. Boleh capai dalam masa 2-3 bulan. Tetapi, jika bercita-cita untuk turunkan 8 kg dalam masa seminggu, itu adalah mustahil. Sebab apa mustahil?

Kerana anda bukan peserta The Biggest Loser yang berat menjangkau 172 kg. Dalam pengurusan berat badan, orang obesiti lebih senang hilang 8 kg seminggu kerana badan mereka hilang banyak air pada minggu pertama. Itu memang 'general rule' kerana lebih besar berat badan maka lebih mudah untuk hilang berat.

"SAYA NAK KURUS SEBELUM RAYA. BERAPA BOTOL GC PLUS SAYA KENA BELI?"

Itu adalah soalan yang susah untuk dijawab. Walaupun GC Plus bantu capai berat ideal, tidak semua orang turun berat yang sama dalam sebulan. Ada yang turun 1 kg, ada yang 5 kg, ada yang 10 kg. Salah satu faktornya telah kami sebuatkan tadi, iaitu berat badan semasa. Jika berat semasa anda 100 kg, insyallah dalam seminggu dua boleh turun 8-9 kg. Tetapi jika berat semasa adalah 60 kg dan perlu turunkan 5 kg sahaja lagi untuk capai berat ideal, anda perlukan sekurang-kurangnya 1 bulan. Ini kerana, semakin berat menghampiri ideal weight, penurunan berat semakin perlahan.

Faktor seterusnya adalah gaya hidup. Berbeza dengan peserta The Biggest Loser, mereka ada sepanjang hari untuk mendedikasikan diri kepada pelbagai aktiviti yang membantu ke arah penurunan berat badan. Tetapi kita tidak ada sepanjang hari untuk fokus pada weight loss. Kita ada banyak perkara lain nak dibuat, betul tak?

Ada yang kerjanya sepanjang hari depan PC. Ada yang kerjanya berjalan ke sana-sini naik tangga turun tangga jumpa customer. Ada yang kerjanya di site, kerja berat. Aktiviti kita tidak sama. Dan aktiviti ini semua mempengaruhi cepat atau lambat penurunan berat badan. Kami sokong sesiapa saja yang letakkan sasaran dan matlamat untuk capai berat badan ideal dalam sekian-sekian masa, teapi agak pelik kenapa nak letak sasaran dalam masa yang singkat?

Berikan masa untuk badan berubah. Meletakkan matlamat itu perlu, tetapi biar ia berlaku dengan santai dan tenang. Berikan masa untuk badan pulih dan bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku ketika mengambil GC Plus. Kerana, lebih cepat berat badan turun, lebih cepat berat itu datang balik. Selalunya kehilangan 5 kg seminggu, bulan hadapan this 5 kg ini akan datang balik. Berbeza dengan hilang 3 kg sebulan, berat yang hilang ini selalunya akan kekal hilang. Percayalah!
Diana Ishak
Read more

Kenapa bersenam bukan pilihan terbaik untuk kurus?

Senaman bagus untuk kesihatan, tetapi bersenam sahaja tidak mencukupi untuk menurunkan berat badan. Ini kerana, badan akan mencapai weight plateau yang mana hanya dengan perubahan diet sahaja mampu membakar kalori ketika itu, bukan senaman. Terdapat banyak bukti bahawa senaman memastikan badan dan minda kita sihat, itu kami tidak nafikan. Tetapi dalam weight loss journey, seseorang perlu memberi tumpuan kepada diet, terutamanya untuk mencegah berat badan bertambah semula ketika sudah kurus. Walaupun 100% tenaga yang kita perolehi datang daripada makanan, kita hanya boleh membakar kira-kira 10-30% daripadanya dengan aktiviti fizikal. Maksudnya, jangan mengharapkan kehilangan banyak berat badan dengan meningkatkan senaman sahaja.

Walaupun senaman penting untuk kesihatan keseluruhan, jumlah dan apa yang kita makan memberi kesan yang lebih besar pada ukur lilit pinggang. Saintis telah lama membuktikan bahawa badan tidak membakar kalori ketika bersenam sahaja, malah setiap masa! Untuk jantung berdegup, buah pinggang menapis bahan buangan, otak berfungsi, mencernakan makanan - segalanya memerlukan tenaga. Ramai yang tidak tahu, badan sebenarnya membakar lebih banyak kalori ketika kita sedang berehat (akibat penggunaan tenaga oleh organ dalam badan). Badan membakar kalori antara 70-80% untuk menjalankan fungsi organ badan, manakala selebihnya dibakar ketika bersenam. Bayangkan hanya 20-30% sahaja kalori dibakar ketika bersenam!

Sebab itulah seseorang yang rajin bersenam mengeluh melihat berat badan yang tidak turun banyak sedangkan banyak kalori yang dihabiskan ketikan di gym. You know why? Sebab ketika bersenam membakar 700 kalori sehari, kalori dari makanan yang dimakan pada hari itu mungkin 1000 kalori. Dan anda jangan lupa, badan seseorang tidak boleh makan kurang dari 1000 kalori. Jika makan kurang dari 1000 kalori, badan berhenti membakar kalori kerana menyangkakan anda sedang dalam kebuluran, maka ia mahu meyimpan tenaga untuk anda. Jadi, bersenam 700 kalori, makan 1000 kalori. Sebab itu bersenam bukanlah pilihan tepat untuk menurunkan berat badan. Bersenam adalah untuk sihat.

Macamana sekalipun, DIET adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan. Tetapi, berdiet memerlukan seseorang untuk mengawal makanan. Mengawal makanan sesungguhnya sangat susah. Sebab itulah GC PLUS mengurangkan rasa lapar, dan memanjangkan rasa kenyang. Pembebasan serotonin ketika mengambil GC PLUS membuatkan hormon kortisol dan hormom ghrelin 'disimpan', maka kurang merasa lapar
Diana Ishak
Read more

Mengekalkan berat badan selepas diet kadangkala lebih sukar. Kenapa?

Menurunkan berat badan sudah cukup susah, tetapi tahu tak, mengekalkan berat badan setelah kurus, lebih susah! Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa peratusan besar orang yang berdiet memperoleh semula semua berat yang telah hilang dalam masa 1 tahun sahaja. Berat badan naik semula sebahagiannya disebabkan oleh selera makan dan hormon ghrelin yang menambahkan rasa keinginan untuk makan banyak. Ghrelin ialah "hormon lapar". Ia memberi isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masanya untuk makan. Penghidap diabetes adalah golongan yang paras ghrelin-nya meningkat, menjadikan mereka lebih sukar untuk menurunkan berat badan.

Di sini kami akan jelaskan apa yang anda perlu tahu tentang hormon Ghrelin dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada berat badan, dan apa yang kami boleh bantu. Ghrelin ialah hormon yang dihasilkan dalam usus. Ia bergerak melalui aliran darah ke otak, di mana ia memberitahu otak bahawa sudah sampai waktu makan (lagi). Fungsi utama ghrelin adalah untuk meningkatkan selera makan. Ghrelin membuatkan seseorang mengambil lebih banyak makanan, mengambil lebih banyak kalori dan menyimpan lemak. Selain itu, ghrelin mempengaruhi kitaran tidur/bangun, tingkah laku, mood dan metabolisme. Semakin tinggi tahap ghrelin, semakin lapar. Semakin rendah tahap ghrelin, semakin rasa kenyang. Oleh itu, jika ingin menurunkan berat badan, menurunkan tahap ghrelin boleh memberi manfaat.

Secara lojik, untuk menurunkan tahap ghrelin, seseorang perlu merasa kenyang, bermakna seseorang perlu makan. Tetapi, untuk menurunkan berat badan, cara itu mungkin kurang tepat. Apa alternatif? Alternatifnya, adalah dengan memperbanyakkan pembebasan serotonin dalam badan. Serotonin mengawal mood. Ia memberi "rasa baik" semula jadi. Apabila serotonin berada pada tahap normal, seseorang lebih fokus, emosi stabil, lebih gembira, lebih tenang dan selera makan berkurangan. Apabila selera makan berkurangan, secara otomatik hormon ghrelin akan disimpan.

Kebanyakan serotonin berada dalam saluran usus di mana ia membantu mengawal fungsi usus anda dan memainkan peranan dalam melindungi usus. Dengan pembebasan serotonin oleh GC Plus, usus akan mempercepatkan penghadaman untuk membersihkan badan daripada bahan toksik. Sebab itulah pengguna GC Plus merasa lebih lawas ke tandas selepas mengambilnya. Itulah cara bagaimana GC Plus membantu anda dalam menurunkan berat badan serta mengekalkannya. Tetapi jangan pula menganggap GC Plus magic pills, ya. Ia MEMBANTU anda merasa kurang lapar, bukan membuatkan anda tidak merasa lapar lansung.
Diana Ishak
Read more

Adakah kreatinin merosakkan buah pinggang?

Selalu kita dengar orang kata tanda-tanda buah pinggang rosak adalah disebabkan oleh kreatinin yang banyak dalam badan. Betul ke? Untuk mencari jawapannya, mari kita fahamkan dulu apakah kreatinin. Adakah ia merbahaya? Kreatin kebanyakannya terletak dalam otot dan otak. Kebanyakan orang mendapat kreatin melalui makanan laut dan daging merah. Hati, pankreas dan buah pinggang menghasilkan kira-kira 1 gram kreatin setiap hari.

Badan manusia menyimpan kreatin dalam otot untuk tenaga. Bermakna, semakin besar otot, semakin banyak kreatinin dihasilkan. Kreatin dihasilkan oleh otot. Adakah itu bermakna orang yang cenderung mendapat sakit buah pinggang adalah golongan atlet? Jawapannya, TIDAK. Kreatin memberi manfaat kepada atlet yang memerlukan kekuatan otot, seperti pelari pecut, angkat berat dan atlet sukan berpasukan. 

Ramai atlet mengambil suplemen kreatin untuk menambahkan otot. Pengambilan kreatin mungkin tidak membantu semua atlet, secara amnya kreatin TIDAK MERBAHAYA. Dulu, dikatakan kreatin menyebabkan penyakit buah pinggang, tetapi kajian mengatakan kreatin TIDAK menjejaskan fungsi buah pinggang pada orang yang sihat. Dalam kata lain, sekiranya buah pinggang seseorang itu sihat, menambahkan jisim otot atau mengambil suplemen untuk menambahkan otot TIDAK menyebabkan buah pinggang rosak. Sebaliknya, jika seseorang itu sudah mendapat penyakit buah pinggang, JANGAN mengambil sebarang suplemen.
Diana Ishak
Read more

Mengapa sesetengah orang cenderung untuk mendapat perut buncit?

Perasan tak sesetengah orang boleh makan banyak tetapi kekal kurus, manakala yang lain menambah berat badan dengan mudah, terutamanya di bahagian perut? Lemak di bahagian perut is something that many people struggle with. Sukar untuk difahami mengapa sesetengah individu nampaknya lebih mudah mendapat perut buncit. Perut buncit tidak selalunya akibat kerana makan banyak atau kurang beraktiviti. Sesetengah orang kelihatan sangat aktif bergerak/bekerja, tetapi masih buncit.

Selalunya kita menyalahkan gaya hidup dan diet yang salah. Well, itu benar. Tetapi ramai yang tidak sedar ada faktor lain yang memainkan peranan. Salah satunya, genetik. Genetik juga memainkan peranan besar yang menyebabkan seseorang cenderung buncit walaupun makan sedikit. Sesetengah orang mempunyai gen yang menjadikannya lebih cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian perut. Faktor lain boleh menyumbang kepada perut buncit, adalah postur dan otot perut yang lemah.

Postur yang buruk boleh menyebabkan perut menonjol dan menjadikan perut kelihatan lebih besar daripada yang sebenar. Otot perut yang lemah juga boleh menyumbang kepada perut buncit kerana ia tidak dapat menampung berat lemak perut dengan berkesan. Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga memainkan peranan. Sebagai contoh, tahap hormon kortisol yang tinggi menyebabkan peningkatan lemak perut. Kortisol adalah hormon yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada tekanan (stress). Boleh jadi stress kerana masalah, penat, atau tidak cukup tidur. Semakin banyak seseorang stress, semakin banyak hormon kortisol dibebaskan.

Pengeluaran kortisol yang berlebihan membawa kepada beberapa masalah termasuk penambahan berat badan, terutamanya di kawasan perut. Apabila badan mengalami stress, kortisol dilepaskan ke dalam darah, mencetuskan pembebasan glukosa dari hati. Glukosa ini kemudiannya digunakan sebagai sumber tenaga untuk membantu badan bertindak balas terhadap stress. Sekiranya stress itu kronik, pembebasan kortisol yang berterusan boleh menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah, yang boleh menyebabkan badan menyimpan lemak, terutamanya di dalam perut.

Selain itu, kortisol merangsang pecahan tisu otot, yang membawa kepada penurunan jisim otot. Tisu otot memainkan peranan penting dalam membakar kalori. Jadi, penurunan jisim otot boleh membawa kepada metabolisme yang lebih perlahan dan lebih sedikit kalori yang dibakar. Tahu tak kenapa kami gunakan konsep ransangan serotinin dalam GC Plus? Kerana, mengurangkan stress merupakan syarat yang mesti ada sekiranya mahu menurunkan berat badan. GC Plus merangsang badan membebaskan serotonin. Serotonin mmebuatkan hormon kortisol "disimpan". Apabila hormon kortisol "senyap", badan lebih tenang, rasa lapar berkurang, dan badan lebih bertenaga.
Diana Ishak
Read more

Apa yang berlaku kepada badan apabila tidak mengambil karbohidrat?

Apabila seseorang berhenti mengambil karbohidrat, badan kurang sumber tenaga. Akibatnya, badan beralih kepada membakar lemak simpanan untuk mendapatkan tenaga. Proses ini dipanggil ketosis. Ketosis menyebabkan badan mengalami penurunan jisim otot (otot mengecut). Kurang/tidak mengambil karbohidrat boleh menyebabkan penurunan berat badan yang cepat, tetapi kurang baik untuk jangka panjang. Kekurangan serat dan mineral penting dalam karbohidrat boleh menyebabkan badan kekurangan zat.

Otak sangat bergantung kepada karbohidrat untuk tenaga. Apabila berhenti mengambil karbohidrat, badan masuk ke dalam keadaan ketosis, di mana ia menghasilkan keton untuk tenaga. Keton boleh digunakan oleh otak untuk tenaga, tetapi ia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sumber tenaga baru ini. Semasa tempoh penyesuaian, sesetengah orang mungkin mengalami gejala seperti brain fog, keletihan dan sakit kepala. 

Karbohidrat adalah sumber tenaga yang penting untuk badan dan merupakan komponen penting dalam diet yang sihat. Mereka sering dianggap sebagai "jahat" kerana mengambil terlalu banyak karbohidrat boleh menyebabkan penambahan berat badan. Bagaimanapun, karbohidrat memainkan peranan penting dalam penghasilan serotonin, iaitu neurotransmitter yang mengawal mood dan menyumbang kepada perasaan gembira, tenang dan kurang merasa lapar. Apabila karbohidrat dimakan, insulin dibebaskan. Insulin akan memudahkan kemasukan asid amino ke dalam otak, yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. 

Penyelidikan telah mendapati bahawa apabila karbohidrat dikeluarkan daripada diet, pengeluaran serotonin berkurangan. Sebab itulah ketika seseorang berhenti mengambil karbohidrat, berlaku pelbagai kesan negatif, termasuk selalu penat, cepat lapar, daya fokus berkurangan, hilang mood, kebimbangan, dan gangguan tidur. Sebaliknya, pengambilan karbohidrat boleh meningkatkan pengeluaran serotonin dan meningkatkan mood dan fungsi kognitif. Sebab itulah di restoran fine dining, pelanggan dihidangkan dengan roti terlebih dahulu. Kenapa agaknya?

a. untuk menghargai pelanggan
b. kerana roti sudah termasuk dalam pakej
c. mengurangkan rasa lapar
d. restoran sedang mempromosikan roti terbaru

Jawapan anda C? Tepat sekali. Pelanggan dihidangkan dengan roti untuk mengurangkan rasa lapar sementara menunggu makanan utama tiba. Ini kerana, roti adalah karbohidrat. Karbohidrat merangsang pembebasan serotonin. Serotonin mengurangkan rasa lapar. Sebab itulah sesiapa yang mengambil GC Plus kurang berasa lapar dan mampu bertahan lebih lama sementara menunggu waktu makan. Kerana GC Plus merangsang pembebasan serotonin. Ini menjadikan GC Plus produk yang sangat membantu ketika sedang berpuasa.

Diana Ishak
Read more

Fokuskan pada kehilangan lemak bukan berat badan

Dalam proses menurunkan berat badan, berat pada penimbang TIDAK WAJIB berkurangan. Kedengaran pelik? Benar, kerana seseorang boleh menjadi lebih kurus tanpa berlaku perubahan besar pada berat badan. Bagaimana ia terjadi?

Ini berlaku apabila badan kehilangan lemak dan dalam masa yang sama jisim otot bertambah. Seseorang mungkin mendapati berat badannya tidak banyak berubah tetapi baju dan seluar lama sudah boleh dipakai semula. That is a sign that you are moving in the right direction.

The problem is, kita terlalu bergantung pada penimbang dan percaya hanya jika angka penimbang berkurangan barulah diet itu berhasil. Kena ingat! HILANG BERAT dan HILANG LEMAK adalah berbeza and it can change how you see yourself. Sebab itulah penting untuk mencatatkan progress berat badan pada weight loss tracker yang kami berikan. Ambil ukuran pinggang juga, sebelum dan selepas 10 hari memakan GC PLUS. Saiz pinggang adalah indicator kehilangan lemak.
Diana Ishak
Read more

"Saya ada hati berlemak. Saya syak puncanya saya makan supplemen brand **"

Opps! Nanti dulu. Jangan terlalu cepat membuat andaian. Punca lemak terkumpul di dalam hati adalah akibat makan terlalu banyak hingga berlebih kalori, bukan kerana memakan supplemen. Apabila hati tidak memproses dan memecahkan lemak seperti biasa, lemak akan terkumpul. Lemak di dalam hati lebih cepat bertambah sekiranya seseorang mempunyai masalah seperti obesiti, diabetes atau trigliserida tinggi (kolesterol tinggi).

Penurunan berat badan yang cepat dan kekurangan zat makanan (malnutrition) juga boleh menyebabkan hati berlemak. Walau bagaimanapun, ada juga orang mendapat hati berlemak walaupun mereka tidak mempunyai sebarang keadaan tersebut. Penyakit hati berlemak merupakan penyakit hati yang biasa. Kira-kira satu dalam setiap 10 orang. Adalah normal untuk hati mengandungi sedikit lemak, tetapi jika lemak di dalam hati melebihi 10 peratus daripada berat hati, then you have fatty liver dan mungkin bakal mendapat komplikasi yang lebih serius.

Hati berlemak selalunya tidak menyebabkan kerosakan hati, tetapi lemak yang berlebihan itu boleh membawa kepada radang hati. Kebanyakan pesakit hati berlemak adalah mereka di pertengahan umur dan memiliki berat badan berlebihan. Faktor risiko yang paling kerap dikaitkan dengan hati berlemak adalah:
  • berat badan berlebihan (BMI 25-30)
  • obesiti (BMI melebihi 30)
  • kencing manis
  • tahap trigliserida yang tinggi (kolesterol tinggi)
Sindrom metabolik (diabetes, penyakit jantung dan strok) ada hubungan dalam pembentukan hati berlemak. Bermaksud, orang yang ada salah satu dari 3 penyakit berangkai tadi berisiko untuk mendapat hati berlemak juga. Tanda-tanda seseorang berisiko mendapat sindrom metabolik:
  • obesiti, terutamanya di sekeliling pinggang (obesiti perut)
  • tekanan darah tinggi
  • satu atau lebih paras kolesterol yang tidak normal (sama ada trigliserida tinggi, atau paras HDL yang rendah, atau resistant kepada insulin).
Masih belum jelas sepenuhnya bagaimana hati menjadi berlemak. Lemak mungkin datang dari bahagian badan lain, atau hati menyerap lebih banyak lemak daripada usus. Boleh jadi juga hati kehilangan keupayaannya untuk menukar lemak ke dalam bentuk yang boleh dihapuskan oleh badan.

Walau bagaimanapun, memakan makanan berlemak, tidak menghasilkan hati berlemak. Tetapi, makan TERLALU BANYAK hingga berat badan berlebihan adalah antara punca hati berlemak. Jadi, adalah penting untuk menjaga body fat supaya tidak melebihi paras yang ideal. Sebab itu GreenAard amat mementingkan size pinggang berbanding angka penimbang. Pinggang adalah indicator terbaik berapa banyak lemak dalam badan. Pinggang yang semakin membesar adalah petanda pemakanan yang tidak betul dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Diana Ishak
Read more

Perjalanan turun naik berat badan yang realistik adalah begini

"Ketika berat saya 90kg, saya sangat teruja untuk memulakan diet. "Sehari selepas berdiet, berat naik ke 92kg. Well, siapa tahu, mungkin saya terlebih makan garam. Hari ketiga, berat turun kembali ke 90kg. Hari seterusnya, naik balik ke 91kg. Keesokkan hari, berat kembali ke 90kg. Boleh jadi kurang minum air".

The next day..."What? 91 kh again? Bila nak turun berat 5kg ni? Asyik ting ting ting tong di angka yang sama saja!"

Suddenly, the following day..."Wow, 88kg?"

Kelihatan seperti turun 3kg semalaman, kan? Sebenarnya, turun-naik 1kg berselang-seli sepanjang minggu itu adalah tanda badan sedang konsisten membakar lemak. Lemak tidak berkurangan dengan sekelip mata, ia adalah proses yang mengambil masa. Siapa masih bergelut dengan turun naik berat badan atau weight plateau pasti merasa kecewa setiap kali menimbang berat apabila angka penimbang tidak berganjak.

Look here. Kadangkala kita buang air kecil dengan kerap 6-7 kali sehari. Kadang-kadang 2-3 kali sahaja. Ada ketikanya kita sedang stress. Perubahan cuaca secara tiba-tiba juga menyebabkan seseorang boleh jatuh sakit/tidak sihat. Ini mempengaruhi metabolisme badan. Boleh jadi kita tak menyedari bahawa luka atau lebam di kaki memerlukan lebih banyak air untuk proses penyembuhan berbanding weight loss.

Makanan makanan bergaram juga menyebabkan water retention. Water retention menyumbang kepada berat badan yang statik. Oh, jangan lupa. Sembelit juga menjadikan badan susah untuk turun berat. Sekiranya kita anggap penurunan 1kg adalah kejayaan manakala kenaikan 1kg adalah kegagalan, bayangkan esok turun 1kg means kejayaan dan lusa hilang 1kg adalah kegagalan. Haihhh, boleh jadi gila!

Tracking the scale is useful, tapi ada cara paling efisien untuk mengetahui samada you are in the right track, iaitu dengan cara UKUR SAIZ PINGGANG. If your weight staying the same tetapi size pinggang berkurangan, this is a good indicator. Begitulah cara GC PLUS membantu menurunkan berat badan, iaitu dengan cara mengurangkan rasa lapar DAN menambahkan jisim otot. Jisim otot yang bertambah membakar lemak dengan lebih efisien. Losing fat and adding muscle at the same time menjadikan berat kelihatan stay the same on scale. Apa kata selepas ini, fokus pada saiz pinggang. Kira inchloss. Inchloss inilah indicator bahawa body fat telah berkurangan.

Diana Ishak
Read more

Tips dari GreenAard untuk dapatkan inchloss pinggang yang lebih ketara sebelum raya

Walaupun setiap menurunkan berat badan secara berbeza, kebanyakan orang mempunyai masalah yang sama iaitu lemak di kawasan perut. Menghilangkan lemak perut sukar bagi kebanyakan orang dan pada wanita, masalah ini lebih ketara. Selain menjadi hab lemak degil, lemak perut juga menimbulkan risiko besar kepada kesihatan. Tetapi anda tidak perlu risau, GreenArd berikan tips ini yang akan membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat!

Yang pertama, check kolesterol anda terlebih dahulu. Triglyceride yang tinggi boleh membuatkan badan susah untuk turun berat. Jika triglyceride tinggi DAN anda overweight, boleh cuba our Nutrijuice. 

Yang kedua, start minum banyak air kerana minum air adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Oh, ya. Jus buah dan minuman manis tidak termasuk dalam tips "minum banyak air". ok? Kenapa? Kerana gula kekal dalam badan untuk jangka masa yang lebih lama dan sukar untuk dikeluarkan. Jadi, tips ketiga adalah tolak semua makanan dan minuman manis.

Yang keempat, jangan lupa ambil protein kerana ia membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama. Protein mengambil masa untuk dihadam. Apabila makan cukup protein, keinginan untuk makan makanan lain berkurangan.

Yang kelima, kurangkan garam kerana garam melambatkan metabolisme. Metabolisme yang perlahan menyukarkan seseorang untuk menurunkan berat badan.

Yang terakhir, karbohidrat kompleks berkesan dan membantu menurunkan berat badan jika diambil dengan kuantiti yang betul. Tambahan pula, otak manusia lebih suka karbohidrat berbanding nutrien lain. Apabila otak "cukup makan", sistem badan yang lain terutamanya hormon dikawal dengan lebih baik.

Sebagai recap, ingat 6 point ini:
  • Check triglyceride (kolesterol)
  • Minum lebih banyak air
  • Stop makanan/minuman manis
  • Jangan skip protein
  • Kurangkan garam
  • Jangan skip karbohidrat
Diana Ishak
Read more

Mengapa WANITA susah capai berat badan yang diinginkan

Ramai wanita menghabiskan masa dan usaha untuk cuba menurunkan berat badan. Nevertheless, some seem to make little progress. Penyakit atau gangguan tertentu boleh menyukarkan penurunan berat badan, antaranya...

Yang pertama, Lipedema. Ini adalah keadaan yang mana pinggul dan kaki mengumpulkan lemak berlebihan yang amat sukar untuk hilang.

Yang kedua, Hypothyroidism. Tahap hormon tiroid yang rendah membawa kepada kelembapan metabolisme yang boleh menghalang usaha penurunan berat badan.

Yang ketiga, PCOS. Keadaan di mana pengumpulan lemak didorong oleh hormon.

Jika seseorang turun dan tambah berat badan beberapa kali (yo-yo diet), badan menjadi semakin susah untuk turun pada percubaan berikutnya. Pada asasnya, ketika berat badan sudah mula berkurang, badan menyimpan lebih banyak lemak apabila kita makan lebih. Ini kerana badan mahu mempunyai rizab yang tersedia jika pengambilan kalori berkurangan lagi selepas ini.

Perubahan dalam simpanan lemak ini membuatkan badan jadi lebih susah nak turun apabila mahu berdiet semula. Walaupun tabiat pemakanan dan senaman memainkan peranan dalam menentukan berat badan, bentuk dan basic shape ditentukan oleh genetik. Malah, sains membuktikan berat badan dan bahagian badan di mana seseorang cenderung untuk menyimpan lemak sangat dipengaruhi oleh genetik.

Jika anda memaksa badan untuk menjadi saiz dan bentuk tertentu, you’re working against nature. Shape dan saiz badan yang berbeza masih dianggap "ideal" asalkan BMI berada di tahap ideal, walaupun bahagian atas besar, atau bahagian bawah besar. It doesn't matter. Tidak dapat dinafikan bahawa tubuh wanita yang "ideal" telah berubah sejak 60 tahun yang lalu. Kini, menjadi langsing dikatakan ideal.

Look. Jika saiz badan menjejaskan kesihatan, maka menurunkan berat badan adalah wajar. Tetapi, jika menurunkan berat badan adalah semata-mata untuk "to look better", lupakan! Perhaps you have already lost some weight, cuma belum dapat kurangkan excees 5 kg sahaja lagi. Atau mungkin badan anda sememangnya a bit larger than average akibat payudara yang besar dan sekarang mencuba untuk kelihatan lebih slim. Jika anda adalah seperti itu, STOP IT! Jangan terlalu aim untuk lansing semata-mata mahu look better. Being skinny is not necessarily beautiful. Go for ideal weight dan sihat. Itu lebih penting.
Diana Ishak
Read more

Makan nasi waktu malam boleh gemuk?

Menurunkan berat badan adalah tugas yang sukar. Perlu buat pilihan makanan yang bijak untuk membuang lemak yang berlebihan dari badan. Diet untuk mengurangkan berat badan perlu terdiri dari serat, protein, mineral, dan mikronutrien. Tetapi ada satu perkara selalu dinasihatkan iaitu jangan ambil karbohidrat, terutamanya pada waktu malam.

Karbohidrat telah mendapat reputasi yang buruk kerana dipercayai bahawa ia boleh membuatkan seseorang bertambah berat badan. But is it really true?

Apabila menyebut karbohidrat, perkara pertama yang terlintas di fikiran semua orang ialah roti, pasta dan nasi. Tetapi karbohidrat tidak hanya terdiri daripada tiga bahan makanan tadi. Karbohidrat juga terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang. Jadi, bukan semua karbohidrat tidak sihat dan menyebabkan gemuk. Secara umumnya, terdapat dua jenis karbohidrat, iaitu karbohidrat buruk (refined carbs) dan karbohidrat baik (complex carbs).

Refined carbs mengandungi sedikit gula, yang boleh meningkatkan paras gula darah, serta menggemukkan. Karbohidrat kompleks pula adalah baik kerana ia membuatkan kita lebih kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Dipercayai bahawa jika mengambil karbohidrat pada waktu malam (sebelum tidur), karbohidrat ini ditukar kepada lemak. Tetapi itu hanyalah mitos. Karbohidrat TIDAK ditukar kepada lemak, tetapi ditukar kepada glikogen, yang disimpan dalam otot. Glikogen itu kemudiannya ditukarkan kepada tenaga oleh badan, bukannya terus ditukar menjadi lemak.

It is not necessary mengurangkan karbohidrat. Karbohidrat yang harus dielakkan pada waktu malam hanyalah refined carbs. Makan karbohidrat kompleks pada waktu malam sebenarnya bagus kerana perut lebih kenyang untuk jangka masa yang lama. It is not only about carbs. Pengambilan berlebihan apa sahaja jenis makanan boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Seseorang perlu berhati-hati dengan kuantiti makanan yang diambil. If you cut down carbs tetapi mengambil makanan lain dengan banyak, berat badan anda tetap tidak akan berubah. Jika diambil pada masa yang betul, karbohidrat boleh membantu membaiki otot dan menambah tenaga. Waktu paling baik untuk makan karbohidrat adalah SELEPAS bersenam. Ini membantu membaiki kerosakan mikro yang berlaku semasa beraktiviti. Jadi, sama ada bersenam pada waktu malam atau pagi, jangan tinggalkan karbohidrat untuk hasil yang terbaik.
Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart