GC Plus

Mengapa WANITA susah capai berat badan yang diinginkan

Ramai wanita menghabiskan masa dan usaha untuk cuba menurunkan berat badan. Nevertheless, some seem to make little progress. Penyakit atau gangguan tertentu boleh menyukarkan penurunan berat badan, antaranya...

Yang pertama, Lipedema. Ini adalah keadaan yang mana pinggul dan kaki mengumpulkan lemak berlebihan yang amat sukar untuk hilang.

Yang kedua, Hypothyroidism. Tahap hormon tiroid yang rendah membawa kepada kelembapan metabolisme yang boleh menghalang usaha penurunan berat badan.

Yang ketiga, PCOS. Keadaan di mana pengumpulan lemak didorong oleh hormon.

Jika seseorang turun dan tambah berat badan beberapa kali (yo-yo diet), badan menjadi semakin susah untuk turun pada percubaan berikutnya. Pada asasnya, ketika berat badan sudah mula berkurang, badan menyimpan lebih banyak lemak apabila kita makan lebih. Ini kerana badan mahu mempunyai rizab yang tersedia jika pengambilan kalori berkurangan lagi selepas ini.

Perubahan dalam simpanan lemak ini membuatkan badan jadi lebih susah nak turun apabila mahu berdiet semula. Walaupun tabiat pemakanan dan senaman memainkan peranan dalam menentukan berat badan, bentuk dan basic shape ditentukan oleh genetik. Malah, sains membuktikan berat badan dan bahagian badan di mana seseorang cenderung untuk menyimpan lemak sangat dipengaruhi oleh genetik.

Jika anda memaksa badan untuk menjadi saiz dan bentuk tertentu, you’re working against nature. Shape dan saiz badan yang berbeza masih dianggap "ideal" asalkan BMI berada di tahap ideal, walaupun bahagian atas besar, atau bahagian bawah besar. It doesn't matter. Tidak dapat dinafikan bahawa tubuh wanita yang "ideal" telah berubah sejak 60 tahun yang lalu. Kini, menjadi langsing dikatakan ideal.

Look. Jika saiz badan menjejaskan kesihatan, maka menurunkan berat badan adalah wajar. Tetapi, jika menurunkan berat badan adalah semata-mata untuk "to look better", lupakan! Perhaps you have already lost some weight, cuma belum dapat kurangkan excees 5 kg sahaja lagi. Atau mungkin badan anda sememangnya a bit larger than average akibat payudara yang besar dan sekarang mencuba untuk kelihatan lebih slim. Jika anda adalah seperti itu, STOP IT! Jangan terlalu aim untuk lansing semata-mata mahu look better. Being skinny is not necessarily beautiful. Go for ideal weight dan sihat. Itu lebih penting.
Diana Ishak
Read more

Makan nasi waktu malam boleh gemuk?

Menurunkan berat badan adalah tugas yang sukar. Perlu buat pilihan makanan yang bijak untuk membuang lemak yang berlebihan dari badan. Diet untuk mengurangkan berat badan perlu terdiri dari serat, protein, mineral, dan mikronutrien. Tetapi ada satu perkara selalu dinasihatkan iaitu jangan ambil karbohidrat, terutamanya pada waktu malam.

Karbohidrat telah mendapat reputasi yang buruk kerana dipercayai bahawa ia boleh membuatkan seseorang bertambah berat badan. But is it really true?

Apabila menyebut karbohidrat, perkara pertama yang terlintas di fikiran semua orang ialah roti, pasta dan nasi. Tetapi karbohidrat tidak hanya terdiri daripada tiga bahan makanan tadi. Karbohidrat juga terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang. Jadi, bukan semua karbohidrat tidak sihat dan menyebabkan gemuk. Secara umumnya, terdapat dua jenis karbohidrat, iaitu karbohidrat buruk (refined carbs) dan karbohidrat baik (complex carbs).

Refined carbs mengandungi sedikit gula, yang boleh meningkatkan paras gula darah, serta menggemukkan. Karbohidrat kompleks pula adalah baik kerana ia membuatkan kita lebih kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Dipercayai bahawa jika mengambil karbohidrat pada waktu malam (sebelum tidur), karbohidrat ini ditukar kepada lemak. Tetapi itu hanyalah mitos. Karbohidrat TIDAK ditukar kepada lemak, tetapi ditukar kepada glikogen, yang disimpan dalam otot. Glikogen itu kemudiannya ditukarkan kepada tenaga oleh badan, bukannya terus ditukar menjadi lemak.

It is not necessary mengurangkan karbohidrat. Karbohidrat yang harus dielakkan pada waktu malam hanyalah refined carbs. Makan karbohidrat kompleks pada waktu malam sebenarnya bagus kerana perut lebih kenyang untuk jangka masa yang lama. It is not only about carbs. Pengambilan berlebihan apa sahaja jenis makanan boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Seseorang perlu berhati-hati dengan kuantiti makanan yang diambil. If you cut down carbs tetapi mengambil makanan lain dengan banyak, berat badan anda tetap tidak akan berubah. Jika diambil pada masa yang betul, karbohidrat boleh membantu membaiki otot dan menambah tenaga. Waktu paling baik untuk makan karbohidrat adalah SELEPAS bersenam. Ini membantu membaiki kerosakan mikro yang berlaku semasa beraktiviti. Jadi, sama ada bersenam pada waktu malam atau pagi, jangan tinggalkan karbohidrat untuk hasil yang terbaik.
Diana Ishak
Read more

Ada ambil ubat-ubatan ini?

Obesiti sering disebabkan oleh badan menerima lebih banyak kalori daripada yang dibakar. Kalori ialah jumlah tenaga dalam makanan yang dimakan. Apabila badan menerima banyak kalori bermaksud seseorang telah makan lebih dari sepatutnya. Sesetengah makanan mempunyai lebih banyak kalori daripada yang lain. Sebagai contoh, makanan yang tinggi lemak dan gula. Jika memakan lebih banyak kalori daripada penggunaan badan, kalori tambahan disimpan sebagai lemak. Mempunyai terlalu banyak lemak membawa kepada obesiti.

Badan mengendalikan kalori daripada makanan yang berbeza dengan cara yang berbeza. Kalori daripada makanan bergula lebih membawa kepada obesiti berbanding bilangan kalori daripada makanan sihat. Punca lain yang menyumbang kepada obesiti termasuk:
  • Umur
  • Genetik (obesiti boleh berlaku dalam keluarga)
  • Tabiat tidur yang buruk
  • Kehamilan
  • Berhenti merokok
  • Tekanan
Sesetengah ubat boleh menyukarkan proses menurunkan berat badan. Ubat-ubatan termasuk:
  • Antihistamin (untuk alahan)
  • Beta blockers (untuk tekanan darah tinggi)
  • Insulin (untuk diabetes)
  • Litium (untuk manic-depressive)
  • Neuroleptik (untuk skizofrenia)
  • Progestin (untuk endometriosis)
  • Antidepresan (untuk kemurungan)
  • Valproate (untuk epilepsi)
Keadaan perubatan juga boleh menjejaskan berat badan termasuk:
  • PCOS
  • Penyakit Cushing
  • Kencing manis
  • Hipotiroidisme
  • Gangguan kardiovaskular
  • Apnea tidur (sleep apnea)
  • Bulimia
  • Sindrom keinginan karbohidrat (eating disorder)
Seseorang boleh menentukan sama ada mereka obes atau tidak dengan mengira BMI. BMI antara 25 dan 30 ditakrifkan sebagai berat badan berlebihan (overweight). BMI 30 atau lebih dianggap obes. 

Satu lagi tanda obesiti ialah ukuran pinggang (perut). Taburan lemak di sekeliling pinggang dikaitkan dengan beberapa isu kesihatan. Anda boleh mengukur pinggang dengan melilitkan pita pengukur pada pinggang (paling hampir dengan pusat). Bagi wanita, ukuran pinggang JANGAN MELEBIHI 35 inci. Bagi lelaki, jumlah JANGAN MELEBIHI 40 inci.

Sebab itulah GreenAard selalu menekankan INCH LOSS terutama sekali ukuran pinggang berbanding berat pada penimbang. But losing weight is where most people struggle. Ada yang boleh melakukannya melalui pemakanan dan senaman, ada yang perlu ubat dan pembedahan. Matlamat mengambil GC PLUS adalah untuk menurunkan BMI ke paras normal weight, sesuai dengan umur, jantina dan ketinggian.
Diana Ishak
Read more

Kembung semasa period

Ramai wanita mengalami kembung perut sebelum dan pada permulaan haid. Kembung haid adalah salah satu daripada beberapa gejala PMS yang boleh berlaku 1-2 minggu sebelum haid. Kembung haid mungkin disertai dengan kekejangan perut, sakit pinggang dan gejala lain. Kembung haid adalah keadaan di mana wanita merasakan perut mereka berat dan bengkak sejurus sebelum dan pada permulaan haid. Kembung sebelum dan semasa haid disebabkan oleh perubahan tahap hormon progesteron dan estrogen.

Apabila haid menghampiri, tahap hormon progesteron menurun. Progesteron yang berkurangan menyebabkan rahim melepaskan lapisannya, yang menyebabkan haid. Perubahan tahap progesteron dan estrogen juga menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air dan garam. Sel-sel badan menjadi bengkak dengan air, menyebabkan rasa kembung perut. Wanita yang boleh mengurangkan gejala kembung haid ini dengan beberapa cara.

Yang pertama, elakkan makanan masin kerana natrium yang terkandung di dalamnya meningkatkan pengekalan air badan. Yang kedua, makan lebih banyak makanan kaya potassium kerana ia boleh membantu mengurangkan kembung haid dengan mengurangkan paras natrium dan meningkatkan pengeluaran air kencing.

Tahu tak GC Plus kaya dengan postassium? Sebab itu kami tak beri pesakit darah tinggi yang mengambil ubat darah tinggi mengambil GC Plus kerana potassium di dalamnya boleh mengganggu performance ubat darah tinggi. Tetapi, potassium dalam GC Plus membantu melancarkan aliran haid dan mengurangkan simptom kembung haid.

"Jadi, kenapa GreenAard tak beri kami teruskan ambil GC Plus semasa haid?"

Eh, salah tu. Kami tak pernah halang anda nak teruskan pengambilan GC Plus. Yang kami halang adalah pengambilan Herba Rahsia Rimba ketika 7 hari pertama haid.

Yang terakhir, elakkan refined carbs seperti tepung dan gula yang diproses, kerana boleh menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah. Apabila gula dalam darah tinggi, ini meningkatkan tahap insulin yang menyebabkan buah pinggang mengekalkan lebih banyak natrium. Peningkatan paras natrium membawa kepada lebih banyak pengekalan air dalam badan, menyebabkan kembung.

Bagi kebanyakan wanita, kembung haid tidak menyenangkan tetapi tidak sampai menghalang mereka untuk meneruskan kerja harian. Walau bagaimanapun, jika kembung haid menjejaskan kehidupan harian, sila berjumpa dengan doktor.

Diana Ishak
Read more

Sejarah Keluarga dan Darah Tinggi.

Sejarah keluarga darah tinggi bermakna anda ada seseorang dalam keluarga seperti ibu, bapa, kakak, atau abang yang mempunyai tekanan darah tinggi sebelum umur 60. Semakin ramai ahli keluarga yang ada dengan darah tinggi sebelum umur 60, lebih tinggi peluang anda mendapat tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi cenderung ada dalam keluarga kerana banyak sebab. Blood relatives cenderung mempunyai gen yang sama yang boleh
menyebabkan seseorang itu terdedah kepada darah tinggi, penyakit jantung, atau strok.

Mengapa sejarah keluarga bertekanan darah tinggi penting? Penting untuk memahami bahawa memiliki keluarga yang mempunyai darah tinggi tidak bermakna anda pasti mempunyai tekanan darah tinggi, tetapi ia meningkatkan peluang anda. Jika ada kolesterol tinggi, atau lemak badan tinggi, ini boleh meletakkan anda pada risiko untuk penyakit jantung dan strok, walaupun anda tidak mempunyai tekanan darah tinggi.

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya mempunyai sejarah keluarga tekanan darah tinggi? Tekanan darah mesti diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan ia dalam keadaan normal. Kurangkan risiko lain dengan makan makanan yang sihat, kurang menggunakan garam, menurunkan berat badan jika perlu dan berhenti merokok. Jika sudah dirawat untuk tekanan darah tinggi, penting untuk mengambil ubat-ubatan secara teratur.

Tekanan darah tinggi boleh menjejaskan kesihatan dalam empat cara utama. Yang pertama, arteri mengeras. Tekanan di dalam arteri menyebabkan otot yang melapisi dinding arteri menebal, sekaligus menyempitkan laluan. Serangan jantung atau strok boleh berlaku jika bekuan darah menghalang aliran darah ke jantung atau otak.

Yang kedua, jantung membesar (enlarged heart). Tekanan darah tinggi menyebabkab jantung berkerja keras. Seperti mana-mana otot yang melakukan senaman berat, jantung menjadi bertambah besar akibat mengendalikan beban kerja tambahan. Semakin besar jantung, semakin banyak ia memerlukan darah (dengan oksigen) tetapi semakin kurang mampu untuk mengekalkan aliran darah yang betul. Akibatnya, anda selalu berasa lemah dan letih serta tidak dapat melakukan aktiviti fizikal dengan baik.

Yang ketiga, kerosakan buah pinggang. Tekanan darah tinggi yang berpanjangan boleh merosakkan buah pinggang jika bekalan darah terjejas. Yang terakhir, kerosakan mata. Jika menghidap diabetes, tekanan darah tinggi menyebabkan kapilari di retina mata berdarah dan boleh menyebabkan buta. Jika kolesterol tinggi, turunkan. Jika overweight, get an ideal weight. Kurangkan gula dan garam dalam makanan.

Amaran: Yang mengambil ubat darah tinggi dilarang mengambil GC Plus.
Diana Ishak
Read more

Turun Berat Badan Tetapi Tidak Lemak

Teruja dan sangat memotivasikan apabila melihat angka pada penimbang berat badan yang berkurangan hari demi hari. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi sangat mengecewakan apabila seseorang menyedari bahawa angka berat menurun tetapi bentuk badan kekal berisi. Memandangkan penurunan berat badan bukanlah satu proses yang mudah, seseorang mungkin berasa amat kecewa kerana walaupun sedang menurunkan berat badan, badan masih kelihatan gemuk. Inilah sebabnya mengapa penting untuk memahami perbezaan antara menurunkan berat badan dan melangsingkan badan.'

Isu utama di sini ialah badan kehilangan berat tetapi tidak hilang lemak. Berat badan kita termasuklah otot, tulang, organ, lemak dan air. Apabila berat badan turun tetapi kelihatan gemuk, kemungkinan besar dia hanya hilang berat air atau jisim otot, atau kedua-duanya, dan bukannya lemak. Lemak adalah komponen penting dalam badan yang melakukan banyak fungsi penting seperti menyimpan tenaga, melindungi organ, memulakan pelbagai tindak balas kimia penting, dan menyimpan nutrien penting.

Walaupun lemak badan penting, mempunyai terlalu banyak lemak menyebabkan obesiti, diabetes, dan penyakit kardiovaskular. Untuk mula membakar lebihan lemak dan melangsingkan badan, kita perlu menganalisis terlebih dahulu dan lihat adakah selama ini kita lakukan cara yang salah. 
Punca lemak tidak berganjak dari badan:
  • kurang tidur
  • water retention (badan gagal menguruskan cecair dengan betul)
  • hilang berat air sahaja
  • stress
  • sekatan kalori melampau (kurang makan)
Diana Ishak
Read more

Apakah punca tahap kreatinin tinggi.

Ujian kreatinin menunjukkan keberkesanan buah pinggang berfungsi. Kreatinin adalah bahan buangan dari kreatin. Kreatin digunakan oleh otot untuk menghasilkan tenaga. Biasanya, kreatinin bergerak dalam darah ke buah pinggang, di mana ia meninggalkan badan dalam air kencing. Tahap kreatinin yang tinggi dalam darah mungkin menunjukkan bahawa buah pinggang tidak dapat menyingkirkan kreatinin.

Apakah yang menyebabkan kreatinin yang tinggi dalam darah? Yang pertama, senaman yang extreme. Sebagaimana yang kami katakan awal tadi, kreatin terdapat dalam otot dan membantu otot menghasilkan tenaga. Senaman yang extreme membuatkan otot koyak/rosak dan menyebabkan peningkatan dalam kreatinin dalam darah.

Yang kedua, memakan protein dengan banyak. Ini termasuklah mereka yang mengamalkan protein-diet atau mengambil banyak minuman berprotein. Ya, kami tahu protein-diet dan minuman berprotein membantu memanjangkan tempoh kenyang kerana badan mencerna protein dengan lebih panjang. Tetapi, pengambilan protein yang berlebihan adalah antara sebab UTAMA peningkatan kreatinin kerana protein dan daging mengandungi kreatinin. Protein dan daging sudah sedia ada kreatinin, jadi memakan lebih daripada jumlah protein yang disyorkan dalam sehari boleh menyebabkan tahap kreatinin yang tinggi selepas makan.

Yang ketiga, pengambilan ubat-ubatan tertentu. Selalu kita baca tentang bagaimana suplemen dikatakan sebagai penyebab kerosakan buah pinggang, betul tak? Yang sebenarnya, sesetengah antibiotik dan H2 blockers juga boleh menyebabkan peningkatan tahap kreatinin. H2 blockers adalah type of drug yang ada dalam ubat untuk rawat sakit ulu hati, GERD, dan gastric.

Yang keempat, diabetis dan darah tinggi. Tekanan darah tinggi berlaku apabila daya tolakan darah pada dinding arteri terlalu tinggi. Ini boleh merosakkan atau melemahkan saluran darah di sekeliling buah pinggang, menjejaskan fungsi buah pinggang dan menyebabkan kreatinin tinggi. Diabetes pula merosakkan sistem penapisan dan mengurangkan keupayaan buah pinggang membersihkan sisa daripada darah, jadi kreatinin terkumpul dalam badan.

Yang kelima, kurang minum air. Dehidrasi memebri pelbagai kesan pada buah pinggang. Apabila badan dehidrasi, bacaan kreatinin lebih meninggi. Doktor mungkin mengesyorkan ujian kreatinin jika mempunyai mana-mana keadaan berikut:
  • kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • penyakit tiroid
  • penyakit autoimun
  • jangkitan kuman pada buah pinggang
  • saluran kencing tersumbat
  • sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang
Jika kreatinin tinggi:
  • kurangkan pengambilan protein
  • makan lebih fiber
  • minum lebih baik air
  • kurangkan pengambilan garam
The bottom line is, tahap kreatinin yang berlebihan boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang serius, tetapi boleh juga merupakan hasil sampingan sementara akibat gaya hidup tertentu. Jika tahap kreatinin terlalu tinggi, ubat tahap aktiviti dan tabiat makan.
Diana Ishak
Read more

Obesiti boleh disebabkan oleh keturunan.

Kami akan menjelaskan tentang peranan genetik, atau keturunan dalam obesiti. Walaupun kita semua terdedah kepada persekitaran obesogenik yang sama, bukan semua orang boleh menjadi gemuk (Persekitaran obesogenik bermaksud persekitaran yang cenderung menyebabkan obesiti). 

Apakah faktor yang menyumbang kepada berat badan, selain dari makanan? Jawapannya adalah, keturunan. Terdapat bukti kukuh bahawa obesiti mempunyai komponen keturunan. Kajian pengangkatan (adoption studies) pernah dijalankan bagi mengkaji sama ada berat anak angkat yang tinggal bersama ibu bapak angkat yang kuat makan (persekitaran obesogenik), boleh turut menjadi gemuk. Kajian tersebut dipecahkan kepada beberapa kumpulan:
  • anak yang tinggal bersama keluarga angkat yang gemuk.
  • kembar seiras.
  • kembar tidak seiras.
  • adik-beradik.
Kajian tersebut dibuat bagi melihat persamaan obesiti antara kembar seiras, kembar tidak seiras, dan adik-beradik. Mereka membandingkan persamaan dalam obesiti ketika kembar/adik-beradik dibesarkan berasingan pada persekitaran yang berbeza. Kajian tersebut mendedahkan bahawa pengaruh genetik terhadap obesiti adalah sangat besar berbanding pengaruh persekitaran.

Kajian Dr Claude Bouchard dari Kanada mendapati bahawa apabila kumpulan tersebut diberi makan berlebihan sebanyak 100,000 kalori (in total), jumlah kenaikan berat badan adalah sangat berbeza di antara mereka. Sesetengah mereka hanya bertambah 4 kilogram, manakala yang lain mencecah hampir 13 kilogram. Ini bermakna, walaupun kesemua mereka diberi makan jumlah kalori yang sama, kenaikan berat badan adalah berbeza.

Penemuan yang paling menarik dari kajian tersebut ialah, kenaikan berat badan adalah serupa antara dua kembar yang sama! Manakala, kenaikan berat badan adalah berubah-ubah antara pasangan kembar yang berbeza. Persamaan simpanan lemak dan jumlah lemak visceral pada abdomen pada pasangan kembar sangat kuat. Maksudnya, genetik bukan sahaja memainkan peranan dalam menentukan berapa banyak lemak yang disimpan apabila terlebih makan, tetapi juga di mana lemak disimpan.

Dari kajian tersebut dapatlah disimpulkan bahawa berat badan seseorang bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah makanan yang dimakan, tetapi juga faktor genetik (keturunan). Jadi, jika ibu bapa gemuk, anak juga berkemungkinan besar akan menjadi gemuk.

"Adakah saya ditakdirkan untuk menjadi gemuk?"

Look. Obesiti adalah penyakit yang sangat kompleks, dan banyak faktor boleh menyumbang dan menyebabkannya, termasuk genetik, gaya hidup dan pengaruh persekitaran. Obesiti boleh berlaku dalam keluarga, tetapi ia BOLEH berubah dengan memperbetulkan tabiat makan. Genetik adalah umpama peluru dalam pistol. Manakala pengaruh persekitaran adalah tangan yang memetik picu pistol tersebut. Jadi, jika anda memiliki keturunan yang gemuk, bermakna anda berpotensi untuk gemuk juga, tetapi potensi itu boleh dikurangkan dengan menjaga makan.
Diana Ishak
Read more

FOOD CRAVINGS ARE REAL BUT MANAGEABLE.

Keinginan [cravings] yang kuat untuk makan makanan tertentu boleh menyumbang sehingga 11% kenaikan berat badan. Keinginan terhadap makanan tertentu boleh meningkat apabila sedang menonton TV, sedang sedih atau sedang bosan. Sekiranya tidak boleh berhenti mengambil makanan-makanan ini sekaligus, tinggalkan secara perlahan-lahan. Jangan torture diri sendiri. Lebih baik makan sedikit makanan tersebut and move on. Bila memakannya sedikit akan membuatkan hormon kortisol kembali menurun sekaligus mengurangkan rasa lapar dan stress. Yang penting, jangan ambil terlalu banyak. Cukup sekadar melepaskan keinginan.

Dari sudut psikologi, apabila mengehadkan diri dari memakan sesuatu, boleh membuatkan kita makan berlebihan kemudian hari. Daripada 'mengharamkan' terus makanan tersebut, cuba ambil sedikit untuk melegakan keinginan. Ini membantu memastikan weight loss program anda bersama GC PLUS mampu diteruskan dan menjadi lebih menyeronokkan. Contohnya, jika teringinkan pizza, makanlah 1-2 keping. Perrcayalah, keinginan yang terpenuhi ini membuatkan anda mampu bertahan tanpa pizza for at least 1 more month!

Berbanding menahan diri dari memakan pizza, setiap hari anda akan 'berperang' dengan craving. Itulah punca ramai orang giveup ketika berdiet. Dengan kata lain, belajarlah cara mengambil makanan tanpa berlebihan, insyallah, you can enjoy them while still making progress. Kuncinya di sini adalah memanjakan tekak SEKALI-SEKALA, is OK.
Diana Ishak
Read more

Adakah normal jika berat badan turun naik dalam sehari?

Berat badan yang turun naik setiap hari adalah normal. Berat purata turun naik adalah sekitar 2-2.7kg sehari. Itu bergantung pada apa dan ketika makan, minum, bersenam, dan juga tidur. Berat badan manusia ditentukan oleh jumlah kalori yang diambil (makan) berbanding jumlah kalori yang dibakar.

Makan dengan jumlah kalori yang cukup-cukup untuk kegunaan badan dapat mengurangkan kemungkinan turun naik berat badan. Tetapi adalah sesuatu yang mencabar untuk makan dan minum secara sederhana setiap hari. Makan dengan berlebihan atau kurang menyebabkab berat badan turun naik dengan cepat dalam sehari. Selalunya berat badan meningkat paling tinggi pada hujung minggu, atau ketika bercuti, atau setelah makan di luar. Sekiranya Ahad dipenuhi dengan aktiviti makan (atau makan lebih banyak dari hari biasa), berat mingguan yang paling tepat adalah dengan menimbang diri pada hari Rabu.

Makanan yang tinggi garam boleh menyebabkan badan menahan air. Buah pinggang menghadapi masalah menjaga lebihan garam, jadi badan menahan air untuk mencairkannya (ini punca perut merasa kembung dan kaki bengkak). Water retention meningkatkan jumlah cecair di sekitar sel dan jumlah darah dalam badan. Peningkatan jumlah darah bermaksud jantung harus bekerja lebih kuat - lama-kelamaan menyebabkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, dan strok.

Minimumkan water retention dengan mengurangkan minuman/makanan bergula, bergaram dan makanan yang diproses. Kandungan kalori dalam makanan dan minuman semuanya memberikan berat tertentu. Minum segelas air akan menambahkan berat. Perkara yang sama berlaku untuk sayur-sayuran.

Walaupun hanya memakan salad, ia tetap menambahkan berat badan pada ketika itu. Walau bagaimanapun, makanan dan air yang sihat (tidak bergula) pass through our body quickly. Makanan yang tinggi garam, tinggi gula dan berlemak mengambil masa lebih lama untuk diproses dan dikeluarkan melalui badan. Itulah punca kenapa berat badan berubah-ubah dengan cepat dalam masa 1-2 hari.

Menambah makanan kaya KALIUM dan magnesium ke dalam diet membantu mengimbangi kadar garam dalam badan. KALIUM adalah satu satu elemen dalam GC PLUS. KALIUM di dalam GC PLUS adalah faktor yang memberi kesan lawas kencing dan pooping setelah memakan GC Plus. Kami tidak menggalakkan sesiapa yang mengambil ubat darah tinggi memakan GC Plus kerana KALIUM dalam GC Plus boleh mengganggu fungsi ubat tersebut.
Diana Ishak
Read more

Apa kaitan penyakit fatty liver dengan berat badan yang berlebihan?

Sebelum merawat sesuatu penyakit, terlebih dahulu mesti tahu apa penyebabnya. Penyakit hati berlemak (fatty liver) adalah disebabkan oleh PENGUMPULAN LEMAK BERLEBIHAN di sel-sel hati. 1 daripada setiap 10 orang berisiko mendapat penyakit hati berlemak. Bermakna, penyakit ini bukanlah rare case.

Adalah normal bagi hati untuk mempunyai sedikit lemak, tetapi jika lemak lebih dari 10% berat hati, boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius. Kalori berlebihan menyebabkan lemak berkumpul di hati. Apabila hati tidak memproses dan memecah lemak seperti biasa, terlalu banyak lemak akan terkumpul.

Kebanyakkan yang mengidap fatty liver adalah mereka yang ada masalah obesiti, diabetes atau trigliserida tinggi (kolesterol). Seseorang berisiko mendapat fatty liver jika:
  • overweight, terutamanya di pinggang (abdominal obesity)
  • tekanan darah tinggi
  • satu atau lebih tahap kolesterol yang tidak normal (samada tahap trigliserida tinggi, atau tahap LDL tinggi, atau HDL rendah)
  • resistan terhadap insulin
Jangan tak tahu, PENURUNAN BERAT BADAN YANG CEPAT dan kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan fatty liver. Jadi, jangan terlalu rush untuk turun 5-10kg sebulan. Penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 430g seminggu, iaitu kira-kira 1.8kg sahaja sebulan. Yang penting, jangan sekat makan hingga badan kurang zat.

Hingga kini, masih belum jelas bagaimana hati menjadi berlemak. Mungkin lemak tersebut datang dari bahagian badan lain, atau hati menyerap jumlah lemak yang banyak. Boleh jadi juga hati hilang kemampuan untuk mengubah lemak menjadi bentuk yang dapat dibuang dari badan. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak TIDAK akan menghasilkan hati yang berlemak.

Jadi, apa cara untuk merawat fatty liver?
  • Turunkan berat badan
  • Kawal diabetes
  • Turunkan kolesterol
Kepada yang mengambil GC PLUS untuk membantu weight loss, pastikan guna weight loss tracker card yang kami sediakan. Tujuannya adalah untuk track progress selama 10 hari pertama. 10 hari pertama ini penting. Dalam 10 hari pertama, berat badan PASTI menunjukkan penurunan berat badan. Selepas 10 hari berat MESTI turun paling kurang 580g. Jika tidak, something wrong with you body. Tak perlu risau jika selepas 10 hari berat berkurangan 800g sahaja. Berat badan yang sihat hanya turun paling minimum hanya 580g sahaja. Tak perlu drastik.

Yang mengambil Nutrijuice untuk menurunkan kolesterol, sebaiknya, selepas 2-3 bulan penggunaan, ambil bacaan kolesterol semula. Kemudian, bandingkan dengan bacaan 3 bulan lepas. Kami yakin, kolesterol menurun.
Diana Ishak
Read more

Period jadi tak teratur setelah ambil GC PLUS.

Dari semasa ke semasa, wanita akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur.
Tempoh haid yang tidak teratur boleh berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon, stress dan pertambahan/penurunan berat badan.
Kehilangan berat badan boleh menyebabkan haid menjadi sedikit, banyak, kitaran lebih pendek atau lebih panjang dari biasa.

Ketidakseimbangan hormon juga menyebabkan ketidakaturan itu. Satu kitaran haid yang normal adalah sekitar 25-36 hari dengan purata 28 hari. Pada kitaran haid yang tetap, seorang wanita mengalami haid selama 3-7 hari dan jumlah darah yang hilang kira-kira 14-75ml. Kitaran haid diransang oleh hormon. Hormon-hormon ini menghantar isyarat yang menyebabkan pembebasan estrogen dan progesteron.

Kehilangan berat badan kerana berdiet boleh membuatkan hormon pembiakan kurang dihasilkan. Inilah yang menyebabkan kecelaruan kitaran haid. Sepanjang kitaran haid pula akan berlaku turun naik tahap hormon. Perubahan yang teruk berlaku semasa 1 atau 2 minggu sebelum haid bermula. Perubahan hormon menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air daripada biasa.

Walaupun tidak memakan makanan yang berkalori tinggi, badan boleh naik beberapa gram (atau mungkin kg!). Perubahan hormon juga membuatkan pertambahan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan perut menjadi kembung dan berat bertambah. Tapi jangan risau, ini bersifat sementara saja. Apabila haid datang, semua ini akan hilang.

Ketika seseorang mengambil GC PLUS, berat akan mula menurun. Penurunan berat badan akan meng-kacau-bilau-kan kitaran haid BUAT SEMENTARA, sekitar 1-2 period cycle. Jangan takut. This is NORMAL ketika badan mengalami 'kejutan' akibat perubahan diet dan penurunan berat badan.
Diana Ishak
Read more
318 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart