"Dulu makan GC Plus boleh tahan lapar sampai petang, sekarang tak lagi. Ada ubah formula ke?"

Baru-baru ini kami terima pertanyaan dari seorang pengguna GC Plus. Ini adalah botol ketiganya. Berat beliau telah turun 5 kg dan ukuran pinggang berkurangan 4 inci dengan 2 botol GC Plus. Masuk botol ketiga, beliau merasa ketahahan terhadap kelaparan tidak sekuat dulu. Dulu, makan GC Plus selepas Subuh, rasa kenyang hingga pukul 3 petang. Kini, waktui lunch saja sudah terasa lapar.

Untuk pengetahuan, GreenAard tidak pernah menukar formula GC Plus, kerana jika ada perubahan, pasti kami terpaksa ubah label pada botol atas arahan KKM. Yang sebenarnya, apabila seseorang menurunkan berat badan, perut mengeluarkan banyak hormon ghrelin. Hormon ini membuatkan kita berasa lapar. Semua orang mempunyai hormon ini, tetapi jika seseorang pernah overweight dan kemudian lose weight, tahap hormon ini meningkat. Tahap ghrelin dalam badan seseorang yang sedang losing weight kekal tinggi sepanjang dua tahun.

Begini. Seseorang yang obes memerlukan lebih banyak tenaga untuk bernafas, tidur, mencerna makanan dan berjalan. Apabila badannya lose weight, kurang tenaga diperlukan untuk menjalankan fungsi-fungsi tadi. Seseorang yang mempunyai berat 80 kg sepanjang hidupnya mampu makan lebih banyak daripada orang yang beratnya 80 kg selepas menurunkan berat badan. Dalam erti kata lain, orang yang sudah lose weight hanya perlu sedikit tenaga untuk mengekalkan berat badan mereka yang baru. Tetapi mereka mudah berasa lapar (akibat rembesan ghrelin) kerana badan sedang berusaha untuk mendapatkan semula berat yang lama.

Sebab itulah weight lost bukanlah perkara yang mudah. Obesity is a daily struggle. Ramai yang sudah kurus akhirnya kembali gemuk kerana masalah ini. In other words, "rungutan" pengguna GC Plus tadi adalah berita gembira buat kami kerana itu bukti GC Plus memang membantu weight loss. Perut merasa kenyang dari Subuh hingga tengahari sudah dikira satu pencapaian yang bagus kerana setidak-tidaknya bagi mereka yang buat Intermitten Fasting, ini amat membantu.

Look, dalam menurunkan berat badan, anda masih PERLU MAKAN. Tempoh "kenyang" yang lebih panjang tidak bermakna apa-apa sekiranya pada waktu makan anda makan sebanyak-banyaknya. GC PLUS hanya sebagai alat bantu untuk mengurangkan rasa lapar supaya anda kurang makan, bukannya sampai tidak makan-makan! Bayangkan jika tanpa GC PLUS, pasti pukul 9 pagi dah rasa lapar, kan? Jadi, jangan takut jika pukul 12 tengahari dah mula rasa lapar.

Ingat. Perut anda sudah kosong dari malam semalam hingga 12 tengahari hari ini. Wajarlah kalau berasa lapar. Sesiapa yang nak berpuasa tahun ini dengan lebih mudah, kurang berasa lapar dan lebih laju penurunan berat badan, bolehlah cuba GC Plus.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart