GC Plus

Inilah yang sebenarnya berlaku kepada badan apabila tidak mengambil karbohidrat.

Karbohidrat adalah kumpulan makanan yang kita mula-mula kurangkan daripada diet apabila kita berharap untuk kurus. Walau bagaimanapun, kita sering terlupa betapa pentingnya karbohidrat untuk menjalankan banyak fungsi dan proses dalam badan.

Big Mac dan Subway 6-inci mengandungi 500 kalori. Itupun, bukan semuanya karbohidrat. 100 gram nasi yang dimasak mengandungi kira-kira 145 kalori. 100 gram beras belum dimasak adalah bersamaan setengah cawan. Setelah dimasak, ia menjadi 300 gram bersamaan hidangan untuk 2 orang.

Dalam sains makan dan nutrisi, purata tahap pengambilan harian yang diperlukan untuk memenuhi keperluan nutrien orang yang sihat ialah 130 gram karbohidrat sehari, iaitu yang bersamaan dengan 500 kalori sehari. Jika digunakan perbandingan nasi putih tadi, bermakna kita memerlukan lebih kurang 7 hidangan nasi sehari (kalau tak makan makanan lain).

Cutting that many calories from your diet, atau menggantikannya dengan makronutrien lain seperti protein atau lemak, akan membawa perubahan di dalam dan di luar badan. The question is, perubahan yang bagaimana?

Kita tahu dengan mengurangkan karbohidrat boleh menurunkan berat badan tetapi boleh menyebabkan rasa lapar dan tahap tenaga menurun. Tetapi apakah yang berlaku di dalam badan apabila kita tidak makan karbohidrat yang membawa kepada perkara sedemikian? 

Otak bergantung kepada karbohidrat sebagai bahan tenaga utamanya. Apabila seseorang tidak makan karbohidrat, otak kekurangan sumber tenaga pilihannya. Sel otak sebenarnya hanya berfungsi dengan baik ketika menggunakan karbohidrat sebagai tenaga. Tidak makan karbohidrat boleh menjejaskan fungsi otak secara drastik. Ia boleh menyebabkan "brain fog" dan menjejaskan kitaran tidur, mood dan selera makan. Ini kerana semuanya dikawal oleh serotonin yang dihasilkan oleh otak.

Apabila badan kehabisan karbohidrat sebagai tenaga, badan perlu mencari sumber tenaga lain, lalu ia masuk ke dalam proses ketosis. Ketosis ialah proses di mana badan menukarkan lemak kepada keton. Keton menjadi sumber tenaga baru untuk badan. Ketosis dari segi teori boleh membantu membakar lemak. Walaupun ini kedengaran ideal, mengambil ketosis menyebabkan darah menjadi berasid.

Atas sebab ini, orang yang diabetis mesti berhati-hati apabila mencuba diet keto atau diet rendah karbohidrat yang lain. Untuk yang mahu meneruskan diet rendah karbohidrat seperti Keto dan Atkins, kekurangan karbohidrat melembapkan pengeluaran serotonin. Rangsangan serotonin diperlukan supaya mood dan selera makan dalam kawalan baik. GC PLUS merangsang otak menghasilkan serotonin, membolehkan badan mengawal kitaran tidur, mood dan selera makan tanpa stress.

Diana Ishak
Read more

Karbohidrat penting!


Ketika dunia sedang gilakan diet rendah karbohidrat (low carb diet) dan pro-protein (makan protein sahaja), karbohidrat dituduh sebagai penyebab kenaikan berat badan. Karbohidrat dikatakan punca kenapa ramai tidak dapat menurunkan berat badan. Hakikatnya, apabila berhenti makan karbohidrat, otak juga berhenti mengatur serotonin, iaitu sejenis bahan kimia yang menaikkan mood dan menyekat selera makan.

Pengambilan karbohidrat merangsang pengeluaran serotonin. Apabila serotonin aktif di otak, kesannya pada selera makan adalah membuatkan perut merasa kenyang lebih panjang. Serotonin sangat penting bukan sahaja untuk mengawal selera makan dan menghentikan kita dari makan berlebihan, tetapi juga mengawal mood.

Ubat antidepresan menggunakan mekanisme yang sama, iaitu ia menjadikan serotonin lebih aktif untuk jangka masa yang lebih lama bagi mengatur mood. Tetapi, tindakbalas bahan kimia lain di dalam ubat antidepresan menjadikan metabolisme badan merendah lantas berat badan susah turun. Bukan salah karbohidrat!

Karbohidrat meningkatkan tahap serotonin dan bertindak seperti ubat penenang semula jadi. Otak menghasilkan serotonin hanya setelah kita mengambil karbohidrat. Dan yang paling penting, karbohidrat mesti dimakan bersama dengan protein yang SANGAT SEDIKIT atau TANPA PROTEIN lansung. Makanan seperti pasta dan nasi membolehkan otak membuat serotonin. Manakala ayam dan steak (protein) menghalang serotonin daripada dihasilkan. This is why people may still feel hungry walaupun setelah makan steak.

Perut sudah kenyang tetapi masih craving sesuatu kerana otak tidak dapat menghasilkan serotonin yang cukup bagi mematikan selera makan. Otak wanita mempunyai sedikit serotonin berbanding lelaki. Sebab itulah wanita lebih moody.

Apabila wanita memakan diet yang kurang merangsang serotonin, this make women feel irritable. Badan memerlukan karbohidrat yang cukup agar mood tetap stabil. Perubahan mood biasanya berlaku pada waktu petang atau malam. Sebab itulah pada waktu-waktu tersebut, kita mudah craving sesuatu yang manis dan berlemak seperti coklat dan ice-cream.

Dalam weight management, it's not just a matter of gagal mengawal cravings. Ini kerana, otak mengawal dan menghantar isyarat untuk makan karbohidrat. Jika karbohidrat sangat rendah dalam badan, manusia mudah menjadi grumpy atau gelisah, dan tend to binge eating (kudap).

Ketika badan kurang sumber karbohidrat, memakan protein TIDAK AKAN menyelesaikan masalah. Malah, memakan makanan berlemak seperti daging atau keju akan menambahkan lagi rasa letih dan lesu. Walau bagaimanapun, jika lemak dan protein adalah satu-satunya alternatif yang ada, maka otak masih boleh menggunakannya untuk sumber tenaga. Tetapi ia umpama memberi teh manis kepada pengembara di gurun gersang. Teh manis itu mampu menghilangkan dahaga sementara, tetapi masih tidak berkesan. Boleh faham analogi ini?

Mekanisme inilah yang digunakan dalam formulasi GC PLUS, iaitu dengan merangsang penghasilan serotonin supaya perut menjadi lambat lapar, TANPA bantuan karbohidrat. Ini sangat beneficial untuk mereka yang sedang berpuasa, di mana pengambilan GC PLUS mengurangkan rasa lapar sepanjang tempoh itu. Sesiapa yang biasa mengambil GC PLUS ketika berpuasa pasti tahu GC PLUS amat membantu.

Diana Ishak
Read more

Kelebihan GC PLUS

 

GC PLUS adalah produk yang membantu menyekat pembentukan lemak [fat blocker], bukan fat burner. Fat blocker adalah kesan dari aktiviti Hydroxycitric acid (HCA) yang merupakan bahan aktif di dalam GC Plus.

Jangan takut dengan nama "acid" pada HCA. HCA hanyalah ekstrak asid sitrik dari buah garcinia cambogia. Tak bahaya. HCA menyekat lemak daripada terbentuk dengan cara mengekang aktiviti enzim sitrat lyase. Enzim sitrat lyase fungsinya mengubah karbohidrat menjadi lemak. Jadi, dengan menghentikan aktiviti enzim sitrat lyase, GC PLUS mencegah pembentukan lemak sekaligus menyekat metabolisme badan daripada menjadi lambat.

Sebahagian besar aktiviti sitrat lyase berlaku di pinggang, paha dan pinggul. Oleh itu, GC PLUS membantu mengurangkan pembentukan lemak baru di kawasan tersebut. Kesan dari aktiviti menyekat pembentukan lemak, GC PLUS memberi tenaga dan mengurangkan keletihan. Semasa sitrat lyase aktif, badan akan berasa malas kerana metabolisme menurun.

Dengan GC PLUS, keadaan terbalik kerana HCA telah menyekat enzim tersebut dari berfungsi. Metabolisme yang bertambah dan simpanan lemak yang rendah dalam badan menyebabkan keletihan berkurang dan tidak ada kelemahan otot. Biasanya, semasa berdiet, kita cenderung merasa kurang bertenaga. Tetapi tidak berlaku dengan GC PLUS.

GC PLUS membantu mengawal tahap gula dalam darah. Dari sudut kecergasan, ia mengawal kemungkinan berlakunya penurunan mendadak atau lonjakan gula darah semasa bersenam. Ringkasnya, GC PLUS memastikan tahap glukosa darah dalam keadaan stabil untuk membina tisu otot. GC PLUS tidak membiarkan glukosa meningkat atau jatuh di luar kawalan. Glukosa disimpan dalam bentuk glikogen dalam otot.

Glukosa yang berlebihan bermaksud lebih banyak lemak dibentuk dan jika tahap glukosa berkurang, akan menyebabkan otot suffer pula. Bila glukosa disimpan ke dalam otot dlm bentuk glikogen, ini secara tak lansung menambahkan jisim otot. Jisim otot yang bertambah akan mempercepatkan pembakaran kalori.

Ini bermakna, pengambilan GC PLUS menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat. Pembakaran kalori menurunkan kadar kolesterol Nampak tak betapa segalanya saling berkait dan ini membuatkan GC Plus istimewa berbanding weight loss produk yang lain.

Diana Ishak
Read more

Kesan Pengambilan Makanan Kurang Dari 1000 Kalori Setiap Hari


"Saya ambil GC Plus, buat IF dan ambil 850 kalori saja sehari tapi berat susah turun".

Untuk menurunkan berat badan, badan harus ambil [makan] sedikit kalori daripada yang badan gunakan. Formula ini memang boleh menyebabkan penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, kalori yang terlalu rendah boleh menyekat penurunan berat badan.


Secara purata, manusia memerlukan antara 1600-3000 kalori setiap hari, bergantung pada jantina, umur dan tahap aktiviti. 1600-3000 kalori membolehkan badan mendapat nutrien dan tenaga yang optimum untuk aktiviti seharian, kesihatan badan dan mengekalkan berat badan. Makan kurang daripada 1000 kalori sehari boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi yang membawa kepada sembelit serta pembentukan batu hempedu. Pundi hempedu menjadi tidak aktif akibat lemak yang sangat rendah dalam diet. Gout juga boleh berlaku akibat penurunan berat badan yang cepat.

Kami faham bahawa agak mengecewakan bila makan di bawah 1000 kalori sehari tetapi berat badan masih tak turun. The science behind this adalah, oleh kerana badan terpaksa menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori yang rendah, metabolisme badan menjadi perlahan. Badan menyangkakan kita sedang dalam zon kebuluran.

Apabila badan merasakan sedang dalam fasa kebuluran, ia mengelak dari membakar lemak kerana mahu meyimpan tenaga kerana takut kita semakin lapar. Badan kita bukannya tak bijak. Ia akan buat penyesuaian metabolik apabila kita mengurangkan kalori. Hasilnya, semakin susah badan nak turun berat ketika kita makan kurang dari 1000 kalori sehari.

Kalori adalah tenaga untuk aktiviti badan. Apabila makan kurang daripada 1000 kalori sehari, badan jadi tak bermaya. Bila terlalu sedikit kalori, tahap glukosa menurun begitu juga dengan fungsi badan lain - dari otot hingga otak. Makan kurang daripada 1000 kalori menjadikan otot mengecut. Kehilangan jisim otot mengurangkan pembakaran lemak.Otot mebakar lemak. Jika jisim otot berkurangan, lemak juga akan kurang dibakar.

Mengehadkan diri kepada 1000 kalori setiap hari bermakna badan tidak mendapat beberapa nutrien penting, terutamanya protein. Apabila tidak cukup protein, badan tidak mempunyai asid amino yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan otot. Walaupun anda bersenam dan mengambil GC Plus, otot tidak dapat tumbuh kerana tidak mempunyai "blok bangunan" yang diperlukan [asid amino]. Akibatnya, badan menahan lemak kerana ia merasa anda sedang kelaparan.

Diana Ishak
Read more

CARA KALIUM MEMBANTU ANDA MENURUNKAN BERAT BADAN


Kalium meningkatkan metabolisme dengan cara membekalkan tenaga kepada badan untuk aktiviti fizikal. Kalium membantu badan menggunakan nutrien seperti zat besi, magnesium dan kalsium. Sebagai contoh, orang yang mempunyai tahap zat besi yang rendah selalunya mempunyai metabolisme yang rendah.

Tetapi masalah tersebut boleh jadi bukan kerana kekurangan zat besi tetapi kekurangan kalium yang membantu badan menyerap zat besi. Tanpa tahap kalium yang betul, badan tidak dapat memproses zat besi dengan berkesan. Dengan meningkatkan tahap kalium, seseorang juga telah meningkatkan tahap zat besi yang boleh mengurangkan rasa letih dan meningkatkan tenaga.

Kalium apabila bergabung dengan magnesium, akan membantu pertumbuhan otot. Otot yang lebih besar akan membakar lebih banyak kalori. Sebagai elektrolit, kalium bergabung dengan natrium untuk membantu mengawal cecair dalam badan. Kalium menghalang badan daripada menyimpan terlalu banyak air. Badan yang kurang kalium boleh menahan 1.3-2.2 kg berat air.

Perasan tak, kesemua point tentang kalium tadi ada pada GC PLUS?

Kami selalu beritahu bahawa GC PLUS:

  • menambahkan jisim otot
  • mengurangkan rasa letih
  • memberi tenaga
  • mengurangkan rasa kembung
  • kekerapan ke tandas


Kesemua point tentang kalium ada pada GC PLUS kerana di dalam GC PLUS memang ada KALIUM! Sebab itulah GreenAard tak benarkan penghidap darah tinggi yang memakan ubat darah tinggi mengambil GC PLUS kerana kandungan kalium di dalamnya boleh mengganggu ubat darah tinggi.

Itulah yang membuatkan GC PLUS berbeza dari weight loss produk di pasaran, kerana GC PLUS bukan memecahkan lemak tetapi menambahkan jisim otot supaya lebih banyak kalori dibakar.

Diana Ishak
Read more

Terlalu kurus boleh menuakan wajah.


Penyelidikan mendapati bahawa kurus menjadikan wajah kelihatan lebih tua, dan ini berlaku hanya untuk wanita berusia lebih 40 tahun. Sebaliknya, bagi wanita di bawah 40 tahun, penambahan berat badan memberikan wajah yang lebih muda.

"Ada kajian tentang ini?"

Ya, ada. Boleh refer beberapa jurnal penyelidikan dari Plastic and Reconstructive Journal.

Kurus (underweight) di usia 40-an adalah punca utama loss of volume pada di wajah. Kehilangan volume mewujudkan rahang dan membuat kedutan terserlah terutama di bahagian mata dan mulut. Apabila ditambah dengan penurunan berat badan yang extreme, penampilan wajah tua semakin jelas dan aging is accelerated. Ini kerana, bentuk muka berubah mengikut usia. Sebab itulah berat badan yang ideal (atau bahasa mudahnya, BERISI) menjadikan wajah kelihatan lebih muda.

Tetapi, memberitahu wanita untuk menambah berat badan supaya kelihatan lebih muda, that's silly. Wanita sangat takut gemuk. Hakikatnya, kajian sains membuktikan muka yang berisi kelihatan lebih muda daripada muka yang cengkung akibat terlalu kurus. Ini kerana, pada penghujung usia 20-an dan awal 30-an, bentuk muka adalah seperti heart shape (bujur sirih), tetapi ketika 40-an, wajah menjadi bersegi.

Menambah berat badan memang tidak digalakkan. Tetapi jangan kurus. Cukup sekadar IDEAL WEIGHT. Walaupun ideal weight kadangkala membuatkan badan kelihatan berisi, anda tidak overweight! Why worry?

Menjadi kurus mungkin popular, tetapi di usia 40-an, wajah akan kelihatan tua berbanding rakan seusia, dan kedutan lebih cepat muncul.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah SHAPING CREAM membuang selulit?


TIDAK ADA KRIM yang boleh menghilangkan selulit kerana selulit hanya boleh hilang dengan surgery. Krim selulit boleh membantu mengurangkan penampilan selulit sahaja. Selulit tidak seperti lemak yang bertindak balas dengan baik terhadap diet atau senaman.

Dalam kes selulit, once it’s there, it’s difficult to get rid of. Sesetengah spa menawarkan urutan di kawasan selulit. Ini boleh meningkatkan aliran darah dan mengurangkan cecair yang berlebihan. Walaupun urutan di kawasan selulit boleh membantu, the improvements won’t last.

Kebanyakan terapi hanya boleh mengurangkan penampilan selulit untuk beberapa ketika selepas rawatan sahaja. Ramai fikir selulit ada kaitan dengan berapa banyak lemak dalam badan. Hakikatnya selulit boleh ada pada orang yang kurus, pada berat badan normal dan pada berat badan berlebihan. Kita semua mempunyai sel lemak di bawah kulit yang tumbuh dari semasa ke semasa disebabkan oleh hormon, gaya hidup dan diet.

Di bawah kulit ada fibrous connective cords yang menambat kulit ke otot di bawahnya, dengan lemak terletak di antaranya. Apabila sel-sel lemak terkumpul, mereka menolak ke atas kulit, manakala fibrous connective cords ditarik ke bawah. Ini menghasilkan permukaan yang tidak rata atau SELULIT. Hormon memainkan peranan yang besar dalam perkembangan selulit, dan genetik pula menentukan struktur kulit, tekstur kulit dan jenis badan.

Sebagai wanita, kelenjar menghasilkan kurang estrogen apabila semakin tua. Hormon estrogen memastikan darah bergerak. Apabila jumlah estrogen berkurangan, peredaran darah menjadi lebih teruk. Tahap pengeluaran kolagen juga menurun. Akibatnya, tisu penghubung menjadi lemah, dan selulit mula merebak. Jadi ya, selulit lebih terselah ketika usia meningkat akibat kulit kehilangan keanjalan (estrogen dan kolagen memainkan peranan).

Selulit adalah warisan genetik. Seseorang juga boleh mendapat selulit jika ada ahli keluarga yang mempunyai selulit.

Pertambahan berat badan boleh menjadikan selulit lebih ketara, tetapi orang yang kurus boleh mempunyai selulit juga. Ini bermakna, walaupun menurunkan berat badan adalah langkah yang baik, ia TIDAK AKAN menjadikan selulit hilang. However, the good news is menurunkan berat badan boleh mengurangkan PENAMPILAN selulit pada paha, perut, punggung dan lengan.

Walaupun sesetengah produk anti-selulit (krim) mungkin mempunyai brief effect, ia tidak akan menyingkirkan selulit selama-lamanya. Tidak kira apa yang dikatakan oleh iklan krim anti-selulit, science says otherwise.

Adakah GC PLUS boleh membantu?

GC PLUS boleh membantu menurunkan berat badan, tetapi selulit tidak akan hilang. Once it’s there, it's there.

Diana Ishak
Read more

"Kalau skip nasi baru boleh cepat kurus"


Ya, betul. Tetapi...

Apabila makan makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi), tahap glukosa darah meningkat. Peningkatan glukosa menyebabkan pankreas menghasilkan insulin. Peranan insulin adalah untuk membantu badan mengambil glukosa dari darah dan ditukarkan menjadi tenaga.

Apabila badan tidak memerlukan tenaga, insulin menukarkan glukosa kepada glikogen, lalu dihantar ke hati, otot, dan sel lemak, untuk disimpan. 6% dari berat keseluruhan hati adalah glikogen. Manakala hanya 1%-2% berat keseluruhan otot terdiri dari glikogen. Sebab itulah kita hilang tenaga dengan cepat semasa melakukan senaman kerana jumlah tenaga (glikogen) pada otot sangat sedikit.

Jumlah glikogen yang tersimpan dalam hati, otot dan sel lemak pula berbeza-beza bergantung pada:
  • how active you are
  • banyak mana tenaga yang digunakan semasa anda berehat
  • jenis makanan yang dimakan


Glikogen yang tersimpan dalam otot digunakan hanya oleh otot itu sendiri. Manakala glikogen yang tersimpan di hati diedarkan ke seluruh badan - terutamanya ke otak. Sebab itulah berulang kami pesan JANGAN SKIP KARBOHIDRAT semasa berdiet. Ini kerana, otak adalah pusat kawalan sistem badan. Jika otak tidak mendapat 'makanan' yang cukup, badan akan terganggu.

Apabila tahap glukosa dalam badan menurun, sama ada kerana belum makan atau kerana bersenam, kadar insulin juga akan turun. Apabila ini berlaku, glikogen mula dipecahkan untuk membekalkan tubuh dengan glukosa. Selama 8-12 jam berikutnya, glukosa dari hati akan menjadi sumber tenaga utama badan. Otak menggunakan lebih daripada separuh glukosa badan semasa tempoh berehat (contohnya, semasa tidur). Sepanjang hari biasa pula, permintaan otak untuk glukosa jauh lebih tinggi.

Apa yang kita makan, berapa kerap kita makan, dan tahap aktiviti mempengaruhi bagaimana badan menyimpan dan menggunakan glikogen. Kesannya sangat teruk kalau kita mengambil diet rendah karbohidrat, dimana sumber utama glukosa (karbohidrat) sengaja dibataskan.

Ketika simpanan glikogen habis, badan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. That is a good news untuk mereka yang ingin kurus, tetapi perlu faham satu perkara. Sekiranya otak tidak mendapat glukosa yang cukup, hormon anda akan terganggu, kitaran haid kacau-bilau, serta weight management juga go haywire.

Jadi, apa kaitan GC PLUS dalam topik ini?

Ok, perasan tak, ketika di restoran fine-dining, sebelum makan makanan utama, mereka menghidangkan roti terlebih dahulu? Ini kerana, roti adalah karbohidrat. Karbohidrat meningkatkan tahap serotonin secara semula jadi. Bila serotinin dibebaskan, badan merasa tenang, hormon berada dalam keadaan baik dan terkawal, dan perut cepat kenyang (kurang merasa lapar). By the time makanan utama tiba, perut sudah tidak terlalu lapar kerana kita telah pun makan roti.

Perut anda kenyang kerana sudah makan roti, tetapi kenyang kerana serotonin telah dibebaskan dalam badan, oleh otak. Itulah mekanisme GC PLUS dalam membantu menurunkan berat badan. Ia tidak membakar lemak secara lansung, tetapi merangsang serotonin supaya perut merasa kurang lapar. Secara tidak lansung, setelah mengambil GC PLUS, anda jadi kurang makan, kurang craving makanan manis dan berlemak.

Diana Ishak
Read more

Adakah kegemukan suatu penyakit keturunan?


Setiap orang yang telah cuba menurunkan berat badan berkali-kali tetapi gagal will be familiar dengan rasa kecewa. Memang sangat mengecewakan bila orang yang kurus boleh makan apa sahaja yang mereka mahu, sedangkan yang gemuk walau sudah berdiet, berat masih tak turun banyak.

Dari sudut genetik, ada penjelasannya.

Sudah wujud kajian yang membandingkan genetik orang gemuk dengan orang kurus. Boleh baca analisi ini dalam jurnal PLOS GENETICS. Dalam kajian ke atas 14,000 orang, sebanyak 74% orang yang kurus mempunyai ahli keluarga yang kurus. Mereka mendapati orang yang sentiasa kurus walau makan apa sahaja mempunyai beban genetik yang rendah.

Ini bermakna, orang yang pernah gemuk kemudian kurus akibat berdiet, berpotensi untuk menjadi gemuk semula sekiranya skip diet. Ini kerana mereka tidak memiliki beban genetik rendah secara semulajadi.

People can be thin for different reasons. Sesetengah orang sengaja tidak mahu makan. Sesetengah orang makan seperti biasa tetapi berat badan tidak terlalu bertambah. Sesetengah yang lain terpaksa skip makan nasi, atau certain food baru boleh kurus.

Bagi yang perlu berdiet untuk mengurangkan berat badan, mengekalkan penurunan berat badan adalah tugas yang sukar. Beberapa kajian mendapati 50% orang yang berjaya menurunkan berat badan kembali kepada BMI asal (gemuk) dalam tempoh 5 tahun. Oleh sebab mengekalkan berat badan bukanlah kerja yang mudah, seseorang perlu sesuatu untuk membuatkan weight loss journey menjadi less difficult.

Kombinasi GC PLUS dengan NUTRIJUICE membantu melancarkan dan mengurangkan rasa terbeban dalam weight loss journey anda.

Diana Ishak
Read more

Capai pinggang yang lebih kecil dengan mengawal gula darah


Gula darah (glukosa), adalah sumber tenaga utama badan. Ia menentukan seberapa lapar dan bertenaga seseorang. Glukosa dihasilkan apabila badan memecahkan karbohidrat. Manusia akan merasa lebih "lega" ketika gula darah normal dan body fat rendah.

Memakan makanan seimbang membantu menstabilkan glukosa dan memberi tenaga yang konsisten sepanjang hari. Makanan seimbang juga membantu mengelakkan sebarang lonjakan insulin yang ketara.

Pankreas manusia menghasilkan hormon insulin yang dilepaskan ke aliran darah untuk mengatur glukosa. Insulin mengambil glukosa, kemudian memindahkannya ke aliran darah dan sel badan. Insulin mengekalkan tahap glukosa dalam julat normal. Apabila seseorang makan gula (atau makanan kaya karbohidrat), pankreas membebaskan insulin agar semua glukosa disimpan.

Lonjakan insulin ini memberitahu badan bahawa banyak tenaga available dalam aliran darah, maka badan harus berhenti membakar lemak dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Bila seseorang makan makanan bergula tinggi/karbohidrat tinggi (roti putih) dengan konsisten, badan akan berhenti terus membakar lemak dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.

Hasilnya, lemak dalam badan tetap kekal dan tidak berkurangan. Weight loss berlaku di antara waktu makan, iaitu ketika gula darah masih seimbang dan tidak ada insulin berlebihan. Oleh itu, jika kita faham mekanisme gula darah, lebih mudah untuk menurunkan berat badan.

Manusia boleh mengimbangkan gula darah dengan cara mengelakkan memakan makanan bergula sama ada yang manis atau yang tersembunyi. Terdapat banyak gula tersembunyi dalam minuman (jus buah), makanan bertepung (roti, mee) dan makanan bebas lemak.


Jangan berlapar! Kelaparan tidak hanya menyebabkan pengeluaran hormon stres (hormon kortisol), tetapi gula darah menjadi sangat rendah. Gula darah yang sangat rendah menyebabkan tubuh membakar otot, yang akhirnya menurunkan metabolisme badan. Bila otot sudah mengecut, lemak lebih lambat dibakar.

Bolehkah GC PLUS mengimbangkan gula dalam darah?

Secara indirectly, YES. Kerana, berat badan yang berkurangan mampu mengembalikan tahap gula darah ke paras normal atau lebih rendah dari sebelumnya. Kalaupun gula darah tidak kembali ke normal, weight loss dapat mengimbangkan aktiviti insulin untuk mengawal diabetes (kerana berat badan sudah menurun).

Turunkan berat badan sekarang dengan GC PLUS. Jangan aim untuk kurus, tetapi IDEAL WEIGHT.

Diana Ishak
Read more

Lemak viseral. Macamana nak buang?


Di manakah letaknya lemak viseral?

Lemak viseral disimpan di rongga perut seseorang. Ia dikenali sebagai 'lemak aktif' kerana lemak ini mempengaruhi bagaimana hormon berfungsi dalam tubuh. Dengan kata lain, jika kuantiti lemak viseral banyak dalam badan, boleh mengakibatkan perubahan dalam sistem badan.

Lemak viseral berada dekat dengan banyak organ penting seperti pankreas, hati, dan usus. Semakin tinggi jumlah lemak viseral seseorang, semakin berisiko untuk mendapat diabetes dan penyakit jantung. Lemak viseral adalah normal, bahkan sihat dan membantu melindungi organ. Lemak viseral juga berperanan dalam fungsi endokrin dan sistem imun.

Namun, dalam jumlah yang berlebihan, lemak viseral menimbulkan masalah serius terhadap prestasi dan kesihatan seseorang. Punca pembentukan lemak viseral yang berlebihan adalah disebabkan oleh banyak faktor seperti makanan, gaya hidup dan stress.

Mungkin ada yang tertanya "Adakah lemak viseral ini lemak pada pinggang?"

Tidak.

Lemak yang boleh dicubit di pinggang, lengan, kaki atau di mana sahaja adalah lemak subkutan. Ia tersimpan di bawah kulit. Lemak viseral pula adalah lemak dalaman di sekitar organ perut (kadang-kadang disebut sebagai lemak perut).

Salah satu cara untuk menentukan berapa banyak lemak viseral seseorang adalah dengan mengukur pinggang. Seorang wanita yang pinggangnya berukuran 35 INCI ATAU LEBIH, cenderung mempunyai lemak viseral yang berlebihan. Perkara yang sama berlaku pada lelaki yang pinggangnya berukuran 40 INCI ATAU LEBIH.

Walaupun lilitan pinggang yang lebih besar bermaksud lebih banyak lemak viseral, orang kurus juga boleh mempunyai tahap lemak viseral yang berbahaya bergantung pada komposisi badan. Malah, orang kurus boleh mempunyai tahap lemak visceral yang lebih tinggi.

Bagaimana lemak visceral boleh meningkat?

Berlebihan glukosa dalam badan dan stress yang tinggi boleh menyebabkan lemak viseral meningkat. Walaupun diet yang buruk menyebabkan kegemukan, stress sebenarnya dapat meningkatkan hormon kortisol (hormon stres). Hormon ini merangsang lemak viseral dengan lebih banyak.

Genetik dan hormon juga mempengaruhi bagaimana badan menyimpan lemak. Gabungan hormon kortisol dan hormon insulin meningkatkan pengumpulan lemak viseral. Berita baik, hormon estrogen & testosteron dapat membantu mencegahnya lemak viseral.

Wow! Surprise, kan?

Semasa remaja, lelaki mempunyai tahap testosteron yang lebih tinggi, manakala perempuan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi. Testosteron menyebabkan otot lebih berat dari lemak. Kesannya, badan lebih maskulin. Estrogen pula menyebabkan taburan lemak wanita pada payudara, punggung, dan paha. Kesannya, lebih feminin.

Seiring usia, wanita mendapat lemak tambahan di pelvis, punggung, paha, dan payudara. Menuju menopaus, tahap estrogen menurun. Berat badan dan lemak badan (terutamanya visceral) bertambah. Penurunan estrogen membuatkan wanita susah mengekalkan berat badan dan cepat menambah berat badan.

Mengapa ini berlaku?

Kerana, strogen menghadirkan unsur penting ke dalam DNA yang bertanggungjawab untuk mengawal berat badan. Ketiadaan estrogen DAN unsur penting tersebut membawa kepada kegemukan yang progresif ketika menopaus.

GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA adalah dua produk GreenAard yang membantu menstabilkan tahap estrogen. Jika mahu benefit weight loss, pilih GC PLUS. Jika mahu benefit kitaran haid yang lancar dan mengurangkan gejala menopaus, pilihlah Herba Rahsia Rimba.

Diana Ishak
Read more

Kenapa GC PLUS buatkan saya pening kepala?


Bukan sahaja GC PLUS, malah apa sahaja ubat boleh berfungsi secara berbeza untuk orang yang berbeza. Orang yang berbeza yang mengambil ubat yang sama boleh mendapat tindak balas yang berbeza walaupun pengambilan dos yang sama. Dalam kes penggunaan GC PLUS, walaupun ramai orang tidak mendapat kesan pening kepala, sesetengah mungkin mendapat kesan tersebut.

Kenapa?

Yang pertama, SEROTONIN. Serotonin adalah neurotransmitter yang membantu dalam menstabilkan mood. Kehadiran serotonin yang optimum dalam badan memberikan mood yang tenang dan mengurangkan rasa lapar. Salah satu mekanisme tindakan GC PLUS adalah dengan merangsang pembebasan serotonin selepas 30 minit pengambilan.

Untuk sesetengan orang, lonjakan serotonin yang luar dari kebiasaan menyebabkan badan tidak boleh bertolak-ansur. Akibatnya seseorang merasa pening, sakit kepala, terlalu letih dan mengantuk. Sekiranya anda mengalami simptom ini, cuba kurangkan dos hanya kepada 2 kapsul sahaja. Teruskan dengan 2 kapsul sekiranya badan serasi. Perlahan-lahan naikkan ke 3 kapsul dan 4 kapsul sekiranya mahu.

Faktor seterusnya adalah, PERBEZAAN GENETIK.

Hati mempunyai enzim yang memecahkan ubat (apa sahaja ubat) supaya ia boleh dikeluarkan daripada badan. Sesetengah orang mempunyai ralat kecil dalam DNA mereka yang dipanggil polimorfisme yang mengakibatkan enzim ini tidak berfungsi dengan baik. Di mana ralat ini muncul dalam bahan enzim memberikan tindak balas yang berbeza.

Contohnya, jika ralat berlaku di bahagian enzim yang tidak terlibat secara langsung dalam pecahan ubat, ubat tidak akan dimetabolismekan dengan baik. Ini menyebabkan seseorang boleh mendapat side effect yang berbeza dari orang lain.

Jika mahu teruskan pengambilan ubat tersebut (atau GC PLUS), kurangkan dos. See if the dizziness disappears. Jika sakit masih berterusan, berhenti terus GC PLUS. Mungkin anda tidak sesuai mengambilnya.

Diana Ishak
Read more
340 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart