Kenapa GC PLUS buatkan saya pening kepala?


Bukan sahaja GC PLUS, malah apa sahaja ubat boleh berfungsi secara berbeza untuk orang yang berbeza. Orang yang berbeza yang mengambil ubat yang sama boleh mendapat tindak balas yang berbeza walaupun pengambilan dos yang sama. Dalam kes penggunaan GC PLUS, walaupun ramai orang tidak mendapat kesan pening kepala, sesetengah mungkin mendapat kesan tersebut.

Kenapa?

Yang pertama, SEROTONIN. Serotonin adalah neurotransmitter yang membantu dalam menstabilkan mood. Kehadiran serotonin yang optimum dalam badan memberikan mood yang tenang dan mengurangkan rasa lapar. Salah satu mekanisme tindakan GC PLUS adalah dengan merangsang pembebasan serotonin selepas 30 minit pengambilan.

Untuk sesetengan orang, lonjakan serotonin yang luar dari kebiasaan menyebabkan badan tidak boleh bertolak-ansur. Akibatnya seseorang merasa pening, sakit kepala, terlalu letih dan mengantuk. Sekiranya anda mengalami simptom ini, cuba kurangkan dos hanya kepada 2 kapsul sahaja. Teruskan dengan 2 kapsul sekiranya badan serasi. Perlahan-lahan naikkan ke 3 kapsul dan 4 kapsul sekiranya mahu.

Faktor seterusnya adalah, PERBEZAAN GENETIK.

Hati mempunyai enzim yang memecahkan ubat (apa sahaja ubat) supaya ia boleh dikeluarkan daripada badan. Sesetengah orang mempunyai ralat kecil dalam DNA mereka yang dipanggil polimorfisme yang mengakibatkan enzim ini tidak berfungsi dengan baik. Di mana ralat ini muncul dalam bahan enzim memberikan tindak balas yang berbeza.

Contohnya, jika ralat berlaku di bahagian enzim yang tidak terlibat secara langsung dalam pecahan ubat, ubat tidak akan dimetabolismekan dengan baik. Ini menyebabkan seseorang boleh mendapat side effect yang berbeza dari orang lain.

Jika mahu teruskan pengambilan ubat tersebut (atau GC PLUS), kurangkan dos. See if the dizziness disappears. Jika sakit masih berterusan, berhenti terus GC PLUS. Mungkin anda tidak sesuai mengambilnya.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart